Showing posts with label Teori Darwin Runtuh. Show all posts
Showing posts with label Teori Darwin Runtuh. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Teori Darwin Runtuh: Usaha-usaha Untuk Memajukan Teori Darwin Yang Rosak

0 comments
Peta Minda sejarah ringkas Teori Darwin.
Sedekad selepas itu (merujuk peta minda di atas), kumpulan Neo-Darwinis sekali lagi berdepan dengan krisis hebat selepas teori 'The Modern Synthetic Evolution Theory' dilancarkan oleh mereka. Kali ini mereka berdepan dengan penemuan-penemuan saintifik terbaru mengenai Mutasi. 

Neo-Darwinis sebelum ini mendakwa: Spesis baru sesuatu organisma yang muncul ratusan juta tahun dahulu disebabkan oleh mutasi, perubahan genetik dalam sel manusia dan organisma hidup. Mereka anggap pembentukan spesis baru telah berlaku secara kebetulan.

Penemuan saintifik Mutasi yang maju membuktikan: Sesuatu organisma yang mengalami Mutasi, tidak pernah menghasilkan spesis organisma yang baru. Malahan, Mutasi membawa kepada kecacatan dan kerosakan  fizikal dan fisiologikal (fungsi-fungsi dalam tubuh organisma). Saintis pernah melakukan beribu-ribu ujian ke atas lalat yang dikenakan sinaran radioaktif untuk menjadikannya dalam keadaan Mutasi. Ternyata, tiada spesis baru yang muncul. Tetapi, lalat tersebut mengalami kecacatan dan mati dengan cepat.

Dalam hal ini, penemuan menurut perspektif saintifik yang maju mengenai Mutasi ternyata munasabah. Ini kerana, penemuan ini dilakukan bersama teknologi maju seperti mikroskop yang boleh melihat struktur sel dengan lebih terperinci. 

Berbeza dengan Teori Evolusi Darwin, Neo-Darwinis pula menganggap kewujudan spesis baru di atas muka bumi ini disebabkan kebetulan. Kebetulan itu merujuk kepada Mutasi.Waktu Darwin mengemukakan teori evolusi mereka, masih lagi tiada teknologi maju untuk mengkaji haiwan secara saintifik dan terperinci. Kesimpulannya, Teori Darwin ini hanyalah satu khayalan tanpa berasaskan fakta saintifik. 

Teori Darwin telah disanggah dengan tepat oleh penemuan saintifik yang maju ketika era 60-an. Sepatutnya kumpulan yang mempopularkan teori Evolusi Darwin perlu berundur dari dunia sains dan teori seperti saintis lain yang gagal. Tetapi kenapa Teori Darwin masih kekal sehingga sekarang?
Kumpulan penyokong Teori Evolusi tidak pernah membentangkan hujah-hujah saintifik
untuk mempertahankan teori ini. Tetapi, mereka lebih gemar memaparkan gambar gambar ilusi haiwan yang berevolusi.
-Gambar di atas menunjukkan seekor ikan yang mula beradaptasi dengan darat beberapa ratusan juta dahulu.

Saturday, February 5, 2011

Teori Darwin Runtuh: Darwin Bukan Ahli Biologi

2 comments
Darwin adalah pencetus kepada teori evolusi pada tahun 1880. Dia berpendapat manusia berasal daripada beruk. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga mengemukakan teori kesemua binatang moden yang hidup pada hari ini mengalami evolusi berjuta-juta tahun dahulu. Erti kata lain, binatang zaman dahulu berbeza dari zaman sekarang. Teorinya kini disanggah oleh sains moden. Namun, pengaruhnya masih ada sehinggakan dalam buku teks pelajar sekolah menengah dan matrikulasi di seluruh dunia, topik evolusi dipelajari masih dimasukkan.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan makhluk-makhluk hidup. Pada suatu ketika, Darwin belayar sebagai sukarelawan. Beliau menaiki kapal layar bernama HMS Beagle. Menerusi pelayarannya, dia dapat melihat kehidupan binatang-binatang di tebing tebing sungai dan hutan terutamanya burung ciak-ciak di Kepulauan Galapagos. Dia ternampak paruh burung burung di situ berbeza. Dengan khayalan Darwin ketika itu, dia menyimpulkan keadaan paruh burung yang berbeza antara satu sama lain disebabkan ‘evolusi’ yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu. Bermulalah dari situ dia cuba mempopularkan Teori Evolusi. Dia tidak mempercayai perbezaan bentuk paruh tersebut adalah perbezaan spesis burung yang dicipta oleh Tuhan.  Tetapi dia membuat kesimpulan, burung burung di situ berasal dari satu jenis burung kemudian mengalami evolusi selama berjuta-juta tahun.Maka muncullah kepelbagaian spesis haiwan yang wujud sekarang.

Jelas di sini, teori Darwin pada awalnya pun tidak berasaskan fakta saintifik. Malahan ketika itu pun sains moden seperti teknologi DNA masih belum wujud. Sepatutnya teori Darwin disanggah pada awal kemunculan teknologi DNA berdekad-dekad sebelum ini. Namun, teorinya masih kekal sehingga kini. Kenapa?

Adakah gajah-gajah yang wujud berjuta juta tahun dahulu berbeza dari gajah-gajah yang wujud kini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009