Showing posts with label Culture And Food. Show all posts
Showing posts with label Culture And Food. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Langit dan bumi, perbezaan kemajuan sempadan US-Mexico

2 comments
Klik untuk imej besar

Bagaikan langit dan bumi, itulah yang dapat dikatakan melalui gambar ini. Sebelah kanan adalah Amerika Syarikat manakala sebelah kirinya adalah Mexico. Memang tidak dapat dinafikan, Amerika adalah negara yang maju. Bercambah-cambah bangunan yang boleh dilihat dengan ketara. Sudah pasti peluang pekerjaan dalam gambar ini pun terlampau banyak. Tidak hairanlah ramai pendatang dan pelarian dari negara-negara Amerika Selatan selalu cuba membolosi sempadan ini.

Kenapa Obama menangis?

0 comments
Bukan sahaja Obama, malahan sesiapa sahaja pernah merasai tangisan. Tangisan adalah pelepasan emosi. Sekiranya anda rasa ingin menangis, anda patut melepaskan segala tangisan anda itu. Di sini ada beberapa fakta mengenai menangis.

1) Airmata tangisan yang disebabkan emosi sebenarnya mempunyai kandungan kimia yang berbeza berbanding airmata yang disebabkan gatal atau alergik terhadap sesuatu, contohnya bawang.

2) Menangis di tempat awam dianggap normal sehingga Revolusi Industri.

3) Saluran air mata pada lelaki lebih kecil berbanding perempuan.

4) Melalui airmata, terdapat satu hormone (bahan kimia dalam badan) iaitu prolaktin. Prolaktin lebih banyak kandungannya pada perempuan berbanding lelaki. Prolaktin juga bertindak dalam pemprosesan susu dalam badan wanita.

5) Di Jepun, masyarakat mereka membudayakan tangisan. Tangisan budaya ini dikenali sebagai "crying boom". Bermaksud, semua orang mahukan sedikit kesedihan dalam kehidupan mereka. Disebabkan itulah, kebanyakan drama-drama Jepun mengandungi unsur-unsur sedih untuk membuatkan penonton menangis.

Sunday, August 7, 2011

Barangan-barangan untuk bilik mandi anda

0 comments
Tidak lama dulu, Beritakini ada menulis tentang Hari Tandas Sedunia. Memang janggal nama hari itu. Tetapi besar faedahnya juga. Kali ini, BeritaKini berbicara mengenai barangan unik yang boleh diletakkan dalam bilik mandi anda.







Sunday, February 27, 2011

Jangan Biarkan Bayi Terluka

0 comments
Bayi di peringkat awal mempunyai sistem imuniti yang rendah berbanding orang dewasa. Sebarang kecederaan yang berlaku kepada bayi mampu membawa kepada keadaan yang lebih buruk termasuklah kematian.

Vitamin K dan Bayi Di Malaysia:

Selepas bayi dilahirkan, bayi tersebut akan dicucuk jarum (injection) untuk memasukkan Vitamin K ke dalam badan. Ini kerana, bayi yang baru lahir tidak menghasilkan lagi Vitamin K di dalam badan. Sekiranya tidak di'inject', darah pada luka bayi akan terus mengalir. Kehilangan darah yang banyak boleh membawa kepada kematian.

Walaupun begitu, tidak bermakna bayi akan mati serta merta kalau tidak di'inject' Vitamin K. Vitamin K akan dihasilkan secara automatik di dalam badan melalui bakteria 'baik' apabila tumbesaran berlaku (melalui pemakanan). Cuma, 'inject' vitamin K di awal kelahiran bayi adalah sebagai kaedah awal menjaga keselamatan bayi apabila bayi mengalami luka. Vitamin K membekukan darah yang mengalir.


