Saturday, March 14, 2020

Kerja Kerajaan

Kerja kerajaan adalah satu impian utama dalam kalangan masyarakat dari zaman dahulu lagi. Boleh dikatakan sejak dari darjah 1 sehinggalah tamat PHD, itulah sasaran utama (ibu bapa) kita. Malahan, nilai pandangan masyarakat kepada penjawat awam akan menjadi tinggi dan terhormat, walaupun anda hanya menjawat tangga jawatan terendah. 

"Walaupun aku menjual tudung untung beribu-ribu ringgit ye Salmah, aku tetap galakkan anak-anak aku belajar tinggi-tinggi selagi boleh. Kalau anak-anak aku tak mampu nak uruskan/wariskan perniagaan turun temurun aku ni, sekurang-kurangnya mereka dapat juga peluang masuk kerja kerajaan. Terjamin sikit generasi aku seterusnya walaupun tak banyak," kata Mak Bedah, Seorang Usahawan Tudung Berjaya.

Anda pernah dengar dialog di atas antara makcik-makcik? Ya, itu lah konsep yang diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang. Pendidikan adalah kunci utama kepada kestabilan pekerjaan. Pekerjaan yang stabil itu sinonim dengan kerja kerajaan. Tidak dinafikan, kalau obses terlampau pada kerja kerajaan pun bermasalah juga. Janganlah begitu. Kerja swasta pun banyak juga boleh cari. Boleh jadi tempat bersandar sementara menunggu kerja kerajaan, atau jangka masa panjang pun boleh. 

Namun, kenapa masyarakat suka membuat sasaran untuk kerja kerajaan ini walaupun ada susur galur keluarga yang mempunyai perniagaan yang logiknya lebih daripada cukup? 

Banyak sebab-sebab mengapa hal ini terjadi. 

1) Kerja Kerajaan Mempunyai Tangga Gaji Yang Tetap dan Stabil
Setiap hujung bulan gaji akan masuk dengan pastinya sehinggalah pencen. Berbeza dengan sesetengah kerja swasta atau perniagaan sendiri, ada syarikat yang lambat masuk gaji tanpa notis. Ada juga yang backdated terpaksa menunggu. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada para pekerja swasta. Agak mencabar.


2) Elaun 
Pelbagai elaun boleh dinikmati dalam jangka masa panjang walaupun tangga gaji permulaan penjawat awam ada yang kurang berbanding kerja swasta. Pekerja swasta tiada elaun. Mungkin lah ada 'claim mileage'. Itupun kita harus melalui prosedur yang tegas dan tempoh menunggu dalam masa sebulan atau claim terkumpul. Dan pekerja swasta banyak yang mengikut sistem kontrak. Selesai tempoh kontrak, tiada apa-apa lagi untuk dinikmati dan harus cari kerja lain. 

Walaupun pada awalnya tangga gaji penjawat rendah, setiap tahun akan naik dengan pastinya.

3) Kemudahan Perumahan dan Kemudahan
Kerajaan akan memberi kuarters sewa atau perumahan penjawat awam contohnya seperti di PUTRAJAYA. Jika ingin menyewa, terdapat elaun khusus untuk itu juga. Maka tersenyumlah orang rumah anda tidak perlu pening-pening pasal rumah ni. Nak kahwin apa pun senang. Hehe. Namun, kena tunggu giliran lah ye. Persaingan agak banyak juga.

-------------------------------------

Mahu Kerja Kerajaan Suatu Hari Nanti? Dapatkan Panduan Temuduga Terbaru di sini. KLIK SINI!.


---------------------------------------

4) Kemudahan Pinjaman Bank (AWAS!)
Orang bank akan melayan anda seperti raja. Senyuman sentiasa terukir untuk anda walaupun anda hanya masuk bank untuk duduk sekejap merasai air cond. Ada makna tu ye. Anda adalah peluang keemasan bagi mereka.

Pesan dari admin BeritaKini, uruslah kewangan dengan baik. Jangan cipta komitmen kereta atau rumah yang boleh melebihi 70% gaji. Banyak kereta dan beli mampu milik di luar sana. Jika tak mampu beli rumah, menyewa dahulu pun tidak mengapa sambil mengumpul duit simpanan. 

5) Waktu Kerja Kebanyakan Office Hour
Senang untuk melakukan apa-apa urusan keluarga. Contohnya bagi yang berkeluarga, waktu malam adalah waktu untuk bersama. Cuti mingguan atau cuti am pula lagi senang untuk merancang bercuti. Kecuali penjawat awam dalam bidang keselamatan dan kesihatan (doktor, jururawat), jadual kerja mereka berlainan.

Berbeza dengan pekerja swasta, bukan senang untuk meminta cuti 2 hari mingguan. Kebanyakan syarikat swasta beroperasi 6 hari seminggu. Sabtu akan jadi setengah hari. Ada juga yang kerja shift walaupun kerja dalam pejabat. Kena standby setiap masa jika staff lain cuti atau letak jawatan tiba-tiba. Dugaan dan cabaran memang tinggi dalam sektor swasta. 

6) Pandangan Terhormat
Tidak perlu menghuraikan dengan lebih panjang tentang hal pekerjaan anda. Terus terkunci mulut mereka untuk membawang ke arah lain. Malahan, makcik-makcik akan suka pada anda. 

Kesimpulannya, kerja tetap kerja. Jika anda masih belum berpeluang mendapat kerja kerajaan, teruskan dahulu dengan kerja swasta walaupun mencabar. Boleh juga kumpul duit. Malahan boleh juga kahwin, beli kereta atau rumah mampu milik dengan syarat komitment bulanan haruslah dipercayai oleh bank. 

Apa-apun, jangan mudah berputus asa. Mantapkan diri dengan kemahiran dan pembacaan untuk mendapat karier yang lebih baik samaada di sektor kerajaan mahupun swasta.



1 comments:

Anonymous said...

Online Baccarat | Live Dealers in California | FBCasino
Online Baccarat หารายได้เสริม is a betting on the outcome of a game with or without a bet. You are playing against a choegocasino live 바카라 사이트 dealer,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009