Sunday, May 15, 2011
Pokoknya, Buah-buahan Itu Penting
Posted by Naim Jr at 12:57 AMKita seringkali terlihat atau mendapat flier-flier iklan mengenai minuman-minuman dan makanan-makanan keluaran sekarang yang berasaskan makanan tradisional mahupun moden. Kebanyakannya mampu untuk merawat penyakit kronik seperti diabetes, bengkak-bengkak dan juga mampu mengekalkan kecantikan kulit. Contohnya, Jus Penawar Herba dan lain lain lagi.
Tidak kiralah apa jua jenama jus penawar penyakit, pokoknya, apa yang ingin diberikan oleh jus tersebut kepada badan kita adalah khasiatnya. Cuba anda lihat label di belakang minuman-minuman jus keluaran tradisional ataupun moden. Anda dapati jarang ada bahan kimia ciptaan terbaru pun yang terkandung dalam jus-jus sebegini, yang ada hanya campuran khasiat-khasiat semulajadi dari buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Contoh khasiat-khasiat buah-buahan ialah vitamin A, D, E, K, B, calcium, potassium, magnesium, sodium dan lain-lain lagi.
Bukan untuk menghalang anda membeli jus-jus penawar penyakit, tetapi ingin dimaklumkan segala khasiat yang ada dalam kebanyakan jus-jus penawar penyakit ini boleh kita perolehi dari buah-buahan. Cuma kita perlulah makan buah-buahan selalu.Janganlah baru penyakit muncul, waktu itulah gelabah hendak makan buah-buahan. Buah-buahan jika diambil dalam keadaan berterusan maka tiadalah penyakit-penyakit muncul. Usah dirisau dengan khasiat Vitamin dan Mineral yang mungkin tertinggal. Ini kerana, sekiranya anda mempelbagaikan pengambilan buah-buahan, 99% anda akan menerima kesemua khasiat-khasiat tersebut.
*Lawati blog jangankalot.blogspot.com Sebuah blog rangkaian BeritaKini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Popular
-
Antara Universiti di Malaysia Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi denganny...
-
Matrikulasi? Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program...
-
Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan d...
-
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mer...
-
Buta warna bukanlah keadaan dimana seseorang itu mempunyai penglihatan hitam putih, tetapi ianya adalah penyakit yang menghilangkan keupaya...
1 comments:
Salam Perjuangan,
Saya begitu tertarik dengan pendekatan blog anda yang sentiasa memberi maklumat dan pengetahuan buat tatapan masyarakat.
Usaha ini sewajarnya dijadikan contoh buat blogger2 lain dan semestinya menjadi panduan untuk saya mempertingkatkan kualiti dalam pengendalian blog.
Semoga usaha ini diteruskan.
Saya juga tlh linkkan blog anda dalam senarai blog2 pilihan di blog saya.
Harap anda dapat turut berbuat demikian agar pengunjung juga dpt turut berkongsi sama sedikit maklumat dari blog saya.
Sekian,
Melayu CinDia
Blogger GELOMBANG RAKYAT
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
Post a Comment