Saturday, January 25, 2014

Selepas matrikulasi, di universiti untuk tahun pertama

0 comments
Sumber Wikimedia
Apakah yang perlu difikirkan sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti setelah tamat matrikulasi?

Pertama sekali adalah mengenai biasiswa atau pinjaman. Pastikan anda sudah menerima dan menandatangani perjanjian biasiswa/pinjaman dalam tempoh 2 minggu pertama di universiti. Biasiswa dan pinjaman yang paling popular adalah Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan PTPTN.

Satu semester JPA : RM 4500 (tertakluk pada bidang yang diambil universiti)
Satu semester PTPTN : RM 3500 (tertakluk pada bidang yang diambil di universiti)

Terdapat juga dana lain seperti biasiswa Kerajaan Negeri dan syarikat swasta.

Untuk pelajar yang menggunakan kewangan sendiri, hal biasiswa dan PTPTN tidak menjadi masalah bagi anda.

Apakah lagi yang perlu difikirkan?

Kedua, semestinya mengenai hal akademik anda. Kenalpasti subjek yang perlu anda ingin ambil bagi semester pertama di universiti. Subjek sebenarnya sudah ditetapkan oleh Dekan masing-masing. Jadi, anda hanya perlu mengikut subjek yang ditetapkan sahaja. Jadual kelas perlu dicatat/dimuatturun ke laptop.

Wajarkah saya melibatkan diri dalam persatuan dan sukan di universiti?

Wajar. Persatuan dan sukan di universiti mengajar erti kepimpinan. Kemahiran dalam kepimpinan amat diperlukan ketika anda mula mencari kerja selepas universiti nanti. BeritaKini sarankan, ceburkanlah dalam aktiviti persatuan hanya 1 aktiviti untuk satu-satu masa. Tidak perlulah melibatkan banyak sangat aktiviti dalam satu-satu masa. Ia tidak fleksibel untuk kehidupan harian dan pembelajaran anda.

Satu tahun pembelajaran di universiti bermaksud?

Satu semester bersamaan 6 bulan. Tahun pertama pembelajaran bersamaan dengan 12 bulan.


Berpolitik di universiti adalah satu nilai tinggi kehidupan?

Bagi BeritaKini, istilah 'politik' di universiti merujuk kepada isu kepimpinan antara persatuan sahaja dan persepsi para pelajarnya sahaja. Tidak lebih daripada itu. Adakalanya, anda boleh lihat sendiri segelintir pelajar yang kelihatan ekstrem dan berpolitik senantiasa. Selalunya yang berpolitik senantiasa ini membawa pengaruh politik kenegaraan. Pada pandangan BeritaKini, politik itu menarik dan perlu diambil tahu. Andai diberi tugas (piliharaya kampus), jalani sebaik mungkin. Namun, tidak perlu untuk berlebih-lebihan. Lebih kepada membuang masa.

Senaraikan aktiviti Islamik di universiti, saya ingin ceburi aktiviti Islamik sahaja.

Tiada istilah aktiviti tidak Islamik di universiti. Setiap aktiviti dianjurkan oleh orang Islam, melainkan aktiviti kebudayaan Cina dan India yang rata-ratanya terdiri daripada Non Muslim. Namun, tidak salah bukan untuk mengambil pengalaman? Universiti adalah hentian terakhir untuk anda terdedah kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Jadi, tidak perlulah memilih. Yang penting adalah pengalaman. Ia amat berguna apabila sudah masuk ke alam pekerjaan nanti.

BeritaKini percaya seorang pelajar universiti mampu mengawal dirinya di universiti.



Bercinta?

Jika ingin bercinta, rancanglah mengikut adab dan tatatertib agama. Jika tiada perancangan, lebih baik tidak perlu bercinta.

Berniaga di universiti atau kerja sambilan sebaik sahaja melangkah di universiti? Relevankah?

BeritaKini amat RESPECT kepada orang yang berniaga dan bekerja sambilan di universiti. Sejujurnya, golongan ini mempunyai kemahiran komunikasi yang baik hasil daripada titik peluh perniagaan/kerja sambilan. Golongan ini juga mempunyai pemikiran yang matang dan rasional berbanding pelajar yang gemar berpolitik sentiasa di universiti.

