Showing posts with label Analisis. Show all posts
Showing posts with label Analisis. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Tahun kedua di universiti

0 comments
Sumber: Wikipedia.org
Sepanjang perjalanan anda di universiti pada tahun pertama, pasti anda sudah mendapat gambaran bagaimana suasana kehidupan di situ. Kini, anda mungkin sudah melangkah ke tahun kedua di universiti. Apa yang perlu anda lakukan pula?

Apa yang perlu saya fikirkan pada tahun kedua universiti?
Fikirkan tentang akademik anda dahulu. Adakah mencapai piawaian lulus atau tidak? Jika lulus, baru anda boleh fikirkan tentang aktiviti kokurikulum anda di universiti. Jika tidak lulus, beri perhatian dulu pada subjek pelajaran yang gagal.

Apa lagi yang perlu saya fikirkan untuk jangka masa panjang?
BeritaKini cadangkan kepada anda supaya mengambil lesen kenderaan motosikal dan kereta ketika di universiti. Kebiasaannya, sekolah memandu menawarkan pakej pelajar dan ianya murah. Ambil kesempatan ini. Kelak, para penemuduga kerja akan menilai lesen kenderaan. Mereka lebih mengutamakan calon temuduga yang memiliki lesen kenderaan.

Tentang persatuan di universiti, bagaimana untuk menguruskannya?
Ketika tahun kedua diuniversiti, cuba ceburkan diri dalam peringkat pengurusan dalam persatuan yang anda ceburi ketika tahun pertama universiti. Sekurang-kurangnya, anda boleh menimba pengalaman untuk mentadbir. Kemahiran juga dapat ditingkatkan. Manfaatnya anda boleh lihat ketika anda mempersembahkan diri anda di hadapan penemuduga kerja kelak. 

Saya minat berniaga, bagaimana?
BeritaKini amat RESPECT pada orang yang minat berniaga. Kebanyakan pelajar yang minat berniaga mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh menjamin kehidupan selepas graduasi nanti. Di universiti ada KOPERASI yang boleh anda ceburkan diri dalam bidang perniagaan. BeritaKini ada kenalan dulu yang terlibat dalam KOPERASI keusahawanan di universiti, setiap bulan gajinya hampir RM 1000 juga. Terdapat juga kursus-kursus tentang seminar perniagaan online. Namun, kursus-kursus seperti ini dijalankan di luar universiti. Kalau boleh, cuba anda pergi walaupun sekali dan terus aplikasikan dalam perniagaan online. Ia amat bermanfaat untuk anda.


Apakah kemahiran yang perlu saya ada pada tahun kedua di universiti?
BeritaKini mencadangkan anda untuk membaca buku-buku motivasi tentang komunikasi, terutama pada pelajar yang tidak minat berniaga di universiti. Dari situ anda akan dapat memperbaiki komunikasi anda di universiti dan di alam pekerjaan nanti. Buat persediaan awal. Dan pastikan anda mempunyai rujukan panduan tentang Temuduga Kerja. BeritaKini mencadangkan buku ini sebagai buku wajib yang perlu anda miliki. Walaupun berbayar, ia amat bermanfaat untuk anda. Kebanyakan informasi di Google Search tidak teratur dan terlampau banyak. Kadangkala boleh jadi pening apabila membacanya. Bagi BeritaKini, sebaik-baiknya membaca informasi dalam bentuk buku. Kebanyakan buku-buku ditulis secara esklusif berbanding blog-blog yang selalu copy and paste artikel sahaja.

Bercinta?
Sebaik-baiknya biarlah ada perancangan. Jika tiada perancangan, sebaiknya lupakan sajalah. Jodoh di tangan Tuhan. Tidak perlu tergopoh gapah.

Jadi, bagi pembaca yang membaca artikel ini, BeritaKini mengucapkan selamat belajar. Semoga apa yang BeritaKini sampaikan dapat memberi manfaat pada anda. Pada masa yang sama, rancanglah kewangan anda. Gunakan Kad Siswa untuk mendapat diskaun di kedai-kedai terpilih. Ingat, zaman sekarang bukan senang untuk mendapat pekerjaan. Malahan untuk membuka perniagaan rasmi sejurus selepas tamat pengajian pun bukan senang untuk buat pinjaman dengan bank. Apa yang boleh anda lakukan di universiti adalah membuat persediaan awal samaada terlibat dalam persatuan, sukan, dan membaca buku-buku kemahiran. Kesemua itu akan menjadi pemudah cara rezeki anda suatu hari nanti.


Saturday, January 25, 2014

Selepas matrikulasi, di universiti untuk tahun pertama

0 comments
Sumber Wikimedia
Apakah yang perlu difikirkan sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti setelah tamat matrikulasi?

Pertama sekali adalah mengenai biasiswa atau pinjaman. Pastikan anda sudah menerima dan menandatangani perjanjian biasiswa/pinjaman dalam tempoh 2 minggu pertama di universiti. Biasiswa dan pinjaman yang paling popular adalah Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan PTPTN.

Satu semester JPA : RM 4500 (tertakluk pada bidang yang diambil universiti)
Satu semester PTPTN : RM 3500 (tertakluk pada bidang yang diambil di universiti)

Terdapat juga dana lain seperti biasiswa Kerajaan Negeri dan syarikat swasta.

Untuk pelajar yang menggunakan kewangan sendiri, hal biasiswa dan PTPTN tidak menjadi masalah bagi anda.

Apakah lagi yang perlu difikirkan?

Kedua, semestinya mengenai hal akademik anda. Kenalpasti subjek yang perlu anda ingin ambil bagi semester pertama di universiti. Subjek sebenarnya sudah ditetapkan oleh Dekan masing-masing. Jadi, anda hanya perlu mengikut subjek yang ditetapkan sahaja. Jadual kelas perlu dicatat/dimuatturun ke laptop.

Wajarkah saya melibatkan diri dalam persatuan dan sukan di universiti?

Wajar. Persatuan dan sukan di universiti mengajar erti kepimpinan. Kemahiran dalam kepimpinan amat diperlukan ketika anda mula mencari kerja selepas universiti nanti. BeritaKini sarankan, ceburkanlah dalam aktiviti persatuan hanya 1 aktiviti untuk satu-satu masa. Tidak perlulah melibatkan banyak sangat aktiviti dalam satu-satu masa. Ia tidak fleksibel untuk kehidupan harian dan pembelajaran anda.

