Sumber: Wikipedia.org |
Sepanjang
perjalanan anda di universiti pada tahun pertama, pasti anda sudah
mendapat gambaran bagaimana suasana kehidupan di situ. Kini, anda
mungkin sudah melangkah ke tahun kedua di universiti. Apa yang perlu
anda lakukan pula?
Apa yang perlu
saya fikirkan pada tahun kedua universiti?
Fikirkan
tentang akademik anda dahulu. Adakah mencapai piawaian lulus atau
tidak? Jika lulus, baru anda boleh fikirkan tentang aktiviti
kokurikulum anda di universiti. Jika tidak lulus, beri perhatian
dulu pada subjek pelajaran yang gagal.
Apa lagi yang
perlu saya fikirkan untuk jangka masa panjang?
BeritaKini
cadangkan kepada anda supaya mengambil lesen kenderaan motosikal dan
kereta ketika di universiti. Kebiasaannya, sekolah memandu menawarkan
pakej pelajar dan ianya murah. Ambil kesempatan ini. Kelak, para
penemuduga kerja akan menilai lesen kenderaan. Mereka lebih
mengutamakan calon temuduga yang memiliki lesen kenderaan.
Tentang persatuan
di universiti, bagaimana untuk menguruskannya?
Ketika
tahun kedua diuniversiti, cuba ceburkan diri dalam peringkat
pengurusan dalam persatuan yang anda ceburi ketika tahun pertama
universiti. Sekurang-kurangnya, anda boleh menimba pengalaman untuk
mentadbir. Kemahiran juga dapat ditingkatkan. Manfaatnya anda boleh lihat ketika anda mempersembahkan diri anda di hadapan penemuduga kerja kelak.
Saya minat
berniaga, bagaimana?
BeritaKini
amat RESPECT pada orang yang minat berniaga. Kebanyakan pelajar yang
minat berniaga mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh menjamin
kehidupan selepas graduasi nanti. Di universiti ada KOPERASI yang
boleh anda ceburkan diri dalam bidang perniagaan. BeritaKini ada
kenalan dulu yang terlibat dalam KOPERASI keusahawanan di universiti,
setiap bulan gajinya hampir RM 1000 juga. Terdapat juga kursus-kursus
tentang seminar perniagaan online. Namun, kursus-kursus seperti ini
dijalankan di luar universiti. Kalau boleh, cuba anda pergi walaupun
sekali dan terus aplikasikan dalam perniagaan online. Ia amat
bermanfaat untuk anda.
Apakah kemahiran yang perlu saya ada pada tahun kedua
di universiti?
BeritaKini
mencadangkan anda untuk membaca buku-buku motivasi tentang
komunikasi, terutama pada pelajar yang tidak minat berniaga di universiti. Dari situ anda akan dapat memperbaiki komunikasi anda di
universiti dan di alam pekerjaan nanti. Buat persediaan awal. Dan
pastikan anda mempunyai rujukan panduan tentang Temuduga Kerja.
BeritaKini mencadangkan buku ini sebagai buku wajib yang perlu anda
miliki. Walaupun berbayar, ia amat bermanfaat untuk anda. Kebanyakan
informasi di Google Search tidak teratur dan terlampau banyak.
Kadangkala boleh jadi pening apabila membacanya. Bagi BeritaKini,
sebaik-baiknya membaca informasi dalam bentuk buku. Kebanyakan
buku-buku ditulis secara esklusif berbanding blog-blog yang selalu
copy and paste artikel sahaja.
Bercinta?
Sebaik-baiknya biarlah ada perancangan. Jika tiada perancangan, sebaiknya lupakan sajalah. Jodoh di tangan Tuhan. Tidak perlu tergopoh gapah.
Jadi, bagi pembaca yang membaca artikel ini, BeritaKini mengucapkan selamat belajar. Semoga apa yang BeritaKini sampaikan dapat memberi manfaat pada anda. Pada masa yang sama, rancanglah kewangan anda. Gunakan Kad Siswa untuk mendapat diskaun di kedai-kedai terpilih. Ingat, zaman sekarang bukan senang untuk mendapat pekerjaan. Malahan untuk membuka perniagaan rasmi sejurus selepas tamat pengajian pun bukan senang untuk buat pinjaman dengan bank. Apa yang boleh anda lakukan di universiti adalah membuat persediaan awal samaada terlibat dalam persatuan, sukan, dan membaca buku-buku kemahiran. Kesemua itu akan menjadi pemudah cara rezeki anda suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment