Monday, January 17, 2011

Kehidupan Duduk Setempat (Sedentary Lifestyle)

0 comments
Sedentary Lifestyle adalah salah satu istilah dalam dunia perubatan. Ia bermaksud satu kehidupan tanpa aktiviti fizikal yang berterusan (jogging, berlari, aerobik atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh) dan mengamalkan aktiviti duduk setempat dalam melakukan sesuatu kerja.

Antara contoh-contoh kehidupan duduk setempat:

1) Menonton televisyen.

2) Penggunaan komputer.

3) Menaiki motosikal atau kereta ke tempat yang dekat.

4) Membaca.

5) Kesibukan di tempat kerja.


6) Menaiki lif untuk ke tingkat atas bangunan yang berdekatan.

Sedentary Lifestyle bukanlah satu amalan negatif. Tetapi, jika anda mengamalkannya secara berlebihan tanpa sebarang aktiviti fizikal seperti berjogging ataupun bersukan, ia mungkin mengundang padah kepada anda.

Antara penyakit-penyakit dan masalah kesihatan yang akan terhasil dari kehidupan duduk setempat (sedentary lifestyle):

1) Kegemukan (obesiti). Penyumbang kepada penyakit jantung.

2) Berat berlebihan mengikut ukuran Body Mass Index (BMI). Penyumbang kepada penyakit jantung.

3) Tekanan darah tinggi. Penyumbang kepada penyakit jantung.

4) Tinggi lemak dalam saluran darah. Penyumbang kepada penyakit jantung.

5) Sakit sendi.

6) Sakit tulang belakang.

7) Sakit otot akibat duduk terlalu lama di hadapan komputer atau televisyen.








Sunday, January 16, 2011

Petanda-petanda Awal Anda Diserang Penyakit Jantung

1 comments
Pemergian pelakon Faizal Yusup, 33 tahun tempohari amat mengejutkan ramai pihak. Pada usia muda, beliau sudah diserang PENYAKIT JANTUNG. Jika dulu kita menganggap PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit wargamas, tetapi kini ia sudah sinonim dengan orang-orang muda. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup orang orang muda seperti malas bersenam dan mengamalkan kehidupan pasif (sedentary life).

INGAT! PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit yang serius. Tetapi, rawatan awal boleh memperbaiki otot jantung yang rosak sekaligus menyihatkan jantung anda secara perlahan-lahan. Setiap minit begitu berharga. Sekiranya anda mengesyaki ketidakselesaan pada jantung anda pada saat ini, terus dapatkan pemeriksaan doktor.

Secara amnya, untuk pemeriksaan jantung, doktor akan:

1) Mengimbas kembali dokumen pesakit untuk melihat samaada sejarah penyakit jantung pernah wujud atau tidak dalam sesebuah keluarga. Jika ada, anda mungkin berisiko untuk mengidapi penyakit ini.

2) Melakukan ujian fizikal (berlari/aktiviti mengeluarkan peluh) ke atas pesakit. Ini bertujuan untuk melihat tindakbalas mengepam darah oleh jantung pesakit.

3) Menggunakan mesin ELECKTROCARDIOGRAM untuk mengesan keadaan luar biasa jantung. Mesin ini akan memaparkan graf pada skrin, kemudian dianalisis oleh doktor.

4) Melakukan ujian darah untuk mengesan aras enzim dalam saluran darah. Kaedah ini tidak selalu dilakukan oleh doktor.
Gambaran illustrasi seorang doktor/jururawat sedang
mengimbas keadaan jantung pesakit oleh mesin Electrocardiogram.

Petanda -petanda awal anda diserang penyakit jantung:


* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.


* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.


* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat


* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada


* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.


* Kepala berpusing


* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Tuesday, January 4, 2011

Spesies Baru Ditemui

2 comments
Tempat Penemuan: Papua New Guinea.

Info: Kedua dua spesies dalam gambar di atas adalah di antara 200 spesies yang jarang ditemui di muka bumi.

Sumber: National Geographic

Monday, January 3, 2011

5 Gambar Terbaik National Geographic 2010

0 comments
Ribut Petir 'super'
Lokasi: Montana, Amerika Syarikat

Senyuman
Lokasi: Jim Combat National Park, Banjaran Himalaya

Awan Bercahaya
Lokasi: North Face of Matterhorn

Letupan Gunung Berapi Rinjani
Lokasi: Indonesia

Bayangan Singa
Lokasi: Indonesia

Saturday, January 1, 2011

Peristiwa Tragik Rusuhan Perkauman Di Eropah

0 comments
Gambar terkenal yang diambil pada tahun 1930.

Seorang individu berkulit hitam telah dituduh merogol seorang wanita Caucasian (berkulit putih) dan membunuh teman lelaki wanita terbabit. Beliau kemudian digantung oleh 10000 perusuh orang berkulit putih. Pada masa yang sama,  masyarakat berkulit hitam yang lain digantung tanpa bicara oleh pihak mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009