Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Tuesday, December 27, 2011

Masalah Bob Lokman

1 comments
Kenapa artis Malaysia yang baru 'memeluk' Islam sukar hendak faham? Memberi ceramah di surau mahupun masjid bukanlah seperti persembahan pentas ketika mereka menjadi artis dahulu. Ini melibatkan kesucian dan integriti dakwah. Cuba kalau tiada undang-undang pemberian tauliah, langsung tiada siapa boleh halang Ayah Pin masuk surau bagi dakyah. Tapi itulah, artis Malaysia, fi'ilnya pelik sikit. Sudahlah bagi tazkirah dan ceramah tanpa kebenaran, memaki hamun pula pada masa yang sama. Apa faedahnya? Merosakkan kesucian dakwah Islam sahaja.

Sekitar tahun 2004, Akhil Hay pun buat perangai yang sama. Dalam internet, beliau sahaja yang mendominasi Beliau bernasib baik ketika itu kerana hubungan rakyat Malaysia dengan internet masih lagi kurang sambutan. Kini, beliau tidak boleh buat lagi perangainya itu. Rata-rata sudah boleh menilai apa yang baik dan buruk dari internet. Tambahan pula, blogger blogger pro kerajaan semakin menguasai  pasaran internet Malaysia berbanding 2004 dahulu. Akhil Hayy dulu memang jelas dakwah politiknya. Sekarang ini, Allah Sahaja Yang Mengetahui.

Kemudian, Ali Setan pula buat hal. Mempertikaikan mengapa kerajaan suka menghantar anak-anak muda belajar di England, UK dan sebagainya dalam bidang kejuruteraan, medik dan lain-lain lagi. Siap melabelkan 'bodoh' lagi. Rasa macam hendak bagi penampar sahaja pipi beliau. Tapi, BeritaKini berhikmah, tak mungkin akan buat begitu. Beliau tidak tahukah peristiwa sungai hitam yang dipenuhi dakwat suatu ketika dahulu? Orang barat mencuri buku-buku ilmiah masyarakat Islam dan juga membuangnya ke sungai  sehingga air bertukar menjadi warna hitam? Kini kerajaan mahupun individu pergi 'mencuri' balik ilmu tersebut pula dilabelkan bodoh pula. Agak keterlaluan. Inilah masalah kalau belajar ilmu sekerat-sekerat di negara orang.

Sekarang, Bob Lokman pula bergiat aktif. Masih lagi BeritaKini ingat, telatah lucunya dalam Telebriti dulu di TV, memang melucukan hati. Tapi tidak disangka, perangai sebenarnya adalah degil. Baru 'kenal' Islam beberapa hari, sudah pandai bagi ceramah tin kosong. Kalau nak bagi ceramah tin kosong, baik buat di rumah persatuan, anak-anak yatim, ataupun pusat pemulihan dadah. Lagi baik rasanya. Tidak perlu menjadi nila yang boleh merosakkan satu belanga. Sudahlah masyarakat semakin memandang serong pada golongan tabligh, ditambah pula dengan perangai Bob Lokman yang sering memecah tembok tauliah Jabatan Agama Islam, lagi teruk jadinya. Semakin rosak kesucian dakwah dalam Islam. Dalam dunia dakwah pun, memang ada konflik yang tersendiri.

BeritaKini hanya meluahkan sahaja perasaan, dan juga berniat untuk menegur. Dalam Islam ada pelbagai cabang ilmu. Cubalah kuasai dahulu ilmu-ilmu tersebut, kemudian pergilah mendapatkan tauliah di Jabatan Agama Islam. Susah sangatkah hendak ikut prosedur? Kalau belum layak, dakwahlah secara kecil-kecilan seperti usrah dan lain-lain lagi. Banyak lagi cara sebenarnya. Itupun perlu juga diteliti ilmu yang ada di dada kita itu.

Klik Untuk Menjana Pendapatan RM 30 000 dalam masa 3 bulan Dalam Bidang Pendidikan  
ID pengenalan saya : aibo36

Sunday, December 25, 2011

Apa perlu buat jika telinga Dato' Seri Najib dimasuki serangga?

