Lokasi: Nigeria Masalah kebuluran di awal era kemerdekaan Nigeria. |
Thursday, December 30, 2010
Gambar Ini Menyedihkan
Posted by Naim Jr at 6:00 AM 0 commentsTuesday, December 28, 2010
Kata kata Dunia Barat
Posted by Naim Jr at 3:00 PM 0 commentsThursday, December 23, 2010
Reka Bentuk Bas ke Cameron Highland
Posted by Naim Jr at 1:05 PM 0 commentsWednesday, December 22, 2010
Jangan Meletup-letupkan Jari Anda
Posted by Naim Jr at 6:00 AM 3 commentsMeletup letupkan jari ada kesan sampingan |
Tetapi, itu tidak bermakna ia tidak memberi kesan sampingan kepada individu terbabit. Kajian menunjukkan tabiat meletup-letupkan jari selama bertahun tahun akan merosakkan bahagian ligament (tulang yang menyambung antara tulang) dan melonggarkan tendon (tulang yang bersambung dengan otot). Dengan itu, kekuatan tangan anda akan menurun.
Walaupun begitu, tabiat ini tidak akan menyebabkan penyakit sendi yang amat serius yang dipanggil arthritis/osteoarthritis.
Tangan yang normal |
Tangan yang mengalami Arthritis/Osteoarthritis |
*Kajian ini disahkan juga oleh Kevin O. Hwang, seorang pembantu profesor di University of Texas Medical School.
Tuesday, December 21, 2010
4 Sebab Anak anak Berbohong
Posted by Naim Jr at 12:36 AM 1 commentsSatu kajian oleh Deirdre Lee Fitzgerald. Seorang profesor dalam bidang psikologi di Eastern Connecticut State University, Willimantic.
Adakah ibu bapa penyebab anak anak pandai berbohong? "Ya," jawab Fitzgerald. Sikap ibu bapa mampu mempengaruhi anak untuk berbohong atau menipu.
1. "Apabila anak anak mendengar ibu bapa berbohong untuk keluar menghadiri majlis sosial (atau apa apa hal), mereka akan belajar bahawasanya 'pembohongan' boleh dilakukan,"
2. Anak anak berbohong mungkin untuk mengelakkan ibu bapa marah ataupun kecewa dengan sesuatu hal. "Dengan itu, apabila anak anak menyedari betapa tinggi nilai satu 'pembohongan', mereka akan mula belajar berbohong," kata Fritzgerald.
3. Anak anak akan belajar berbohong apabila mereka tidak dididik untuk meluahkan perasaan dengan berhemah seperti kaedah perbincangan dengan ibu bapa. Mereka perlu diajar untuk meluahkan perasaan mengikut kaedah yang betul.
4. Anak anak akan belajar berbohong sekiranya mereka kurang mendapat perhatian dari ibu bapa.
Sunday, December 19, 2010
Apa Itu Matrikulasi?
Posted by Naim Jr at 5:58 PM 33 comments
Matrikulasi?
Pelajaran teras Kos Sains Hayat: Biologi, Matematik dan Kimia.
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KO KURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.
Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).
-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.
-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.
Adakah kita akan dapat sijil selepas tamat matrikulasi?
Ya. Matrikulasi kini menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan DIPLOMA. Ia sudah boleh digunakan untuk mencari kerja kerajaan mahupun swasta
Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Pada awalnya sebelum 2010, matrikulasi mempunyai 3 kos. Kos Sains Hayat, Kos Sains Fizikal dan Kos Akaun.
Pelajaran teras Kos Sains Hayat: Biologi, Matematik dan Kimia.
Pelajaran teras Kos Sains Fizikal: Fizik, Matematik dan Kimia
Pelajaran Kos Akaun: Matematik, Akaun, dan Ekonomi.
[Updated] Bermula tahun 2012 ke atas, jenis pembelajaran sudah berlainan. Ia dipanggil modul. Setiap modul terkandung subjek Biologi/Matematik/Kimia dan lain-lain.
-------------------------------
Jurusan Sains:
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
[Updated] Bermula tahun 2012 ke atas, jenis pembelajaran sudah berlainan. Ia dipanggil modul. Setiap modul terkandung subjek Biologi/Matematik/Kimia dan lain-lain.
