Sunday, March 22, 2020

4 Tips Memberi Arahan Berkesan Kepada Pekerja

0 comments
Memberi arahan yang jelas merupakan satu tindakan yang dianggap mudah, tetapi mencabar sebenarnya. Keadaan ini berlaku di dalam persekitaran kerja. Arahan akan bertukar menjadi tanggapan, menokok tambah, & pilihan yang tidak diperlukaj jika gagal fahami betul-betul. Jadi, pemberi arahan haruslah peka dengan arahan yang diberi dan tidak menyalahkan pekerja semata-mata.

1) Jangan Anggap Para Pekerja Memahami Maksud Arahan Anda Sepenuhnya.

Ya. Anda harus standby untuk difollow up oleh para pekerja anda. Jika anda menganggap mereka faham arahan sepenuhnya, anda melakukan kesalahan besar. Harus diingatkan yang pekerja anda bukan boleh membaca minda anda 100%. Kesalahan tetap akan dilakukan apatah lagi arahan itu melibatkan pelbagai peringkat department.

2) Biar Jelas dan Spesifik

Gunakan ayat yang ringkas, padat dan difahami. Jangan menggunakan ayat bebelan dan ayat berbunga terutama sekali dalam email atau surat. Nyatakan dengan jelas apabila melibatkan angka contohnya nombor siri, nombor item, alamat rumah, dan lain-lain.

Salah : "Salmah, awak tolong hantar surat ni kepada bahagian eksekutif department"
Betul : "Salmah, awak tolong hantar surat ni kepada bahagian eksekutif department, hantar pada Encik Hilmi dan CC kepada yang lain di department itu. Senang saya nak follow up dengan wakil".
----------------------------------------------------
Anda memasang impian untuk kerja kerajaan? Dapatkan Panduan Terbaru! Klik SINI.


-----------------------------------------------------

3) Beri Jangka Masa (Time Frame) 

Berikan jangka masa untuk pekerja menyiapkan tugasan. Perkataan 'nanti' membawa maksud yang subjektif antara pekerja.

Salah: "Ramlah, nanti awak hantar bungkusan ni kepada Amran"
Betul: "Ramlah, pukul 1petang  awak hantar bungkusan ni kepada Amran. Pesan pada dia yang saya nak follow up dengan dia sebelum pukul 4 petang."

4) Beri alternatif arahan

Ada arahan yang tidak boleh ditunaikan. Oleh itu, anda harus memberi arahan alternatif kepada pekerja anda.

Contoh: "Ronny, awak set kan appointment saya dengan Mak Bedah Andam pukul 3 petang. Kalau tak jadi, awak set masa kepada pukul 6 petang".

Maka, sikap sabar dalam memberi arahan haruslah ada dalam setiap pekerja. Terutamanya pihak pengurusan. Anda tidak boleh goyang kaki sahaja dan mengharapkan 100% siap hasil arahan pertama tanpa sebarang follow up daripada anda. Sepanjang proses itu, anda perlu turun padang follow up. Itu lah cabarannya di dunia pekerjaan.

Mahu Kerja Kerajaan?
Dapatkan Panduan Terbaru.



Saturday, March 21, 2020

Bekerja di dalam shopping mall (Pusat Membeli-Belah)

0 comments
Sebenarnya, anda beruntung apabila mendapat tawaran bekerja di dalam kedai di pusat beli-belah. Sebarang pekerjaan di dalam pusat membeli-belah kebanyakan memberi pendapatan yang stabil dan agak lumayan juga. Selain mudah untuk mendapat pelanggan berbanding kerja freelance, tempat untuk bersolat, makan, dan kemudahan tandas mudah untuk digunakan. Walaupun ada pusat membeli-belah yang sunyi, namun masih lagi terbaik untuk menjana pendapatan untuk bekerja secara part time. 

Ok Baik. Apakah jenis-jenis pekerjaan di dalam shopping mall?

Pekerja Sambilan dalam Kedai
Kebanyakan kedai dalam pusat membeli belah menawarkan kerja separuh masa, khasnya untuk pelajar yang mempunyai masa lapang. Lelaki mahupun wanita akan lebih mudah dan selamat untuk bekerja di dalam pusat membeli-belah kerana kawalan sekuriti yang terjamin. Pekerja sambilan dibayar mengikut harian atau kiraan jam. 

Pekerja Sepenuh Masa dalam Kedai
Sepenuh masa bermaksud mereka sudah bekerja melebihi 3 bulan minimum (subjektif) atau berdasarkan kontrak contoh 1 tahun. Kebanyakan mereka mempunyai pangkat yang tinggi seperti junior manager atau manager.

