Saturday, March 14, 2020

Kerja Kerajaan

1 comments
Kerja kerajaan adalah satu impian utama dalam kalangan masyarakat dari zaman dahulu lagi. Boleh dikatakan sejak dari darjah 1 sehinggalah tamat PHD, itulah sasaran utama (ibu bapa) kita. Malahan, nilai pandangan masyarakat kepada penjawat awam akan menjadi tinggi dan terhormat, walaupun anda hanya menjawat tangga jawatan terendah. 

"Walaupun aku menjual tudung untung beribu-ribu ringgit ye Salmah, aku tetap galakkan anak-anak aku belajar tinggi-tinggi selagi boleh. Kalau anak-anak aku tak mampu nak uruskan/wariskan perniagaan turun temurun aku ni, sekurang-kurangnya mereka dapat juga peluang masuk kerja kerajaan. Terjamin sikit generasi aku seterusnya walaupun tak banyak," kata Mak Bedah, Seorang Usahawan Tudung Berjaya.

Anda pernah dengar dialog di atas antara makcik-makcik? Ya, itu lah konsep yang diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang. Pendidikan adalah kunci utama kepada kestabilan pekerjaan. Pekerjaan yang stabil itu sinonim dengan kerja kerajaan. Tidak dinafikan, kalau obses terlampau pada kerja kerajaan pun bermasalah juga. Janganlah begitu. Kerja swasta pun banyak juga boleh cari. Boleh jadi tempat bersandar sementara menunggu kerja kerajaan, atau jangka masa panjang pun boleh. 

Namun, kenapa masyarakat suka membuat sasaran untuk kerja kerajaan ini walaupun ada susur galur keluarga yang mempunyai perniagaan yang logiknya lebih daripada cukup? 

Banyak sebab-sebab mengapa hal ini terjadi. 

1) Kerja Kerajaan Mempunyai Tangga Gaji Yang Tetap dan Stabil
Setiap hujung bulan gaji akan masuk dengan pastinya sehinggalah pencen. Berbeza dengan sesetengah kerja swasta atau perniagaan sendiri, ada syarikat yang lambat masuk gaji tanpa notis. Ada juga yang backdated terpaksa menunggu. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada para pekerja swasta. Agak mencabar.


2) Elaun 
Pelbagai elaun boleh dinikmati dalam jangka masa panjang walaupun tangga gaji permulaan penjawat awam ada yang kurang berbanding kerja swasta. Pekerja swasta tiada elaun. Mungkin lah ada 'claim mileage'. Itupun kita harus melalui prosedur yang tegas dan tempoh menunggu dalam masa sebulan atau claim terkumpul. Dan pekerja swasta banyak yang mengikut sistem kontrak. Selesai tempoh kontrak, tiada apa-apa lagi untuk dinikmati dan harus cari kerja lain. 

Walaupun pada awalnya tangga gaji penjawat rendah, setiap tahun akan naik dengan pastinya.

3) Kemudahan Perumahan dan Kemudahan
Kerajaan akan memberi kuarters sewa atau perumahan penjawat awam contohnya seperti di PUTRAJAYA. Jika ingin menyewa, terdapat elaun khusus untuk itu juga. Maka tersenyumlah orang rumah anda tidak perlu pening-pening pasal rumah ni. Nak kahwin apa pun senang. Hehe. Namun, kena tunggu giliran lah ye. Persaingan agak banyak juga.

-------------------------------------

Mahu Kerja Kerajaan Suatu Hari Nanti? Dapatkan Panduan Temuduga Terbaru di sini. KLIK SINI!.


---------------------------------------

4) Kemudahan Pinjaman Bank (AWAS!)
Orang bank akan melayan anda seperti raja. Senyuman sentiasa terukir untuk anda walaupun anda hanya masuk bank untuk duduk sekejap merasai air cond. Ada makna tu ye. Anda adalah peluang keemasan bagi mereka.

Pesan dari admin BeritaKini, uruslah kewangan dengan baik. Jangan cipta komitmen kereta atau rumah yang boleh melebihi 70% gaji. Banyak kereta dan beli mampu milik di luar sana. Jika tak mampu beli rumah, menyewa dahulu pun tidak mengapa sambil mengumpul duit simpanan. 

5) Waktu Kerja Kebanyakan Office Hour
Senang untuk melakukan apa-apa urusan keluarga. Contohnya bagi yang berkeluarga, waktu malam adalah waktu untuk bersama. Cuti mingguan atau cuti am pula lagi senang untuk merancang bercuti. Kecuali penjawat awam dalam bidang keselamatan dan kesihatan (doktor, jururawat), jadual kerja mereka berlainan.