0 comments
Ulat-ulat kecil selalu masuk ke telinga tanpa kita sedari. Ia menyebabkan telinga rasa tidak selesa dan boleh membahayakan keadaan andai serangga masuk lebih dalam lagi. Berikut adalah cara-cara untuk merawat masalah ini:
Jika telinga kiri yang dimasuki semut, tutup pula telinga kanan dengan tangan kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut. Masa ketiga-tiga pancaindera itu tertutup, bernafas panjang-panjang seberapa yang boleh. Dengan cara ini semut atau serangga itu akan tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui lubang telinga yang ada serangga itu. 

Lakukannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh sehinggalah anda berjaya.

-sumber, Petua Segala Petua

Klik untuk menjana pendapatan RM 30 000 dalam masa 3 bulan sahaja. ID pengenalan saya : aibo36

Thursday, December 22, 2011

Mata mempunyai maksud tersirat ketika berkomunikasi

0 comments
Mengenali keperibadian seseorang melalui pergerakan mata. 







  • Merendahkan pandangan mata (menunduk) bermaksud takut dan takut rasa salah.



  • Merendahkan bulu kening dan mata kelihatan menjeling bermaksud seseorang dalam keadaan memahami sesuatu.



  • Tidak melihat mata orang, kurang keyakinan diri dan bimbang/khuatir akan sesuatu.



  • Kerap mengerlipkan mata bermaksud seseorang dalam keadaan gementar dan gemuruh.



  • Melihat anak mata orang bermaksud tinggi keyakinan diri



  • Meluaskan mata bermaksud minat akan sesuatu.



  • Jika diri rasa sakit hati ketika berkomunikasi, pandangan mata akan beralih ke tepi iaitu kiri kanan dengan laju.




*Hanya fakta saintifik dalam Ilmu Psikologi.

Monday, November 7, 2011

Pujian melambung untuk MasterChef Malaysia

0 comments
Bab-bab dunia makanan memang BeritaKini prihatin sebab BeritaKini memang terlibat dalam dunia pemakanan. Artikel sebelum ini lebih mengkritik/menegur Chef Johari, janggut dan jambangnya itu. Tapi, kali ini BeritaKini ingin memuji MasterChef Malaysia dalam mengendalikan program itu.

Perhatikan setiap episod MasterChef Malaysia, semua tutur kata peserta dan juri dilafazkan dalam Bahasa Melayu. BeritaKini rasa ringan kepala dan terasa ada identiti Masyarakat Malaysia dalam program tersebut. Berbeza dengan program realiti lain, yang selalunya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantara. Habis segala budaya barat dan keseksian terlampau pula sengaja ditonjolkan (untuk program realiti TV nyanyian) lantas merosakkan agama, budaya bangsa dan negara.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekadar meminati program MasterChef Malaysia.

*Apabila anda makan satay, pastikan anda memakan timunnya sekali. Satay yang dipanggang terdapat bahan kimia CARBON. Ia boleh meningkatkan risiko untuk tumbesaran kanser. Timun adalah antikanser. Ia meneutralkan kesan CARBON terhadap sel-sel dalam badan. (Agak am penerangan ini dari sudut biokimia, tetapi hal ini sudah terbukti secara saintifik)

Sunday, November 6, 2011

Janggut dan jambang Chef Johari dalam Masterchef Malaysia perlu di'teliti' semula

2 comments
Masterchef Malaysia sudah mula bersiaran beberapa minggu lepas. Program realiti yang berformatkan Masterchef US dan Masterchef Australia sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia. Sekarang, bagi BeritaKini, tahap penyampaian cerita para peserta dan info makanan dari Masterchef Malaysia adalah baik.

Namun, ada sesuatu yang tidak kena pada seorang Juri MasterChef Malaysia iaitu Chef Johari. Mungkin ini pandangan peribadi BeritaKini. Ketika kamera mengfokuskan wajah Chef Johari menjamah makanan untuk sesi penilaian, BeritaKini rasa agak tidak selesa dengan janggut dan jambangnya itu. Secara ringkasnya, selera makan hilang. Tidak dapat dinafikan janggut dan jambangnya kemas tapi jika dipendekkan lagi mungkin akan menyelerakan BeritaKini. Lagi sekali, ini hanyalah pandangan peribadi BeritaKini sahaja. Jika anda tidak menyokong BeritaKini, tidak mengapa.

