Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, December 24, 2012

Trek Joging untuk Wawasan 2020

0 comments
Gambar Hiasan
Psikologi umat manusia memang menarik. Jika kita uar-uarkan impian kita kepada orang-ramai, kita lebih cenderung untuk berusaha menggapai impian tersebut. Berbanding jika kita simpan impian kita dalam hati, disiplin untuk menggapai kejayaan pasti akan berselerak tabak. Begitulah analoginya terhadap Wawasan 2020. Ia satu impian yang tinggi yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Beritakini memerhati, perjalanan menuju Wawasan 2020 memang cerah. Beritakini selalu berdoa agar pada tahun 2020 semua orang dipanjangkan umur agar dapat menyaksikan pengisytiharan status Negara Maju Menjelang 2020.

"Harapan saya pada tahun 2020 nanti wang adalah bukan faktor semata-mata, tetapi saya berharap agar rakyat Malaysia disanjung tinggi oleh dunia", Hampir begitulah kata-kata Tun Dr. Mahathir. Disanjung tinggi bermaksud disanjung daripada pelbagai aspek seperti jasmani dan rohani.

BeritaKini sebenarnya ingin menyentuh soal amalan penjagaan kesihatan jika menjelangnya Tahun 2020. Contohnya seperti amalan bersenam masih lagi kurang dipraktikkan oleh golongan muda dan tua. Tidak seperti negara China, mereka aktif bersenam walaupun menjengah usia tua.

BeritaKini terfikir, apakah memang rakyat Malaysia malas bersenam? Jika mereka malas bersenam, mengapa tidak jika kita binakan satu kemudahan yang mesra alam untuk mereka bersenam? Ya, tidak dinafikan sudah ada, tetapi terlampau sedikit sangat. Kita sekarang sudah ada Kedai 1 Malaysia, BR1M, Klinik 1 Malaysia dan lain-lain entiti bantuan lagi. Tujuannya untuk memudahkan pengurusan dan kewangan masyarakat.

Mengapa tidak jika peneraju negara sekarang merancang untuk membina Trek Jogging Satu Malaysia? Mungkin boleh dibina setiap satu bagi setiap daerah ataupun setiap mukim satu trek jogging? Trek Jogging hanya perlukan turapan tar sahaja. Manfaatnya boleh dilihat untuk jangka masa panjang. Berjogging adalah satu amalan yang  murah kosnya. Kalau kita pergi ke gimnasium, perlu berebut dengan orang lain di atas Treadmill. Keadaan tidak mesra alam untuk aktiviti aerobik (aktiviti yang tidak menggunakan alat pengangkat berat). Ditambah dengan yuran bulanan yang melebihi RM50/sebulan, boleh menyesakkan dada.
Cuba lihat simbol ini. Mungkin Trek Jogging boleh dibina mengikut  bentuk simbol di atas. Tidak perlu ruang yang banyak untuk membina Trek Jogging. Bahagian '8' mungkin boleh dikhususkan untuk wanita manalaka yang bulatan itu untuk golongan lelaki berjogging. Yang selebihnya itu tanamlah pokok atau rumput bagi cantik-cantik. 

Alangkah bangganya nanti jika pada Tahun 2020 nanti, pabila negara diisytiharkan sebagai Negara Maju, amalan penjagaan seperti berjogging menjadi amalan kebiasaan masyarakat Malaysia setiap hari. Jika kita paparkan kepada seluruh dunia dengan amalan berjogging ini seiring dengan status negara maju, pasti kita akan lebih disanjung tinggi.

BeritaKini harap Trek Jogging Satu Malaysia boleh menjadi satu kenyataan. Tabiat bersenam boleh dipupuk jika kita sediakan kemudahan itu dekat jaraknya dengan mereka. Bagi BeritaKini, berjogging adalah satu amalan bersenam yang boleh dikatakan kosong kos untuk melakukan.

p/s: BeritaKini pernah ternampak budak sekolah berjogging tepi jalanraya yang sibuk dengan kereta dan lori di kampung BeritaKini.
----------------------
visit
Learn Simple English Grammar

Thursday, September 13, 2012

Cara mengelakkan ketagihan Facebook

1 comments
Gambar hiasan

Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain lagi berjaya memberi pengaruh yang besar dalam hidup manusia. Golongan yang paling terkesan dengan teknologi-teknologi ini adalah golongan remaja yang masih bersekolah. 