Jenis makanan yang mengandungi Vitamin K yang tinggi


Saturday, February 5, 2011

Teori Darwin Runtuh: Darwin Bukan Ahli Biologi

2 comments
Darwin adalah pencetus kepada teori evolusi pada tahun 1880. Dia berpendapat manusia berasal daripada beruk. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga mengemukakan teori kesemua binatang moden yang hidup pada hari ini mengalami evolusi berjuta-juta tahun dahulu. Erti kata lain, binatang zaman dahulu berbeza dari zaman sekarang. Teorinya kini disanggah oleh sains moden. Namun, pengaruhnya masih ada sehinggakan dalam buku teks pelajar sekolah menengah dan matrikulasi di seluruh dunia, topik evolusi dipelajari masih dimasukkan.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan makhluk-makhluk hidup. Pada suatu ketika, Darwin belayar sebagai sukarelawan. Beliau menaiki kapal layar bernama HMS Beagle. Menerusi pelayarannya, dia dapat melihat kehidupan binatang-binatang di tebing tebing sungai dan hutan terutamanya burung ciak-ciak di Kepulauan Galapagos. Dia ternampak paruh burung burung di situ berbeza. Dengan khayalan Darwin ketika itu, dia menyimpulkan keadaan paruh burung yang berbeza antara satu sama lain disebabkan ‘evolusi’ yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu. Bermulalah dari situ dia cuba mempopularkan Teori Evolusi. Dia tidak mempercayai perbezaan bentuk paruh tersebut adalah perbezaan spesis burung yang dicipta oleh Tuhan.  Tetapi dia membuat kesimpulan, burung burung di situ berasal dari satu jenis burung kemudian mengalami evolusi selama berjuta-juta tahun.Maka muncullah kepelbagaian spesis haiwan yang wujud sekarang.

Jelas di sini, teori Darwin pada awalnya pun tidak berasaskan fakta saintifik. Malahan ketika itu pun sains moden seperti teknologi DNA masih belum wujud. Sepatutnya teori Darwin disanggah pada awal kemunculan teknologi DNA berdekad-dekad sebelum ini. Namun, teorinya masih kekal sehingga kini. Kenapa?

Adakah gajah-gajah yang wujud berjuta juta tahun dahulu berbeza dari gajah-gajah yang wujud kini?

Tuesday, January 18, 2011

Cara-cara Untuk Mengubah Kehidupan Duduk Setempat (Sedentary Lifestyle)

3 comments
1) Meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dari destinasi. Kemudian, berjalanlah ke tempat tujuan anda.

2) Menggunakan tangga dari elevator ataupun lif dari tingkat satu ke tingkat dua atau tiga. Sekiranya anda ingin ke tingkat 10, gunakan juga tangga ke tingkat 2 atau 3 kemudian naiklah elevator ataupun lif.

3) Jika boleh, berjalan kaki atau berbasikal ke tempat kerja.

4) Berehat sementara ketika bekerja dengan berjalan kaki ke luar bangunan atau dalam bangunan.

5) Melakukan kerja kerja di lapangan seperti berkebun atau memotong rumput. Ia mampu menjimatkan kos anda juga.

6) Bermain dengan anak anak atau kanak kanak. Bawa kanak kanak bermain aktiviti luar rumah berbanding aktiviti dalam rumah seperti playstation dan komputer.

7) Menari atau aerobik.

8) Pilih untuk berjalan dari mengunakan telefon atau email jika ingin bertanya sesuatu kepada rakan rakan anda berdekatan.

9) Pilih hiburan Aktif dari hiburan Pasif. Hiburan aktif bermaksud satu hiburan yang melibatkan aktiviti fizikal seperti berjogging atau bersukan. Hiburan Pasif pula adalah hiburan duduk setempat seperti komputer dan playstation.

10) Memilih percutian yang ada aktiviti fizikal.

11) Orang sekeliling harus memahami. Elakkan mengejek atau memperli seseorang yang ingin mengubah kehidupan duduk setempat (sedentary lifestyle). Ini demi kesihatan mereka untuk jangka masa panjang.

*Selamat Beramal.

Sunday, January 16, 2011

Petanda-petanda Awal Anda Diserang Penyakit Jantung

1 comments
Pemergian pelakon Faizal Yusup, 33 tahun tempohari amat mengejutkan ramai pihak. Pada usia muda, beliau sudah diserang PENYAKIT JANTUNG. Jika dulu kita menganggap PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit wargamas, tetapi kini ia sudah sinonim dengan orang-orang muda. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup orang orang muda seperti malas bersenam dan mengamalkan kehidupan pasif (sedentary life).

INGAT! PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit yang serius. Tetapi, rawatan awal boleh memperbaiki otot jantung yang rosak sekaligus menyihatkan jantung anda secara perlahan-lahan. Setiap minit begitu berharga. Sekiranya anda mengesyaki ketidakselesaan pada jantung anda pada saat ini, terus dapatkan pemeriksaan doktor.

Secara amnya, untuk pemeriksaan jantung, doktor akan:

1) Mengimbas kembali dokumen pesakit untuk melihat samaada sejarah penyakit jantung pernah wujud atau tidak dalam sesebuah keluarga. Jika ada, anda mungkin berisiko untuk mengidapi penyakit ini.

