Friday, March 20, 2020

Lepasan SPM, mahu kerja apa?

Setelah 11 tahun belajar, kini peringkat persekolahan anda sudah berakhir. Kehidupan selepas SPM merupakan titik permulaan baharu bagi anda.

Ada yang ambil langkah untuk menyambung pelajaran ke STPM & Matrikulasi, Darul Quran. Dan ada yang mengambil keputusan untuk bekerja dan membantu ekonomi diri & keluarga.

Apakah kerja yang sesuai untuk lepasan SPM?

Kerja Kerajaan

Untuk lepasan SPM, anda masih berpeluang untuk mengisi jawatan kerajaan. Namun, ia bukannya terus datang kepada anda. Anda perlu menunggu peluang pekerjaan tersebut dibuka dan perlu hadiri temuduga dahulu.

Kebanyakan jawatan kerajaan selepas SPM terdiri daripada kerja-kerja am seperti sekuriti, perkebunan, dan pembantu. Persaingannya agak sengit namun jika ada usaha yang baik dari sudut kemahiran temuduga, pasti rezeki anda di situ.

Untuk panduan temuduga TERBARU, anda boleh rujuk sini (KLIK SINI).



Kerja Swasta


Anda boleh kerja di syarikat swasta jika rezeki anda belum di sektor kerajaan. Tambahan pula, resume anda akan laris dengan jayanya apabila memiliki lesen motosikal dan kereta. Sesetengah kerja swasta berkelayakan SPM pun mampu menjana pendapatan bulanan anggaran RM1000-RM 1500. Okay la kan daripada kosong. Standard gaji minimum adalah RM 1000. Jangan risau, berbekalkan pengalaman dari syarikat A, anda boleh melompat ke syarikat B. Kenaikan gaji boleh terjadi di situ.

Contoh-contoh kerja swasta untuk lepasan SPM

1) Barista di F&B Restaurant (KFC, MCD, TeaLive dan lain)
2) Food Delivery Runner (Grabfood, FoodPanda)
3) Tukang Jahit
4) Agent jualan/Promoter
5) Tukang Binaan Rumah, Bangunan (anda perlu hadiri kursus kemahiran dahulu)
6) Juruteknik

Okay. Itu adalah gambaran bagi sesiapa yang berniat mahu bekerja selepas SPM. Perjalanan kerjaya yang stabil adalah tersangat penting. Kalau boleh, bekerjalah minimum 6 bulan-1 tahun dalam sesebuah syarikat. Jika syarikat ok, boleh sambung lagi kerja itu. Jika tak Ok, boleh cuba di syarikat lain. Pengalaman itu berharga untuk masa depan anda.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009