Cleaner
Jarang pekerjaan ini dibuka secara part time. Ini kerana, setiap pusat membeli belah sudah pun mempunyai kontraktor tetap untuk menguruskan hal ehwal kebersihan. Boleh dikatakan, pekerja cleaner adalah sepenuh masa.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Anda memasang impian untuk kerja kerajaan suatu hari nanti? Dapatkan panduan TERBARU di sini.Klik Sini.


--------------------------------------------------------------------------------------------

JuruTeknik
Terdapat banyak department. Ada yang menguruskan hal ehwal lampu, aircond, dan sistem pendawaian elektrik. Juruteknik gajinya lumayan. Boleh cecah RM 2000 minimum setiap bulan.

Khidmat Pelanggan
Lokasi mereka di meja kaunter di pintu utama. Mereka wajib mengetahui lokasi mana-mana kedai di dalam pusat membeli-belah. Selain itu, mereka juga menguruskan hal aduan, melayan panggilan telefon, dan urusan parking kenderaan juga.

Sekuriti
Biasanya bangla atau nepal yang mengisi pekerjaan ini. Maklumlah, sistem kontrak dan murah untuk menggajikan mereka ini berbanding pekerja tempatan.

Bagaimana? Berminat? Boleh lah anda jalan-jalan di pusat beli-belah untuk tengok signboard kekosongan. Ada juga yang walk-in interview. Sediakan siap-siap resume on hand ya. Baju kena kemas dan sesuai untuk IV. Good Luck!



(z35W7z4v9z8w)

Friday, March 20, 2020

Apa Itu Kerja Swasta?

0 comments
Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan dan sektor swasta. Perbezaannya adalah ketara dari sudut tempoh pekerjaan, kestabilan gaji dan persekitaran.

Bagaimana untuk kita mengenali samaada itu adalah sektor swasta?
Tersangat mudah. Mana-mana nama syarikat yang memiliki SDN BHD, ENTERPRISE, TRADING, CO, INC, CORPORATION adalah syarikat-syarikat di bawah sektor swasta.

Namun, ada juga syarikat swasta yang bekerjasama dengan kerajaan. Faedah/elaun bekerja tidaklah sama dengan penjawat awam. 

Kenapa syarikat swasta sangat berbeza dari kerja kerajaan?
Sektor kerajaan membolehkan anda bekerja sehingga umur pencen. Jika untuk mendapatkan faedah pencen, terdapat tahun minimum yang wajib anda habiskan dahulu. Bagi sektor swasta, tempoh pekerjaan mengikut sistem kontrak kebanyakannya. Contohnya, kontrak 1 tahun. Bila anda habis bekerja 1 tahun, terpulang kepada anda/budi bicara syarikat untuk menamatkan perkhidmatan. Kemudian anda harus kembali ke lapangan untuk bersaing mencari kerja baru di syarikat lain pula demi sesuap nasi.


Berapa minimum gaji untuk sektor swasta?

Majikan sekarang mengikuti undang-undang yang telah digazettekan. Iaitu RM 1050/sebulan gaji minimum. Gaji-gaji OT, bonus jualan dan lain-lain belum termasuk.

Boleh lepas ke kalau nak buat pinjaman?
Boleh. Asalkan anda ada slip gaji paling minimum 6 bulan - 1 tahun. Pada masa yang sama, harga kereta dan rumah haruslah bersesuaian dengan kadar gaji anda. Begitu juga dengan komitmen (hutang bank) yang belum langsai haruslah tidak membebankan. Itulah faktor-faktor untuk mudah lulus pinjaman.

--------------------------------------------
Jika anda berimpian untuk kerja di sektor kerajaan, pastikan anda dapatkan panduan terbaru di sini.KLIK SINI.



---------------------------------------------

Boleh ke kerja lama-lama di syarikat swasta?
Baik. Jika anda mula kerja di syarikat swasta pada umur 18 tahun, kestabilan bekerja untuk tahun pertama kebiasaannya ada. Apabila anda masuk tahun ke-2, pihak syarikat akan menilai prestasi anda dengan pekerja baharu masuk. Persaingan ada di situ. Cabaran ada di situ. Samaada anda mahu meneruskan cabaran atau melompat masuk ke syarikat lain, terpulang pada anda.

Ada orang bekerja sehingga 5 tahun. Ada juga sehingga 10 tahun. Mengikut tahap prestasi, sosial dan politik sesebuah syarikat swasta.

