Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Friday, June 7, 2013

Selepas Tamat Matrikulasi

Antara Universiti di Malaysia

Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi dengannya. Di Matrikulasi, di situlah tempat kita boleh memulakan cita-cita yang baru. Zaman persekolahan dijadikan sejarah dan jangan jadikannya sebagai penghalang untuk berubah ke arah yang lebih baik.



Selepas Matrikulasi, ke manakah arah tuju para pelajarnya?

Bagi yang berjaya mendapatkan pointer yang melebihi 3.00 PNGK ke atas, peluang untuk mendapat kos-kos universiti yang terbaik adalah cerah. Persaingan mungkin kurang. Tambah-tambah lagi bagi golongan lelaki. Namun, bagi yang mendapat pointer 3.00 PNGK ke bawah, anda mungkin mendapat masalah. Anda akan lebih dapat banyak persaingan untuk mendapatkan kos-kos universiti yang anda minta. Oleh itu, berusahalah sedaya boleh di Matrikulasi. Usah mempersoalkan tentang orang lain, persoalkan arah tuju hidup anda sendiri.

Pesaing ke Universiti itu merujuk kepada siapa?

Ia merujuk kepada pelajar Matrikulasi KPM, Pelajar PASUM, dan STPM.

Universiti Awam manakah yang akan menjadi pilihan pelajar Matrikulasi?

1) UKM
2) USM
3) UM
4) USIM
5) UMK
6) UTHM
7) UTM
8) UiTM
9) UMS
10) USIM
11) UMP
12) UNIMAP
13) UNISZA

Apakah status sebagai seorang pelajar universiti?
Jika di Matrikulasi, anda digelar sebagai Pelajar Satu Tahun (PST) atau Pelajar Dua Tahun (PDT). Di universiti, anda digelar sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Bagaimana pula kehidupan di Universiti?
Kehidupan universiti adalah lebih santai berbanding Matrikulasi. Jadual kelas tidak sepadat di Matrikulasi. Ada yang kelas waktu pagi/tengahari/petang sahaja. Oleh itu, berkorbanlah di matrikulasi jika anda inginkan kehidupan yang santai di universiti. Tidak dinafikan terdapat juga tugasan (assignment), namun keadaan tidaklah sekelam kabut di Matrikulasi.

Bagaimana pula dengan pembiayaan pembelajaran di Universiti?
PTPTN, JPA, MARA dan bantuan zakat baitulmal adalah sumber pembiayaan bagi pelajar-pelajar. Ia bergantung pada taraf keputusan peperiksaan akademik anda, dan tahap ekonomi keluarga anda.

Adakah susah pembelajaran di Universiti?
Bergantung pada kos. Terdapat banyak kos. Sukar untuk BeritaKini gambarkan susah atau senang. Ianya begitu subjektif.

Sumber : Etawau.com

Saya minat berniaga/membuat kerja sambilan ketika belajar di universiti nanti, mampukah saya membahagikan masa untuknya?
Anda mampu melakukannya sekiranya anda mempunyai disiplin mengurus masa yang baik, sebagaimana disiplin yang ada dalam perniagaan atau pekerjaan sambilan yang anda minati.

Bagaimanakah sistem peperiksaannya?

Ianya sama dengan Matrikulasi. Pengiraan gred berdasarkan PNGK. PNGK inilah yang menentukan sama ada anda akan terus melangkah ke semester yang seterusnya. Dan juga yang menentukan sama ada anda perlu mengulang subjek tertentu jika anda mendapat Gred yang rendah seperti C- dan ke bawah.

Cuti universiti bagaimana?
Kebanyakan universiti mempunyai cuti yang hampir sama waktunya. Bulan Julai dan Ogos adalah cuti akhir untuk satu tahun pembelajaran. Dan terdapat juga cuti satu minggu dalam satu semester.

Menarikkah belajar di Universiti?
Menarik. Di sinilah anda akan mula belajar tentang kehidupan. Anda akan mula melangkah dari dunia Sains yang Am ke dunia Sains yang Spesifik. Begitulah juga dengan kos Perakaunan. Dari teori ke arah praktikal. Namun, bergantung pada tahap keghairahan anda juga. Jika mudah bosan, segalanya pasti akan terbantut. Niat belajar haruslah ikhlas.

Bercinta di Universiti?
50%-50% sahaja pengaruh baik dan pengaruh buruknya. Bergantung pada tahap romantis anda itu. Kalau hendak kahwin awal, eloklah dipercepatkan dengan sah. Ikut adab agama dan moral yang diajarkan setiap agama.

Politik di Universiti?
Menarik. Ada yang pro-kerajaan dan ada yang pro-pembangkang. Selalunya, pro-pembangkang kelihatan aktif di Universiti berbanding pro-kerajaan yang selalu bersikap 'silent majoriti/voters'.
Sumber : hangat.my

Kenapa harus belajar sampai ke universiti?
Anda adalah seorang manusia yang bernyawa. Manusia yang bernyawa pastinya diharapkan mempunyai peranan untuk masa depan Malaysia dan dunia ke arah yang lebih baik. Malaysia kekurangan tenaga kerja dalam aspek sains dan teknologi sedangkan dalam perancangan pembangunan Malaysia 20-30 tahun akan datang, sains dan teknologi inilah yang mampu meningkatkan sosioekonomi saudara-saudara kita di kampung dan di bandar nanti. Oleh itu, tenaga anak muda seperti anda amatlah diperlukan. Fikirlah, apa yang anda perlu lakukan untuk negara. Niat ikhlas untuk membantu agama, bangsa dan negara. Harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya mendapat kerja serta pengalaman adalah tinggi. Penuhilah harapan mereka.

*Artikel di atas merujuk kepada Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seandainya ada perselisihan fakta, harap dimaafkan. Mungkin ada sesetengah pembaca yang belajar di PASUM UIA , PASUM UM atau STPM. Terima Kasih.



5 comments:

Anonymous said...

Lepas Matrikulasi (jika saya mengambil Modul 3) which consist of subject Biology, Chemistry, Maths, Saints ICT & Maths, betul ke saya tak layak untuk meneruskan course Medic (Doctor) di universiti?

Anonymous said...

Layak hanya jika dpt 4flat.. ada senior bgtau.. kalau ta dpt 4.00 peluang bkn stakat tipis mmg ta benyawa ... thats what he told us

Diyana Moin said...

Ada tak kemungkinan matrik akan buang student yang tak dapt pointer rendah masa sem 1.

Mohon penjelasan.Terima kasih

Diyana Moin said...

Ada tak kemungkinan matrik akan buang student yang tak dapt pointer rendah masa sem 1.

Mohon penjelasan.Terima kasih

Sholehaddin Mohamad said...

Matrik hanya akan buang pelajar yg dapat pointer 2.00 kbwh..utk pelajar melayu kalau bkn bumiputera rase nye 3.00 hadnye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009