Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

2012: Zecharia Sitchin

0 comments
Siapakah beliau?
Seorang penulis buku. Beliau dilahirkan di Amerika pada 11 Julai 1920 dan mati pada 9 Oktober 2010. Zecharia sebenarnya adalah seorang pelajar jurusan Ekonomi di University Of London.

Apakah yang ditulis oleh beliau?
Beliau menulis mengenai sejarah ketamadunan manusia dan astronomi pada zaman purba.

Kenapa beliau popular?
Idea dunia akan kiamat pada tahun 2012 sebenarnya berpunca dari kajian sejarah dan saintifiknya yang silap.

Apakah kajian yang dikatakan silap itu?

1) Beliau telah silap dalam menterjemahkan simbol simbol masyarakat Mesopotamia. Dari terjemahan itu, beliau mendakwa terdapat satu planet bernama NIBIRU. 

2) Kajian Zecharia Sitchin dikritik oleh ramai saintis termasuk Michael S. Heiser (seorang pelajar jurusan Bahasa Purba) dan Prof. Ronald. H Fritze (penulis buku Invented Knowledge: False History, Fake Science and Pseudo-religions). Mereka mendapati terdapat banyak kesalahan dalam penterjemahan bahasa purba Mesopotamia yang dilakukan oleh Zecharia.


Adakah penulisan Zecharia Sitchin begitu popular?
Ya, buku buku Zecharia Sitchin telah menembusi pasaran buku dunia.




Sunday, November 28, 2010

2012: NASA Menyangkal Kewujudan Planet Nibiru

4 comments
Temubual bersama David Morrison, seorang saintis veteran di NAI (sebuah agensi gabungan NASA).

2012 telah dianggap sebagai tahun keramat bagi dunia Barat sekarang. Tahun ini dikatakan akan berlaku bencana besar yang boleh membawa kepada kehancuran Planet Bumi. Namun begitu, kesemua persoalan dan anggapan mengenai tahun kiamat pada 2012 telah dijawab oleh jawapan saintifik Dr Morrison. Berikut adalah pertanyaan dan jawapan yang diberikan oleh beliau.

Apakah sebab yang membuatkan satu ramalan bahawasanya dunia akan kiamat pada tahun 2012?

-Ramalan ini bermula apabila satu planet yang bernama NIBIRU sedang menuju ke bumi. Zecharia Sitchin, seorang penulis buku fiksyen (pada tahun 1976) telah mendakwa dirinya mampu menterjemahkan dokumen purba orang Sumeria pada zaman Mesopotamia. Melalui penterjemahan dokumen terbabit, dia mendapati terdapat satu planet yang bernama Nibiru sedang mengelilingi matahari selama 3600 tahun.

-Salah satu cerita dongeng orang Sumeria dalam dokumen purba mereka adalah lawatan makhluk asing dari ketamadunan Anunnaki. Kemudian, Nancy Lieder yang MENDAKWA dirinya seorang ahli fizik menyatakan satu planet tidak berpenghuni sedang menuju ke bumi. Perlanggaran planet Nibiru dan Planet Bumi telah diramalkan pada tahun 2003. Tetapi, tiada apa pun yang berlaku. Kemudian, tarikh ramalan berpindah ke tahun 2012.

-Setelah itu, fakta dari orang Sumeria dan Nancy Lieder diputar belitkan bersama kalendar Kaum Maya, yang mengatakan dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012.

Orang Sumeria adalah di antara golongan terawal pencetus ketamadunan yang agung, mereka telah meramalkan dengan tepat kedudukan astronomi termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi kenapa kita tidak boleh mempercayai ramalan mereka?

-Sebenarnya nama Nibiru terdapat dalam kisah kisah dongeng dan puisi ketuhanan orang Sumeria. Kemudian, dengan tokok tambah dari Zecharia Sitchin, ramai mempercayai terdapat planet bernama Nibiru di luar sana. Zecharia Sitchin adalah seorang berpelajaran tinggi, disebabkan itulah ramai yang mempercayainya pada tahun 1976.

-Sememangnya Orang Sumeria pada zaman Mesopotamia telah mencipta ketamadunan yang agung. Dari amalan pertanian sehinggalah ke kehidupan 'urban', kita tidak boleh nafikan itu. Tetapi, mereka sebenarnya tidak tahu langsung mengenai astronomi dan kewujudan planet di luar sana. Ilmu astronomi sebenarnya berkembang 2 milenium selepas keagungan ketamadunan orang Sumeria. Jadi, sememangnya orang Sumeria tidak tahu langsung mengenai astronomi. Yang mengatakan orang Sumeria pakar dalam bidang astronomi adalah satu imaginasi dan teori Zecharia yang tiada asas.

Bagaimana Dr Morrison menyangkal kewujudan Nibiru yang telah ditemui pada tahun 1983? Ia telah menjadi tajuk popular akhbar ketika itu. Waktu itu, NASA menggelarkan planet itu sebagai Planet X, Xena, dan Eris. Tiga nama kesemuanya.

-Satelit NASA bernama IRAS sebenarnya mampu mencerap objek infra merah, tetapi setakat ini tiada maklumat mengenai kewujudan Planet Nibiru ataupun Planet X.

-Secara ringkasnya, IRAS mencerap 350000 objek infra merah, dan pada awalnya kesemua objek ini masih lagi tidak boleh dikenalpasti.

-Jadi, mengenai Planet X, ia hanyalah satu khabar angin yang dicetuskan oleh artikel saintifik yang diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters yang bertajuk “Unidentified point sources in the IRAS minisurvey” Ia membincangkan objek objek yang tidak dapat dikenalpasti dalam IRAS.

-Pada tahun 1987, secara sahihnya melalui kajian IRAS, tiada planet ke sepuluh di luar sana yang bernama Planet X ataupun Nibiru yang digembar gemburkan pada tahun 1983.

*Maklumat di atas berdasarkan perspektif saintifik.

Wednesday, November 24, 2010

2012: Planet Nibiru

0 comments
Planet Nibiru dikatakan akan menghentam bumi pada penghujung 2012.

Planet ini juga dikatakan akan menamatkan riwayat kehidupan di muka bumi pada penghujung tahun 2012.

Ketika ini, banyak individu mengambil tempat dalam pengulasan Planet Nibiru.


Namun, segala perdebatan masih lagi tidak menemui titik kepastian kewujudan planet ini.


*Maklumat ini berdasarkan perspektif saintifik.


Monday, November 2, 2009

2012

0 comments

Bulan November nanti pawagam Malaysia akan menayangkan filem yang menarik perhatian iaitu 2012. Iklannya begitu menarik dengan kecanggihan grafik yang dicipta oleh Columbia pictures.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada filem ini ialah kiamat pada tafsiran barat. Apa yang silapnya dalam filem ini, di penghujung cerita (mengikut sinopsis dalam internet) ada manusia yang terselamat daripada peristiwa kiamat ini. Manusia terselamat di hari kiamat? Mustahil! Dan seperti biasalah Amerikalah yang dianggap penyelamat dunia dalam mengharungi hari kiamat.

Beralih kepada peristiwa kiamat yang kononnya berlaku pada 2012. Seluruh paderi paderi sedunia telah pun bersepakat sebelum ini bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012. Hujah mereka bersandarkan juga pada konsep archaeastronomy, mitologi dan numerologi pembinaan serta cabang cabang sains yang lain yang diramal para saintis.

Persoalan yang bermain di fikiran, apakah yang menyebabkan Barat meramalkan 2012 adalah hari kiamat? Bagi sudut pakar agama iaitu paderi paderi, mereka menjadikan Kalendar Maya (Mayan Calendar) sebagai rujukan. Ringkasnya, kalendar Maya ini adalah kalendar yang di gunakan pada zaman ketamadunan pra Columbia. Kalendar ini dianggap unik kerana boleh meramal beberapa peristiwa dengan tepat seperti penenggelaman Kota Atlantis dan beberapa siri peperangan yang berlaku. Namun tidak semuanya tepat. Apa yang pasti, Kalendar Maya telah menetapkan hari penghujung dunia akan berlaku pada tahun 2012.

Menurut sudut sains, para saintis barat dari agensi angkasa seperti NASA menjangkakan terdapat satu asteroid yang besar di angkasa lepas akan menghempas bumi pada tahun 2012. Mengapa 2012? Mereka meramalkannya mengikut kaedah cabang cabang matematik. Dan menurut sumber yang tidak pasti, satu planet yang baru dijumpai bernama planet X NIBIRU juga akan bergeser dengan bumi pada tahun yang sama. Sebenarnya ini hanyalah ramalan dari Nasa dan pihak pihak tertentu.

Dalam ajaran Islam berpandukan Al Quran dan As Sunnah, tidak terdapat pun ayat-ayat Al Quran atau pun Assunnah yang menyatakan secara jelas mengenai tarikh hari kiamat kerana ianya disembunyikan Allah S.W.T sebagaimana Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadar pada bulan ramadhan. Hikmahnya, Allah ingin hambanya beribadah semaksimum mungkin kepadanya setiap masa bukan pada saat saat akhir. Cuma yang dinyatakan dalam Islam bahawasanya Hari Kiamat akan jatuh pada hari Jumaat sahaja. Tetapi tarikhnya tidak dapat diketahui makhluk Allah S.W.T. Hanya Allah yang Mengetahui. Tarikh yang diuar-uarkan para paderi seluruh dunia itu juga sebenarnya jatuh juga pada hari Jumaat, iaitu 21.12.2012. Tapi, tidak semestinya. Apatah lagi tanda tanda kiamat besar pun belum muncul lagi.

Mungkin filem 2012 ini tidak disekat Lembaga Penapisan Filem kerana ianya tidak berunsurkan agama yang keterlaluan secara jelas yang boleh memesongkan aqidah. Jadi apa yang diharapkan ummat Islam tidak mudah terpedaya dengan ramalan hari kiamat pada tahun 2012 kerana hak penentuan hari kiamat adalah hak mutlak Allah S.W.T. Mungkin hari kiamat jatuh pada minggu ini, siapa tahu? Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Tetapi, terdapat juga satu pendapat para saintis barat yang menyatakan 2012 bukan tahun kiamat tetapi berlaku perubahan besar besaran dari sudut sains dalam alam ini untuk memasuki era baru. Bumi akan memasuki zaman emas dari zaman besi iaitu sekarang. Benarkah begitu?? Hanya Allah Yang Mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009