Relevan atau tidak, bergantung kepada keadaan dan tempat universiti itu sendiri. Andai ada aktiviti anjuran persatuan/universiti, anda boleh 'propose' untuk membuka gerai perniagaan. Untuk bekerja sambilan seperti di restoran/kedai/etc, ia bergantung kepada persekitaran universiti itu. Jika berdekatan dengan bandar, mudahlah untuk mendapat kerja sambilan. Namun, ramai pelajar suka berniaga secara 'online' dan pos barangan kepada pelanggan.

Semaikan pemikiran usahawan sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti.

Berjimat cermat?

Ya, mahasiswa adalah golongan yang tidak bekerja. Kewangan pula terhad. BeritaKiny selalu menghadkan RM 10 sehari untuk makan dan minum, 5 kali sehari. Di akhir semester, selalunya ada baki RM 1500 di dalam bank.


Gerak kerja 'assignment' bagaimana?

Laptop adalah perkara terpenting untuk melakukan 'assignment'. BeritaKiny tidak dapat nafikan itu. Boleh sebenarnya jika anda ingin menggunakan komputer di perpustakaan ataupun siber kafe. Tapi penatlah untuk berulang-alik dan perlu bayar pula jika di siber kafe. 95% assignment adalah dalam hitam putih bercetak.

Semak balik, apakah tujuan anda masuk ke universiti?
Ada orang masuk ke universiti untuk membolehkan mereka mendapatkan sijil ijazah, semata-mata untuk mudah mendapatkan pekerjaan kelak. Pengakhiran yang pasti bagi pelajar universiti adalah anda akan berdepan dengan situasi mencari pekerjaan. Untuk memudahkan situasi mencari pekerjaan itu, anda haruslah berusaha sebaik mungkin ketika di universiti samaada dari sudut akademik atau kokurikulum. Kerana ia akan dinilai oleh pihak Sumber Manusia bakal majikan anda.




Thursday, January 16, 2014

Batik di Bazar Tok Guru, Kelantan, 1001 kecantikan untuk dibeli.

1 comments
(Segmen Perniagaan di BeritaKini)
Sumber: CutiKelantan.com

BeritaKini bersama seorang kawan pernah pergi ke Bazar Tok Guru, Kelantan sekitar bulan awal Januari 2014. Tujuannya untuk membeli baju batik untuk sepupu kawan BeritaKini. 

Bazar Tok Guru ada 3 Tingkat. Namun, hanya tingkat bawah sahaja yang dipenuhi kedai. Itupun kedai-kedai jual baju dan batik. Tingkat 2 dan tingkat 3 pula kosong. Mungkin satu hari nanti BeritaKini harap aktiviti perniagaan di tingkat 2 dan tingkat 3 akan dipenuhi peniaga. Mungkin perniagaan batik tidak lagi sesuai untuk tingkat 2 dan tingkat 3 kerana di tingkat bawah pun seluruh kedai menjual baju dan kain batik. 

Seni batik itu cantik. Apatah lagi kalau kita memikirkan kaedah pembuatannya yang penuh seni. Harganya pula mengikut jenis kain. RM 45, RM 80, dan RM 120 adalah jenis-jenis harga yang ditetapkan di situ. Harga mungkin berubahlah mengikut keadaan semasa. 



Mohd Nordin Ab. Ghani/Pengurus
012-9210315

Sharif : 017-9236315
Amin : 013-4262031
Alamat : No. Gerai, 118, 119, 184, 185
Bazar Tok Guru, Jalan Sultan Ibrahim,
15000 Kota Bharu Kelantan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjualan baju batik di sini, bolehlah hubungi tuan kedai di atas. Untung tuan kedai ini, dia tidak tahu yang pembelinya adalah seorang penulis blog. Sekarang penulis blog tersebut itu mempromosikan pula kedai beliau secara eksklusif dan percuma di blog yang sudah mencecah lebih 100 000 pembaca sejak tahun 2008.

Jika anda berminat untuk mempromosikan perniagaan kecil-kecilan anda dalam bentuk artikel, BeritaKini menjalankan perkhidmatan ini. Caj RM 10 untuk setiap artikel. Artikel ini dijalankan di bawah Segmen Perniagaan di BeritaKini.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009