Satu tahun pembelajaran di universiti bermaksud?

Satu semester bersamaan 6 bulan. Tahun pertama pembelajaran bersamaan dengan 12 bulan.


Berpolitik di universiti adalah satu nilai tinggi kehidupan?

Bagi BeritaKini, istilah 'politik' di universiti merujuk kepada isu kepimpinan antara persatuan sahaja dan persepsi para pelajarnya sahaja. Tidak lebih daripada itu. Adakalanya, anda boleh lihat sendiri segelintir pelajar yang kelihatan ekstrem dan berpolitik senantiasa. Selalunya yang berpolitik senantiasa ini membawa pengaruh politik kenegaraan. Pada pandangan BeritaKini, politik itu menarik dan perlu diambil tahu. Andai diberi tugas (piliharaya kampus), jalani sebaik mungkin. Namun, tidak perlu untuk berlebih-lebihan. Lebih kepada membuang masa.

Senaraikan aktiviti Islamik di universiti, saya ingin ceburi aktiviti Islamik sahaja.

Tiada istilah aktiviti tidak Islamik di universiti. Setiap aktiviti dianjurkan oleh orang Islam, melainkan aktiviti kebudayaan Cina dan India yang rata-ratanya terdiri daripada Non Muslim. Namun, tidak salah bukan untuk mengambil pengalaman? Universiti adalah hentian terakhir untuk anda terdedah kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Jadi, tidak perlulah memilih. Yang penting adalah pengalaman. Ia amat berguna apabila sudah masuk ke alam pekerjaan nanti.

BeritaKini percaya seorang pelajar universiti mampu mengawal dirinya di universiti.



Bercinta?

Jika ingin bercinta, rancanglah mengikut adab dan tatatertib agama. Jika tiada perancangan, lebih baik tidak perlu bercinta.

Berniaga di universiti atau kerja sambilan sebaik sahaja melangkah di universiti? Relevankah?

BeritaKini amat RESPECT kepada orang yang berniaga dan bekerja sambilan di universiti. Sejujurnya, golongan ini mempunyai kemahiran komunikasi yang baik hasil daripada titik peluh perniagaan/kerja sambilan. Golongan ini juga mempunyai pemikiran yang matang dan rasional berbanding pelajar yang gemar berpolitik sentiasa di universiti.

Relevan atau tidak, bergantung kepada keadaan dan tempat universiti itu sendiri. Andai ada aktiviti anjuran persatuan/universiti, anda boleh 'propose' untuk membuka gerai perniagaan. Untuk bekerja sambilan seperti di restoran/kedai/etc, ia bergantung kepada persekitaran universiti itu. Jika berdekatan dengan bandar, mudahlah untuk mendapat kerja sambilan. Namun, ramai pelajar suka berniaga secara 'online' dan pos barangan kepada pelanggan.

Semaikan pemikiran usahawan sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti.

Berjimat cermat?

Ya, mahasiswa adalah golongan yang tidak bekerja. Kewangan pula terhad. BeritaKiny selalu menghadkan RM 10 sehari untuk makan dan minum, 5 kali sehari. Di akhir semester, selalunya ada baki RM 1500 di dalam bank.


Gerak kerja 'assignment' bagaimana?

Laptop adalah perkara terpenting untuk melakukan 'assignment'. BeritaKiny tidak dapat nafikan itu. Boleh sebenarnya jika anda ingin menggunakan komputer di perpustakaan ataupun siber kafe. Tapi penatlah untuk berulang-alik dan perlu bayar pula jika di siber kafe. 95% assignment adalah dalam hitam putih bercetak.

Semak balik, apakah tujuan anda masuk ke universiti?
Ada orang masuk ke universiti untuk membolehkan mereka mendapatkan sijil ijazah, semata-mata untuk mudah mendapatkan pekerjaan kelak. Pengakhiran yang pasti bagi pelajar universiti adalah anda akan berdepan dengan situasi mencari pekerjaan. Untuk memudahkan situasi mencari pekerjaan itu, anda haruslah berusaha sebaik mungkin ketika di universiti samaada dari sudut akademik atau kokurikulum. Kerana ia akan dinilai oleh pihak Sumber Manusia bakal majikan anda.




Friday, June 7, 2013

Selepas Tamat Matrikulasi

28 comments
Antara Universiti di Malaysia

Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi dengannya. Di Matrikulasi, di situlah tempat kita boleh memulakan cita-cita yang baru. Zaman persekolahan dijadikan sejarah dan jangan jadikannya sebagai penghalang untuk berubah ke arah yang lebih baik.



Selepas Matrikulasi, ke manakah arah tuju para pelajarnya?

Bagi yang berjaya mendapatkan pointer yang melebihi 3.00 PNGK ke atas, peluang untuk mendapat kos-kos universiti yang terbaik adalah cerah. Persaingan mungkin kurang. Tambah-tambah lagi bagi golongan lelaki. Namun, bagi yang mendapat pointer 3.00 PNGK ke bawah, anda mungkin mendapat masalah. Anda akan lebih dapat banyak persaingan untuk mendapatkan kos-kos universiti yang anda minta. Oleh itu, berusahalah sedaya boleh di Matrikulasi. Usah mempersoalkan tentang orang lain, persoalkan arah tuju hidup anda sendiri.

Boleh ke saya meminta kerja kerajaan menggunakan slip keputusan matrikulasi?

Haruslah boleh. Sekarang slip keputusan matrikulasi sudah laris untuk dikepilkan dalam resume, mahupun kerja kerajaan atau swasta juga mengikut jawatan-jawatan tertentu. Tahniah diucapkan jika anda bertuah mendapat kerja kerajaan. Pendek kata, tidak perlu fikir apa-apa sudah mengenai hal pekerjaan. Sekurang-kurangnya anda sudah terjamin dari sudut kestabilan. Malahan, jika anda ingin sambung belajar pun tidak perlu risau kerana ada kaedahnya sambil bergelar penjawat awam. 



Untuk mengetahui Kelebihan Kerja Kerajaan, boleh rujuk artikel yang diterbitkan dii sini

Pesaing ke Universiti itu merujuk kepada siapa?

