Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Saturday, April 17, 2010

AREA 51: MISTERI TEKNOLOGI TINGGI

Area 51 adalah kawasan latihan ketenteraan yang berada di satu kawasan gersang berdekatan Las Vegas, Amerika Syarikat. Kawasan itu mula dibangunkan pada sekitar tahun 1967 dan bertujuan untuk menjalankan program program latihan ketenteraan demi pertahanan negara Amerika Syarikat.

Tahun demi tahun sehinggalah sekarang, kewujudan Area 51 mula menjadi bualan hangat ramai “penyiasat” seperti wartawan tv dan individu persendirian. Ini kerana, struktur pengawalan untuk masuk ke kawasan tersebut begitu ketat. Belum pernah orang biasa ataupun wartawan tv dan majalah dapat masuk ke Area 51 untuk membuat liputan, tidak seperti di kawasan ketenteraan lain.Disebabkan itulah, ianya menjadi persoalan. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat mengenai Area 51. Area 51 bagi penyelidik piring terbang (UFO) sudah tidak asing lagi di minda mereka. Mereka musykil dan ingin tahu mengapa kemasukan ke Area 51 terlampau ketat, adakah ia berkaitan dengan pembinaan pesawat berteknologi tinggi seperti UFO untuk disembunyikan? Lewat tahun 1990 an, Area 51 disahkan telah ditutup, namun ramai mempercayai operasi dalaman Area 51 masih lagi berjalan. Ini dibuktikan dengan kemasukan helikopter dan pesawat milik Area 51 kerapkali keluar masuk seperti membawa para pekerja.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh wartawan The History Channel, mereka telah berjaya menjejaki salah seorang bekas pekerja di Area 51. Ternyata maklumat yang didapati dari beliau membawa seribu persoalan. Berikut adalah beberapa maklumat menarik yang didedahkan:
1) Setiap kali arahan berkumpul dikeluarkan, ribuan pekerja akan dikumpulkan di satu bilik yang besar, kemudian seluruh lampu lampu di sekitar bilik tersebut dipadamkan sehinggakan para pekerja tidak nampak antara satu sama lain untuk beberapa ketika.
2) Sememangnya Area 51 adalah milik kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan kedatangan beberapa orang diplomat diplomat ternama Amerika.
3) Beliau mengesahkan memang Area 51 masih lagi beroperasi.

Walaupun begitu, bekas pekerja di Area 51 ini tidak mendedahkan kesemuanya. Katanya, dia masih lagi terikat dengan polisi majikannya untuk merahsiakan operasi Area 51.

Apakah yang ingin disembunyikan sebenarnya di Area 51? Benarkah memang berlaku pembinaan teknologi tinggi di Area 51 seperti piring terbang dan senjata? Untuk apa? Benarkah UFO datang dari Area 51? Berdasarkan salah satu kenyataan mendiang bekas naib Presiden Amerika Syarikat yang direkodkan oleh The History Channel, memang begitu mengujakan. “ Kalau anda pernah menonton filem Star Trek atau Star Wars, kemajuan sebegitu sudahpun dicapai di Area 51, dan maaf, saya tidak boleh menceritakannya,” katanya.

2 comments:

mscotrue said...

satu pendedahan yang sangat menarik!!

Suara Maya said...

Alhamdulillah, mscotrue dah kembali.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009