Thursday, April 30, 2015

Tahun kedua di universiti

0 comments
Sumber: Wikipedia.org
Sepanjang perjalanan anda di universiti pada tahun pertama, pasti anda sudah mendapat gambaran bagaimana suasana kehidupan di situ. Kini, anda mungkin sudah melangkah ke tahun kedua di universiti. Apa yang perlu anda lakukan pula?

Apa yang perlu saya fikirkan pada tahun kedua universiti?
Fikirkan tentang akademik anda dahulu. Adakah mencapai piawaian lulus atau tidak? Jika lulus, baru anda boleh fikirkan tentang aktiviti kokurikulum anda di universiti. Jika tidak lulus, beri perhatian dulu pada subjek pelajaran yang gagal.

Apa lagi yang perlu saya fikirkan untuk jangka masa panjang?
BeritaKini cadangkan kepada anda supaya mengambil lesen kenderaan motosikal dan kereta ketika di universiti. Kebiasaannya, sekolah memandu menawarkan pakej pelajar dan ianya murah. Ambil kesempatan ini. Kelak, para penemuduga kerja akan menilai lesen kenderaan. Mereka lebih mengutamakan calon temuduga yang memiliki lesen kenderaan.

Tentang persatuan di universiti, bagaimana untuk menguruskannya?
Ketika tahun kedua diuniversiti, cuba ceburkan diri dalam peringkat pengurusan dalam persatuan yang anda ceburi ketika tahun pertama universiti. Sekurang-kurangnya, anda boleh menimba pengalaman untuk mentadbir. Kemahiran juga dapat ditingkatkan. Manfaatnya anda boleh lihat ketika anda mempersembahkan diri anda di hadapan penemuduga kerja kelak. 

Saya minat berniaga, bagaimana?
BeritaKini amat RESPECT pada orang yang minat berniaga. Kebanyakan pelajar yang minat berniaga mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh menjamin kehidupan selepas graduasi nanti. Di universiti ada KOPERASI yang boleh anda ceburkan diri dalam bidang perniagaan. BeritaKini ada kenalan dulu yang terlibat dalam KOPERASI keusahawanan di universiti, setiap bulan gajinya hampir RM 1000 juga. Terdapat juga kursus-kursus tentang seminar perniagaan online. Namun, kursus-kursus seperti ini dijalankan di luar universiti. Kalau boleh, cuba anda pergi walaupun sekali dan terus aplikasikan dalam perniagaan online. Ia amat bermanfaat untuk anda.


Apakah kemahiran yang perlu saya ada pada tahun kedua di universiti?
BeritaKini mencadangkan anda untuk membaca buku-buku motivasi tentang komunikasi, terutama pada pelajar yang tidak minat berniaga di universiti. Dari situ anda akan dapat memperbaiki komunikasi anda di universiti dan di alam pekerjaan nanti. Buat persediaan awal. Dan pastikan anda mempunyai rujukan panduan tentang Temuduga Kerja. BeritaKini mencadangkan buku ini sebagai buku wajib yang perlu anda miliki. Walaupun berbayar, ia amat bermanfaat untuk anda. Kebanyakan informasi di Google Search tidak teratur dan terlampau banyak. Kadangkala boleh jadi pening apabila membacanya. Bagi BeritaKini, sebaik-baiknya membaca informasi dalam bentuk buku. Kebanyakan buku-buku ditulis secara esklusif berbanding blog-blog yang selalu copy and paste artikel sahaja.

Bercinta?
Sebaik-baiknya biarlah ada perancangan. Jika tiada perancangan, sebaiknya lupakan sajalah. Jodoh di tangan Tuhan. Tidak perlu tergopoh gapah.

Jadi, bagi pembaca yang membaca artikel ini, BeritaKini mengucapkan selamat belajar. Semoga apa yang BeritaKini sampaikan dapat memberi manfaat pada anda. Pada masa yang sama, rancanglah kewangan anda. Gunakan Kad Siswa untuk mendapat diskaun di kedai-kedai terpilih. Ingat, zaman sekarang bukan senang untuk mendapat pekerjaan. Malahan untuk membuka perniagaan rasmi sejurus selepas tamat pengajian pun bukan senang untuk buat pinjaman dengan bank. Apa yang boleh anda lakukan di universiti adalah membuat persediaan awal samaada terlibat dalam persatuan, sukan, dan membaca buku-buku kemahiran. Kesemua itu akan menjadi pemudah cara rezeki anda suatu hari nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009