Ia merujuk kepada pelajar Matrikulasi KPM, Pelajar PASUM, dan STPM.

Universiti Awam manakah yang akan menjadi pilihan pelajar Matrikulasi?

1) UKM
2) USM
3) UM
4) USIM
5) UMK
6) UTHM
7) UTM
8) UiTM
9) UMS
10) USIM
11) UMP
12) UNIMAP
13) UNISZA

Apakah status sebagai seorang pelajar universiti?
Jika di Matrikulasi, anda digelar sebagai Pelajar Satu Tahun (PST) atau Pelajar Dua Tahun (PDT). Di universiti, anda digelar sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Bagaimana pula kehidupan di Universiti?
Kehidupan universiti adalah lebih santai berbanding Matrikulasi. Jadual kelas tidak sepadat di Matrikulasi. Ada yang kelas waktu pagi/tengahari/petang sahaja. Oleh itu, berkorbanlah di matrikulasi jika anda inginkan kehidupan yang santai di universiti. Tidak dinafikan terdapat juga tugasan (assignment), namun keadaan tidaklah sekelam kabut di Matrikulasi.

Bagaimana pula dengan pembiayaan pembelajaran di Universiti?
PTPTN, JPA, MARA dan bantuan zakat baitulmal adalah sumber pembiayaan bagi pelajar-pelajar. Ia bergantung pada taraf keputusan peperiksaan akademik anda, dan tahap ekonomi keluarga anda.

Adakah susah pembelajaran di Universiti?
Bergantung pada kos. Terdapat banyak kos. Sukar untuk BeritaKini gambarkan susah atau senang. Ianya begitu subjektif.

Sumber : Etawau.com

Saya minat berniaga/membuat kerja sambilan ketika belajar di universiti nanti, mampukah saya membahagikan masa untuknya?
Anda mampu melakukannya sekiranya anda mempunyai disiplin mengurus masa yang baik, sebagaimana disiplin yang ada dalam perniagaan atau pekerjaan sambilan yang anda minati.

Bagaimanakah sistem peperiksaannya?

Ianya sama dengan Matrikulasi. Pengiraan gred berdasarkan PNGK. PNGK inilah yang menentukan sama ada anda akan terus melangkah ke semester yang seterusnya. Dan juga yang menentukan sama ada anda perlu mengulang subjek tertentu jika anda mendapat Gred yang rendah seperti C- dan ke bawah.

Cuti universiti bagaimana?
Kebanyakan universiti mempunyai cuti yang hampir sama waktunya. Bulan Julai dan Ogos adalah cuti akhir untuk satu tahun pembelajaran. Dan terdapat juga cuti satu minggu dalam satu semester.

Menarikkah belajar di Universiti?
Menarik. Di sinilah anda akan mula belajar tentang kehidupan. Anda akan mula melangkah dari dunia Sains yang Am ke dunia Sains yang Spesifik. Begitulah juga dengan kos Perakaunan. Dari teori ke arah praktikal. Namun, bergantung pada tahap keghairahan anda juga. Jika mudah bosan, segalanya pasti akan terbantut. Niat belajar haruslah ikhlas.

Bercinta di Universiti?
50%-50% sahaja pengaruh baik dan pengaruh buruknya. Bergantung pada tahap romantis anda itu. Kalau hendak kahwin awal, eloklah dipercepatkan dengan sah. Ikut adab agama dan moral yang diajarkan setiap agama.

Politik di Universiti?
Menarik. Ada yang pro-kerajaan dan ada yang pro-pembangkang. Selalunya, pro-pembangkang kelihatan aktif di Universiti berbanding pro-kerajaan yang selalu bersikap 'silent majoriti/voters'.
Sumber : hangat.my

Kenapa harus belajar sampai ke universiti?
Anda adalah seorang manusia yang bernyawa. Manusia yang bernyawa pastinya diharapkan mempunyai peranan untuk masa depan Malaysia dan dunia ke arah yang lebih baik. Malaysia kekurangan tenaga kerja dalam aspek sains dan teknologi sedangkan dalam perancangan pembangunan Malaysia 20-30 tahun akan datang, sains dan teknologi inilah yang mampu meningkatkan sosioekonomi saudara-saudara kita di kampung dan di bandar nanti. Oleh itu, tenaga anak muda seperti anda amatlah diperlukan. Fikirlah, apa yang anda perlu lakukan untuk negara. Niat ikhlas untuk membantu agama, bangsa dan negara. Harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya mendapat kerja serta pengalaman adalah tinggi. Penuhilah harapan mereka.

*Artikel di atas merujuk kepada Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seandainya ada perselisihan fakta, harap dimaafkan. Mungkin ada sesetengah pembaca yang belajar di PASUM UIA , PASUM UM atau STPM. Terima Kasih.






Thursday, September 13, 2012

Cara mengelakkan ketagihan Facebook

1 comments
Gambar hiasan

Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain lagi berjaya memberi pengaruh yang besar dalam hidup manusia. Golongan yang paling terkesan dengan teknologi-teknologi ini adalah golongan remaja yang masih bersekolah. 

Anak-anak dapat mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Zaman sekarang, mereka sudah begitu mesra dengan dunia Internet seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya lagi. Dalam masa satu minggu, mereka menghabiskan masa lebih daripada 53 jam untuk berhibur dalam internet tanpa sebarang faedah. Jadi, mendaftarkan anak-anak/pelajar ke dalam laman web Pembelajaran Online adalah satu langkah terbaik. Selain daripada pengisiannya yang interaktif yang boleh meningkatkan keseronokan belajar, ibu bapa juga dapat memeriksa latih tubi para pelajar secara online dan SMS tidak kira di mana jua.

Oleh itu, dekatkanlah anak-anak anda dengan Pembelajaran Online yang berkualiti. Itu menjamin peningkatan prestasi para pelajar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut Pembelajaran Online di Malaysia, 

Saturday, September 8, 2012

Jangan memperlekehkan orang

1 comments
Lazimnya, pabila seseorang itu tidak mahu dirinya diperlekehkan, dia sendiri akan mula memperlekehkan orang lain. Bagi BeritaKini, ini adalah satu perkara yang menyakitkan hati. Tidak tahulah para pembaca pula bagaimana jika ada orang memperlekehkan anda.

Ada juga sesetengah orang tanpa ada sebab-musabab, sering memperlekehkan orang lain. Kononnya, tidak mahu orang memijak kepala mereka. Tapi mereka tidak pernah berfikir, apakah perasaan orang yang diperlekehkan mereka itu. Gembira? Sakit hati? Geram?



Antara contoh-contoh sikap memperlekehkan orang adalah (mengikut pandangan BeritaKini)

1) sering menguar-uarkan kelemahan seseorang pada khalayak ramai.
2) membuat mimik muka menjijikkan.
3) sering menyebut ayat 'uh/laaaa benda macam ni pun tak boleh buat' kepada seseorang.

Jika anda para pembaca ada contoh lain, boleh nyatakan di ruang komen di bawah.

Janganlah memperlekehkan orang lain kerana pada pandangan BeritaKini, ia tersangat menyakitkan hati. Bagaimana pula dengan para pembaca di sini? Apakah pendapat anda? Anda suka sakit hati?

*Hidup mestilah mempunyai karakter membina.



Sunday, August 26, 2012

Lelaki 78 tahun, komputer dan remaja zaman milenium

0 comments
Gambar hiasan
Adakalanya, BeritaKini terfikir. Apakah inspirasi yang boleh diberi oleh seorang wargaemas 78 tahun yang buta IT kepada remaja pada zaman milenium ini. Selain daripada ilmu agama (kalau tinggi) dan pengalaman hidup, apa lagi yang mampu mereka rangsangkan kepada anak-anak remaja ini agar dapat mengharungi kehidupan yang sarat dengan cabaran, terutamanya dalam pendidikan.

Sebagai pemerhati keadaan, kita kena bersikap adil dalam menilai. Memang wargaemas sukar hendak faham perkara-perkara baru dalam dunia milennium ini. Namun, ada sesetengah wargaemas terpaksa memikul tanggungjawab untuk mendidik remaja zaman teknologi canggih ini. Ini adalah pengalaman BeritaKini. Melihat seorang lelaki berumur 78 tahun mendidik remaja-remaja dengan gaya tersendiri. Bekas askar pencen, dengan gaya tersendiri pula, faham-fahamlah bagaimana keadaannya. Sampaikan para remaja di bawah didikannya pun tidak menggemari beliau. Apa tidaknya, sudahlah buta IT, berfahaman 'game komputer adalah perosak' pula.

Tiada anak muda pada zaman ini yang tidak akan pernah sentuh komputer. Hatta yang berada di pedalaman atau tidak berkemampuan pun dalam seminggu pasti ada menggunakan komputer dan internet. Jadi, fahaman sesetengah wargaemas yang 'anti-game' adalah ketinggalan zaman. Kita boleh didik para remaja untuk mengawal keinginan mereka untuk bermain 'game'. Bukan menghalang sepenuhnya mereka bermain 'game'. Janganlah sampai remaja-remaja ini mengalami 'culture shock' selepas berumur 18 tahun. Orang lain sibuk nak ke kolej dan universiti, mereka pula tengah sibuk hendak bermain 'game' di kafe siber semata-mata untuk memenuhkan keinginan disekat penggunaan.

Pendapat BeritaKini, remaja-remaja ini tidak salah. Tetapi, yang salahnya adalah golongan wargaemas seperti ini. Sudah tidak pandai beradaptasi dalam didikan remaja zaman milenium. Namun itulah hakikat, wargaemas sudah tidak berdaya untuk memimpin ketika usia begini.

*Analisis di atas berdasarkan pengalaman BeritaKini di sebuah pusat kebajikan.


Thursday, January 5, 2012

Ramai bakal guru mungkin akan rasai satu dilema.

1 comments

Guru sepatutnya mendidik anak-anak murid ke arah jalan yang lurus dan benar sehinggalah ke puncak kejayaan. Tetapi, kini persepsi 'jalan yang lurus' sudah rosak.




Fikir-fikirkanlah.


Tuesday, May 3, 2011

Itu Bukan Mayat Osama Bin Laden

1 comments
kiri: Gambar Osama bin Laden yang hidup
tengah: Gambar mayat pejuang Pakistan yang terkorban
kanan: Gambar mayat Osama bin Laden.
Terdapat beberapa persamaan antara mayat pejuang Pakistan yang terkorban dan mayat Osama bin Laden. Mustahil persamaan ini berlaku.

Cuba perhatikan ketiga-tiga gambar ini pada:

1) matanya
2) hidungnya
3) rambutnya
4) mulut dan susunan giginya
5) dan latar belakang gambar mayat pejuang Pakistan dan mayat Osama bin Laden
6) 'brightness dan contrast' mayat Osama.

Gambar mayat Osama bin Laden ini ditunjukkan kepada seluruh dunia oleh US dan sekutunya. Apa muslihat mereka? Adakah Osama telah mati atau belum mati lagi? Kenapa ditanam di laut? Untuk apa ditanam di situ? Adakah disebabkan itu bukan mayat Osama?

Kesimpulannya, gambar mayat Osama bin Laden telah di'photoshop'kan. Hairan, boleh pula US menipu dunia dengan teknik photoshop? Sedangkan teknik itu mudah untuk dikenalpasti ramai sama ada gambar itu diubahsuai atau tidak.

*sumber: akumelayuislam.blogspot.com

Sunday, April 24, 2011

Nasi Lemak Memang Penyebab Obesiti

0 comments
 Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mereka mendakwa langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Jangan tersalah faham apa yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Nasi lemak yang disebutkan dalam sidang media itu hanyalah salah satu contoh kepada penyebab obesiti.

Obesiti adalah kegemukan yang mampu membawa kepada kemunculan penyakit lain-lain pada masa yang sama. Contohnya, saluran darah tersumbat, sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dalam hal ini, masyarakat harus tahu maksud obesiti. Maksud obesiti tidak boleh dinilai melalui sudut fizikal badan seseorang itu sahaja. Ada sesetengah orang menganggap diri mereka mempunyai berat dan saiz badan yang ideal, tetapi hakikatnya mereka adalah golongan obesiti. Jadi, untuk menilai samaada kita obesiti ataupun tidak, kita perlulah menggunakan kaedah Body Mass Index (BMI).
Orang zaman dahulu sinonim dengan amalan
pertanian. Anak-anak pun dikerah untuk
membantu ibu bapa di situ. Aktiviti fizikal
di situ menyihatkan anak-anak.