Tujuan BeritaKini menegur Chef Johari ini bukannya suka-suka ataupun membenci beliau. Ini kerana, di dalam garis panduan Penyediaan Makanan, kekemasan tukang masak dan staff masakan lain adalah penting. Ia mempengaruhi kebersihan makanan dan tahap selera si penjamah makanan itu nanti. Cuba fikirkan bagaimana sehelai janggut dan jambang jatuh ketika proses penyediaan makanan. Bakteria akan mencemari makanan. Sehelai bulu boleh membawa lebih 1000 jenis bakteria asing ke dalam makanan. Sebagai seorang Chef, hal ini patut dititikberatkan. Mungkin Chef Johari tidak memasak dalam MasterChef Malaysia, tetapi memberi contoh kekemasan adalah perlu. Di Korea dan Jepun, tukang masak akan memakai penutup mulut ketika menyediakan makanan. Di Malaysia, walaupun di hotel, amalan memakai penutup mulut jarang kita jumpai.

Harap MasterChef Malaysia menitikberatkan soal kekemasan. Kepada Chef Johari, janganlah marah di atas artikel ini. BeritaKini ada dua tujuan, satu untuk menegur Chef Johari, dan lagi satu untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kebersihan dan kekemasan ketika penyediaan makanan. Terimalah ini dengan fikiran positif.

*Jika diletakkan slot bersama pakar pemakanan, MasterChef Malaysia pasti akan jadi lebih hebat.

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri di Somalia

0 comments
Somalia adalah sebuah negara yang penduduknya 99% beragama Islam. Kini, mereka menghadapi masalah yang paling besar dalam hidup mereka. Setelah 3 tahun hujan tidak membasahi bumi, puak-puak mereka berperang sesama sendiri, 3.6 juta orang berisiko kelaparan, 2.8 juta kanak-kanak berisiko mati dalam tempoh beberapa minggu lagi jika tidak mendapat bekalan makanan. Pada hari Aidilfitri menjelang, dentuman tembakan menjadi Muzik Lebaran.

Sunday, August 14, 2011

Kasihan Puan Mismah

0 comments
Puan Mismah
Siapa tidak terasa hati, tetiba sahaja nama diri sendiri dikaitkan dengan fitnah dan persepsi negatif. Tambahan pula nama dikaitkan dalam dunia politik. Dunia politik boleh menimbulkan pelbagai perkara. Itulah yang berlaku pada Puan Mismah. Mujur fitnah terhadap beliau tidak membawa kepada masalah keselamatan dirinya sendiri dan keluarga. Maklumlah, politik kekadang boleh membawa kecederaan dan kesusahan kepada mangsa keadaan politik.

Isu Puan Mismah sudah dijawab oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa yang lain. Namun, masih ada pihak yang tidak puas hati dan terus mengaitkan Puan Mismah tanpa mengambil sensitiviti Puan Mismah dalam isu kewarganegaraan ini. Teruk sungguh perangai mereka. Sudahlah ter'kantoi', pihak portal internet yang memulakan isu ini pun 'buat-buat kelam' tanpa memohon maaf secara terbuka. Sedangkan nama Puan Mismah selalu diletakkan tajuk besar dalam berita dan blog mereka.

Lagi sekali, mujurlah Puan Mismah baik hati. Sepatutnya Puan Mismah saman sahaja pihak yang memfitnah beliau sebanyak 100XXX juta. Pasti boleh menang.



*Bersyukurlah menjadi warganegara Malaysia. Alhamdulillah.

Wednesday, August 10, 2011

Selesaikan sembelit dengan kurma

0 comments
Kurma sinonim dengan negara padang pasir seperti Arab Saudi dan Mesir. Di Malaysia pula, buah kurma sinonim ketika kedatangan bulan Ramadhan. Sebenarnya, amalan memakan buah kurma ketika berbuka puasa adalah baik kerana ia memberikan tenaga segera kepada tubuh. Fakta ini diakui sendiri oleh Prof. Shariza Abdul Razak, seorang pakar dietetik makanan USM.





Antara fakta-fakta menarik buah kurma:

1) Menghindarkan sembelit.
2) Membuang toksin (bahan beracun) dalam badan yang berkemungkinan menyebabkan kanser dalam saluran penghadaman terutamanya kolon (saluran pembuangan air besar)
3) Mengurangkan tekanan darah tinggi.
4) Mengurangkan risiko strok dan sakit jantung.
5) Berfungsi sebagai anti radang dan anti jangkitan.
6) Memberi perlindungan pada mata akibat daripada proses penuaan.
7) Penting untuk kesihatan kulit dan penglihatan.
8) Pesakit diabetes boleh mengambil buah kurma tetapi dalam bentuk sederhana. Ikut nasihat doktor. Buah kurma tinggi gulanya, namun ia selamat untuk pesakit diabetes kerana kurma juga mempunyai khasiat sampingan yang menstabilkan keadaan kandungan gula.
9) Mengurangkan paras kolesterol yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan darah tinggi.

