- Banyak orang sedang menghadapi penyakit kanser sekarang.
- Kita sepatutnya berterima kasih kepada para pengkaji, kebarangkalian untuk terselamat daripada penyakit kanser telah berganda berbanding 40 tahun dahulu. Sekaligus memberi harapan baru kepada pesakit kanser yang sembuh.
- Namun, proses penyembuhan kanser tidak mungkin berlaku jika tidak dibuat kajian terlebih dahulu ke atas haiwan ujikaji.
- Di Pusat Penyelidikan Kanser di UK, kajian menggunakan animal adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Sememangnya terdapat keperluan undang-undang dalam negara itu yang menyatakan setiap ubat terbaru mesti diujikaji terlebih dahulu ke atas haiwan, sebelum diberi kepada manusia. Tujuannya untuk memastikan ubat itu selamat.
- Kini, Persatuan Bantuan Haiwan telah memberitahu Pusat Kajian UK yang mereka akan memberhentikan pembekalan haiwan untuk ujikaji. Dalam dunia yang sempurna, kajian ke atas haiwan tidaklah perlu sangat. Tetapi, kanser boleh membunuh lebih 400 orang setiap hari di UK. Maka, matlamat utama dalam hal ini adalah untuk mengurangkan statistik kematian..
- Kajian ke atas haiwan adalah tersangat penting untuk menyelamatkan nyawa manusia yang sedang bergelut dengan penyakit, terutamanya kanser.
Sebenarnya, Persatuan Bantuan Haiwan memberhentikan pembekalan haiwan untuk ujikaji disebabkan mereka tidak sanggup lagi untuk melihat haiwan terseksa (memang tidak dapat dielakkan) ketika penangkapan dan juga di makmal. Namun, antara kemajuan rawatan penyakit kanser dan seksaan haiwan, yang mana harus kita pilih? Satu isu yang menemui jalan buntu.
-sumber http://scienceblog.cancerresearchuk.org/2011/06/21/animal-research-is-helping-us-beat-cancer/
0 comments:
Post a Comment