Anak-anak dapat mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Zaman sekarang, mereka sudah begitu mesra dengan dunia Internet seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya lagi. Dalam masa satu minggu, mereka menghabiskan masa lebih daripada 53 jam untuk berhibur dalam internet tanpa sebarang faedah. Jadi, mendaftarkan anak-anak/pelajar ke dalam laman web Pembelajaran Online adalah satu langkah terbaik. Selain daripada pengisiannya yang interaktif yang boleh meningkatkan keseronokan belajar, ibu bapa juga dapat memeriksa latih tubi para pelajar secara online dan SMS tidak kira di mana jua.

Oleh itu, dekatkanlah anak-anak anda dengan Pembelajaran Online yang berkualiti. Itu menjamin peningkatan prestasi para pelajar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut Pembelajaran Online di Malaysia, 

Saturday, September 8, 2012

Jangan memperlekehkan orang

1 comments
Lazimnya, pabila seseorang itu tidak mahu dirinya diperlekehkan, dia sendiri akan mula memperlekehkan orang lain. Bagi BeritaKini, ini adalah satu perkara yang menyakitkan hati. Tidak tahulah para pembaca pula bagaimana jika ada orang memperlekehkan anda.

Ada juga sesetengah orang tanpa ada sebab-musabab, sering memperlekehkan orang lain. Kononnya, tidak mahu orang memijak kepala mereka. Tapi mereka tidak pernah berfikir, apakah perasaan orang yang diperlekehkan mereka itu. Gembira? Sakit hati? Geram?



Antara contoh-contoh sikap memperlekehkan orang adalah (mengikut pandangan BeritaKini)

1) sering menguar-uarkan kelemahan seseorang pada khalayak ramai.
2) membuat mimik muka menjijikkan.
3) sering menyebut ayat 'uh/laaaa benda macam ni pun tak boleh buat' kepada seseorang.

Jika anda para pembaca ada contoh lain, boleh nyatakan di ruang komen di bawah.

Janganlah memperlekehkan orang lain kerana pada pandangan BeritaKini, ia tersangat menyakitkan hati. Bagaimana pula dengan para pembaca di sini? Apakah pendapat anda? Anda suka sakit hati?

*Hidup mestilah mempunyai karakter membina.



Thursday, August 30, 2012

Kepada penduduk Amerika, Negara-negara Arab dan dunia, kami bangga dengan negara kami, Malaysia

0 comments

Bukan senang untuk menyatukan pelbagai jenis bangsa dalam satu komuniti. Bukan senang untuk membuatkan kesemua bangsa ini mengibarkan bendera bersama-sama sambil tersenyum bangga. Dan bukan senang untuk mengekalkan toleransi, kerjasama, hormat-menghormati antara agama, bangsa dan budaya yang berlainan. Sejak tahun 1957, Malaysia berjaya telah membuktikan kesemua usaha-usaha ini.

Selamat Hari Merdeka yang ke-55 Malaysia.

Video Youtube ini untuk tatapan penduduk dunia

This is the 2010 version. 2012 version will be published.



Sunday, August 26, 2012

Lelaki 78 tahun, komputer dan remaja zaman milenium

0 comments
Gambar hiasan
Adakalanya, BeritaKini terfikir. Apakah inspirasi yang boleh diberi oleh seorang wargaemas 78 tahun yang buta IT kepada remaja pada zaman milenium ini. Selain daripada ilmu agama (kalau tinggi) dan pengalaman hidup, apa lagi yang mampu mereka rangsangkan kepada anak-anak remaja ini agar dapat mengharungi kehidupan yang sarat dengan cabaran, terutamanya dalam pendidikan.

