Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Saturday, August 7, 2010

Kabus Tebal 1952 (The Great Smog 1952)


Pada tahun 1952, London telah dilanda kabus tebal (The Great Smog) yang dahsyat. Lebih mudah difahami, kabus tebal itu adalah pencemaran udara yang teruk, mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya kepada manusia ketika itu. The Great Smog ini  telah melanda Kota London bermula 7 sehingga 9 Disember 1952. Kemudian, The Great Smog ini hilang dengan cepatnya setelah berlaku perubahan cuaca selepas itu.

Antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya kabus tebal ini adalah pembakaran arang batu oleh penduduk London untuk kegunaan domestik.  Kandungan bahan kimia sulphur dioksida (SO2) telah meningkat di udara dalam bentuk asap. Kadar pencemaran udara juga meningkat disebabkan pembakaran oleh stesen pembakar arang batu yang berpusat di Greater London dan pengeluaran asap kenderaan turut membantu dalam The Great Smog.

Menariknya, penduduk London ketika itu tidak menganggap The Great Smog sebagai satu ancaman. Ini kerana, Kota London sudah biasa dengan suasana berkabus sebelum itu. Sehinggalah, satu stastitik dikeluarkan menyatakan seramai  4000 orang telah terbunuh dalam The Great Smog ekoran permasalahan kesihatan, kesan dari pencemaran udara yang teruk.

Antara fakta menarik:

1) Penglihatan hanya dapat dilihat beberapa kaki sahaja.
2) Perkhidmatan ambulans terpaksa dihentikan kerana penglihatan ketika memandu terjejas sehinggakan    individu yang sakit (kronik) terpaksa pergi sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
3) Aktiviti dan majlis di kota London dibatalkan.
4) Seluruh pengangkutan jalan raya turut tergendala.
5) Mangsa kematian terdiri dari orang muda, kanak-kanak, dewasa dan pesakit yang menghidapi masalah pernafasan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009