Wednesday, March 30, 2011

Artis Malaysia Menghidapi Bullimia Nervosa?

Bullimia Nervosa adalah satu penyakit mental yang membabitkan kaedah pemakanan yang salah semata-mata untuk menguruskan badan. Ianya adalah satu tabiat yang buruk kerana terdapat penyakit-penyakit sampingan yang akan berlaku kepada pesakit Bullimia Nervosa, contohnya bengkak di bahagian mulut dan kerosakan saluran penghadaman di perut.

Pesakit Bullimia Nervosa gemar memuntahkan kembali makanan yang mereka makan walaupun makanan yang dimakan tidak membawa kegemukan. Pelbagai kaedah untuk memuntahkan kembali makanan, antaranya memasukkan jari ke anak tekak, memakan pil diet dan ubat diuretics secara tidak terancang. Ini semua berkaitan masalah mental. Mereka akan digelar sebagai pesakit Bullimia Nervosa apabila mereka sengaja memuntahkan makanan sebanyak 2 kali seminggu selama 3 bulan berturut-turut. Namun begitu, sekiranya seseorang memuntahkan makanan kurang dari 2 kali seminggu selama 3 bulan berturut-turut, mereka pula akan dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai simptom Bullimia Nervosa.

Dari sudut persekitaran, ia mampu mempengaruhi seseorang untuk menghidapi Bullimia Nervosa. Antara faktor-faktor tersebut ialah pandangan masyarakat, sikap keluarga, pengaruh media tentang susuk badan yang ideal dan tidak dapat menerima bentuk badan sendiri. Dengan faktor-faktor ini, seseorang itu akan mula menjaga makan dan menahan lapar secara ekstrem untuk mencapai bentuk badan yang ideal.

Berdasarkan faktor-faktor persekitaran yang dinyatakan, tidak mustahil golongan artis terutamanya artis wanita menghidapi simptom Bullimia Nervosa. Merekalah golongan yang hampir dengan faktor-faktor persekitaran ini. Maklumlah, pandangan para peminat haruslah dijaga, kalau peminat lari maka hilanglah punca rezeki. Dengan itu, keterampilan dari sudut badan haruslah dititikberatkan untuk menarik perhatian peminat walaupun kaedah menguruskannya salah. Mungkin mereka tidak memuntahkan makanan sebanyak 2 kali selama 3 bulan berturut-turut. Tetapi mereka mungkin sengaja memuntahkan makanan sebanyak 2 atau 3 kali dalam sebulan. Walau apapun, ia tetap berkait dengan Bullimia Nervosa.

"Wah, badan You tetap langsing!" tanya wartawan kepada seorang artis tempatan.

"Mestilah, I pandai menjaga pemakanan," jawab artis tersebut dengan penuh yakin.

Pandai menjaga pemakanan? Kaedah Bullimia Nervosa kah? Persoalannya, adakah artis Malaysia pun mengamalkan Bullimia Nervosa?


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009