Berbalik kepada isu nasi lemak, nasi lemak sebenarnya tergolong dalam makanan-makanan penyebab obesiti. Nasi yang kita makan setiap hari pun boleh membawa kepada obesiti juga. Masalahnya pada alaf ini, pemakanan nasi (lemak) kini tidak sama dengan pemakanan yang di ambil oleh orang-orang dahulu sekitar tahun 1990 an dan juga sebelum itu. Pada zaman itu, seseorang individu mengambil nasi lemak sewaktu sarapan. Selepas makan, mereka melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan bagi golongan ibu bapa pula mereka akan membajak sawah, menuai padi dan menoreh getah di mana penggunaan tenaga yang disumbangkan oleh nasi lemak tadi digunakan sepenuhnya. Penghasilan lemak dalam badan pun akan berkurang. Berbeza dengan sekarang, terutamanya golongan kanak-kanak, selepas sarapan atau makan besar mereka akan terduduk di hadapan televisyen dan juga komputer selama berjam-jam. Jadi, tenaga yang mereka dapat dari nasi lemak tadi akan berubah menjadi lemak di bahagian bahagian-bahagian badan (dalam erti saintifik, glukosa berlebihan yang tidak digunakan dalam badan akan ditukarkan kepada glukagon dan fat) kerana tidak digunakan.

Berikutan dengan fakta yang dinyatakan, langkah menghadkan pengambilan nasi (lemak) atau lain-lain makanan (tradisional) sememangnya boleh mengurangkan obesiti. Ini kerana, akan terdapat kesan psikologi yang pelajar akan terima terhadap pengambilan makanan. Apabila anak-anak terdidik dengan budaya sebegitu, secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ibu bapa mereka di rumah melalui interaksi antara satu sama lain. Semuanya bermula dari sekolah.
Zaman sudah berubah, anak-anak dikelilingi dengan kemajuan
teknologi. Aktiviti fizikal mereka tidak lagi seperti anak-anak
zaman dahulu.

Tindakan Kementerian memulakan langkah ini bukan untuk menghilangkan makanan tradisional, tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat terutamanya anak anak generasi masa depan agar prihatin terhadap pengambilan makanan pada alaf yang penuh kemajuan ini. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. Zaman sekarang masyarakat lebih gemar duduk di hadapan TV dan komputer. Sekaligus keadaannya sudah berubah dalam hal pemakanan. Nasi lemak memang murah dan mengenyangkan, tetapi tidak semestinya murah dan mengenyangkan itu menjamin kesihatan sekiranya kita tidak pandai mengawal pengambilannya. Bak kata Hippocrates, tokoh Eropah tersohor, "Mari kita anggap makanan sebagai ubat, dan ubat sebagai makanan".

Berikutan penggunaan BMI dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah yang gagal memberi kesedaran kepada ibu bapa, ini perlulah difikirkan secara mendalam. Pertama, ibu bapa tidak mendapat kesedaran kerana guru-guru tidak menerangkan hal ini kepada mereka. Masalah kedua, guru-guru sendiri pun tidak memahami apa itu BMI dan kepentingannya dalam kesihatan murid-murid. Masalah ketiga, apabila guru-guru gagal memahami dan memberi kesedaran mengenai BMI, mereka menganggapnya hanya perkara remeh. Kementerian pasti sedar mengenai masalah ini kerana golongan guru-guru pun tidak berapa mahir dalam aspek makanan. Hendak meletakkan pegawai dietetik dan pemakanan di setiap sekolah pula menelan kos perbelanjaan yang tinggi malahan untuk menghasilkan professionalisme ini bukanlah satu perkara mudah dan mengambil masa yang amat panjang.

Ukuran untuk mengukur berat badan

Formula pengiraan
BMI =
( kg/m² )
Berat badan (kg)
————————————
Tinggi (meter²)
Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) berkata, pihak sekolah tidak boleh memaksa pemakanan kanak-kanak. Jika ibu bapa sudah gagal dalam kesedaran pengambilan makanan di rumah, mengapa pula pihak sekolah tidak mahu 'memaksa' pelajar-pelajar sekolah dalam pengaturan pemakanan?

Kesimpulannya, nasi lemak, bihun, mee, mamee monster, sotong kering, nasi kerabu atau apa sahaja boleh menyebabkan obesiti. Langkah Kementerian Kesihatan untuk melakukan agenda pemakanan ini kerana faktor waktu dan budaya pemakanan dan aktiviti fizikal (senaman) masyarakat kini tidak lagi sama seperti zaman dahulu. Obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal. Walaupun begitu, langkah awal perlu diambil.




















*Sabda Nabi Muhammad S.A.W : Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca penyakit.


Wednesday, March 30, 2011

Artis Malaysia Menghidapi Bullimia Nervosa?

0 comments
Bullimia Nervosa adalah satu penyakit mental yang membabitkan kaedah pemakanan yang salah semata-mata untuk menguruskan badan. Ianya adalah satu tabiat yang buruk kerana terdapat penyakit-penyakit sampingan yang akan berlaku kepada pesakit Bullimia Nervosa, contohnya bengkak di bahagian mulut dan kerosakan saluran penghadaman di perut.

Pesakit Bullimia Nervosa gemar memuntahkan kembali makanan yang mereka makan walaupun makanan yang dimakan tidak membawa kegemukan. Pelbagai kaedah untuk memuntahkan kembali makanan, antaranya memasukkan jari ke anak tekak, memakan pil diet dan ubat diuretics secara tidak terancang. Ini semua berkaitan masalah mental. Mereka akan digelar sebagai pesakit Bullimia Nervosa apabila mereka sengaja memuntahkan makanan sebanyak 2 kali seminggu selama 3 bulan berturut-turut. Namun begitu, sekiranya seseorang memuntahkan makanan kurang dari 2 kali seminggu selama 3 bulan berturut-turut, mereka pula akan dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai simptom Bullimia Nervosa.

Dari sudut persekitaran, ia mampu mempengaruhi seseorang untuk menghidapi Bullimia Nervosa. Antara faktor-faktor tersebut ialah pandangan masyarakat, sikap keluarga, pengaruh media tentang susuk badan yang ideal dan tidak dapat menerima bentuk badan sendiri. Dengan faktor-faktor ini, seseorang itu akan mula menjaga makan dan menahan lapar secara ekstrem untuk mencapai bentuk badan yang ideal.

