Friday, April 23, 2010
Hari Bumi: Dodo Beri Pengajaran
Posted by Naim Jr at 12:52 AMBeberapa abad sebelum ini, ketika sekelompok manusia pertama menjejakkan kaki ke Pulau Mauritius di Lautan India, mereka turut membawa haiwan haiwan domestik seperti kucing, khinzir, burung dan monyet. Kemudian, manusia menebang pokok untuk membuat rumah dan melicinkan kawasan kawasan hutan untuk pertanian sehinggakan habitat dodo terancam. Dodo mempunyai sikap yang menarik. Mereka tidak takut kepada manusia walaupun manusia begitu asing pada pandangan mereka. Burung dodo tidak seperti burung helang, mereka tidak menyerang mangsanya secara ‘kejam’. Disebabkan itulah, pembangunan oleh manusia di kepulauan itu berjalan lancar tanpa gangguan burung dodo, sehinggakan mereka tidak menyedari yang populasi burung dodo sudah menjadi kecil saban tahun secara mendadak. Terdapat juga bukti yang mengatakan manusia ketika itu memburu burung dodo. Buktinya penemuan tulang 2 burung dodo di sebuah gua di Baie du Cap yang diguna oleh golongan golongan hamba untuk dibuat sebagai pelindung.
Walaupun pembangunan manusia yang tidak ‘lestari’ ketika itu dikatakan menjadi faktor pengecilan populasi burung dodo, namun faktor terbesar yang ‘membantu’ ke arah pengecilan populasi burung dodo ialah kehadiran monyet dan khinzir ke kepulauan itu. Monyet dan khinzir telah bertindak sebagai pemangsa manakala burung dodo menjadi mangsanya setiap hari. Disebabkan rantaian makanan tersebut, populasi burung dodo secara terus menerus menjadi kecil secara mendadak setiap tahun.
Sebelum tahun 1700, spesies burung dodo disahkan telah pupus di atas muka bumi. Tarikh tepat kepupusan burung tersebut di dalam perdebatan ekoran bukti bukti yang dilampirkan oleh individu, kumpulan dan ahli arkeologi adalah berbeza. Apa yang pasti, kepupusan burung dodo berpunca dari sikap manusia di kepulauan itu sendiri. Mungkin ketika itu kehidupan seorang manusia lebih penting, dan kesedaran untuk menjaga alam sekeliling masih lagi tiada di dalam jiwa. Oleh itu, hidupan masa kini haruslah dijaga rapi agar sejarah ke atas spesies burung dodo tidak akan berulang lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Popular
-
Antara Universiti di Malaysia Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi denganny...
-
Matrikulasi? Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program...
-
Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan d...
-
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mer...
-
Buta warna bukanlah keadaan dimana seseorang itu mempunyai penglihatan hitam putih, tetapi ianya adalah penyakit yang menghilangkan keupaya...
1 comments:
Apa burung dodo buat waktu nampak manuia ????
Post a Comment