2) Melakukan ujian fizikal (berlari/aktiviti mengeluarkan peluh) ke atas pesakit. Ini bertujuan untuk melihat tindakbalas mengepam darah oleh jantung pesakit.

3) Menggunakan mesin ELECKTROCARDIOGRAM untuk mengesan keadaan luar biasa jantung. Mesin ini akan memaparkan graf pada skrin, kemudian dianalisis oleh doktor.

4) Melakukan ujian darah untuk mengesan aras enzim dalam saluran darah. Kaedah ini tidak selalu dilakukan oleh doktor.
Gambaran illustrasi seorang doktor/jururawat sedang
mengimbas keadaan jantung pesakit oleh mesin Electrocardiogram.

Petanda -petanda awal anda diserang penyakit jantung:


* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.


* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.


* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat


* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada


* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.


* Kepala berpusing


* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Monday, January 3, 2011

5 Gambar Terbaik National Geographic 2010

0 comments
Ribut Petir 'super'
Lokasi: Montana, Amerika Syarikat

Senyuman
Lokasi: Jim Combat National Park, Banjaran Himalaya

Awan Bercahaya
Lokasi: North Face of Matterhorn

Letupan Gunung Berapi Rinjani
Lokasi: Indonesia

Bayangan Singa
Lokasi: Indonesia

Thursday, December 23, 2010

Reka Bentuk Bas ke Cameron Highland

0 comments
Pasti Selamat! Tiada Kemalangan! Kalau Ada Kemalangan, Mustahil Penumpang Cedera Parah! Susah nak tergelincir.

*Bosan dengan kemalangan Bas. Gambar diambil dari sebuah blog tanah air.

Thursday, December 16, 2010

Lelaki Korea: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

9 comments
Kepada perempuan perempuan Asia yang bermimpi untuk menjadi isteri kepada lelaki Korea, sila baca 5 perkara ini dulu.

1) Lelaki Korea lebih berminat kepada bangsa mereka sendiri
Kenyataan ini agak menyakitkan anda. Inilah hakikatnya. Ibu bapa mertua akan memberi tekanan kepada menantu yang berbeza keturunan dan bangsa. Mereka begitu menitikberatkan perwarisan keluarga mereka.

2) Lelaki Korea yang bujang terlajak lebih terbuka dalam perhubungan
Jika anda didekati lelaki Korea yang berumur lingkungan 30-40an, hendaklah berhati hati (sekiranya sasaran anda lelaki muda). Mereka mungkin menghadapi tekanan sosial atau menghadapi masalah perhubungan di usia muda mereka menyebabkan mereka menjadi bujang terlajak.

3) Lelaki Korea manis dan 'gentleman'
Mereka manis dan 'gentlemen' untuk bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, majoriti lelaki Korea agak memilih dalam mencari pasangan (prejudis). Contoh yang mudah adalah dari sudut warna kulit. Wanita Asia yang berkulit gelap sedikitpun tidak ada harapan untuk mereka.

4) Lelaki Korea bangga dengan diri sendiri dan sensitif dengan wanita
Jika Lelaki Korea marah, si wanita perlu memberi 200% penjelasan.

5) Jika anda mengahwini lelaki Korea, anda perlu mengahwini keluarga mereka.
Mereka berpegang teguh kepada budaya tradisi mereka. Keluarga Korea memuliakan ibu lebih daripada bapa. Semakin baik hubungan wanita dengan keluarga Lelaki Korea, semakin baik hubungan pasangan terbabit.

*Walau apa pun, jodoh di tangan Tuhan.




Adik Beradik Melakukan Seks! Memalukan!

0 comments
Video seks adik beradik bawah umur (gambar kiri) kian tersebar di internet. Dipercayai, kedua dua adik beradik yang berwarganegara MALAYSIA ini melakukan hubungan seks di sebuah hotel di Malaysia. Ia didalangi oleh pihak ketiga. Apakah pasangan adik beradik ini dipaksa untuk melakukan perbuatan jijik ini? Ataupun mereka sukarela untuk melakukannya? Persoalannya sekarang, mereka di bawah umur. Apakah mereka terpengaruh dengan laman web lucah di internet? Tanpa sebarang pengetahuan di dada mengenai zina, wajarkah budak budak bawah umur dipersalahkan sekiranya mereka melakukan perkara terkutuk ini?