Sebagai pemerhati keadaan, kita kena bersikap adil dalam menilai. Memang wargaemas sukar hendak faham perkara-perkara baru dalam dunia milennium ini. Namun, ada sesetengah wargaemas terpaksa memikul tanggungjawab untuk mendidik remaja zaman teknologi canggih ini. Ini adalah pengalaman BeritaKini. Melihat seorang lelaki berumur 78 tahun mendidik remaja-remaja dengan gaya tersendiri. Bekas askar pencen, dengan gaya tersendiri pula, faham-fahamlah bagaimana keadaannya. Sampaikan para remaja di bawah didikannya pun tidak menggemari beliau. Apa tidaknya, sudahlah buta IT, berfahaman 'game komputer adalah perosak' pula.

Tiada anak muda pada zaman ini yang tidak akan pernah sentuh komputer. Hatta yang berada di pedalaman atau tidak berkemampuan pun dalam seminggu pasti ada menggunakan komputer dan internet. Jadi, fahaman sesetengah wargaemas yang 'anti-game' adalah ketinggalan zaman. Kita boleh didik para remaja untuk mengawal keinginan mereka untuk bermain 'game'. Bukan menghalang sepenuhnya mereka bermain 'game'. Janganlah sampai remaja-remaja ini mengalami 'culture shock' selepas berumur 18 tahun. Orang lain sibuk nak ke kolej dan universiti, mereka pula tengah sibuk hendak bermain 'game' di kafe siber semata-mata untuk memenuhkan keinginan disekat penggunaan.

Pendapat BeritaKini, remaja-remaja ini tidak salah. Tetapi, yang salahnya adalah golongan wargaemas seperti ini. Sudah tidak pandai beradaptasi dalam didikan remaja zaman milenium. Namun itulah hakikat, wargaemas sudah tidak berdaya untuk memimpin ketika usia begini.

*Analisis di atas berdasarkan pengalaman BeritaKini di sebuah pusat kebajikan.


Friday, August 17, 2012

Panduan meraikan tetamu secara sihat di Hari Raya

0 comments


1)  Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.
2)  Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.
3)  Asingkan gula apabila menghidang teh atau kopi.
4)  Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama. 
5)  Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci 
mulut.
6)  Sediakan pilihan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah 
lemak.
7)  Elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu semasa 
Hari Raya.

Friday, June 1, 2012

Diet untuk Dato' Siti Nurhaliza

0 comments


Artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga artis-artis lain pasti memikirkan cara untuk menampakkan tubuh badan mereka langsing. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, buktinya kita boleh lihat setiap fotografi mereka di dada-dada akhbar mesti mengenakan pakaian yang menunjukkan bentuk badan yang kurus. Bukan sahaja golongan artis, tetapi orang awam pun turut memikirkan perkara yang sama. Namun tidaklah seserius seperti golongan artis. Sekarang, BeritaKini ingin memberi panduan mengekalkan dan mengurus bentuk badan dengan kaedah pemakanan yang mudah.

Dalam Piramid Makanan Malaysia, disarankan pengambilan makanan beruji (karbohidrat) di antara 8-12 sajian. Anda tahu 1 sajian bersamaan dengan berapa banyak makanan? 


Berikut adalah pengiraan makanan mengikut 1 sajian. Yang disarankan oleh piramid makanan 8-12 sajian. Anda boleh congak sendiri berapa banyak yang patut anda ambil. Dengan cara ini, anda boleh mengekalkan diet seimbang (UNTUK KARBOHIDRAT SAHAJA). Insya Allah, pasti masalah badan berisi ataupun gemuk dapat dikurangkan. 

2 senduk nasi=1 sajian
6 keping biskut=1 sajian
2 cawan bubur nasi=1 sajian
1 cawan mi=1sajian
1 cawan bijirin sarapan=1sajian
2 biji kentang=1 sajian
1 keping capati=1 sajian

Walaupun setiap sajian makanan-makanan di atas berbeza kuantiti, namun Kalorie (tenaga) yang dibekalkan adalah hampir sama antara satu sama lain. Cuma, sesetengah makanan akan hadam dengan cepat dan mungkin akan buat kita rasa lapar. Contohilah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda berhenti makan sebelum kenyang. Jika Baginda boleh amalkan seperkara sebegitu, apatah lagi kita bukan? 

