Thursday, December 30, 2010

Gambar Ini Menyedihkan

0 comments
Lokasi: Nigeria
Masalah kebuluran di awal era kemerdekaan Nigeria.

Lokasi: Sudan.
Seekor burung pemangsa sedang menunggu waktu ajal seorang
kanak kanak yang akan mati kerana kebuluran. Kevin Carter, jurugambar
yang mengambil gambar ini akhirnya membunuh diri kerana menerima kritikan ramai.

Tuesday, December 28, 2010

Kata kata Dunia Barat

0 comments
" Bagaimana untuk menjadi lebih karisma? Anda perlu lebih risaukan berkenaan bagaimana orang lain melihat diri mereka daripada bagaimana mereka melihat anda,"

~Dan Reiland, Naib Presiden Pembangunan Kepimpinan, INJOY~


" Saya masih belum berjumpa dengan mana-mana orang yang bekerja dengan lebih baik apabila dikritik berbanding apabila diberi pujian"

~Charles Schwab, ahli industri~

Thursday, December 23, 2010

Reka Bentuk Bas ke Cameron Highland

0 comments
Pasti Selamat! Tiada Kemalangan! Kalau Ada Kemalangan, Mustahil Penumpang Cedera Parah! Susah nak tergelincir.

*Bosan dengan kemalangan Bas. Gambar diambil dari sebuah blog tanah air.

Wednesday, December 22, 2010

Jangan Meletup-letupkan Jari Anda

3 comments
Meletup letupkan jari
ada kesan sampingan
"Sikap suka meletup-letupkan jari adalah satu tindakan ketika seseorang itu berada dalam keadaan gemuruh, bimbang dan takut. Ia secara tidak langsung boleh menenangkan individu tersebut," kata Patience White, seorang doktor perubatan di Yayasan Arthritis.

Tetapi, itu tidak bermakna ia tidak memberi kesan sampingan kepada individu terbabit. Kajian menunjukkan tabiat meletup-letupkan jari selama bertahun tahun akan merosakkan bahagian ligament (tulang yang menyambung antara tulang) dan melonggarkan tendon (tulang yang bersambung dengan otot). Dengan itu, kekuatan tangan anda akan menurun.



Walaupun begitu, tabiat ini tidak akan menyebabkan penyakit sendi yang amat serius yang dipanggil arthritis/osteoarthritis.

Tangan yang normal







Tangan yang mengalami Arthritis/Osteoarthritis














*Kajian ini disahkan juga oleh Kevin O. Hwang, seorang pembantu profesor di University of Texas Medical School.















Tuesday, December 21, 2010

4 Sebab Anak anak Berbohong

1 comments
Satu kajian oleh Deirdre Lee Fitzgerald. Seorang profesor dalam bidang psikologi di Eastern Connecticut State University, Willimantic.

Adakah ibu bapa penyebab anak anak pandai berbohong? "Ya," jawab Fitzgerald. Sikap ibu bapa mampu mempengaruhi anak untuk berbohong atau menipu.

1. "Apabila anak anak mendengar ibu bapa berbohong untuk keluar menghadiri majlis sosial (atau apa apa hal), mereka akan belajar bahawasanya 'pembohongan' boleh dilakukan,"

2. Anak anak berbohong mungkin untuk mengelakkan ibu bapa marah ataupun kecewa dengan sesuatu hal. "Dengan itu, apabila anak anak menyedari betapa tinggi nilai satu 'pembohongan', mereka akan mula belajar berbohong," kata Fritzgerald.

3. Anak anak akan belajar berbohong apabila mereka tidak dididik untuk meluahkan perasaan dengan berhemah seperti kaedah perbincangan dengan ibu bapa. Mereka perlu diajar untuk meluahkan perasaan mengikut kaedah yang betul.

4. Anak anak akan belajar berbohong sekiranya mereka kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.

Sunday, December 19, 2010

Apa Itu Matrikulasi?

33 comments
Matrikulasi?
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.

Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).
-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.
-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.