Langit dan bumi, perbezaan kemajuan sempadan US-Mexico (kemaskini)

0 comments

Klik untuk imej besar


Imbasan sempadan US-Mexico. Sebelah kiri adalah bangunan pusat rawatan kumbahan San Diego, Amerika Syarikat manakala sebelah kanan adalah Tijuana, Mexico. Walaupun keadaan bahagian Mexico nampak maju, tetapi peluang pekerjaan memang begitu rendah. Begitu juga dengan taraf hidup yang lain.  Disebabkan itulah penduduk Mexico paling ramai menjadi imigran dan penceroboh haram di Amerika Syarikat.

*Terima kasih pada pengunjung kerana sudi menegur kesilapan fakta pada posting yang lalu. 

Monday, August 8, 2011

Langit dan bumi, perbezaan kemajuan sempadan US-Mexico

2 comments
Klik untuk imej besar

Bagaikan langit dan bumi, itulah yang dapat dikatakan melalui gambar ini. Sebelah kanan adalah Amerika Syarikat manakala sebelah kirinya adalah Mexico. Memang tidak dapat dinafikan, Amerika adalah negara yang maju. Bercambah-cambah bangunan yang boleh dilihat dengan ketara. Sudah pasti peluang pekerjaan dalam gambar ini pun terlampau banyak. Tidak hairanlah ramai pendatang dan pelarian dari negara-negara Amerika Selatan selalu cuba membolosi sempadan ini.

Kenapa Obama menangis?

0 comments
Bukan sahaja Obama, malahan sesiapa sahaja pernah merasai tangisan. Tangisan adalah pelepasan emosi. Sekiranya anda rasa ingin menangis, anda patut melepaskan segala tangisan anda itu. Di sini ada beberapa fakta mengenai menangis.

1) Airmata tangisan yang disebabkan emosi sebenarnya mempunyai kandungan kimia yang berbeza berbanding airmata yang disebabkan gatal atau alergik terhadap sesuatu, contohnya bawang.

2) Menangis di tempat awam dianggap normal sehingga Revolusi Industri.

3) Saluran air mata pada lelaki lebih kecil berbanding perempuan.

4) Melalui airmata, terdapat satu hormone (bahan kimia dalam badan) iaitu prolaktin. Prolaktin lebih banyak kandungannya pada perempuan berbanding lelaki. Prolaktin juga bertindak dalam pemprosesan susu dalam badan wanita.

5) Di Jepun, masyarakat mereka membudayakan tangisan. Tangisan budaya ini dikenali sebagai "crying boom". Bermaksud, semua orang mahukan sedikit kesedihan dalam kehidupan mereka. Disebabkan itulah, kebanyakan drama-drama Jepun mengandungi unsur-unsur sedih untuk membuatkan penonton menangis.

Sunday, August 7, 2011

Barangan-barangan untuk bilik mandi anda

0 comments
Tidak lama dulu, Beritakini ada menulis tentang Hari Tandas Sedunia. Memang janggal nama hari itu. Tetapi besar faedahnya juga. Kali ini, BeritaKini berbicara mengenai barangan unik yang boleh diletakkan dalam bilik mandi anda.







Wanita murtad membebel di Twitter

0 comments
Difahamkan, wanita ini mendapat pendidikan di sekolah agama. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke UUM. Mukanya memang cantik paras rupa. Tapi, apakan daya, beliau gagal menjaga imannya. Lihat saja bebelan beliau di twitternya, memang kurang ajar.


Bacaan selanjutnya di sini.

Tidak perlu hairan mengapa pelajar sekolah agama boleh terlibat dalam gejala murtad dengan mudah. Pelajar sekolah agama juga boleh berhadapan tekanan gaya pendidikan yang keras. Lalu, mereka memberontak setelah keluar dari alam persekolahan. Salah satunya mungkin terjerumus seperti Mak Cik Hajar di atas.

