Sumber Wikimedia |
Apakah yang perlu difikirkan sebaik
sahaja melangkah masuk ke universiti setelah tamat matrikulasi?
Pertama sekali adalah mengenai biasiswa
atau pinjaman. Pastikan anda sudah menerima dan menandatangani
perjanjian biasiswa/pinjaman dalam tempoh 2 minggu pertama di
universiti. Biasiswa dan pinjaman yang paling popular adalah Biasiswa
Jabatan Perkhidmatan Awam dan PTPTN.
Satu semester JPA : RM 4500 (tertakluk
pada bidang yang diambil universiti)
Satu semester PTPTN : RM 3500
(tertakluk pada bidang yang diambil di universiti)
Terdapat juga dana lain seperti biasiswa Kerajaan Negeri dan syarikat swasta.
Untuk pelajar yang menggunakan kewangan
sendiri, hal biasiswa dan PTPTN tidak menjadi masalah bagi anda.
Apakah lagi yang perlu difikirkan?
Kedua, semestinya mengenai hal akademik
anda. Kenalpasti subjek yang perlu anda ingin ambil bagi semester
pertama di universiti. Subjek sebenarnya sudah ditetapkan oleh Dekan
masing-masing. Jadi, anda hanya perlu mengikut subjek yang ditetapkan
sahaja. Jadual kelas perlu dicatat/dimuatturun ke laptop.
Wajarkah saya melibatkan diri dalam
persatuan dan sukan di universiti?
Wajar. Persatuan dan sukan di
universiti mengajar erti kepimpinan. Kemahiran dalam kepimpinan amat
diperlukan ketika anda mula mencari kerja selepas universiti nanti.
BeritaKini sarankan, ceburkanlah dalam aktiviti persatuan hanya 1
aktiviti untuk satu-satu masa. Tidak perlulah melibatkan banyak
sangat aktiviti dalam satu-satu masa. Ia tidak fleksibel untuk
kehidupan harian dan pembelajaran anda.
Satu tahun pembelajaran di
universiti bermaksud?
Satu semester bersamaan 6 bulan. Tahun
pertama pembelajaran bersamaan dengan 12 bulan.
Berpolitik di universiti adalah satu
nilai tinggi kehidupan?
Bagi BeritaKini, istilah 'politik' di
universiti merujuk kepada isu kepimpinan antara persatuan sahaja dan
persepsi para pelajarnya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Adakalanya, anda boleh lihat sendiri segelintir pelajar yang
kelihatan ekstrem dan berpolitik senantiasa. Selalunya yang
berpolitik senantiasa ini membawa pengaruh politik kenegaraan. Pada
pandangan BeritaKini, politik itu menarik dan perlu diambil tahu.
Andai diberi tugas (piliharaya kampus), jalani sebaik mungkin. Namun,
tidak perlu untuk berlebih-lebihan. Lebih kepada membuang masa.
Senaraikan aktiviti Islamik di
universiti, saya ingin ceburi aktiviti Islamik sahaja.
Tiada istilah aktiviti tidak Islamik di
universiti. Setiap aktiviti dianjurkan oleh orang Islam, melainkan
aktiviti kebudayaan Cina dan India yang rata-ratanya terdiri daripada
Non Muslim. Namun, tidak salah bukan untuk mengambil pengalaman?
Universiti adalah hentian terakhir untuk anda terdedah kepada
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Jadi, tidak perlulah memilih. Yang
penting adalah pengalaman. Ia amat berguna apabila sudah masuk ke
alam pekerjaan nanti.
Bercinta?
Jika ingin
bercinta, rancanglah mengikut adab dan tatatertib agama. Jika tiada
perancangan, lebih baik tidak perlu bercinta.
Berniaga di universiti atau kerja
sambilan sebaik sahaja melangkah di universiti? Relevankah?
BeritaKini amat
RESPECT kepada orang yang berniaga dan bekerja sambilan di
universiti. Sejujurnya, golongan ini mempunyai kemahiran komunikasi
yang baik hasil daripada titik peluh perniagaan/kerja sambilan.
Golongan ini juga mempunyai pemikiran yang matang dan rasional
berbanding pelajar yang gemar berpolitik sentiasa di universiti.
Relevan atau
tidak, bergantung kepada keadaan dan tempat universiti itu sendiri.
Andai ada aktiviti anjuran persatuan/universiti, anda boleh 'propose'
untuk membuka gerai perniagaan. Untuk bekerja sambilan seperti di
restoran/kedai/etc, ia bergantung kepada persekitaran universiti itu.
Jika berdekatan dengan bandar, mudahlah untuk mendapat kerja
sambilan. Namun, ramai pelajar suka berniaga secara 'online' dan pos
barangan kepada pelanggan.
Semaikan pemikiran
usahawan sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti.
Berjimat
cermat?
Ya, mahasiswa
adalah golongan yang tidak bekerja. Kewangan pula terhad. BeritaKiny
selalu menghadkan RM 10 sehari untuk makan dan minum, 5 kali sehari.
Di akhir semester, selalunya ada baki RM 1500 di dalam bank.
Gerak kerja 'assignment' bagaimana?
Laptop adalah
perkara terpenting untuk melakukan 'assignment'. BeritaKiny tidak dapat
nafikan itu. Boleh sebenarnya jika anda ingin menggunakan komputer di
perpustakaan ataupun siber kafe. Tapi penatlah untuk berulang-alik
dan perlu bayar pula jika di siber kafe. 95% assignment adalah dalam
hitam putih bercetak.
Semak balik, apakah tujuan anda masuk ke universiti?
Ada orang masuk ke universiti untuk membolehkan mereka mendapatkan sijil ijazah, semata-mata untuk mudah mendapatkan pekerjaan kelak. Pengakhiran yang pasti bagi pelajar universiti adalah anda akan berdepan dengan situasi mencari pekerjaan. Untuk memudahkan situasi mencari pekerjaan itu, anda haruslah berusaha sebaik mungkin ketika di universiti samaada dari sudut akademik atau kokurikulum. Kerana ia akan dinilai oleh pihak Sumber Manusia bakal majikan anda.
0 comments:
Post a Comment