Berdasarkan faktor-faktor persekitaran yang dinyatakan, tidak mustahil golongan artis terutamanya artis wanita menghidapi simptom Bullimia Nervosa. Merekalah golongan yang hampir dengan faktor-faktor persekitaran ini. Maklumlah, pandangan para peminat haruslah dijaga, kalau peminat lari maka hilanglah punca rezeki. Dengan itu, keterampilan dari sudut badan haruslah dititikberatkan untuk menarik perhatian peminat walaupun kaedah menguruskannya salah. Mungkin mereka tidak memuntahkan makanan sebanyak 2 kali selama 3 bulan berturut-turut. Tetapi mereka mungkin sengaja memuntahkan makanan sebanyak 2 atau 3 kali dalam sebulan. Walau apapun, ia tetap berkait dengan Bullimia Nervosa.

"Wah, badan You tetap langsing!" tanya wartawan kepada seorang artis tempatan.

"Mestilah, I pandai menjaga pemakanan," jawab artis tersebut dengan penuh yakin.

Pandai menjaga pemakanan? Kaedah Bullimia Nervosa kah? Persoalannya, adakah artis Malaysia pun mengamalkan Bullimia Nervosa?


Tuesday, March 1, 2011

Lebih 70% Penduduk Malaysia akan Mendiami Kawasan Bandar Menjelang Tahun 2020

0 comments

Rancangan Malaysia ke-10

Mari fikirkan apakah situasi yang akan berlaku apabila lebih 70% penduduk Malaysia akan mendiami kawasan bandar Menjelang 2020.

1) Kos sara hidup tinggi.

2) Persaingan mendapatkan pekerjaan sememangnya sengit. 

3) Pemilikan Ijazah dalam kalangan graduan hanyalah satu taraf yang mungkin dianggap normal. 

4) Sosial dan komunikasi antara penduduk mungkin akan berubah.

5) Agenda kesihatan akan menjadi keutamaan.

4) Cuba fikirkan sendiri.....

Saranan kepada masyarakat sebelum situasi ini berlaku:
1) Didik anak-anak untuk mengutamakan pelajaran termasuklah didikan agama.

2) Tidak perlu menolak pembangunan kerana menolak pembangunan akan memburukkan lagi keadaan. Negara akan ketinggalan dari segala aspek dan kesan buruk akhirnya akan menimpa penduduk Malaysia juga. 

3)  Cuba fikirkan sendiri.....

*Bersedia dari sekarang untuk mengubah kehidupan pada masa akan datang.

Thursday, December 16, 2010

Adik Beradik Melakukan Seks! Memalukan!

0 comments
Video seks adik beradik bawah umur (gambar kiri) kian tersebar di internet. Dipercayai, kedua dua adik beradik yang berwarganegara MALAYSIA ini melakukan hubungan seks di sebuah hotel di Malaysia. Ia didalangi oleh pihak ketiga. Apakah pasangan adik beradik ini dipaksa untuk melakukan perbuatan jijik ini? Ataupun mereka sukarela untuk melakukannya? Persoalannya sekarang, mereka di bawah umur. Apakah mereka terpengaruh dengan laman web lucah di internet? Tanpa sebarang pengetahuan di dada mengenai zina, wajarkah budak budak bawah umur dipersalahkan sekiranya mereka melakukan perkara terkutuk ini?

Sudah sampai masanya silibus Zina yang tidak seberapa dalam buku pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diperbesarkan lagi skopnya. Pendidikan Seks adalah salah satu caranya.

Ia merangkumi:
1) Pembelajaran hak hak badan manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.

2) Subjek ini juga akan mendedahkan info info mengenai hubungan seks lelaki dan wanita, liwat dan pertukaran jantina yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini menurut perspektif agama dan moral.

Sekurang kurangnya, kanak kanak bawah umur ada pemahaman yang kukuh mengenai masalah sosial termasuk seks. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar. Hendak diharapkan ibu bapa di rumah, langsung tiada jaminan. Mungkin mereka tidak tahu cara untuk mengajar Pendidikan Seks di rumah. Jadi, wajarlah ia dilaksana di sekolah.



*Kini yang lebih menjadi isu adalah istilah 'Pendidikan Seks', bukan subjek Pendidikan Seks. Agaknya perlu ditukar nama kepada Pendidikan Gender atau Pendidikan Sosial Kemasyarakatan. Baru orang ramai selesa, mungkin.
 

Saturday, December 11, 2010

Model Prototaip Perodua Bezza

1 comments
PERODUA telah mempamerkan model kereta keluaran yang akan datang pada 2 Disember 2010. Pengarah Urusan PERODUA berkata, reka bentuk Perodua Bezza dihasilkan sepenuhnya oleh kakitangan PERODUA.


Perodua Bezza
Pintu Bahagian Belakang Perodua Bezza ternyata berbeza

Bahagian Belakang Perodua Bezza

PERODUA menyasarkan Bezza sebagai kereta masa hadapan
Namun, ramai yang mengatakan rekabentuk Perodua Bezza hampir sama dengan Toyota Prius. Benarkah?
Toyota Prius

Toyota Prius




Monday, December 6, 2010

Kereta Malaysia Dihina dan Dikritik di United Kingdom.

6 comments
Pihak TOPGEAR di UK telah mengkritik kereta keluaran Proton dan Perodua yang telah diimport ke sana. Bagi mereka, kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk bergerak di atas jalan raya UK.

Berikut beberapa snapshot yang diambil dari video kritikan terhadap kereta Perodua Kelisa di UK.

Menguji sejauh mana ketahanan fizikal Perodua Kelisa di UK




Perodua Kelisa kemek dengan beberapa hentaman tukul besi.


Bahagian yang kemek pula boleh dibetulkan menggunakan tangan sahaja.

Perodua Kelisa digantung bersama bebanan.

Tidak sampai satu minit, bahagian depan Perodua Kelisa berderai jatuh.

Perodua Kelisa diletupkan.