Saturday, August 6, 2011

Lelaki melayu berbogel di Facebook

2 comments
Anak ikan, anak lembu, anak ayam atau anak orang? Gambar di sebelah adalah seorang lelaki melayu berumur 20 an yang tidak tahu malu berbogel di Facebook. Sudahlah berbogel, akaunnya pula setting di'public'kan, habis naik gambar bogelnya dekat Wall Facebook pihak BeritaKini gara-gara kawan BeritaKini 'like' gambar beliau. Tidak tahulah samaada 'like' kerana suka atau sebaliknya. Hairan pun ada juga, kenapa beliau 'like' gambar terbabit. Lupakan hal itu dulu. Pemuda dalam gambar ini mengakui beliau gay.

Bagi sesiapa, yang menjumpai Facebook beliau, ataupun menjumpai Facebook yang seangkatan dengannya, tegur-tegurlah beliau dan golongan seangkatan dengannya. Umur baru 20an, sudah terjerumus ke lembah songsang.

Nasib baiklah Malaysia memulaukan golongan ini, kalau tidak hancur masyarakat. Pemuda ini berani, dalam komen-komen beliau dalam Facebooknya ( BeritaKini menyiasat juga sebenarnya, maklumlah, kali pertama jumpa orang macam ni), beliau menulis ayat yang lebih kurang begini bunyinya "nak malu apa, dah gay umumkan je la".

Pihak BeritaKini tidak berani hendak dedahkan URL Facebooknya. Takut kena saman pula nanti (gelak besar). Yang pasti memang ada.

Wednesday, July 27, 2011

Kreatifnya seni tembikai ini.

0 comments
Tangan siapalah yang mengukir buah-buah tembikai ini. Memang cantik. Rasa seperti hendak makan saja.




Kuantiti air dalam tembikai lebih sedikit berbanding sebiji tomato.
*Dipetik dari Blog Jangan Kalot

Friday, July 22, 2011

Jangan risau bayi tidak tonton BabyTV

1 comments
Baru-baru ini, ASTRO telah memperkenalkan satu saluran baru iaitu BabyTV. Tujuannya untuk mendidik golongan-golongan bayi di awal usia. Maka berusahalah golongan-golongan ibu mengharapkan bayi mereka duduk tercegat di hadapan TV. Sebabnya, untuk mendapat pendidikan sampingan di awal usia. Manalah tahu, bayi-bayi ini akan lebih pandai apabila meningkat dewasa.

Satu perkara yang perlu golongan ibu tahu, bayi yang baru lahir hanya akan dapat melihat sejauh 10 inchi sahaja. Penglihatan mereka akan bertambah baik sehinggalah mereka mencecah umur 7-8 bulan. Pada usia 7-8 bulan, penglihatan mereka sama dengan penglihatan orang dewasa. Jadi, apabila bayi yang berumur bawah 8 bulan tidak mahu menonton BabyTV, janganlah terlampau bimbang. Penglihatan bayi masih lagi kabur untuk jarak jauh. Disebabkan itulah mereka tidak tertarik dengan BabyTV dan juga rancangan televisyen kartun yang lain.

Apabila mereka dapat melihat dengan sempurna seperti orang dewasa, maka mereka akan tertarik pada kartun dan animasi bergerak. Kesemua ini berlaku kerana perkembangan saraf yang berlaku dalam otak.

*Sentuhan didikan ibu juga penting.

Friday, May 27, 2011

Kucing Perdana Menteri yang Bertuah

1 comments
Bertuah sungguh kucing ini. Ini kucing milik Dato' Seri Najib Tun Razak. Nampak kaya sungguh. PM meletakkan gambar-gambar kucingnya di laman facebook miliknya hari ini. Nampak Comel






Sunday, May 15, 2011

Pokoknya, Buah-buahan Itu Penting

1 comments

Kita seringkali terlihat atau mendapat flier-flier iklan mengenai minuman-minuman dan makanan-makanan keluaran sekarang yang berasaskan makanan tradisional mahupun moden. Kebanyakannya mampu untuk merawat penyakit kronik seperti diabetes, bengkak-bengkak dan juga mampu mengekalkan kecantikan kulit. Contohnya, Jus Penawar Herba dan lain lain lagi.

Tidak kiralah apa jua jenama jus penawar penyakit, pokoknya, apa yang ingin diberikan oleh jus tersebut kepada badan kita adalah khasiatnya. Cuba anda lihat label di belakang minuman-minuman jus keluaran tradisional ataupun moden. Anda dapati jarang ada bahan kimia ciptaan terbaru pun yang terkandung dalam jus-jus sebegini, yang ada hanya campuran khasiat-khasiat semulajadi dari buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Contoh khasiat-khasiat buah-buahan ialah vitamin A, D, E, K, B, calcium, potassium, magnesium, sodium dan lain-lain lagi.

