Sunday, November 28, 2010

2012: NASA Menyangkal Kewujudan Planet Nibiru

4 comments
Temubual bersama David Morrison, seorang saintis veteran di NAI (sebuah agensi gabungan NASA).

2012 telah dianggap sebagai tahun keramat bagi dunia Barat sekarang. Tahun ini dikatakan akan berlaku bencana besar yang boleh membawa kepada kehancuran Planet Bumi. Namun begitu, kesemua persoalan dan anggapan mengenai tahun kiamat pada 2012 telah dijawab oleh jawapan saintifik Dr Morrison. Berikut adalah pertanyaan dan jawapan yang diberikan oleh beliau.

Apakah sebab yang membuatkan satu ramalan bahawasanya dunia akan kiamat pada tahun 2012?

-Ramalan ini bermula apabila satu planet yang bernama NIBIRU sedang menuju ke bumi. Zecharia Sitchin, seorang penulis buku fiksyen (pada tahun 1976) telah mendakwa dirinya mampu menterjemahkan dokumen purba orang Sumeria pada zaman Mesopotamia. Melalui penterjemahan dokumen terbabit, dia mendapati terdapat satu planet yang bernama Nibiru sedang mengelilingi matahari selama 3600 tahun.

-Salah satu cerita dongeng orang Sumeria dalam dokumen purba mereka adalah lawatan makhluk asing dari ketamadunan Anunnaki. Kemudian, Nancy Lieder yang MENDAKWA dirinya seorang ahli fizik menyatakan satu planet tidak berpenghuni sedang menuju ke bumi. Perlanggaran planet Nibiru dan Planet Bumi telah diramalkan pada tahun 2003. Tetapi, tiada apa pun yang berlaku. Kemudian, tarikh ramalan berpindah ke tahun 2012.

-Setelah itu, fakta dari orang Sumeria dan Nancy Lieder diputar belitkan bersama kalendar Kaum Maya, yang mengatakan dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012.

Orang Sumeria adalah di antara golongan terawal pencetus ketamadunan yang agung, mereka telah meramalkan dengan tepat kedudukan astronomi termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi kenapa kita tidak boleh mempercayai ramalan mereka?

-Sebenarnya nama Nibiru terdapat dalam kisah kisah dongeng dan puisi ketuhanan orang Sumeria. Kemudian, dengan tokok tambah dari Zecharia Sitchin, ramai mempercayai terdapat planet bernama Nibiru di luar sana. Zecharia Sitchin adalah seorang berpelajaran tinggi, disebabkan itulah ramai yang mempercayainya pada tahun 1976.

-Sememangnya Orang Sumeria pada zaman Mesopotamia telah mencipta ketamadunan yang agung. Dari amalan pertanian sehinggalah ke kehidupan 'urban', kita tidak boleh nafikan itu. Tetapi, mereka sebenarnya tidak tahu langsung mengenai astronomi dan kewujudan planet di luar sana. Ilmu astronomi sebenarnya berkembang 2 milenium selepas keagungan ketamadunan orang Sumeria. Jadi, sememangnya orang Sumeria tidak tahu langsung mengenai astronomi. Yang mengatakan orang Sumeria pakar dalam bidang astronomi adalah satu imaginasi dan teori Zecharia yang tiada asas.

Bagaimana Dr Morrison menyangkal kewujudan Nibiru yang telah ditemui pada tahun 1983? Ia telah menjadi tajuk popular akhbar ketika itu. Waktu itu, NASA menggelarkan planet itu sebagai Planet X, Xena, dan Eris. Tiga nama kesemuanya.

-Satelit NASA bernama IRAS sebenarnya mampu mencerap objek infra merah, tetapi setakat ini tiada maklumat mengenai kewujudan Planet Nibiru ataupun Planet X.

-Secara ringkasnya, IRAS mencerap 350000 objek infra merah, dan pada awalnya kesemua objek ini masih lagi tidak boleh dikenalpasti.

-Jadi, mengenai Planet X, ia hanyalah satu khabar angin yang dicetuskan oleh artikel saintifik yang diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters yang bertajuk “Unidentified point sources in the IRAS minisurvey” Ia membincangkan objek objek yang tidak dapat dikenalpasti dalam IRAS.

-Pada tahun 1987, secara sahihnya melalui kajian IRAS, tiada planet ke sepuluh di luar sana yang bernama Planet X ataupun Nibiru yang digembar gemburkan pada tahun 1983.

*Maklumat di atas berdasarkan perspektif saintifik.

Wednesday, November 24, 2010

2012: Planet Nibiru

0 comments
Planet Nibiru dikatakan akan menghentam bumi pada penghujung 2012.

Planet ini juga dikatakan akan menamatkan riwayat kehidupan di muka bumi pada penghujung tahun 2012.

Ketika ini, banyak individu mengambil tempat dalam pengulasan Planet Nibiru.


Namun, segala perdebatan masih lagi tidak menemui titik kepastian kewujudan planet ini.


*Maklumat ini berdasarkan perspektif saintifik.


