Jika anda mendapat pekerjaan, anda harus bersyukur dan menerima seadanya. Janganlah merancang hendak kerja 1 bulan sahaja. Ini kerana, kebanyakan majikan akan mengenakan penalti jika anda hanya kerja 1 bulan sahaja dan sesuka hati letak jawatan. Ingatlah, kita ini orang dewasa. Orang dewasa perlu untuk berfikiran jauh. Tak senang untuk mencari kerja zaman sekarang.
Orang dewasa bekerja tidak sama dengan pelajar universiti. Orang dewasa perlu belajar mengumpul pengalaman. 1 bulan kerja belum cukup lagi. Bidang-bidang kemahiran tinggi atau professional menilai pengalaman kerja anda paling minimum 6 bulan percubaan (probation). Sama-sama kita mengharungi cabaran.
Yang paling penting sekali adalah anda perlu sedar yang suatu hari nanti anda harus memiliki kereta dan rumah. Mustahil untuk beli secara tunai bukan? Ya, pinjaman bank itu akan jadi pilihan anda. Bank sukar memberi pinjaman kewangan kepada individu yang pekerjaannya tidak stabil.
Pekerjaan yang tidak stabil bermaksud:
- Pekerjaan yang tiada slip gaji rasmi (yang ada tolak SOCSO, KWSP, CUKAI). Contoh jual produk di sosial media dan tidak berdaftar.
- Pekerjaan yang tidak cukup 6 bulan perkhidmatan, slip gaji belum cukup matang untuk dinilai kemampuan kewangan diri.
Oleh itu, marilah kita tingkatkan kekuatan mentaliti dalam mengharungi perjalanan karier. Cabaran perlu diatasi. Untuk kita melangkah ke hadapan.
0 comments:
Post a Comment