Jangan lupa lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berjalan ataupun berlari dengan aktif. Pasti bentuk tubuh badan anda akan jadi lebih baik.

Wednesday, March 28, 2012

Pabila haiwan merajuk dengan ujikaji sains

0 comments

  • Banyak orang sedang menghadapi penyakit kanser sekarang.
  • Kita sepatutnya berterima kasih kepada para pengkaji, kebarangkalian untuk terselamat daripada penyakit kanser telah berganda berbanding 40 tahun dahulu. Sekaligus memberi harapan baru kepada pesakit kanser yang sembuh.
  • Namun, proses penyembuhan kanser tidak mungkin berlaku jika tidak dibuat kajian terlebih dahulu ke atas haiwan ujikaji.
  • Di Pusat Penyelidikan Kanser di UK, kajian menggunakan animal adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Sememangnya terdapat keperluan undang-undang dalam negara itu yang menyatakan setiap ubat terbaru mesti diujikaji terlebih dahulu ke atas haiwan, sebelum diberi kepada manusia. Tujuannya untuk memastikan ubat itu selamat.
  • Kini, Persatuan Bantuan Haiwan telah memberitahu Pusat Kajian UK yang mereka akan memberhentikan pembekalan haiwan untuk ujikaji. Dalam dunia yang sempurna, kajian ke atas haiwan tidaklah perlu sangat. Tetapi, kanser boleh membunuh lebih 400 orang setiap hari di UK. Maka, matlamat utama dalam hal ini adalah untuk mengurangkan statistik kematian..
  • Kajian ke atas haiwan adalah tersangat penting untuk menyelamatkan nyawa manusia yang sedang bergelut dengan penyakit, terutamanya kanser.
Sebenarnya, Persatuan Bantuan Haiwan memberhentikan pembekalan haiwan untuk ujikaji disebabkan mereka tidak sanggup lagi untuk melihat haiwan terseksa (memang tidak dapat dielakkan) ketika penangkapan dan juga di makmal. Namun, antara kemajuan rawatan penyakit kanser dan seksaan haiwan, yang mana harus kita pilih? Satu isu yang menemui jalan buntu.



Friday, February 10, 2012

Mengetahui anai-anai serang rumah kita

0 comments
Anda hanya perlukan dua alat dasar untuk melaksanakan DIY pemeriksaan anai-anai - sebuah lampu sulur dan sebuah screw driver. Untuk mula, anda perlu tahu tempat-tempat yang perlu disemak. Beberapa bahagian rumah anda perlu diberi perhatian khusus, ia itu kusen pintu, bingkai tingkap, lantai kayu atau skirt lantai, langit-langit, built-in almari, almari dan bilik setor.

Bagaimana anda tahu adakah rumah anda sedang diserang anai-anai?
Berikut adalah beberapa kesan-tanda serang anai-anai:

Lumpur tabung atau jejak anai-anai/jalan anai-anai 
Salah satu cara yang paling umum anai-anai dikesan adalah melihat lumpur tabung atau jejak anai-anai. Tabung lumpur boleh ditemui pada dinding, celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, kusen tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda. Anai-anai biasanya menyerang tempat-tempat yang disebut tadi sebelum serang ke rangka bumbung.

Jika anda menemui salah satu tabung lumpur yang kering dan berukuran size pensil, mereka mungkin tidak aktif. Untuk lebih menyakinkan, kerok 1-2 cm segmen di tengah jalan anai-anai. Jika tabung lumpur aktif ia akan dibina semula dengan cepat, mungkin dalam satu jam, dua jam, mungkin satu atau dua hari.

Anai-anai di bawah tanah harus mempunyai akses terhadap air. Mereka akan mati jika mereka kering. Mereka menjaga diri mereka sentiasa basah dengan air dari tanah dan untuk melakukan ini, mereka perlu sambung lumpur terowong atau tiub ke tanah.