-------------------------------
Jurusan Sains:
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
Jurusan Akaun: Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
Jurusan Teknikal: Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan
------------------------------------
Terdapat juga tambahan subjek pilihan kolej matrikulasi yang mesti diikuti. Jangan bimbang, ia tidak membebankan.
Jurusan Teknikal: Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan
------------------------------------
Terdapat juga tambahan subjek pilihan kolej matrikulasi yang mesti diikuti. Jangan bimbang, ia tidak membebankan.
Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah?
Kuliah |
Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.
Bagaimanakah pembelajaran di matrikulasi?
Bergantung kepada kelas kelas yang dibahagikan oleh pihak kolej. Secara amnya, kelas mula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Ada juga ruang masa rehat dan waktu belajar habis awal. Itu bergantung pada jadual anda. Lebih kurang 2 atau 3 'Assignment/homework' diberikan setiap hari.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan Gred PNGK yang baik?
Anda mesti rajin. hargai masa, tidak boleh bertangguh dan tahu teknik belajar yang betul. Matrikulasi tidak sama dengan sekolah. Nota sendiri perlu ada dan mestilah teratur. Buatlah peta minda untuk setiap bab bagi subjek subjek yang dipelajari. Buat 'study group' sekiranya tidak faham sesuatu topik. Waktu malam adalah waktu yang sesuai mengulangkaji dan menyiapkan 'assignment/homework'. Terpulang kepada anda waktu mana yang anda selesa.
Apakah Gred PNGK yang baik?
3 PNGK ke atas. Yang paling baik adalah 4 PNGK (4 Flat).
Matrikulasi menyebabkan pelajar 'gila'?
Tidak. Apa yang saya sebut tadi, jika belajar dengan teknik yang betul, anda tidak akan rasa susah. NOTA SENDIRI YANG TERATUR perlu ada. Melainkan anda seorang yang genius. Terdapat pelajar matrikulasi yang genius, tidak perlu nota atau latihan yang banyak, mereka mampu mendapatkan gred PNGK yang baik. Tetapi, mereka minoriti. Fikirlah anda di dalam keadaan yang mana.
Tips lain untuk belajar?
Belajarlah mengikut 'learning objective/outcome'. Buat NOTA PETA MINDA berasaskan 'learning objective'. Dalam peperiksaan semester, lebih kurang 90% soalan dari 'learning objective/outcome' masuk dalam peperiksaan. Lagi 10% soalan kadangkala terkeluar dari silibus. Selalunya Gred PNGK akan turun sekiranya keadaan itu berlaku. Kertas soalan dibuat oleh pihak universiti, bukan kolej matrikulasi.
Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Ko kurikulum |
Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.
Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.
Bagaimana dengan pensyarah?
Ada yang ramah, baik, tegas dan garang. Bergantung.
Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan hancur nanti. Elakkan.
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal?
Kesimpulannya?
Belajarlah bersungguh sungguh dan buat yang terbaik di matrikulasi. Anda perlu berkorban untuk 'Satu Tahun' sahaja bagi pelajar PST. Bagi pelajar PDT, tempoh masa adalah dua tahun. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang penting, 'study smart, not study hard'. Mengulangkaji dengan menyelak buku atau nota pensyarah tanpa NOTA SENDIRI sebenarnya tidak berkesan di matrikulasi (begitu juga di universiti). Ia menyebabkan anda lebih tertekan. 3 pembelajaran berkesan adalah penglihatan, pendengaran dan penulisan nota.
*PERHATIAN, MULAI 2012, SISTEM PEMBELAJARAN DI MATRIKULASI SUDAH DIROMBAK. MUNGKIN SESETENGAH MAKLUMAT YANG BERITAKINI TULIS DI ATAS SUDAH TIDAK TEPAT LAGI DENGAN KEADAAN SEKARANG. SEBARANG INFORMASI LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK MATRIKULASI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA PENGALAMAN BERITAKINI DI MATRIKULASI.
Thursday, December 16, 2010
Lelaki Korea: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Posted by Naim Jr at 10:20 PM 9 commentsKepada perempuan perempuan Asia yang bermimpi untuk menjadi isteri kepada lelaki Korea, sila baca 5 perkara ini dulu.