Limau terkenal dengan Vitamin C dalam
dunia sains pemakanan. Ia mampu meningkatkan
sistem imunisasi(sistem melawan penyakit)
paling terbaik dalam badan. Contohnya, mampu
melawan bakteria apabila selesema ingin terjadi.
Bukan untuk menghalang anda membeli jus-jus penawar penyakit, tetapi ingin dimaklumkan segala khasiat yang ada dalam kebanyakan jus-jus penawar penyakit ini boleh kita perolehi dari buah-buahan. Cuma kita perlulah makan buah-buahan selalu.Janganlah baru penyakit muncul, waktu itulah gelabah hendak makan buah-buahan. Buah-buahan jika diambil dalam keadaan berterusan maka tiadalah penyakit-penyakit muncul. Usah dirisau dengan khasiat Vitamin dan Mineral yang mungkin tertinggal. Ini kerana, sekiranya anda mempelbagaikan pengambilan buah-buahan, 99% anda akan menerima kesemua khasiat-khasiat tersebut.


*Lawati blog jangankalot.blogspot.com Sebuah blog rangkaian BeritaKini.

Tuesday, May 3, 2011

Itu Bukan Mayat Osama Bin Laden

1 comments
kiri: Gambar Osama bin Laden yang hidup
tengah: Gambar mayat pejuang Pakistan yang terkorban
kanan: Gambar mayat Osama bin Laden.
Terdapat beberapa persamaan antara mayat pejuang Pakistan yang terkorban dan mayat Osama bin Laden. Mustahil persamaan ini berlaku.

Cuba perhatikan ketiga-tiga gambar ini pada:

1) matanya
2) hidungnya
3) rambutnya
4) mulut dan susunan giginya
5) dan latar belakang gambar mayat pejuang Pakistan dan mayat Osama bin Laden
6) 'brightness dan contrast' mayat Osama.

Gambar mayat Osama bin Laden ini ditunjukkan kepada seluruh dunia oleh US dan sekutunya. Apa muslihat mereka? Adakah Osama telah mati atau belum mati lagi? Kenapa ditanam di laut? Untuk apa ditanam di situ? Adakah disebabkan itu bukan mayat Osama?

Kesimpulannya, gambar mayat Osama bin Laden telah di'photoshop'kan. Hairan, boleh pula US menipu dunia dengan teknik photoshop? Sedangkan teknik itu mudah untuk dikenalpasti ramai sama ada gambar itu diubahsuai atau tidak.

*sumber: akumelayuislam.blogspot.com

Sunday, April 24, 2011

Nasi Lemak Memang Penyebab Obesiti

0 comments
 Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mereka mendakwa langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Jangan tersalah faham apa yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Nasi lemak yang disebutkan dalam sidang media itu hanyalah salah satu contoh kepada penyebab obesiti.

Obesiti adalah kegemukan yang mampu membawa kepada kemunculan penyakit lain-lain pada masa yang sama. Contohnya, saluran darah tersumbat, sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dalam hal ini, masyarakat harus tahu maksud obesiti. Maksud obesiti tidak boleh dinilai melalui sudut fizikal badan seseorang itu sahaja. Ada sesetengah orang menganggap diri mereka mempunyai berat dan saiz badan yang ideal, tetapi hakikatnya mereka adalah golongan obesiti. Jadi, untuk menilai samaada kita obesiti ataupun tidak, kita perlulah menggunakan kaedah Body Mass Index (BMI).
Orang zaman dahulu sinonim dengan amalan
pertanian. Anak-anak pun dikerah untuk
membantu ibu bapa di situ. Aktiviti fizikal
di situ menyihatkan anak-anak.