Tuesday, November 23, 2010

Pulau Aneh Di Lautan India

0 comments
Apakah nama pulau ini?
Pulau Socotra.

Di manakah ia terletak?
Ia terletak di Lautan India, di antara timur Afrika dan Selatan Semenanjung Tanah Arab.



Apa yang ada di pulau ini?
Spesies tumbuh tumbuhan yang pelik di sini. Terdapat 700 spesies kesemuanya.

Adakah pulau ini menerima pengiktirafan?
Ya, UNESCO telah menobatkan pulau ini sebagai tapak warisan dunia.

Bagaimana rupa tumbuh tumbuhan yang dikatakan pelik itu?








Saturday, November 20, 2010

HARI TANDAS SEDUNIA

2 comments
Bilakah ia disambut?
19 November Setiap Tahun

Mengapa ia disambut?
Untuk memberi kesedaran kepada 2.6 bilion manusia (separuh populasi manusia di bumi) mengenai sistem kebersihan awam.


Apakah fakta menarik mengenai Hari Tandas Sedunia?
1) Terdapat 2.6 bilion manusia di seluruh dunia tidak mampu memperolehi kemudahan tandas dengan sempurna.

2) Penyakit cirit birit menjadi pembunuh kanak kanak, 5000 kanak kanak mati setiap hari.

3) Penyakit ini berpunca daripada sistem tandas dan kumbahan yang tidak sempurna menyebabkan bakteria dan virus merbahaya bebas bergerak.

4) 1 gram najis manusia mengandungi 10 juta virus, 1 juta bakteria, 1100 parasit termasuk telur yang akan dibiak olehnya.

5) Jika kanak kanak boleh membuang najis dalam tandas yang sempurna, masalah cirit birit yang boleh membawa maut akan berkurang 40%.
Gambar: Ibu ini tahu suatu hari nanti
salah seorang daripada anak anaknya akan
dikebumikan sebelum ulangtahun kelahiran ke-5
kerana diserang penyakit cirit birit
yang boleh membawa maut.


DIDIK ANAK ANAK KECIL UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

0 comments
Hakikat sekarang, ramai di sekeliling kita menghadapi masalah kegemukan. Kegemukan yang dialami 98% datang dari sikap individu itu sendiri. Masyarakat harus sedar, kegemukan berlaku kerana lemak terkumpul dalam badan. Yang paling penting sekali dalam hal ini ialah keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin terbeban jantung anda untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi dengan lemak. Bermula dari situ, pelbagai penyakit berkaitan dengan jantung akan timbul.

Pokoknya, untuk mengurangkan kegemukan hanyalah melalui bersenam seperti bermain bola sepak, badminton atau berjogging. Senaman akan membakar lemak lemak yang terkumpul dalam badan. Sekaligus akan mengubah bentuk badan serta menurunkan berat badan seseorang. Fenomena sekarang memperlihatkan betapa susahnya untuk mendidik masyarakat yang sudah berumur dewasa agar mengamalkan senaman atau sukan dalam kehidupan mereka. 


Sebenarnya, terdapat kaitan antara senaman dengan zaman kanak kanak dan zaman dewasa. Jika seseorang kanak kanak tidak dididik oleh ibu bapa atau persekitaran(rakan rakan, guru, etc) untuk mengamalkan gaya hidup seperti bersukan, sudah pasti di zaman dewasanya nanti  keadaan gaya hidupnya masih sama, iaitu tidak cenderung untuk bersenam. Ini adalah fakta, bukan rekaan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu memberi rangsangan kepada anak anak mereka agar berterusan mengamalkan senaman seperti bersukan di petang hari atau di pagi hari.

Beberapa tips untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:

1) Didik mereka agar memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat (mengeluarkan peluh). Sesetengah kanak kanak menganggap senaman adalah medan untuk menunjuk jaguh. Akibatnya, akan berlaku suasana tegang seperti pergaduhan sekiranya di antara mereka tidak berpuashati dek kerana orang lain 'tidak hebat' dalam bermain.

2) Paksa anak anak membeli barang di kedai jika mereka kerap menonton TV atau kerap bermain Playstation. Kalau boleh suruh anak anak berbasikal ke kedai. Sekurang kurangnya, peluh akan keluar.

3) Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka sekali sekiranya si ibu bapa menziarahi sahabat handai. Mungkin mereka dapat bertemu dengan kawan baharu di rumah yang diziarahi ibu bapa. Umumnya, kawan mempunyai pengaruh yang besar terhadap individu. Dengan itu, mereka mempunyai satu komuniti untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan seperti bersukan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mengawal sosial anak anak mereka juga.

4) Jangan didik kanak kanak dengan makanan ringan. Patuhi pemakanan seimbang yang melibatkan sayur sayuran dan buahan buahan.

5) Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit secara minima.

6) Jika kanak kanak tersebut tidak minat sukan seperti bola sepak dan acara padang yang lain, ajak mereka untuk berjogging selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jogging adalah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Tetapi, menguasai kemahiran bersukan yang lain merupakan satu nilai tambah dalam diri seseorang.



*Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009