1) Lelaki Korea lebih berminat kepada bangsa mereka sendiri
Kenyataan ini agak menyakitkan anda. Inilah hakikatnya. Ibu bapa mertua akan memberi tekanan kepada menantu yang berbeza keturunan dan bangsa. Mereka begitu menitikberatkan perwarisan keluarga mereka.
2) Lelaki Korea yang bujang terlajak lebih terbuka dalam perhubungan
Jika anda didekati lelaki Korea yang berumur lingkungan 30-40an, hendaklah berhati hati (sekiranya sasaran anda lelaki muda). Mereka mungkin menghadapi tekanan sosial atau menghadapi masalah perhubungan di usia muda mereka menyebabkan mereka menjadi bujang terlajak.
3) Lelaki Korea manis dan 'gentleman'
Mereka manis dan 'gentlemen' untuk bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, majoriti lelaki Korea agak memilih dalam mencari pasangan (prejudis). Contoh yang mudah adalah dari sudut warna kulit. Wanita Asia yang berkulit gelap sedikitpun tidak ada harapan untuk mereka.
4) Lelaki Korea bangga dengan diri sendiri dan sensitif dengan wanita
Jika Lelaki Korea marah, si wanita perlu memberi 200% penjelasan.
5) Jika anda mengahwini lelaki Korea, anda perlu mengahwini keluarga mereka.
Mereka berpegang teguh kepada budaya tradisi mereka. Keluarga Korea memuliakan ibu lebih daripada bapa. Semakin baik hubungan wanita dengan keluarga Lelaki Korea, semakin baik hubungan pasangan terbabit.
*Walau apa pun, jodoh di tangan Tuhan.
1) Lelaki Korea lebih berminat kepada bangsa mereka sendiri
Kenyataan ini agak menyakitkan anda. Inilah hakikatnya. Ibu bapa mertua akan memberi tekanan kepada menantu yang berbeza keturunan dan bangsa. Mereka begitu menitikberatkan perwarisan keluarga mereka.
2) Lelaki Korea yang bujang terlajak lebih terbuka dalam perhubungan
Jika anda didekati lelaki Korea yang berumur lingkungan 30-40an, hendaklah berhati hati (sekiranya sasaran anda lelaki muda). Mereka mungkin menghadapi tekanan sosial atau menghadapi masalah perhubungan di usia muda mereka menyebabkan mereka menjadi bujang terlajak.
3) Lelaki Korea manis dan 'gentleman'
Mereka manis dan 'gentlemen' untuk bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, majoriti lelaki Korea agak memilih dalam mencari pasangan (prejudis). Contoh yang mudah adalah dari sudut warna kulit. Wanita Asia yang berkulit gelap sedikitpun tidak ada harapan untuk mereka.
4) Lelaki Korea bangga dengan diri sendiri dan sensitif dengan wanita
Jika Lelaki Korea marah, si wanita perlu memberi 200% penjelasan.
5) Jika anda mengahwini lelaki Korea, anda perlu mengahwini keluarga mereka.
Mereka berpegang teguh kepada budaya tradisi mereka. Keluarga Korea memuliakan ibu lebih daripada bapa. Semakin baik hubungan wanita dengan keluarga Lelaki Korea, semakin baik hubungan pasangan terbabit.
*Walau apa pun, jodoh di tangan Tuhan.
Adik Beradik Melakukan Seks! Memalukan!
Posted by Naim Jr at 8:35 PM 0 commentsVideo seks adik beradik bawah umur (gambar kiri) kian tersebar di internet. Dipercayai, kedua dua adik beradik yang berwarganegara MALAYSIA ini melakukan hubungan seks di sebuah hotel di Malaysia. Ia didalangi oleh pihak ketiga. Apakah pasangan adik beradik ini dipaksa untuk melakukan perbuatan jijik ini? Ataupun mereka sukarela untuk melakukannya? Persoalannya sekarang, mereka di bawah umur. Apakah mereka terpengaruh dengan laman web lucah di internet? Tanpa sebarang pengetahuan di dada mengenai zina, wajarkah budak budak bawah umur dipersalahkan sekiranya mereka melakukan perkara terkutuk ini?