Berbalik kepada isu nasi lemak, nasi lemak sebenarnya tergolong dalam makanan-makanan penyebab obesiti. Nasi yang kita makan setiap hari pun boleh membawa kepada obesiti juga. Masalahnya pada alaf ini, pemakanan nasi (lemak) kini tidak sama dengan pemakanan yang di ambil oleh orang-orang dahulu sekitar tahun 1990 an dan juga sebelum itu. Pada zaman itu, seseorang individu mengambil nasi lemak sewaktu sarapan. Selepas makan, mereka melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan bagi golongan ibu bapa pula mereka akan membajak sawah, menuai padi dan menoreh getah di mana penggunaan tenaga yang disumbangkan oleh nasi lemak tadi digunakan sepenuhnya. Penghasilan lemak dalam badan pun akan berkurang. Berbeza dengan sekarang, terutamanya golongan kanak-kanak, selepas sarapan atau makan besar mereka akan terduduk di hadapan televisyen dan juga komputer selama berjam-jam. Jadi, tenaga yang mereka dapat dari nasi lemak tadi akan berubah menjadi lemak di bahagian bahagian-bahagian badan (dalam erti saintifik, glukosa berlebihan yang tidak digunakan dalam badan akan ditukarkan kepada glukagon dan fat) kerana tidak digunakan.

Berikutan dengan fakta yang dinyatakan, langkah menghadkan pengambilan nasi (lemak) atau lain-lain makanan (tradisional) sememangnya boleh mengurangkan obesiti. Ini kerana, akan terdapat kesan psikologi yang pelajar akan terima terhadap pengambilan makanan. Apabila anak-anak terdidik dengan budaya sebegitu, secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ibu bapa mereka di rumah melalui interaksi antara satu sama lain. Semuanya bermula dari sekolah.
Zaman sudah berubah, anak-anak dikelilingi dengan kemajuan
teknologi. Aktiviti fizikal mereka tidak lagi seperti anak-anak
zaman dahulu.

Tindakan Kementerian memulakan langkah ini bukan untuk menghilangkan makanan tradisional, tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat terutamanya anak anak generasi masa depan agar prihatin terhadap pengambilan makanan pada alaf yang penuh kemajuan ini. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. Zaman sekarang masyarakat lebih gemar duduk di hadapan TV dan komputer. Sekaligus keadaannya sudah berubah dalam hal pemakanan. Nasi lemak memang murah dan mengenyangkan, tetapi tidak semestinya murah dan mengenyangkan itu menjamin kesihatan sekiranya kita tidak pandai mengawal pengambilannya. Bak kata Hippocrates, tokoh Eropah tersohor, "Mari kita anggap makanan sebagai ubat, dan ubat sebagai makanan".

Berikutan penggunaan BMI dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah yang gagal memberi kesedaran kepada ibu bapa, ini perlulah difikirkan secara mendalam. Pertama, ibu bapa tidak mendapat kesedaran kerana guru-guru tidak menerangkan hal ini kepada mereka. Masalah kedua, guru-guru sendiri pun tidak memahami apa itu BMI dan kepentingannya dalam kesihatan murid-murid. Masalah ketiga, apabila guru-guru gagal memahami dan memberi kesedaran mengenai BMI, mereka menganggapnya hanya perkara remeh. Kementerian pasti sedar mengenai masalah ini kerana golongan guru-guru pun tidak berapa mahir dalam aspek makanan. Hendak meletakkan pegawai dietetik dan pemakanan di setiap sekolah pula menelan kos perbelanjaan yang tinggi malahan untuk menghasilkan professionalisme ini bukanlah satu perkara mudah dan mengambil masa yang amat panjang.

Ukuran untuk mengukur berat badan

Formula pengiraan
BMI =
( kg/m² )
Berat badan (kg)
————————————
Tinggi (meter²)
Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) berkata, pihak sekolah tidak boleh memaksa pemakanan kanak-kanak. Jika ibu bapa sudah gagal dalam kesedaran pengambilan makanan di rumah, mengapa pula pihak sekolah tidak mahu 'memaksa' pelajar-pelajar sekolah dalam pengaturan pemakanan?

Kesimpulannya, nasi lemak, bihun, mee, mamee monster, sotong kering, nasi kerabu atau apa sahaja boleh menyebabkan obesiti. Langkah Kementerian Kesihatan untuk melakukan agenda pemakanan ini kerana faktor waktu dan budaya pemakanan dan aktiviti fizikal (senaman) masyarakat kini tidak lagi sama seperti zaman dahulu. Obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal. Walaupun begitu, langkah awal perlu diambil.




















*Sabda Nabi Muhammad S.A.W : Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca penyakit.


Friday, April 1, 2011

Awas! Kondominium Sedang Bergerak.

0 comments












Hakikatnya, ia sebuah bas sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009