Adakah kita akan dapat sijil selepas tamat matrikulasi?
Ya. Matrikulasi kini menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan DIPLOMA. Ia sudah boleh digunakan untuk mencari kerja kerajaan mahupun swasta



Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Pada awalnya sebelum 2010, matrikulasi mempunyai 3 kos. Kos Sains Hayat, Kos Sains Fizikal dan Kos Akaun.

Pelajaran teras Kos Sains Hayat: Biologi, Matematik dan Kimia.
Pelajaran teras Kos Sains Fizikal: Fizik, Matematik dan Kimia
Pelajaran Kos Akaun: Matematik, Akaun, dan Ekonomi.

[Updated] Bermula tahun 2012 ke atas, jenis pembelajaran sudah berlainan. Ia dipanggil modul. Setiap modul terkandung subjek Biologi/Matematik/Kimia dan lain-lain.

-------------------------------
Jurusan Sains:

Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi

Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer

Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Jurusan Akaun:  Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi

Jurusan Teknikal: Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan
------------------------------------
Terdapat juga tambahan subjek pilihan kolej matrikulasi yang mesti diikuti. Jangan bimbang, ia tidak membebankan.

Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah?
Kuliah
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KO KURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.

Bagaimanakah pembelajaran di matrikulasi?
Bergantung kepada kelas kelas yang dibahagikan oleh pihak kolej. Secara amnya, kelas mula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Ada juga ruang masa rehat dan waktu belajar habis awal. Itu bergantung pada jadual anda. Lebih kurang 2 atau 3 'Assignment/homework' diberikan setiap hari.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan Gred PNGK yang baik?
Anda mesti rajin. hargai masa, tidak boleh bertangguh dan tahu teknik belajar yang betul. Matrikulasi tidak sama dengan sekolah. Nota sendiri perlu ada dan mestilah teratur. Buatlah peta minda untuk setiap bab bagi subjek subjek yang dipelajari. Buat 'study group' sekiranya tidak faham sesuatu topik. Waktu malam adalah waktu yang sesuai mengulangkaji dan menyiapkan 'assignment/homework'. Terpulang kepada anda waktu mana yang anda selesa.


Apakah Gred PNGK yang baik?
3 PNGK ke atas. Yang paling baik adalah 4 PNGK (4 Flat).

Matrikulasi menyebabkan pelajar 'gila'?
Tidak. Apa yang saya sebut tadi, jika belajar dengan teknik yang betul, anda tidak akan rasa susah. NOTA SENDIRI YANG TERATUR perlu ada. Melainkan anda seorang yang genius. Terdapat pelajar matrikulasi yang genius, tidak perlu nota atau latihan yang banyak, mereka mampu mendapatkan gred PNGK yang baik. Tetapi, mereka minoriti. Fikirlah anda di dalam keadaan yang mana.

Tips lain untuk belajar?
Belajarlah mengikut 'learning objective/outcome'. Buat NOTA PETA MINDA berasaskan 'learning objective'. Dalam peperiksaan semester, lebih kurang 90% soalan dari 'learning objective/outcome' masuk dalam peperiksaan. Lagi 10% soalan kadangkala terkeluar dari silibus. Selalunya Gred PNGK akan turun sekiranya keadaan itu berlaku. Kertas soalan dibuat oleh pihak universiti, bukan kolej matrikulasi.

Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Ko kurikulum
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.

Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.



Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.

Bagaimana dengan pensyarah?
Ada yang ramah, baik, tegas dan garang. Bergantung.

Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan hancur nanti. Elakkan.

Peperiksaan Semester
Sekiranya saya gagal (PNGK<2.00) dalam peperiksaan semester, apa akan terjadi?
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal?

Kesimpulannya?
Belajarlah bersungguh sungguh dan buat yang terbaik di matrikulasi. Anda perlu berkorban untuk 'Satu Tahun' sahaja bagi pelajar PST. Bagi pelajar PDT, tempoh masa adalah dua tahun. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang penting, 'study smart, not study hard'. Mengulangkaji dengan menyelak buku atau nota pensyarah tanpa NOTA SENDIRI sebenarnya tidak berkesan di matrikulasi (begitu juga di universiti). Ia menyebabkan anda lebih tertekan. 3 pembelajaran berkesan adalah penglihatan, pendengaran dan penulisan nota.