Sudah sampai masanya silibus Zina yang tidak seberapa dalam buku pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diperbesarkan lagi skopnya. Pendidikan Seks adalah salah satu caranya.
Ia merangkumi:
1) Pembelajaran hak hak badan manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.
2) Subjek ini juga akan mendedahkan info info mengenai hubungan seks lelaki dan wanita, liwat dan pertukaran jantina yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini menurut perspektif agama dan moral.
Sekurang kurangnya, kanak kanak bawah umur ada pemahaman yang kukuh mengenai masalah sosial termasuk seks. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar. Hendak diharapkan ibu bapa di rumah, langsung tiada jaminan. Mungkin mereka tidak tahu cara untuk mengajar Pendidikan Seks di rumah. Jadi, wajarlah ia dilaksana di sekolah.
*Kini yang lebih menjadi isu adalah istilah 'Pendidikan Seks', bukan subjek Pendidikan Seks. Agaknya perlu ditukar nama kepada Pendidikan Gender atau Pendidikan Sosial Kemasyarakatan. Baru orang ramai selesa, mungkin.
Sudah sampai masanya silibus Zina yang tidak seberapa dalam buku pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah diperbesarkan lagi skopnya. Pendidikan Seks adalah salah satu caranya.
Ia merangkumi:
1) Pembelajaran hak hak badan manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.
2) Subjek ini juga akan mendedahkan info info mengenai hubungan seks lelaki dan wanita, liwat dan pertukaran jantina yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini menurut perspektif agama dan moral.
Sekurang kurangnya, kanak kanak bawah umur ada pemahaman yang kukuh mengenai masalah sosial termasuk seks. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar. Hendak diharapkan ibu bapa di rumah, langsung tiada jaminan. Mungkin mereka tidak tahu cara untuk mengajar Pendidikan Seks di rumah. Jadi, wajarlah ia dilaksana di sekolah.
*Kini yang lebih menjadi isu adalah istilah 'Pendidikan Seks', bukan subjek Pendidikan Seks. Agaknya perlu ditukar nama kepada Pendidikan Gender atau Pendidikan Sosial Kemasyarakatan. Baru orang ramai selesa, mungkin.
Monday, December 13, 2010
Download Video Di BeritaKiny!
Posted by Naim Jr at 11:07 AM 0 commentsKlik Untuk Muat Turun |
Klik Untuk Muat Turun |
Klik Untuk Muat Turun |
*Anda boleh Muat Turun video video ini di 'Download Di BeritaKiny'. Ia berada di sebelah kanan bawah blog ini.
Saturday, December 11, 2010
Model Prototaip Perodua Bezza
Posted by Naim Jr at 12:59 PM 1 commentsPERODUA telah mempamerkan model kereta keluaran yang akan datang pada 2 Disember 2010. Pengarah Urusan PERODUA berkata, reka bentuk Perodua Bezza dihasilkan sepenuhnya oleh kakitangan PERODUA.
Perodua Bezza |
Pintu Bahagian Belakang Perodua Bezza ternyata berbeza |
Bahagian Belakang Perodua Bezza |
PERODUA menyasarkan Bezza sebagai kereta masa hadapan |
Namun, ramai yang mengatakan rekabentuk Perodua Bezza hampir sama dengan Toyota Prius. Benarkah?
Toyota Prius |
Toyota Prius |
Keagungan kota Abu Dhabi
Posted by Naim Jr at 1:25 AM 0 comments Apakah itu Abu Dhabi?
Abu Dhabi adalah sebuah ibu kota di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Siapakah pemerintah kota Abu Dhabi (2010)?
Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan
Sebuah kota paling moden dan berkembang pesat di dunia.
Sejarah ringkas kota Abu Dhabi?
Sebelum penemuan minyak, kota Abu Dhabi adalah yang termiskin berbanding 7 kota di UAE. 7 kota di UAE adalah Adman, Dubai, Fujarah, Ras Al Khaimah, Sharjah dan Umm Al-Qaiwin. Selepas penemuan minyak di situ, Abu Dhabi bukan sahaja menewaskan 7 kota UAE yang lain malah menjadi salah satu kota terkaya di dunia. Kota ini menyumbang 70% kekayaan kepada UAE.