Bolehkah solat ketika bekerja di sektor swasta?
Boleh. Kebanyakan sektor swasta non muslim membenarkan solat kepada para pekerja muslim. Malahan, anda boleh membuat aduan jika syarikat tidak membenarkan anda menutup aurat & bersolat.

Kesimpulannya, bekerja sahaja di sektor swasta. Boleh juga dapat gaji bulanan untuk menyara kehidupan keluarga. Jangan duduk rumah & kurangkan obses terhadap kerja kerajaan. Khuatir, anda terlepas banyak peluang walaupun anda belum bergelar penjawat awam.

Lepasan SPM, mahu kerja apa?

0 comments
Setelah 11 tahun belajar, kini peringkat persekolahan anda sudah berakhir. Kehidupan selepas SPM merupakan titik permulaan baharu bagi anda.

Ada yang ambil langkah untuk menyambung pelajaran ke STPM & Matrikulasi, Darul Quran. Dan ada yang mengambil keputusan untuk bekerja dan membantu ekonomi diri & keluarga.

Apakah kerja yang sesuai untuk lepasan SPM?

Kerja Kerajaan

Untuk lepasan SPM, anda masih berpeluang untuk mengisi jawatan kerajaan. Namun, ia bukannya terus datang kepada anda. Anda perlu menunggu peluang pekerjaan tersebut dibuka dan perlu hadiri temuduga dahulu.

Kebanyakan jawatan kerajaan selepas SPM terdiri daripada kerja-kerja am seperti sekuriti, perkebunan, dan pembantu. Persaingannya agak sengit namun jika ada usaha yang baik dari sudut kemahiran temuduga, pasti rezeki anda di situ.

Untuk panduan temuduga TERBARU, anda boleh rujuk sini (KLIK SINI).



Kerja Swasta


Anda boleh kerja di syarikat swasta jika rezeki anda belum di sektor kerajaan. Tambahan pula, resume anda akan laris dengan jayanya apabila memiliki lesen motosikal dan kereta. Sesetengah kerja swasta berkelayakan SPM pun mampu menjana pendapatan bulanan anggaran RM1000-RM 1500. Okay la kan daripada kosong. Standard gaji minimum adalah RM 1000. Jangan risau, berbekalkan pengalaman dari syarikat A, anda boleh melompat ke syarikat B. Kenaikan gaji boleh terjadi di situ.

Contoh-contoh kerja swasta untuk lepasan SPM

1) Barista di F&B Restaurant (KFC, MCD, TeaLive dan lain)
2) Food Delivery Runner (Grabfood, FoodPanda)
3) Tukang Jahit
4) Agent jualan/Promoter
5) Tukang Binaan Rumah, Bangunan (anda perlu hadiri kursus kemahiran dahulu)
6) Juruteknik

Okay. Itu adalah gambaran bagi sesiapa yang berniat mahu bekerja selepas SPM. Perjalanan kerjaya yang stabil adalah tersangat penting. Kalau boleh, bekerjalah minimum 6 bulan-1 tahun dalam sesebuah syarikat. Jika syarikat ok, boleh sambung lagi kerja itu. Jika tak Ok, boleh cuba di syarikat lain. Pengalaman itu berharga untuk masa depan anda.





Saturday, March 14, 2020

Kerja Kerajaan

1 comments
Kerja kerajaan adalah satu impian utama dalam kalangan masyarakat dari zaman dahulu lagi. Boleh dikatakan sejak dari darjah 1 sehinggalah tamat PHD, itulah sasaran utama (ibu bapa) kita. Malahan, nilai pandangan masyarakat kepada penjawat awam akan menjadi tinggi dan terhormat, walaupun anda hanya menjawat tangga jawatan terendah. 

"Walaupun aku menjual tudung untung beribu-ribu ringgit ye Salmah, aku tetap galakkan anak-anak aku belajar tinggi-tinggi selagi boleh. Kalau anak-anak aku tak mampu nak uruskan/wariskan perniagaan turun temurun aku ni, sekurang-kurangnya mereka dapat juga peluang masuk kerja kerajaan. Terjamin sikit generasi aku seterusnya walaupun tak banyak," kata Mak Bedah, Seorang Usahawan Tudung Berjaya.

Anda pernah dengar dialog di atas antara makcik-makcik? Ya, itu lah konsep yang diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang. Pendidikan adalah kunci utama kepada kestabilan pekerjaan. Pekerjaan yang stabil itu sinonim dengan kerja kerajaan. Tidak dinafikan, kalau obses terlampau pada kerja kerajaan pun bermasalah juga. Janganlah begitu. Kerja swasta pun banyak juga boleh cari. Boleh jadi tempat bersandar sementara menunggu kerja kerajaan, atau jangka masa panjang pun boleh. 

