Sunday, August 7, 2022

Skrip Perbualan Sebenar Penipuan Coin Collector / Pengumpul Duit Kertas Syiling Lama

Penipuan berkenaan pengumpulan duit kertas syiling lama sangat menjadi-jadi sekarang. Kebiasaanya mereka mendekati kita melalui sosial media atau panggilan telefon dan mengarahkan kita untuk bank in duit secara online atau secara cash. Ada yang mencecah kerugian sehingga ribuan ringgit sehari. Bagaimana mereka buat modus operandi ini?

Mungkin di website lain banyak menceritakan isu ini secara am. Kali ini BERITAKINI mendedahkan bagaimana skrip perbualan antara Coin Collector Scammer ini berlaku dan penipuan secara tak sedar berlaku di Instagram. Sekali imbas ia sama dengan modus operandi scammer panggilan telefon. 

---------------
Mangsa menerima "Friends Request" di Instagram. Mengaku dirinya dari USA. Seorang pengumpul duit syiling. 

Laman utama Profile Instagram milik individu bernama Sarah John ini memaparkan gambar-gambar koleksi duit syiling lama. Ada beberapa gambar muka miliknya, screenshot kejayaan transaksi wang dan perbualan testimoni dengan so called customer beliau. Namun, bila disemak profile Instagram ini baru dicipta 4 hari lepas. 

Berikut adalah perbualannya. Admin mengesyaki gambar muka individu ini dicuri dari laman sosial media yang lain. Oleh sebab itu admin 'censored' kerana ia melibatkan privasi seseorang yang kita tidak kenali.


















Suara yang dihantar itu tidak kedengaran seperti dialek English-USA. Tetapi seperti suara berpura-pura. Namun jika tuan-puan perasan, English grammar scammer ini sangat baik daripada awalnya.


Mereka menggunakan akaun bank tempatan. Admin mengesyaki ia menggunakan akaun semasa atas nama perseorangan untuk menjalankan aktiviti ini.



Grand Bank of Texas memang wujud di carian Google. Namun, resit seperti di atas boleh dibuat palsu. Pada awalnya scammer ini minta RM400 untuk Activation Fee. Tapi tiba-tiba ada pula tambahan charges katanya lagi RM500. Di sinilah bermulanya kejadian kerugian bertambah-tambah. Mana ada transaksi bank keluarkan resit dahulu kemudian minta tambahan Transaction Fee. SOP pindahan wang online semuanya bersifat sekali harung (One Off).




Kemudian tiba-tiba Bank of America pula. Siap ada Loading lagi. Mana ada bank guna kaedah macam ini.
Kesemua resit transaksi palsu ini anda dapat lihat setelah anda membayar kepada mereka.

Dia minta tambah lagi RM 550

Mangsa sudah tidak mahu menambah bayaran lagi dan tidak mahu layan. Sengaja bagi alasan tertidur. Namun, scammer ini masih meneruskan permintaan untuk menambah bayaran yea. Sempat pulak bank tangguh transaksi walaupun dah lebih 5 minit. Terungkap penipuan di situ.

---------------------------------
Laporan polis dibuat. Namun, kumpulan penipuan ini pasti akan tumbuh balik dengan nama dan akaun bank yang berlainan. Mereka sangat licik. Hati- hati tuan puan.

Untuk menyemak akaun bank scammers, boleh rujuk laman web ini. KLIK SINI





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009