Terletak di pulau berbentuk T yang mengunjur ke Persian Gulf.
Kebanyakan penduduk Abu Dhabi memakai baju nasional. Perempuan memakai 'abba' manakala lelaki memakai 'dishdasha' (jubah putih yang labuh).
Bagaimana pula dengan undang undang?
Sistem monarki (beraja) sama seperti Malaysia. Orang Islam tidak dibenarkan menggunakan alkohol walau apa jua bentuk. Orang bukan Islam memerlukan lesen istimewa untuk membeli alkohol di kota tersebut.
Wednesday, December 8, 2010
10 Fakta Kafein
Posted by Naim Jr at 1:47 AM 0 commentsKafein adalah sejenis bahan kimia perangsang. Rasanya agak pahit. Ia terdapat dalam air kopi dan nescafe. Berikut adalah fakta mengenai Kafein.
Fakta 1: Kafein wujud dalam 6o jenis tumbuh tumbuhan. 2 per tiga masyarakat dunia menggunakan kafein dari sumber itu.
Fakta 2: Kafein meningkatkan tenaga. Mampu memberi daya senaman badan yang efektif dan ketahanan otot yang tinggi untuk seseorang atlit dalam tempoh masa yang panjang.
Fakta 3: Kafein mampu memecahkan lemak terkumpul dalam badan. Ia merangsang otot untuk memecahkan lemak sebagai sumber tenaga.
Fakta 4: Kebanyakan individu yang meminum minuman berasaskan Kafein akan bekerja dengan lebih baik. Fakta ini popular.
Fakta 5: Kafein meningkatkan pemikiran yang positif (positive instinct) kepada seseorang berikutan aras hormon dopamine meningkat di otak.
Fakta 6: Kafein membolehkan otak berfikir dengan lebih jelas. Ia juga merangsang sistem saraf manusia. Dengan itu, tahap tumpuan kepada sesuatu juga dapat ditingkatkan. Contohnya, tumpuan terhadap pelajaran atau perbualan. Peringatan, jangan minum minuman berasaskan kafein sebelum tidur. Anda pasti tidak boleh tidur kerana sistem saraf terpaksa 'bekerja' dek pengambilan kafein.
Fakta 7: Kafein dapat membaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari.
Fakta 8: Kafein meningkatkan kualiti kesukanan seseorang atlet sukan berikutan pelepasan hormon adrenaline yang banyak.
Fakta 9: Kafein dapat menghalang akar rambut rosak. Rambut selalu rosak disebabkan hormon dihydrotestoterone (DHT)
Fakta 10: Kafein perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana (300 mg). Jika berlebihan, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap badan.
Monday, December 6, 2010
Kereta Malaysia Dihina dan Dikritik di United Kingdom.
Posted by Naim Jr at 1:25 PM 6 commentsPihak TOPGEAR di UK telah mengkritik kereta keluaran Proton dan Perodua yang telah diimport ke sana. Bagi mereka, kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk bergerak di atas jalan raya UK.
Berikut beberapa snapshot yang diambil dari video kritikan terhadap kereta Perodua Kelisa di UK.
Berikut beberapa snapshot yang diambil dari video kritikan terhadap kereta Perodua Kelisa di UK.
Menguji sejauh mana ketahanan fizikal Perodua Kelisa di UK |
Perodua Kelisa kemek dengan beberapa hentaman tukul besi. |
Bahagian yang kemek pula boleh dibetulkan menggunakan tangan sahaja. |
Perodua Kelisa digantung bersama bebanan. |
Tidak sampai satu minit, bahagian depan Perodua Kelisa berderai jatuh. |
Perodua Kelisa diletupkan.
Kritikan di www.topgear.com:http://www.topgear.com/uk/proton
Video penuh di sini:
Sunday, December 5, 2010
2012: Zecharia Sitchin
Posted by Naim Jr at 3:36 PM 0 commentsSiapakah beliau?