Namun, kenapa masyarakat suka membuat sasaran untuk kerja kerajaan ini walaupun ada susur galur keluarga yang mempunyai perniagaan yang logiknya lebih daripada cukup? 

Banyak sebab-sebab mengapa hal ini terjadi. 

1) Kerja Kerajaan Mempunyai Tangga Gaji Yang Tetap dan Stabil
Setiap hujung bulan gaji akan masuk dengan pastinya sehinggalah pencen. Berbeza dengan sesetengah kerja swasta atau perniagaan sendiri, ada syarikat yang lambat masuk gaji tanpa notis. Ada juga yang backdated terpaksa menunggu. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada para pekerja swasta. Agak mencabar.


2) Elaun 
Pelbagai elaun boleh dinikmati dalam jangka masa panjang walaupun tangga gaji permulaan penjawat awam ada yang kurang berbanding kerja swasta. Pekerja swasta tiada elaun. Mungkin lah ada 'claim mileage'. Itupun kita harus melalui prosedur yang tegas dan tempoh menunggu dalam masa sebulan atau claim terkumpul. Dan pekerja swasta banyak yang mengikut sistem kontrak. Selesai tempoh kontrak, tiada apa-apa lagi untuk dinikmati dan harus cari kerja lain. 

Walaupun pada awalnya tangga gaji penjawat rendah, setiap tahun akan naik dengan pastinya.

3) Kemudahan Perumahan dan Kemudahan
Kerajaan akan memberi kuarters sewa atau perumahan penjawat awam contohnya seperti di PUTRAJAYA. Jika ingin menyewa, terdapat elaun khusus untuk itu juga. Maka tersenyumlah orang rumah anda tidak perlu pening-pening pasal rumah ni. Nak kahwin apa pun senang. Hehe. Namun, kena tunggu giliran lah ye. Persaingan agak banyak juga.

-------------------------------------

Mahu Kerja Kerajaan Suatu Hari Nanti? Dapatkan Panduan Temuduga Terbaru di sini. KLIK SINI!.


---------------------------------------

4) Kemudahan Pinjaman Bank (AWAS!)
Orang bank akan melayan anda seperti raja. Senyuman sentiasa terukir untuk anda walaupun anda hanya masuk bank untuk duduk sekejap merasai air cond. Ada makna tu ye. Anda adalah peluang keemasan bagi mereka.

Pesan dari admin BeritaKini, uruslah kewangan dengan baik. Jangan cipta komitmen kereta atau rumah yang boleh melebihi 70% gaji. Banyak kereta dan beli mampu milik di luar sana. Jika tak mampu beli rumah, menyewa dahulu pun tidak mengapa sambil mengumpul duit simpanan. 

5) Waktu Kerja Kebanyakan Office Hour
Senang untuk melakukan apa-apa urusan keluarga. Contohnya bagi yang berkeluarga, waktu malam adalah waktu untuk bersama. Cuti mingguan atau cuti am pula lagi senang untuk merancang bercuti. Kecuali penjawat awam dalam bidang keselamatan dan kesihatan (doktor, jururawat), jadual kerja mereka berlainan.

Berbeza dengan pekerja swasta, bukan senang untuk meminta cuti 2 hari mingguan. Kebanyakan syarikat swasta beroperasi 6 hari seminggu. Sabtu akan jadi setengah hari. Ada juga yang kerja shift walaupun kerja dalam pejabat. Kena standby setiap masa jika staff lain cuti atau letak jawatan tiba-tiba. Dugaan dan cabaran memang tinggi dalam sektor swasta. 

6) Pandangan Terhormat
Tidak perlu menghuraikan dengan lebih panjang tentang hal pekerjaan anda. Terus terkunci mulut mereka untuk membawang ke arah lain. Malahan, makcik-makcik akan suka pada anda. 

Kesimpulannya, kerja tetap kerja. Jika anda masih belum berpeluang mendapat kerja kerajaan, teruskan dahulu dengan kerja swasta walaupun mencabar. Boleh juga kumpul duit. Malahan boleh juga kahwin, beli kereta atau rumah mampu milik dengan syarat komitment bulanan haruslah dipercayai oleh bank. 

Apa-apun, jangan mudah berputus asa. Mantapkan diri dengan kemahiran dan pembacaan untuk mendapat karier yang lebih baik samaada di sektor kerajaan mahupun swasta.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009