Peta Minda sejarah ringkas Teori Darwin. |
Sedekad selepas itu (merujuk peta minda di atas), kumpulan Neo-Darwinis sekali lagi berdepan dengan krisis hebat selepas teori 'The Modern Synthetic Evolution Theory' dilancarkan oleh mereka. Kali ini mereka berdepan dengan penemuan-penemuan saintifik terbaru mengenai Mutasi.
Neo-Darwinis sebelum ini mendakwa: Spesis baru sesuatu organisma yang muncul ratusan juta tahun dahulu disebabkan oleh mutasi, perubahan genetik dalam sel manusia dan organisma hidup. Mereka anggap pembentukan spesis baru telah berlaku secara kebetulan.
Penemuan saintifik Mutasi yang maju membuktikan: Sesuatu organisma yang mengalami Mutasi, tidak pernah menghasilkan spesis organisma yang baru. Malahan, Mutasi membawa kepada kecacatan dan kerosakan fizikal dan fisiologikal (fungsi-fungsi dalam tubuh organisma). Saintis pernah melakukan beribu-ribu ujian ke atas lalat yang dikenakan sinaran radioaktif untuk menjadikannya dalam keadaan Mutasi. Ternyata, tiada spesis baru yang muncul. Tetapi, lalat tersebut mengalami kecacatan dan mati dengan cepat.
Dalam hal ini, penemuan menurut perspektif saintifik yang maju mengenai Mutasi ternyata munasabah. Ini kerana, penemuan ini dilakukan bersama teknologi maju seperti mikroskop yang boleh melihat struktur sel dengan lebih terperinci.
Berbeza dengan Teori Evolusi Darwin, Neo-Darwinis pula menganggap kewujudan spesis baru di atas muka bumi ini disebabkan kebetulan. Kebetulan itu merujuk kepada Mutasi.Waktu Darwin mengemukakan teori evolusi mereka, masih lagi tiada teknologi maju untuk mengkaji haiwan secara saintifik dan terperinci. Kesimpulannya, Teori Darwin ini hanyalah satu khayalan tanpa berasaskan fakta saintifik.
Teori Darwin telah disanggah dengan tepat oleh penemuan saintifik yang maju ketika era 60-an. Sepatutnya kumpulan yang mempopularkan teori Evolusi Darwin perlu berundur dari dunia sains dan teori seperti saintis lain yang gagal. Tetapi kenapa Teori Darwin masih kekal sehingga sekarang?
0 comments:
Post a Comment