Seorang penulis buku. Beliau dilahirkan di Amerika pada 11 Julai 1920 dan mati pada 9 Oktober 2010. Zecharia sebenarnya adalah seorang pelajar jurusan Ekonomi di University Of London.
Apakah yang ditulis oleh beliau?
Beliau menulis mengenai sejarah ketamadunan manusia dan astronomi pada zaman purba.
Beliau menulis mengenai sejarah ketamadunan manusia dan astronomi pada zaman purba.
Kenapa beliau popular?
Idea dunia akan kiamat pada tahun 2012 sebenarnya berpunca dari kajian sejarah dan saintifiknya yang silap.
Apakah kajian yang dikatakan silap itu?
1) Beliau telah silap dalam menterjemahkan simbol simbol masyarakat Mesopotamia. Dari terjemahan itu, beliau mendakwa terdapat satu planet bernama NIBIRU.
2) Kajian Zecharia Sitchin dikritik oleh ramai saintis termasuk Michael S. Heiser (seorang pelajar jurusan Bahasa Purba) dan Prof. Ronald. H Fritze (penulis buku Invented Knowledge: False History, Fake Science and Pseudo-religions). Mereka mendapati terdapat banyak kesalahan dalam penterjemahan bahasa purba Mesopotamia yang dilakukan oleh Zecharia.
Adakah penulisan Zecharia Sitchin begitu popular?
Ya, buku buku Zecharia Sitchin telah menembusi pasaran buku dunia.
Adakah penulisan Zecharia Sitchin begitu popular?
Ya, buku buku Zecharia Sitchin telah menembusi pasaran buku dunia.
Wednesday, December 1, 2010
Ranking Blog Politik dan Portal Malaysia-(Alexa)
Posted by Naim Jr at 12:15 PM 2 commentsBlog | Alexa Ranking Malaysia | |
1 | Tranungkite.net | 131 |
2 | Agenda Daily | 404 |
3 | House PK @ ParpuKari | 418 |
4 | Tukar Tiub | 509 |
5 | Gerakan Anti PKR @ GAP | 559 |
6 | The Unspinners | 562 |
7 | MyKMU | 640 |
8 | Chedet Blog | 663 |
9 | Anwar Ibrahim Blog | 665 |
10 | RBF | 696 |
11 | Pisau | 759 |
12 | The Flying Kicks | 770 |
13 | Perak Today – The Portal | 812 |
14 | Dr Novandri | 821 |
15 | Papa Gomo | 933 |
16 | Lim Kit Siang | 961 |
17 | Media Permatang Pauh | 967 |
18 | Taipingmali | 988 |
19 | Milo Suam | 1,050 |
20 | Kedah La Nie.. | 1,163 |
21 | Zulkifli Nordin | 1,248 |
22 | Pejuang Bangsa | 1,305 |
23 | Kelab Greenboc | 1,326 |
24 | Biaqpila | 1,351 |
25 | Anak Sungai Derhaka | 1,417 |
26 | Keris Putera | 1,441 |
27 | Gelombang Rakyat | 1,450 |
28 | Rocky’s Bru | 1,535 |
29 | Cina Islam | 1,556 |
30 | Ikut Suka Aku | 1,589 |
31 | Kita Gempur | 1,720 |
32 | MSO | 1,777 |
33 | McTheory- Kedah ke KL | 1,820 |
34 | Medan Info Kita | 1,880 |
35 | Warta Maya | 2,006 |
36 | AIDC | 2,114 |
37 | Haris Ibrahim | 2,305 |
38 | Darul Ehsan Today | 2,375 |
39 | UMNO Online | 2,463 |
40 | Semut Hitam | 2,483 |
41 | Malaysia-Instinct | 2,519 |
42 | Kerabu Bersuara | 2,542 |
43 | Panglima Perang Cyber | 2,631 |
44 | Ibnu Hasyim | 2,657 |
45 | Kerajaan Rakyat | 2,679 |
46 | Kickdefella | 2,681 |
47 | Din Merican | 2,867 |
48 | Blog PM Najib Razak | 2,990 |
49 | Selangor Daily | 3,107 |
50 | Azli Shukri | 3,315 |
51 | Gelombang Wangsa Maju | 3,318 |
52 | Ek-Ele Ada Ada je | 3,399 |
53 | Husin Lempoyang | 3,480 |
54 | Anak Seberang | 3,570 |
55 | Anwar Pembohong | 3,688 |
56 | Pengundi Setia Sg Rapat | 3,721 |