Berbeza dengan pekerja swasta, bukan senang untuk meminta cuti 2 hari mingguan. Kebanyakan syarikat swasta beroperasi 6 hari seminggu. Sabtu akan jadi setengah hari. Ada juga yang kerja shift walaupun kerja dalam pejabat. Kena standby setiap masa jika staff lain cuti atau letak jawatan tiba-tiba. Dugaan dan cabaran memang tinggi dalam sektor swasta. 

6) Pandangan Terhormat
Tidak perlu menghuraikan dengan lebih panjang tentang hal pekerjaan anda. Terus terkunci mulut mereka untuk membawang ke arah lain. Malahan, makcik-makcik akan suka pada anda. 

Kesimpulannya, kerja tetap kerja. Jika anda masih belum berpeluang mendapat kerja kerajaan, teruskan dahulu dengan kerja swasta walaupun mencabar. Boleh juga kumpul duit. Malahan boleh juga kahwin, beli kereta atau rumah mampu milik dengan syarat komitment bulanan haruslah dipercayai oleh bank. 

Apa-apun, jangan mudah berputus asa. Mantapkan diri dengan kemahiran dan pembacaan untuk mendapat karier yang lebih baik samaada di sektor kerajaan mahupun swasta.



Monday, August 12, 2019

Bilik Sewa Lelaki Rawang Pangsapuri (Kemasukan March/April 2020)

0 comments

[Kemaskini pada 14 March 2020)

Salam, Hi. Terdapat kekosongan 1 unit bilik sewa di Pangsapuri Lili, Rawang Perdana, Rawang untuk kemasukan March 2020/April 2020.

Bilik ini dibuka sewa untuk individu yang bekerja sahaja di Rawang atau kawasan sekitar. Setakat hari ini, kesemua bilik-bilik lain sudah ada penyewa.

Ini adalah bilik terakhir di dalam rumah tersebut. Khusus untuk lelaki melayu/muslim sahaja. Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan bilik ini:

----------------------------------------------------------------------
Info bilik:
1) Bilik untuk seorang dalam satu bilik. Privasi terjaga.
2) Rumah tingkat 4. Bertangga. 
3) Tilam, kipas, dan almari baju disediakan.
4) Dapur, tong gas, peti sejuk dan mesin basuh, TV pun disediakan. Kongsi antara satu sama lain. 
5) Rumah ada pnyewa lain, trmsuk saya, bilik berasingan. Masing2 bekerja. 
6) Kejiranan rumah lain adalah Melayu, Cina dan India yang berkeluarga. 
7) Parking terbuka. Seluruh jalan di Taman Rawang Perdana dikawal CCTV Taman Perindustrian dan Polis Rondaan.
8) Rumah lelaki. Wanita tidak dibenarkan masuk. Alcohol dan non-halal food tidak dibenarkan masak di ruangan dapur (Untuk non muslim)

Kadar sewa:

-Sewa RM 230 sebulan. Deposit RM 100 & RM 50 Utiliti. Jumlah ketika kemasukan (RM380).
-Konsep 'Bayar dahulu, baru sewa'
-Minimum 1 bulan stay pun boleh. Sekiranya ingin pindah pd bulan ke-2, harus maklum seminggu awal. 
-Ada perjanjian ringkas yg perlu ditandatangani sebelum masuk.

Lokasi rumah:

-5 Minit ke Bandar Rawang, NSK dan KTM (Dobi, KFC, McDonald, Mydin, Gymnasium hypermarket)  
-10 Minit ke Rawang By Pass  
-10 Minit ke Tesco Rawang  
-10 Minit ke Sungai Choh  
-15 Minit ke Integrated Rawang Industrial Park
-20 Minit ke Aeon Anggun Rawang  
-15 Minit ke Latar/PLUS Highway  
-20 Minit ke Selayang  
-25 Minit ke Damansara dan Sungai Buloh  
-40 Minit ke KL (Rawang By Pass-KL)

Hubungi saya En Naim 0182017675 untuk viewing bilik. 
-------------------------------------------------------------------

Di sini saya kepilkan beberapa foto-foto dalam rumah dan kawasan pangsapuri untuk rujukan.






















Hubungi saya En Naim 0182017675 untuk viewing bilik & kemasukan 



Rancang Perjalanan Karier Anda Paling Minimum 6 Bulan-1 Tahun.

0 comments


Jika anda mendapat pekerjaan, anda harus bersyukur dan menerima seadanya. Janganlah merancang hendak kerja 1 bulan sahaja. Ini kerana, kebanyakan majikan akan mengenakan penalti jika anda hanya kerja 1 bulan sahaja dan sesuka hati letak jawatan. Ingatlah, kita ini orang dewasa. Orang dewasa perlu untuk berfikiran jauh. Tak senang untuk mencari kerja zaman sekarang. 