Kritikan di www.topgear.com:http://www.topgear.com/uk/proton



Video penuh di sini:






Saturday, November 20, 2010

DIDIK ANAK ANAK KECIL UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

0 comments
Hakikat sekarang, ramai di sekeliling kita menghadapi masalah kegemukan. Kegemukan yang dialami 98% datang dari sikap individu itu sendiri. Masyarakat harus sedar, kegemukan berlaku kerana lemak terkumpul dalam badan. Yang paling penting sekali dalam hal ini ialah keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin terbeban jantung anda untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi dengan lemak. Bermula dari situ, pelbagai penyakit berkaitan dengan jantung akan timbul.

Pokoknya, untuk mengurangkan kegemukan hanyalah melalui bersenam seperti bermain bola sepak, badminton atau berjogging. Senaman akan membakar lemak lemak yang terkumpul dalam badan. Sekaligus akan mengubah bentuk badan serta menurunkan berat badan seseorang. Fenomena sekarang memperlihatkan betapa susahnya untuk mendidik masyarakat yang sudah berumur dewasa agar mengamalkan senaman atau sukan dalam kehidupan mereka. 


Sebenarnya, terdapat kaitan antara senaman dengan zaman kanak kanak dan zaman dewasa. Jika seseorang kanak kanak tidak dididik oleh ibu bapa atau persekitaran(rakan rakan, guru, etc) untuk mengamalkan gaya hidup seperti bersukan, sudah pasti di zaman dewasanya nanti  keadaan gaya hidupnya masih sama, iaitu tidak cenderung untuk bersenam. Ini adalah fakta, bukan rekaan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu memberi rangsangan kepada anak anak mereka agar berterusan mengamalkan senaman seperti bersukan di petang hari atau di pagi hari.

Beberapa tips untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:

1) Didik mereka agar memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat (mengeluarkan peluh). Sesetengah kanak kanak menganggap senaman adalah medan untuk menunjuk jaguh. Akibatnya, akan berlaku suasana tegang seperti pergaduhan sekiranya di antara mereka tidak berpuashati dek kerana orang lain 'tidak hebat' dalam bermain.

2) Paksa anak anak membeli barang di kedai jika mereka kerap menonton TV atau kerap bermain Playstation. Kalau boleh suruh anak anak berbasikal ke kedai. Sekurang kurangnya, peluh akan keluar.

3) Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka sekali sekiranya si ibu bapa menziarahi sahabat handai. Mungkin mereka dapat bertemu dengan kawan baharu di rumah yang diziarahi ibu bapa. Umumnya, kawan mempunyai pengaruh yang besar terhadap individu. Dengan itu, mereka mempunyai satu komuniti untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan seperti bersukan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mengawal sosial anak anak mereka juga.

4) Jangan didik kanak kanak dengan makanan ringan. Patuhi pemakanan seimbang yang melibatkan sayur sayuran dan buahan buahan.

5) Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit secara minima.

6) Jika kanak kanak tersebut tidak minat sukan seperti bola sepak dan acara padang yang lain, ajak mereka untuk berjogging selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jogging adalah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Tetapi, menguasai kemahiran bersukan yang lain merupakan satu nilai tambah dalam diri seseorang.



*Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.

Monday, November 2, 2009

2012

0 comments

Bulan November nanti pawagam Malaysia akan menayangkan filem yang menarik perhatian iaitu 2012. Iklannya begitu menarik dengan kecanggihan grafik yang dicipta oleh Columbia pictures.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada filem ini ialah kiamat pada tafsiran barat. Apa yang silapnya dalam filem ini, di penghujung cerita (mengikut sinopsis dalam internet) ada manusia yang terselamat daripada peristiwa kiamat ini. Manusia terselamat di hari kiamat? Mustahil! Dan seperti biasalah Amerikalah yang dianggap penyelamat dunia dalam mengharungi hari kiamat.

Beralih kepada peristiwa kiamat yang kononnya berlaku pada 2012. Seluruh paderi paderi sedunia telah pun bersepakat sebelum ini bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012. Hujah mereka bersandarkan juga pada konsep archaeastronomy, mitologi dan numerologi pembinaan serta cabang cabang sains yang lain yang diramal para saintis.

Persoalan yang bermain di fikiran, apakah yang menyebabkan Barat meramalkan 2012 adalah hari kiamat? Bagi sudut pakar agama iaitu paderi paderi, mereka menjadikan Kalendar Maya (Mayan Calendar) sebagai rujukan. Ringkasnya, kalendar Maya ini adalah kalendar yang di gunakan pada zaman ketamadunan pra Columbia. Kalendar ini dianggap unik kerana boleh meramal beberapa peristiwa dengan tepat seperti penenggelaman Kota Atlantis dan beberapa siri peperangan yang berlaku. Namun tidak semuanya tepat. Apa yang pasti, Kalendar Maya telah menetapkan hari penghujung dunia akan berlaku pada tahun 2012.

Menurut sudut sains, para saintis barat dari agensi angkasa seperti NASA menjangkakan terdapat satu asteroid yang besar di angkasa lepas akan menghempas bumi pada tahun 2012. Mengapa 2012? Mereka meramalkannya mengikut kaedah cabang cabang matematik. Dan menurut sumber yang tidak pasti, satu planet yang baru dijumpai bernama planet X NIBIRU juga akan bergeser dengan bumi pada tahun yang sama. Sebenarnya ini hanyalah ramalan dari Nasa dan pihak pihak tertentu.

Dalam ajaran Islam berpandukan Al Quran dan As Sunnah, tidak terdapat pun ayat-ayat Al Quran atau pun Assunnah yang menyatakan secara jelas mengenai tarikh hari kiamat kerana ianya disembunyikan Allah S.W.T sebagaimana Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadar pada bulan ramadhan. Hikmahnya, Allah ingin hambanya beribadah semaksimum mungkin kepadanya setiap masa bukan pada saat saat akhir. Cuma yang dinyatakan dalam Islam bahawasanya Hari Kiamat akan jatuh pada hari Jumaat sahaja. Tetapi tarikhnya tidak dapat diketahui makhluk Allah S.W.T. Hanya Allah yang Mengetahui. Tarikh yang diuar-uarkan para paderi seluruh dunia itu juga sebenarnya jatuh juga pada hari Jumaat, iaitu 21.12.2012. Tapi, tidak semestinya. Apatah lagi tanda tanda kiamat besar pun belum muncul lagi.