57 | Gunug Mat Cincang | 3,746 |
58 | Desperado | 3,841 |
59 | Celah Gelegar | 3,860 |
60 | Kedah Times | 4,077 |
61 | Wfauzdin | 4,237 |
62 | Gelombang Merah | 4,280 |
63 | Tulang Besi – Malaysia Waves | 4,379 |
64 | My Blog Hub | 4,490 |
65 | Sakmongkol | 4,616 |
66 | From Perak With Love | 4,722 |
67 | Big Dog | 4,786 |
68 | Bumiyang | 4,790 |
69 | Batu vs Kayu | 4,921 |
70 | Out Syed The Box | 5,030 |
71 | Blog Tamingsari | 5,055 |
72 | Badut Rakyat | 5,464 |
73 | Fakulti Siyasah Syariah | 5,570 |
74 | Apa Yang Tersirat | 5,579 |
75 | Warisan2057 | 5,590 |
76 | Anil Netto | 5,622 |
77 | Penghuni Gua | 5,666 |
78 | Manjung Mari | 5,686 |
79 | Melayu Raya Daily | 5,707 |
80 | Perisik Rakyat | 5,751 |
81 | Cucu Tok Selampit | 5,825 |
82 | Siasah Daily | 5,981 |
83 | Gelagat Anwar | 6,088 |
84 | Aduka Taruna | 6,198 |
85 | Niamah | 6,319 |
86 | Bawean Termenung | 6,426 |
87 | Sahabat Gunung | 6,570 |
88 | Chegu Bard | 6,682 |
89 | Jeff Ooi | 6,694 |
90 | Dato Kadir Jasin | 7,016 |
91 | Rajahmas | 7,057 |
92 | Empayar Pemuda | 7,152 |
93 | UMB Penang | 7,164 |
94 | Jeffry Damien | 7,190 |
95 | Another Brick | 7,191 |
96 | Sanggul Melayu | 7,355 |
97 | Aku Budak Balun | 7,515 |
98 | Penarik Beca | 7,578 |
99 | Satu Melayu | 7,860 |
100 | Aspirasi Bangsa | 7,876 |
MERAH-Mesra Kerajaan
BIRU-Pemimpin Politik BerBlog
HIJAU-Mesra Pembangkang
HITAM-Neutral
>Carta setakat 28 November 2010.
__________________________________________________
Lebih 100 blogger politik telah terlibat dalam kajian di atas. Mereka adalah blogger terbaik dan popular bagi pihak kerajaan dan juga pembangkang. Kajian telah dilakukan secara terperinci.
Umumnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, media internet dikuasai oleh blogger blogger Mesra pembangkang. Tetapi, kini keadaan sudah berubah dengan tanpa disangka.
Analisis di atas menunjukkan 60 blogger politik Mesra Kerajaan memenuhi 100 tangga teratas paling popular Alexa. Selebihnya, 30 blogger Mesra pembangkang pula mengambil tempat. Pemimpin Politik Berblog dan Berpihak Neutral turut tidak ketinggalan.
Carta di atas mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Walaupun begitu, sekiranya corak kedudukan carta masih seperti di atas , ia mampu memberi satu refleksi kepada politik tanah air.
Kesimpulannya, arena politik Malaysia di dunia siber kini boleh dikatakan sudah seimbang.
Kesimpulannya, arena politik Malaysia di dunia siber kini boleh dikatakan sudah seimbang.
*Sumber: PerakToday (28 November 2010) dan Utusan Malaysia (1 Disember 2010).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Paling Popular
-
Antara Universiti di Malaysia Matrikulasi adalah tempat didikan disiplin yang tinggi. Namun, ramai pelajar mampu beradaptasi denganny...
-
Matrikulasi? Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program...
-
Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan d...
-
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mer...
-
Buta warna bukanlah keadaan dimana seseorang itu mempunyai penglihatan hitam putih, tetapi ianya adalah penyakit yang menghilangkan keupaya...