*PERHATIAN, MULAI 2012, SISTEM PEMBELAJARAN DI MATRIKULASI SUDAH DIROMBAK. MUNGKIN SESETENGAH MAKLUMAT YANG BERITAKINI TULIS DI ATAS SUDAH TIDAK TEPAT LAGI DENGAN KEADAAN SEKARANG. SEBARANG INFORMASI LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK MATRIKULASI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA PENGALAMAN BERITAKINI DI MATRIKULASI.











Thursday, December 16, 2010

Lelaki Korea: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

9 comments
Kepada perempuan perempuan Asia yang bermimpi untuk menjadi isteri kepada lelaki Korea, sila baca 5 perkara ini dulu.

1) Lelaki Korea lebih berminat kepada bangsa mereka sendiri
Kenyataan ini agak menyakitkan anda. Inilah hakikatnya. Ibu bapa mertua akan memberi tekanan kepada menantu yang berbeza keturunan dan bangsa. Mereka begitu menitikberatkan perwarisan keluarga mereka.

2) Lelaki Korea yang bujang terlajak lebih terbuka dalam perhubungan
Jika anda didekati lelaki Korea yang berumur lingkungan 30-40an, hendaklah berhati hati (sekiranya sasaran anda lelaki muda). Mereka mungkin menghadapi tekanan sosial atau menghadapi masalah perhubungan di usia muda mereka menyebabkan mereka menjadi bujang terlajak.

3) Lelaki Korea manis dan 'gentleman'
Mereka manis dan 'gentlemen' untuk bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, majoriti lelaki Korea agak memilih dalam mencari pasangan (prejudis). Contoh yang mudah adalah dari sudut warna kulit. Wanita Asia yang berkulit gelap sedikitpun tidak ada harapan untuk mereka.

4) Lelaki Korea bangga dengan diri sendiri dan sensitif dengan wanita
Jika Lelaki Korea marah, si wanita perlu memberi 200% penjelasan.

5) Jika anda mengahwini lelaki Korea, anda perlu mengahwini keluarga mereka.
Mereka berpegang teguh kepada budaya tradisi mereka. Keluarga Korea memuliakan ibu lebih daripada bapa. Semakin baik hubungan wanita dengan keluarga Lelaki Korea, semakin baik hubungan pasangan terbabit.

*Walau apa pun, jodoh di tangan Tuhan.




Adik Beradik Melakukan Seks! Memalukan!

0 comments
Video seks adik beradik bawah umur (gambar kiri) kian tersebar di internet. Dipercayai, kedua dua adik beradik yang berwarganegara MALAYSIA ini melakukan hubungan seks di sebuah hotel di Malaysia. Ia didalangi oleh pihak ketiga. Apakah pasangan adik beradik ini dipaksa untuk melakukan perbuatan jijik ini? Ataupun mereka sukarela untuk melakukannya? Persoalannya sekarang, mereka di bawah umur. Apakah mereka terpengaruh dengan laman web lucah di internet? Tanpa sebarang pengetahuan di dada mengenai zina, wajarkah budak budak bawah umur dipersalahkan sekiranya mereka melakukan perkara terkutuk ini?

Sudah sampai masanya silibus Zina yang tidak seberapa dalam buku pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diperbesarkan lagi skopnya. Pendidikan Seks adalah salah satu caranya.

Ia merangkumi:
1) Pembelajaran hak hak badan manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.

2) Subjek ini juga akan mendedahkan info info mengenai hubungan seks lelaki dan wanita, liwat dan pertukaran jantina yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini menurut perspektif agama dan moral.

Sekurang kurangnya, kanak kanak bawah umur ada pemahaman yang kukuh mengenai masalah sosial termasuk seks. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar. Hendak diharapkan ibu bapa di rumah, langsung tiada jaminan. Mungkin mereka tidak tahu cara untuk mengajar Pendidikan Seks di rumah. Jadi, wajarlah ia dilaksana di sekolah.



