Monday, January 11, 2010
Penebusan Puaka Emily Rose
Posted by Naim Jr at 12:35 AMAnneliese Michel hanyalah seorang perempuan biasa. Dilahirkan pada tahun 1952 dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan normal di awal usianya. Perempuan berwarganegara Jerman ini akhirnya menggemparkan negara itu dengan kematian tragiknya pada umur 23 tahun. Kematiannya tidak berjalan dengan lancar kerana kematiannya diklasifikasikan sebagai kecuaian pembunuhan oleh paderi dan ahli keluarganya. Annaliese Michel ataupun lebih dikenali dengan nama Emily Rose adalah penganut agama Roman Katholic.
Kisahnya bermula ketika umurnya 16 tahun. Pakar Neurologi telah mengesahkan Emily menghidapi epilepsy (ketidakaturan system saraf dalam otak). Tidak lama kemudian, Emily mengalami halusinasi yang tidak terkawal ketika bersembahyang (Kristian). Bermula dari situ, dia mula mempamerkan kelakuan kelakuan yang aneh. Halusinasinya dan bisikan sesuatu di telinganya semakin kerap berlaku. Kelakuannya berubah secara abnormal, selalu merobek pakaiannnya sendiri, memakan arang di tempat pembakar api di dalam rumahnya, dan menjilat kembali air kencingnya.
Keluarganya mula bimbang. Mereka memasukkannya ke hospital psikiatri. Namun usaha mereka gagal. Mereka tahu sebenarnya ubat ubatan moden tidak mampu menyembuhkan penyakit Emily. Selepas itu, keluarganya menolak terus kaedah perubatan moden dan memilih menggunakan perubatan keagamaan yang dilakukan oleh paderi paderi di gereja. Penolakan keluarganya terhadap rawatan moden pada tahun 1975 disebabkan seorang perempuan tua yang menemani Emily beberapa hari membuat kesimpulan bahawasanya Emily Rose telah dirasuk syaitan. Ini kerana Emily menunjukkan kelakuan pelik ketika melintasi Palang Salib di Gereja.
Emily enggan untuk makan dan selalu membebel dalam keadaan tidak terkawal tentang kematian dan dosa. Pada 1 Julai 1976, Emily dijumpai mati ketika sedang tidur. Para doktor mengesahkan dia mati disebabkan kebuluran akibat malnutrisi(kurang makan) dan dehdyrasi(kurang air) sejak kali pertama dia mula dirasuk.
Fakta yang menarik tentang rasukan syaitan ke dalam jasad Emily Rose adalah bilangan “demon”nya. Dicatatkan enam jenis jin atau syaitan telah menguasai badan Emily sekaligus sejak kali pertama dia dirasuk ketika umurnya 16 tahun. Ini terbukti ketika ‘soal jawab’ paderi dengan ‘demon demon tersebut’ ketika upacara penebusan puaka di gereja.
Sebenarnya, Emily Rose dapat diselamatkan sekiranya beliau dirawat mengikut kaedah Islam iaitu dengan menggunakan Ayat Ayat Al Quran sebagai pendinding. Tetapi, disebabkan oleh anutan agamanya, mereka memilih untuk berubat di gereja. Dan kematiannya sebenarnya berpunca daripada rasukan dalam badannya yang sudah menjadi kuat, lalu menyebabkan dia mati dalam keadaan kebuluran. Tidak dapat dinafikan ada juga kes kes rasukan diubati di gereja berkesan, tetapi kebanyakannya daripadanya akan mengalami kesan sampingan seperti terencat akal dan fikiran menjadi lemah. Ibarat api berlawan dengan api sekiranya kes rasukan dirawat mengikut kaedah bukan Islam di mana menang dan kalah menjadi adat biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Paling Popular
-
Antara Universiti di Malaysia Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi denganny...
-
Matrikulasi? Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program...
-
Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan d...
-
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mer...
-
Buta warna bukanlah keadaan dimana seseorang itu mempunyai penglihatan hitam putih, tetapi ianya adalah penyakit yang menghilangkan keupaya...
0 comments:
Post a Comment