Mungkin filem 2012 ini tidak disekat Lembaga Penapisan Filem kerana ianya tidak berunsurkan agama yang keterlaluan secara jelas yang boleh memesongkan aqidah. Jadi apa yang diharapkan ummat Islam tidak mudah terpedaya dengan ramalan hari kiamat pada tahun 2012 kerana hak penentuan hari kiamat adalah hak mutlak Allah S.W.T. Mungkin hari kiamat jatuh pada minggu ini, siapa tahu? Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Tetapi, terdapat juga satu pendapat para saintis barat yang menyatakan 2012 bukan tahun kiamat tetapi berlaku perubahan besar besaran dari sudut sains dalam alam ini untuk memasuki era baru. Bumi akan memasuki zaman emas dari zaman besi iaitu sekarang. Benarkah begitu?? Hanya Allah Yang Mengetahui.

Friday, July 31, 2009

Ummat Islam kurang bernas.

0 comments
Saban hari, kita lihat teknologi masakini sudah berpihak kepada orang Kristian atau lebih senang kita khususkan Yahudi. Contohnya, telefon bimbit. Penciptaan telefon bimbit seperti NOKIA sudah mempengaruhi masyarakat dunia untuk membelinya, termasuklah masyarakat ISLAM.






****************************************************************************







(Walaupun ketinggalan zaman namun
kemurahannya lebih menarik perhatian ummat
Islam untuk membelinya
)


Walaupun begitu, ummat Islam tidak berdiam diri malah mereka sendiri pun sudah mula mencipta dan memasarkan telefon bimbit ciptaan Ummat Islam untuk menyedarkan masyarakat Islam yang setiap wang pembelian telefon bimbit atau teknologi lain sebenarnya disalurkan kepada Tentera Israel untuk menakluki Baitulmaqdis.

Namun sejauh mana kecerdikan strategi Ummat Islam dari sudut teknologi, khususnya telefon bimbit. Syarikat-syarikat yang mencipta dan memasarkan telefon bimbit islamik ini lebih mementingkan keuntungan. Lihatlah, telefon bimbit islamik berharga lebih RM 300. Persoalannya, untuk siapakah telefon bimbit ini dijual? Agaknyalah, siapa yang ingin membelinya? sudah tentu orang berada. Orang miskin ynag kumpulan majoriti pula masih membeli NOKIA 3310, 3315 kerana ianya murah 2 kali ganda dan sesuai dengan kemampuan mereka. Salahkah jikalau mencipta telefon bimbit islamik yang fungsinya ringkas seperti Nokia 3310 dan 3315? Pastinya, ramai yang akan membelinya didorong pula dengan sikap sayangkan penjanaan kewangan bagi UMMAT ISLAM itu sendiri. Tak semestinya telefon islamik mesti ada aplikasi 30 juzuk Ayat Quran, Aplikasi Azan, mp3 dan video. Aplikasi rin
gkas pun tidak mengapa asalkan ummat Islam yang miskin secara majoritinya mampu membeli telefon bimbit tersebut. Barulah ada sokongan terhadap barangan buatan orang Islam dan pada masa yang sama dapat menyaingi telefon bimbit keluaran Yahudi.

Ini tidak, letak harga yang melambung tinggi, orang Islam pun terpaksa berfikir 2 kali. Bila terpaksa berfikir 2 kali, ada pula orang berkata "Demi umat, mahal pun tidak apa".

Mahal itu yang sebenarnya bermasalah. Fahami status Umat Islam masakini yang majoritinya seluruh dunia ini miskin. Hendak orang Islam membeli telefon bimbit islamik, tapi letak harga melambung yang melampaui kemampuan kewangan umat Islam yang semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi sekarang ini. Situasi di atas dikhususkan kepada strategi umat Islam di Malaysia.

Artikel ini bukan untuk menghina usaha usaha orang Islam untuk menyaingi sains dan teknologi orang Yahudi, tetapi tidak berpuas hati dengan cara atau kaedah yang digunakan.

Monday, January 12, 2009

Israel Bukan Manusia

0 comments

Siapa yang memiliki pemikiran Israel wajarlah dikatakan gila. Pemerintahan kuno dan tidak bertamadun serta melampaui batasan minda yang waras sudah mampu menderitakan penduduk Palestin. Hakikatnya, Israel satu satunya Negara yang dibela Amerika Syarikat seolah-olah mereka membela binatang. Jika membalas serangan terhadap mereka , mereka akan mengganas secara ekstrem, tidak menghiraukan perasaan masyarakat dunia dan mengingkari PBB.
Binatang sepatutnya dibalas dengan perbuatan binatang juga. Israel tidak boleh dibiarkan berada dibawah sekutu besarnya Amerika Syarikat. Oleh itu, cara terbaik masa kini adalah memboikot barangan Amerika dan Yahudi. Namun, kempen tersebut hanya didengari di Malaysia shaja tetapi senyap di dunia Islam yang lain dan juga Negara bukan Islam yang menentang kekejaman Israel.
Memang munasabah apabila Hamas menolak rundingan damai dengan Israel kerana mereka tahu Israel tidak pernah Ikhlas dalam perdamaian. Begitu juga dengan rakyat Palestin, mereka sedar bahawa perdamaian dengan Israel tidak akan berhasil melihatkan Israel pun sudah mengingkari RESOLUSI GENCATAN SENJATA PBB. Mustahil untk Israel menghapuskan Hamas kerana selagi wujud rakyat Palestin selagi itulah Hamas terus wujud. Yang menyedihkan lagi keadaan, kerajaan kerajaan Islam di Asia Barat tidak cenderung menghulurkan bantuan kepada Palestin semata- mata ingin menjaga kepentingan Negara masing-masing dengan Amerika.
Sudah lebih 10 hari pencerobohan Israel terhadap Palestin namun masih tiada petanda mereka akan berhenti sebelum pilihanraya Israel. Hanya kerana inginkan kemenangan, mereka menceroboh palestin demi kemenangan Presiden mereka kononnya tegas dalam pentadbiran. Tidak ubah seperti perangai binatang yang memburu haiwan lain semata-mata ingin mengenyangkan perutnya sahaja. Rumusannya ISRAEL BUKAN MANUSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009