Orang dewasa bekerja tidak sama dengan pelajar universiti. Orang dewasa perlu belajar mengumpul pengalaman. 1 bulan kerja belum cukup lagi. Bidang-bidang kemahiran tinggi atau professional menilai pengalaman kerja anda paling minimum 6 bulan percubaan (probation). Sama-sama kita mengharungi cabaran. 

Yang paling penting sekali adalah anda perlu sedar yang suatu hari nanti anda harus memiliki kereta dan rumah. Mustahil untuk beli secara tunai bukan? Ya, pinjaman bank itu akan jadi pilihan anda. Bank sukar memberi pinjaman kewangan kepada individu yang pekerjaannya tidak stabil. 

Pekerjaan yang tidak stabil bermaksud:


  1. Pekerjaan yang tiada slip gaji rasmi (yang ada tolak SOCSO, KWSP, CUKAI). Contoh jual produk di sosial media dan tidak berdaftar. 
  2. Pekerjaan yang tidak cukup 6 bulan perkhidmatan, slip gaji belum cukup matang untuk dinilai kemampuan kewangan diri.

Oleh itu, marilah kita tingkatkan kekuatan mentaliti dalam mengharungi perjalanan karier. Cabaran perlu diatasi. Untuk kita melangkah ke hadapan.


Bekerja di Sungai Choh, Rawang

0 comments
Syarikat Perodua di Sungai Choh
Bagi sesiapa yang mendapat pekerjaan di Sungai Choh, tahniah diucapkan. Sungai Choh adalah kawasan perindustrian yang terletak berdekatan Bandar Rawang dan Bukit Beruntung, Selangor. Terdapat pelbagai kilang di kawasan ini yang meliputi Kilang Makanan (99 Speedmart) sehinggalah kilang pembuatan besi. Ramai anak-anak muda yang bekerja di sini. Ia merupakan satu titik permulaan karier yang baik bagi anak-anak muda. 




Mungkin di kalangan pembaca sini akan berkerjaya di Sungai Choh ini. Jika anda dari kalangan perantau (bukan orang Selangor), faktor tempat tinggal adalah cabarannya. Tidak perlu risau. Anda boleh menyewa di Bilik Sewa Rawang Perdana 2019/2020. Unit bilik-bilik ini terletak di sebuah pangsapuri di Rawang Perdana, Rawang Selangor. Ia sudah menerima pelbagai latar belakang penyewa sehinggalah mereka dapat membina portfolio kerja yang baik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web peribadi tersebut.

Saturday, May 16, 2015

What is Triflex Malaysia?

0 comments
When you are getting older, the joint issue comes to you in unexpected way. Starting from that time, you will try searching the supplements that can help to relieve the symptom of that joint issue. There are so many types of supplements out there. The different is about the dosage of the ingredients. Briefly here, BeritaKini highlights the supplement that we called Triflex.

What is Triflex?
It is a kind of supplement that help to relieve the symptom of joint issue such as swelling at the end of the joint part, increase the lubrication fluid between it and reduce the pain also.

How many tablet inside?
The small bottle contains 120 tablets. The big bottle contains 240 tablets. For maintaining purpose, you can take 1-2 tablets per day. It can be lasted for 4-8 months. If you are having pain at the joint, you are recommended to take 3 tablets per day.
Source: Amazon.com

What are the main ingredient inside?
From the front cover of Triflex (in their website), the main ingredient are glucosamine, chondroitin and MSM.

How about the price?
Same like other products, the price of Triflex is  reasonable in a long term way.

Big bottle : RM 522.30 for 240 tablets (equivalent to RM 2.17/tablet)
Small bottle : RM 279.90 for 120 tablets (equivalent to RM 2.30/tablet)

The prices above for GNC member. If you are not a GNC member, the price of Triflex with 240 tablets is RM 652.90 and Triflex with 120 tablets is RM 349.90.

What are the benefits?
The swelling/inflammation of the joint will be reduced. Thus, the pain will be reduced. It also helps to increase the liquid between the joint.

How about the positive reviews?
Yes, they have. The negative reviews also are cannot be denied because Triflex is categorized as a supplement. A supplement effect is not same like a medicine. Medicine is 100% effective and is unable to be taken continously but supplement is allowed to do that. Sometime the supplement's effect depends on individual. You can also the review from international website, Amazon.com.



The positive reviews from Amazon.com


Where can I get Triflex?

In Sri Hartamas and others main shopping mall in Selangor. Triflex is sold also outside Selangor. It is sold by GNC. You can visit the their website to know the store location.

GNC outlet sells Triflex


For more information about Triflex and its usage, you can contact GNC Malaysia free toll number and speak with their nutritionist and well-trained nutritional staff. You also can walk in to any stores to ask about it.

Phone number: 1-800-888-462


*This article is written based on the current promotion that we hear throught radio/television/internet. For more information about the product/services, please visit their business location/website/email/etc.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009