Perubahan Warna dan Tekstur Kayu
Tanda lain yang perlu diperhatikan adalah bahagian-bahagian kayu dalam rumah anda telah berubah warna, misalnya dari coklat gelap ke coklat terang. Perhatikan tekstur kayu untuk melihat adakah bahagian tertentu yang sangat berbeza daripada yang lain. ia itu celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, bingkai tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda.


Retakan dan lubang (kekosongan Struktur) 
Carilah keretakan dan lubang di bidang-bidang seperti kusen pintu atau bingkai tingkap, berikan perhatian khususnya terhadap sisi. Jika ada celah kecil (split end), cari tabung lumpur di dalamnya. ketuk secara rawak di beberapa tempat menggunakan screw driver dari bawah ke atas kusen. Semak kekosongan.

Anai-anai makan atau melubangi kayu-kayu dari dalam dan meninggalkan permukaan luar kayu. Jika anda mengesyaki kawasan tertentu, lihat sepanjang lantai untuk bintik-bintik hitam atau berubah warna. tolak sekitar kayu yang terbuka dengan menggunakan screw driver, pastikan anda tidak merosakkan cat. Jika mereka active di dalam, kayu akan menghancurkan masuk.

Semak daerah yang jarang kita sentuh, seperti bingkai tingkat atau kusen lantai. ketuk dengan belakang screw driver untuk mengesan suara anai-anai.

Namun, hanya kata hati-hati bahawa bahagian bawah pintu (tekstur permukaan) boleh retak akibat terkena air, dan belum tentu ia kerana diserang anai-anai.

Suara anai-anai “Tick-Tick-Tick”
Cara lain untuk mengesan anai-anai secara pendengaran. Ketika anai-anai memecah serat kayu, mereka menghasilkan getaran atau bunyi, mungkin juga dihasilkan oleh serangga lain seperti kumbang bubuk, semut dan lain-lain seranga yang juga memecahkan serat kayu. Anai-anai juga membuat suara dengan ketara beberapa bahagian tubuh mereka terhadap permukaan keras, meskipun banyak serangga lain seperti stoneflies juga memaparkan perilaku aneh ini. Untuk menjadi dua kali ganda yakin suara dibuat oleh anai-anai, buat lubang kecil di kawasan serang. Jika anai-anai hidup keluar dari tempat persembunyian mereka, tempat itu dianggap sedang diserang anai-anai.

Cuaca Hangat
Anai-anai akan mendedahkan kehadiran mereka apabila cuaca hangat mula. Hari yang hangat setelah cuaca sejuk boleh menyebabkan anai-anai bersayap muncul dari persembunyian. Anai-anai ini disebut swarmers dan menunjukkan bahawa anai-anai telah pun hadir. semak di sisi tingkap atau di bawah lantai. Tanda-tanda lain yang menunjukkan kewujudan anai-anai ialah sayapnya dijatuhkan di bingkai tingkap atau di sisi tingkap.




Wednesday, January 18, 2012

Politik 'Video Oley' : Kenapa Kerajaan Kelantan tidak pernah melampirkan secara umum Rang Undang-undang Hudud Kelantan 1993?

0 comments
Video milik blogger pro-kerajaan iaitu Kawasaki dikritik hebat kerana melakonkan skrip-skrip yang dikatakan menghina hukum Allah. Lantas daripada itu, muncul pula satu video yang bertujuan membalas balik video milik Kawasaki. Video itu mengandungi penerangan-penerangan yang 'DIANGGAP' lengkap mengenai Hudud. Namun, jauh panggang daripada api.

Kenapa BeritaKini berkata demikian? 

BeritaKini kesian melihat Bob Lokman. Dalam video tersebut beliau bertanya soalan yang begitu am. Beliau tidak bertanya pun kenapa boleh wujud perubahan dalam Rang Undang-undang Hudud 1993 Kelantan. Sedangkan perubahan-perubahan itu bercanggah dengan Al-Quran. Dan atas dasar apa kandungan dalam Rang Undang-undang Hudud 1993 boleh berubah? Dan wajarkah ia dilaksanakan? Bob Lokman terlupa hendak tanya soalan itu.