*Kini yang lebih menjadi isu adalah istilah 'Pendidikan Seks', bukan subjek Pendidikan Seks. Agaknya perlu ditukar nama kepada Pendidikan Gender atau Pendidikan Sosial Kemasyarakatan. Baru orang ramai selesa, mungkin.
 

Monday, December 13, 2010

Download Video Di BeritaKiny!

0 comments
Klik Untuk Muat Turun

Klik Untuk Muat Turun

Klik Untuk Muat Turun

*Anda boleh Muat Turun video video ini di 'Download Di BeritaKiny'. Ia berada di sebelah kanan bawah blog ini.

Saturday, December 11, 2010

Model Prototaip Perodua Bezza

1 comments
PERODUA telah mempamerkan model kereta keluaran yang akan datang pada 2 Disember 2010. Pengarah Urusan PERODUA berkata, reka bentuk Perodua Bezza dihasilkan sepenuhnya oleh kakitangan PERODUA.


Perodua Bezza
Pintu Bahagian Belakang Perodua Bezza ternyata berbeza

Bahagian Belakang Perodua Bezza

PERODUA menyasarkan Bezza sebagai kereta masa hadapan
Namun, ramai yang mengatakan rekabentuk Perodua Bezza hampir sama dengan Toyota Prius. Benarkah?
Toyota Prius

Toyota Prius




Keagungan kota Abu Dhabi

0 comments
 Apakah itu Abu Dhabi?
Abu Dhabi adalah sebuah ibu kota di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siapakah pemerintah kota Abu Dhabi (2010)?
Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan



Apakah status kota Abu Dhabi pada pandangan dunia?
Sebuah kota paling moden dan berkembang pesat di dunia.

Sejarah ringkas kota Abu Dhabi?
Sebelum penemuan minyak, kota Abu Dhabi adalah yang termiskin berbanding 7 kota di UAE. 7 kota di UAE adalah Adman, Dubai, Fujarah, Ras Al Khaimah, Sharjah dan Umm Al-Qaiwin. Selepas penemuan minyak di situ, Abu Dhabi bukan sahaja menewaskan 7 kota UAE yang lain malah menjadi salah satu kota terkaya di dunia. Kota ini menyumbang 70% kekayaan kepada UAE.

Di manakah kota Abu Dhabi terletak?
Terletak di pulau berbentuk T yang mengunjur ke Persian Gulf.

Masyarakatnya bagaimana?
Kebanyakan penduduk Abu Dhabi memakai baju nasional. Perempuan memakai 'abba' manakala lelaki memakai 'dishdasha' (jubah putih yang labuh).

Bagaimana pula dengan undang undang?
 Sistem monarki (beraja) sama seperti Malaysia. Orang Islam tidak dibenarkan menggunakan alkohol walau apa jua bentuk. Orang bukan Islam memerlukan lesen istimewa untuk membeli alkohol di kota tersebut.

Lokasi Kota Abu Dhabi





Masjid Utama Sheikh Zayed



Wednesday, December 8, 2010

10 Fakta Kafein

0 comments
Kafein adalah sejenis bahan kimia perangsang. Rasanya agak pahit. Ia terdapat dalam air kopi dan nescafe. Berikut adalah fakta mengenai Kafein.

Fakta 1: Kafein wujud dalam 6o jenis tumbuh tumbuhan. 2 per tiga masyarakat dunia menggunakan kafein dari sumber itu.

Fakta 2: Kafein meningkatkan tenaga. Mampu memberi daya senaman badan yang efektif dan ketahanan otot yang tinggi untuk seseorang atlit dalam tempoh masa yang panjang.

Fakta 3: Kafein mampu memecahkan lemak terkumpul dalam badan. Ia merangsang otot untuk memecahkan lemak sebagai sumber tenaga.

Fakta 4: Kebanyakan individu yang meminum minuman berasaskan Kafein akan bekerja dengan lebih baik. Fakta ini popular.

Fakta 5: Kafein meningkatkan pemikiran yang positif (positive instinct) kepada seseorang berikutan aras hormon dopamine meningkat di otak.