Sudah sampai masanya silibus Zina yang tidak seberapa dalam buku pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diperbesarkan lagi skopnya. Pendidikan Seks adalah salah satu caranya.

Ia merangkumi:
1) Pembelajaran hak hak badan manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.

2) Subjek ini juga akan mendedahkan info info mengenai hubungan seks lelaki dan wanita, liwat dan pertukaran jantina yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini menurut perspektif agama dan moral.

Sekurang kurangnya, kanak kanak bawah umur ada pemahaman yang kukuh mengenai masalah sosial termasuk seks. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar. Hendak diharapkan ibu bapa di rumah, langsung tiada jaminan. Mungkin mereka tidak tahu cara untuk mengajar Pendidikan Seks di rumah. Jadi, wajarlah ia dilaksana di sekolah.



*Kini yang lebih menjadi isu adalah istilah 'Pendidikan Seks', bukan subjek Pendidikan Seks. Agaknya perlu ditukar nama kepada Pendidikan Gender atau Pendidikan Sosial Kemasyarakatan. Baru orang ramai selesa, mungkin.
 

Saturday, December 11, 2010

Keagungan kota Abu Dhabi

0 comments
 Apakah itu Abu Dhabi?
Abu Dhabi adalah sebuah ibu kota di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siapakah pemerintah kota Abu Dhabi (2010)?
Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan



Apakah status kota Abu Dhabi pada pandangan dunia?
Sebuah kota paling moden dan berkembang pesat di dunia.

Sejarah ringkas kota Abu Dhabi?
Sebelum penemuan minyak, kota Abu Dhabi adalah yang termiskin berbanding 7 kota di UAE. 7 kota di UAE adalah Adman, Dubai, Fujarah, Ras Al Khaimah, Sharjah dan Umm Al-Qaiwin. Selepas penemuan minyak di situ, Abu Dhabi bukan sahaja menewaskan 7 kota UAE yang lain malah menjadi salah satu kota terkaya di dunia. Kota ini menyumbang 70% kekayaan kepada UAE.

Di manakah kota Abu Dhabi terletak?
Terletak di pulau berbentuk T yang mengunjur ke Persian Gulf.

Masyarakatnya bagaimana?
Kebanyakan penduduk Abu Dhabi memakai baju nasional. Perempuan memakai 'abba' manakala lelaki memakai 'dishdasha' (jubah putih yang labuh).

Bagaimana pula dengan undang undang?
 Sistem monarki (beraja) sama seperti Malaysia. Orang Islam tidak dibenarkan menggunakan alkohol walau apa jua bentuk. Orang bukan Islam memerlukan lesen istimewa untuk membeli alkohol di kota tersebut.

Lokasi Kota Abu Dhabi





Masjid Utama Sheikh Zayed



Wednesday, December 8, 2010

10 Fakta Kafein

0 comments
Kafein adalah sejenis bahan kimia perangsang. Rasanya agak pahit. Ia terdapat dalam air kopi dan nescafe. Berikut adalah fakta mengenai Kafein.

Fakta 1: Kafein wujud dalam 6o jenis tumbuh tumbuhan. 2 per tiga masyarakat dunia menggunakan kafein dari sumber itu.

Fakta 2: Kafein meningkatkan tenaga. Mampu memberi daya senaman badan yang efektif dan ketahanan otot yang tinggi untuk seseorang atlit dalam tempoh masa yang panjang.

Fakta 3: Kafein mampu memecahkan lemak terkumpul dalam badan. Ia merangsang otot untuk memecahkan lemak sebagai sumber tenaga.

Fakta 4: Kebanyakan individu yang meminum minuman berasaskan Kafein akan bekerja dengan lebih baik. Fakta ini popular.

Fakta 5: Kafein meningkatkan pemikiran yang positif (positive instinct) kepada seseorang berikutan aras hormon dopamine meningkat di otak.

Fakta 6: Kafein membolehkan otak berfikir dengan lebih jelas. Ia juga merangsang sistem saraf manusia. Dengan itu, tahap tumpuan kepada sesuatu juga dapat ditingkatkan. Contohnya, tumpuan terhadap pelajaran atau perbualan. Peringatan, jangan minum minuman berasaskan kafein sebelum tidur. Anda pasti tidak boleh tidur kerana sistem saraf terpaksa 'bekerja' dek pengambilan kafein.

Fakta 7: Kafein dapat membaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari.

Fakta 8: Kafein meningkatkan kualiti kesukanan seseorang atlet sukan berikutan pelepasan hormon adrenaline yang banyak.