Sehingga sekarang, apabila ada ceramah mengenai Hudud dalam konteks Malaysia, Rang Undang-undang Kelantan langsung tidak dibahaskan dan tidak dilampirkan. Huraian dalam bentuk buku pun tiada. Sedangkan Rang Undang-undang Hukum Hudud Kelantan itulah yang jelas menghina hukum Allah. HUKUM ALLAH TELAH DIUBAH OLEH TANGAN-TANGAN MANUSIA yang tidak bertanggungjawab. Menambah teruk lagi keadaan, sudahlah mengubah hukum Allah, menuduh orang lain (Tun Dr. Mahathir) menolak hukum Allah secara 'total'. Sedangkan Tun Mahathir melarang Kelantan melaksanakannya kerana untuk menjaga kesucian hukum hudud yang disebut dalam Al Quran.

Mengapa kita tidak boleh melaksanakan hukum Hudud Allah yang tidak sama dengan Al Quran?

Banyak negara-negara Islam di Asia Timur mengamalkan hukum hudud Allah yang tidak tulen. Bermaksud, hukum Hudud yang berubah. Kesannya, Hukum Hudud itu terus berubah dan berubah mengikut perkembangan politik negara tersebut. Ini bermakna, hukum hudud telah dicemari. Disebabkan itulah, kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan dahulu penangguhan pelaksanaan Hudud berdasarkan situasi semasa, di samping menggerakkan cabang-cabang tuntutan Islam lain. Soal hukum hudud perlu difahami sepenuhnya, bukan sekerat-kerat.

BeritaKini tertarik dengan pelaksanaan Hukum Hudud dalam kalangan orang Islam yang ditimbulkan dalam video Oley. Hukum Hudud boleh dilaksana pada orang Islam sahaja? Pada zaman Nabi, terdapat seorang lelaki bukan Islam yang mengakui berzina di hadapan Rasulullah. Rasulullah mengarahkan hukuman mengikut kitab ajaran agama lelaki itu. Namun, apabila diteliti, hukuman yang terdapat dalam kitab tersebut adalah sama dengan dalam Al Quran. Lantas, dihukumnya lelaki itu mengikut hukum tersebut. Adakah kitab ajaran lelaki bukan Islam itu sama dengan kitab ajaran yang wujud masa kini? BeritaKini tidak menyuruh anda berfikir secara logik akal. Tetapi fahamilah situasi ini berdasarkan penerangan lengkap dalam buku:

'SIAPA TOLAK HUDUD? UMNO ATAU PAS?' 
Karangan Ustaz Kamal Saidin.

Buku ini diedarkan secara percuma kepada seluruh ahli UMNO sekitar tahun 2000. Namun, BeritaKini tidak pernah jumpa buku huraian dari pihak Kerajaan Kelantan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan. Sebaliknya, hanyalah ceramah yang bermain kata-kata 'hudud' sahaja. Tidak menyentuh kepada kandungan Rang Undang-undang Hudud di Kelantan itu.

Alangkah baiknya kalau buku itu di'scan' dan di'upload' ke internet. Barulah kita tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Rang Undang-undang Kelantan. Bukan SATU perubahan, tetapi LIMA perubahan telah berlaku. Nilailah, sama ada ia bermotifkan politik ataupun tidak.

Sila Klik!

Tuesday, January 17, 2012

Istilah 'sodomy' berasal dari nama Kota Sadum?

0 comments
“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. 

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. 

Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”

” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.

“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.

“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”

“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”

Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”

Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. 

Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. 

Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

sumber.

KLIK!!!!

Monday, January 9, 2012

Tukang paip terjumpa bekas penjara Perang Dunia ke 2 belakang rumah.