Fakta 6: Kafein membolehkan otak berfikir dengan lebih jelas. Ia juga merangsang sistem saraf manusia. Dengan itu, tahap tumpuan kepada sesuatu juga dapat ditingkatkan. Contohnya, tumpuan terhadap pelajaran atau perbualan. Peringatan, jangan minum minuman berasaskan kafein sebelum tidur. Anda pasti tidak boleh tidur kerana sistem saraf terpaksa 'bekerja' dek pengambilan kafein.

Fakta 7: Kafein dapat membaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari.

Fakta 8: Kafein meningkatkan kualiti kesukanan seseorang atlet sukan berikutan pelepasan hormon adrenaline yang banyak.

Fakta 9: Kafein dapat menghalang akar rambut rosak. Rambut selalu rosak disebabkan hormon dihydrotestoterone (DHT)

Fakta 10: Kafein perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana (300 mg). Jika berlebihan, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap badan.

Monday, December 6, 2010

Kereta Malaysia Dihina dan Dikritik di United Kingdom.

6 comments
Pihak TOPGEAR di UK telah mengkritik kereta keluaran Proton dan Perodua yang telah diimport ke sana. Bagi mereka, kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk bergerak di atas jalan raya UK.

Berikut beberapa snapshot yang diambil dari video kritikan terhadap kereta Perodua Kelisa di UK.

Menguji sejauh mana ketahanan fizikal Perodua Kelisa di UK




Perodua Kelisa kemek dengan beberapa hentaman tukul besi.


Bahagian yang kemek pula boleh dibetulkan menggunakan tangan sahaja.

Perodua Kelisa digantung bersama bebanan.

Tidak sampai satu minit, bahagian depan Perodua Kelisa berderai jatuh.

Perodua Kelisa diletupkan.

Kritikan di www.topgear.com:http://www.topgear.com/uk/proton



Video penuh di sini:






Sunday, December 5, 2010

2012: Zecharia Sitchin

0 comments
Siapakah beliau?
Seorang penulis buku. Beliau dilahirkan di Amerika pada 11 Julai 1920 dan mati pada 9 Oktober 2010. Zecharia sebenarnya adalah seorang pelajar jurusan Ekonomi di University Of London.

Apakah yang ditulis oleh beliau?
Beliau menulis mengenai sejarah ketamadunan manusia dan astronomi pada zaman purba.

Kenapa beliau popular?
Idea dunia akan kiamat pada tahun 2012 sebenarnya berpunca dari kajian sejarah dan saintifiknya yang silap.

Apakah kajian yang dikatakan silap itu?

1) Beliau telah silap dalam menterjemahkan simbol simbol masyarakat Mesopotamia. Dari terjemahan itu, beliau mendakwa terdapat satu planet bernama NIBIRU. 

2) Kajian Zecharia Sitchin dikritik oleh ramai saintis termasuk Michael S. Heiser (seorang pelajar jurusan Bahasa Purba) dan Prof. Ronald. H Fritze (penulis buku Invented Knowledge: False History, Fake Science and Pseudo-religions). Mereka mendapati terdapat banyak kesalahan dalam penterjemahan bahasa purba Mesopotamia yang dilakukan oleh Zecharia.


Adakah penulisan Zecharia Sitchin begitu popular?
Ya, buku buku Zecharia Sitchin telah menembusi pasaran buku dunia.




Wednesday, December 1, 2010

Ranking Blog Politik dan Portal Malaysia-(Alexa)

