Pokoknya, untuk mengurangkan kegemukan hanyalah melalui bersenam seperti bermain bola sepak, badminton atau berjogging. Senaman akan membakar lemak lemak yang terkumpul dalam badan. Sekaligus akan mengubah bentuk badan serta menurunkan berat badan seseorang. Fenomena sekarang memperlihatkan betapa susahnya untuk mendidik masyarakat yang sudah berumur dewasa agar mengamalkan senaman atau sukan dalam kehidupan mereka.
Sebenarnya, terdapat kaitan antara senaman dengan zaman kanak kanak dan zaman dewasa. Jika seseorang kanak kanak tidak dididik oleh ibu bapa atau persekitaran(rakan rakan, guru, etc) untuk mengamalkan gaya hidup seperti bersukan, sudah pasti di zaman dewasanya nanti keadaan gaya hidupnya masih sama, iaitu tidak cenderung untuk bersenam. Ini adalah fakta, bukan rekaan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.
Sebenarnya, terdapat kaitan antara senaman dengan zaman kanak kanak dan zaman dewasa. Jika seseorang kanak kanak tidak dididik oleh ibu bapa atau persekitaran(rakan rakan, guru, etc) untuk mengamalkan gaya hidup seperti bersukan, sudah pasti di zaman dewasanya nanti keadaan gaya hidupnya masih sama, iaitu tidak cenderung untuk bersenam. Ini adalah fakta, bukan rekaan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.
Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu memberi rangsangan kepada anak anak mereka agar berterusan mengamalkan senaman seperti bersukan di petang hari atau di pagi hari.
Beberapa tips untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:
1) Didik mereka agar memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat (mengeluarkan peluh). Sesetengah kanak kanak menganggap senaman adalah medan untuk menunjuk jaguh. Akibatnya, akan berlaku suasana tegang seperti pergaduhan sekiranya di antara mereka tidak berpuashati dek kerana orang lain 'tidak hebat' dalam bermain.
2) Paksa anak anak membeli barang di kedai jika mereka kerap menonton TV atau kerap bermain Playstation. Kalau boleh suruh anak anak berbasikal ke kedai. Sekurang kurangnya, peluh akan keluar.
3) Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka sekali sekiranya si ibu bapa menziarahi sahabat handai. Mungkin mereka dapat bertemu dengan kawan baharu di rumah yang diziarahi ibu bapa. Umumnya, kawan mempunyai pengaruh yang besar terhadap individu. Dengan itu, mereka mempunyai satu komuniti untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan seperti bersukan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mengawal sosial anak anak mereka juga.
4) Jangan didik kanak kanak dengan makanan ringan. Patuhi pemakanan seimbang yang melibatkan sayur sayuran dan buahan buahan.
5) Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit secara minima.
6) Jika kanak kanak tersebut tidak minat sukan seperti bola sepak dan acara padang yang lain, ajak mereka untuk berjogging selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jogging adalah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Tetapi, menguasai kemahiran bersukan yang lain merupakan satu nilai tambah dalam diri seseorang.
*Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.
0 comments:
Post a Comment