Fakta 9: Kafein dapat menghalang akar rambut rosak. Rambut selalu rosak disebabkan hormon dihydrotestoterone (DHT)

Fakta 10: Kafein perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana (300 mg). Jika berlebihan, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap badan.

Saturday, August 7, 2010

Kabus Tebal 1952 (The Great Smog 1952)

0 comments

Pada tahun 1952, London telah dilanda kabus tebal (The Great Smog) yang dahsyat. Lebih mudah difahami, kabus tebal itu adalah pencemaran udara yang teruk, mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya kepada manusia ketika itu. The Great Smog ini  telah melanda Kota London bermula 7 sehingga 9 Disember 1952. Kemudian, The Great Smog ini hilang dengan cepatnya setelah berlaku perubahan cuaca selepas itu.

Antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya kabus tebal ini adalah pembakaran arang batu oleh penduduk London untuk kegunaan domestik.  Kandungan bahan kimia sulphur dioksida (SO2) telah meningkat di udara dalam bentuk asap. Kadar pencemaran udara juga meningkat disebabkan pembakaran oleh stesen pembakar arang batu yang berpusat di Greater London dan pengeluaran asap kenderaan turut membantu dalam The Great Smog.

Menariknya, penduduk London ketika itu tidak menganggap The Great Smog sebagai satu ancaman. Ini kerana, Kota London sudah biasa dengan suasana berkabus sebelum itu. Sehinggalah, satu stastitik dikeluarkan menyatakan seramai  4000 orang telah terbunuh dalam The Great Smog ekoran permasalahan kesihatan, kesan dari pencemaran udara yang teruk.

Antara fakta menarik:

1) Penglihatan hanya dapat dilihat beberapa kaki sahaja.
2) Perkhidmatan ambulans terpaksa dihentikan kerana penglihatan ketika memandu terjejas sehinggakan    individu yang sakit (kronik) terpaksa pergi sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
3) Aktiviti dan majlis di kota London dibatalkan.
4) Seluruh pengangkutan jalan raya turut tergendala.
5) Mangsa kematian terdiri dari orang muda, kanak-kanak, dewasa dan pesakit yang menghidapi masalah pernafasan.

Friday, July 30, 2010

Bawang

2 comments
Kajian menunjukkan bawang boleh merendahkan kadar kolesterol
dan aras lemak darah (blood fat), dan membantu menghalang saluran
darah tersumbat.

"Dua hingga tiga ulas bawang mampu mengurangkan 50%
serangan sakit jantung dikalangan penghidap sakit jantung" kata salah seorang doktor penyelidik, Bauman.

"Bawang juga diletakkan di tangga teratas Makanan Penghalang Kancer (Cancer-Preventive Foods) di Institut Kanser Antarabangsa. Bawang yang dimasak berupaya menyisihkan (detoxify) bahan bahan logam kimia seperti merkuri (dari ikan) dan cadmium dalam makanan mentah.Bawang juga bertindak sebagai antibakteria dan antivirus, meningkatkan pertahanan immunisasi/badan kepada jangkitan dan demam (stress-induced cold).

Thursday, October 22, 2009

Sebelum Jalan Berduri

0 comments


Putaran masa memang tak sempat ditahan. Sedar tak sedar, usia sudah meningkat tua. Pepatah arab pernah berkata ‘Masa ibarat pedang, jikalau kita tidak memotongnya, masa itu sendiri akan memotong kita’. Memang bila mengimbas kembali zaman keanak-anakan, ternyata bezanya bak langit dan bumi.

Manis rasanya bila bermain teng-teng, sorok-sorok, batu selambut dan congkak. Ada juga yang bermain ‘zeropoint’. Terdapat juga yang masih belum mengenal bola sepak. Menyepaknya apatah lagi. Itulah, variasi zaman di mana masih lagi terumbang ambing pemikirannya. Cuma keseronokan sahaja yang akal mampu fikirkan.

Kalau ditanya pada seorang manusia, zaman apakah yang ingin beliau kembali. Manusia tersebut tidak mungkin akan menyatakan ingin kembali ke zaman Paleolitik, Mesolitik, Logam ataupun seangkatan dengannya. Tetapi mungkin ada yang ingin ke zaman Nabi Muhammad. Tidak mengapa, kita hormat pendirian mereka. Berbalik kepada zaman yang manusia ingin kembali, kebanyakan manusia akan terus terfikirkan terus zaman kanak-kanak mereka.

Zaman kanak kanaklah yang banyak mengandungi intipati kehidupan. Jatuhnya badan segera diangkat, sakitnya kepala terus diurut, bila mengantuk dialunkan irama, bangunnya esok hari terus menghirup kopi. Tiada langsung masa untuk mereka mengerutkan dahi memikirkan tanggungjawab membayar duit rumah sewa, kewangan pembelajaran dan kehidupan seharian. Merekalah golongan yang dikategorikan berkecuali daripada segenap hal.
Tak dinafikan juga ada yang hidup dalam keadaan serba dhaif. Namun jauh di hati mereka, mereka tetap ingin menikmati suasana ynag dialami oleh kanak-kanak biasa.

Pramugari, Polis, bomba, Cikgu dan askar adalah pilihan pilihan cita cita bagi seorang kanak-kanak. Kadangkala setiap tahun berubah. Erti cita cita bagi kanak kanak adalah apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang mereka fahami tentangnya. Kanak-kanak mudah terpedaya dengan persekitaran. Pada awalnya, semangat untuk menjadi askar begitu kuat, tetapi bila dipengaruhi dengan drama televisyen contohnya Awan Dania, secara tidak langsung cita cita mereka bertukar ingin menggenggam awan dengan menjadi pramugari. Betapa lemahnya pemikiran kanak kanak. Itulah sebabnya muncul peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Mereka sebenarnya mudah dibentuk walaupun dalam gaya ‘lembut dalam tegas’. Mungkin juga munasabah didikan ‘lembut dalam keras’, tetapi tidak munasabah untuk mengaplikasikannya kepada golongan 12 tahun keatas kerana mereka akan membalas balik kepada si pendidik dengan kekerasan yang terdapat dalam kelembutan tersebut.

Kanak kanak zaman dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya. Cuma yang berbeza adalah persekitaran sahaja. Sebelum zaman wujudnya permainan digital, kanak kanak sudah mampu tersenyum dengan nyanyian gurindam ibu mereka, balingan batu selambut dan pengiraan bilangan buah congkak. Mereka mudah beradaptasi dengan sosial pada masa yang sama. Berbanding sekarang, kanak kanak lebih cenderung dengan permainan digital, khususnya permainan komputer. Namun hakikatnya, kanak kanak masih lagi kanak kanak. Jiwa mereka masih lagi terisi dengan keseronokan. Peredaran masa sahaja yang perlu dititikberatkan. Mungkin dulu kaedah tarbiahnya berbeza.

Apa yang ingin disimpulkan, zaman kanak kanak adalah zaman istimewa. Setiap manusia pernah dan sedang mengharunginya. Pastikanlah kanak kanak zaman sekarang ini dapat mengalami keseronokan hidup yang terkawal. Mereka berhak untuk mendapat keseronokan dan jika keseronokan mereka dirampas, malanglah mereka. Memang penting juga untuk mengajar mereka erti pengurusan hidup tetapi tidaklah adil untuk mereka menanggung susah seperti orang dewasa menanggung susah. Lebih 200000 (angka UNICEF) kanak kanak Afrika berumur 8 tahun sudah pun menjadi buruh paksaan di Barat Afrika ekoran kemiskinan terlampau. Mendengar fakta ini, kita sudah tahu mereka sebenarnya tidak alami keseronokan zaman kanak kanak kerana mereka sudah pun memasuki jalan berduri yang sepatutnya ditempuhi golongan umur yang sesuai....

Monday, February 16, 2009

Nasi Lemak and Teh Tarik...

0 comments

Teh tarik and nasi lemak have been lifting as legacy food of Malay and Malaysians. So many years before i always having a good memory with nasi lemak actually. Along my growth, nasi lemak accompanies me every morning and i have made a lot of times to make teh tarik but it was not seem as original.
Nasi lemak possesses so simple ingredient. You need a cup, rice and Chilies or tomatoes and ikan bilis. First, cook the rice and put the cooked rice into a cup. Push it inner until it has densed. Then, back the cup with rice on the banana leaf or plastic. After that, pour the ikin bilis and chilies which have been grinned onto it. Lastly, wrap the nasi lemak becomes a shape like pyramid. IT'S EASY.
For Teh Tarik, just make a tea and pour a spoon of concentrared milk onto it. Stir it gently and then just pour repeatly between two glasses. The long you can pour the teh between two glasses the more bubbles can be formed. Then, It's already provided.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009