2 comments

BlogAlexa Ranking Malaysia
1Tranungkite.net131
2Agenda Daily404
3House PK @ ParpuKari418
4Tukar Tiub509
5Gerakan Anti PKR @ GAP559
6The Unspinners562
7MyKMU640
8Chedet Blog663
9Anwar Ibrahim Blog665
10RBF696
11Pisau759
12The Flying Kicks770
13Perak Today – The Portal812
14Dr Novandri821
15Papa Gomo933
16Lim Kit Siang961
17Media Permatang Pauh967
18Taipingmali988
19Milo Suam1,050
20Kedah La Nie..1,163
21Zulkifli Nordin1,248
22Pejuang Bangsa1,305
23Kelab Greenboc1,326
24Biaqpila1,351
25Anak Sungai Derhaka1,417
26Keris Putera1,441
27Gelombang Rakyat1,450
28Rocky’s Bru1,535
29Cina Islam1,556
30Ikut Suka Aku1,589
31Kita Gempur1,720
32MSO1,777
33McTheory- Kedah ke KL1,820
34Medan Info Kita1,880
35Warta Maya2,006
36AIDC2,114
37Haris Ibrahim2,305
38Darul Ehsan Today2,375
39UMNO Online2,463
40Semut Hitam2,483
41Malaysia-Instinct2,519
42Kerabu Bersuara2,542
43Panglima Perang Cyber2,631
44Ibnu Hasyim2,657
45Kerajaan Rakyat2,679
46Kickdefella2,681
47Din Merican2,867
48Blog PM Najib Razak2,990
49Selangor Daily3,107
50Azli Shukri3,315
51Gelombang Wangsa Maju3,318
52Ek-Ele Ada Ada je3,399
53Husin Lempoyang3,480
54Anak Seberang3,570
55Anwar Pembohong3,688
56Pengundi Setia Sg Rapat3,721
57Gunug Mat Cincang3,746
58Desperado3,841
59Celah Gelegar3,860
60Kedah Times4,077
61Wfauzdin4,237
62Gelombang Merah4,280
63Tulang Besi – Malaysia Waves4,379
64My Blog Hub4,490
65Sakmongkol4,616
66From Perak With Love4,722
67Big Dog4,786
68Bumiyang4,790
69Batu vs Kayu4,921
70Out Syed The Box5,030
71Blog Tamingsari5,055
72Badut Rakyat5,464
73Fakulti Siyasah Syariah5,570
74Apa Yang Tersirat5,579
75Warisan20575,590
76Anil Netto5,622
77Penghuni Gua5,666
78Manjung Mari5,686
79Melayu Raya Daily5,707
80Perisik Rakyat5,751
81Cucu Tok Selampit5,825
82Siasah Daily5,981
83Gelagat Anwar6,088
84Aduka Taruna6,198
85Niamah6,319
86Bawean Termenung6,426
87Sahabat Gunung6,570
88Chegu Bard6,682
89Jeff Ooi6,694
90Dato Kadir Jasin7,016
91Rajahmas7,057
92Empayar Pemuda7,152
93UMB Penang7,164
94Jeffry Damien7,190
95Another Brick7,191
96Sanggul Melayu7,355
97Aku Budak Balun7,515
98Penarik Beca7,578
99Satu Melayu7,860
100Aspirasi Bangsa7,876

MERAH-Mesra Kerajaan
BIRU-Pemimpin Politik BerBlog
HIJAU-Mesra Pembangkang
HITAM-Neutral
>Carta setakat 28 November 2010.
__________________________________________________
Lebih 100 blogger politik telah terlibat dalam kajian di atas. Mereka adalah blogger terbaik dan popular bagi pihak kerajaan dan juga pembangkang. Kajian telah dilakukan secara terperinci.
Umumnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, media internet dikuasai oleh blogger blogger Mesra pembangkang. Tetapi, kini keadaan sudah berubah dengan tanpa disangka. 
Analisis di atas menunjukkan 60 blogger politik Mesra Kerajaan memenuhi 100 tangga teratas paling popular Alexa. Selebihnya, 30 blogger Mesra pembangkang pula mengambil tempat. Pemimpin Politik Berblog dan Berpihak Neutral turut tidak ketinggalan.
Carta di atas mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Walaupun begitu, sekiranya corak kedudukan carta masih seperti di atas , ia mampu memberi satu refleksi kepada politik tanah air.

Kesimpulannya, arena politik Malaysia di dunia siber kini boleh dikatakan sudah seimbang.
*Sumber: PerakToday (28 November 2010) dan Utusan Malaysia (1 Disember 2010).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009