0 comments




Tukang paip terkejut setelah menemui kem penjara ketika zaman perang di belakang rumahnya. Dikatakan 10000 askar Jerman menghuni kem itu ketika Perang Dunia Ke-2.

Komen Saiful Bukhary terbaru selepas perbicaraan

0 comments

BeritaKini tersilap perhitungan. Keputusan mahkamah tidak memihak kepada jangkaan. Kesimpulannya, bukan mudah untuk membawa bukti-bukti sains ke muka pengadilan. BeritaKini menerima dengan redha keputusan mahkamah, tetapi tetap menyokong Saiful Bukhari. Kenapa BeritaKini masih lagi menyokong Saiful Bukhari?

Sebab DNA air mani yang dijumpai pada Saiful adalah milik MP Permatang Pauh. Itu fakta dari mahkamah. Saintifik

Perbicaraan belum tamat. Mahkamah Persekutuan menanti. Diharap tidak menolak bukti-bukti saintifik yang dikemukakan pihak Saiful seperti Mahkamah Tinggi lakukan. 

Pendaftaran banduan semakin bertambah di Amerika Syarikat

0 comments
Pada tahun 2009, terdapat hampir 7.2 juta orang banduan dalam penjara dan di bawah pengawasan ( bebas dalam tempoh percubaan). Jumlahnya lebih besar dari populasi bandaraya Washington-Bureau of Justice Statistics



Antara tahun 1987 dan 2007, populasi banduan Amerika Syarikat bertambah tiga kali ganda-Pew Center on the States.






Wajah-wajah banduan Penjara Arkansas 1915-1937

0 comments
Lihat muka mereka, apa perasaan mereka sebenarnya? Ada tersenyum dan juga ada juga yang tidak ceria wajahnya. Amnya, tidaklah menarik sangat gambar-gambar ini. Tapi, mungkin boleh menimbulkan serba sikit perasaan kita terhadap para banduan. Negatif dan positif, bergantung pada anda.







Saturday, January 7, 2012

Harapan Baru Untuk Penjara Sungai Buloh

0 comments
9 Januari sudah semakin dekat. Politik negara sudah tertumpu kepada keputusan kes liwat MP Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Blogger kerajaan sedang menunggu masa untuk bersorak ‘Horreyyy’ manakala blogger pembangkang pula aktif membuat poster-poster kebebasan DSAI tanpa mengemukakan jawapan relevan dan kukuh kenapa perlunya peristiwa 901.

Perbicaraan antara Saiful Bukhari dan DSAI adalah perbicaraan dunia sains dengan dunia sastera. Siapa yang akan menang nanti? Sains atau sastera? DNA air mani atau penafian semata-mata? BeritaKini sudah mampu mengagaknya.

Peguam kepada DSAI, Karpal Singh sudah tidak mampu membelitkan lidahnya lagi. Beliau sendiri mengakui peristiwa liwat berlaku atas dasar suka sama suka. Soal Saiful rela atau tidak bukan lagi hal utama, yang penting mengapa pula si DSAI pun terlibat sekali?

Alhamdulillah, maruah BeritaKini masih lagi terjaga dengan tidak menyokong semberono salah seorang manusia yang Nabi Muhammad S.A.W tidak mengaku umat. Hadirnya DSAI ini ke bumi Malaysia memberi satu pengajaran dan hikmah yang besar. Seorang pemidato hebat bukanlah ciri utama untuk menjadi Perdana Menteri. Terlalu leka dengan dunia politik juga mampu membuka ruang kepada golongan yang ‘tidak ketahuan hala’ untuk memegang tampuk kepimpinan negara.  Seperti, kaum nabi Luth.

Keadilan untuk Saiful Bukhari. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Begitu juga dengan DSAI, semoga bertaubat. Amin.

Thursday, January 5, 2012

Ramai bakal guru mungkin akan rasai satu dilema.

1 comments

Guru sepatutnya mendidik anak-anak murid ke arah jalan yang lurus dan benar sehinggalah ke puncak kejayaan. Tetapi, kini persepsi 'jalan yang lurus' sudah rosak.




Fikir-fikirkanlah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009