Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Friday, July 31, 2009

Kaedah Membaca yang Menyenangkan

0 comments


Persiapan Sebelum Membaca
1. Pilihlah waktu yang menurut kita sesuai untuk membaca. Waktu yang sesuai
disini adalah waktu dimana tidak terdapat gangguan, baik dari luar mahupun dari
dalam diri kita. Waktu yang sesuai disini hanya kita sendiri yang tahu bila waktunya.
Namun, sebahagian besar orang percaya bahawa waktu yang baik untuk membaca,
khususnya buku pelajaran, adalah di pagi hari.
2. Pilihlah tempat dan suasana yang sesuai untuk membaca, yaitu tempat yang
terang, sejuk, bersih, nyaman, tenang dan selesa menurut kita sendiri.
3. Pastikan posisi membaca kita adalah posisi yang betul. Posisi badan yang betul pada waktu membaca adalah duduk dengan posisi badan tegak, tidak bongkok, dan
pastikan jarak antara buku dengan mata kita kurang lebih 30cm.
4. Siapkan juga hal-hal yang biasanya membantu kita dalam membaca, seperti pensil
atau alat tulis lain.
5. Ada baiknya sebelum belajar kita berdoa terlebih dahulu sesuai dengan
kepercayaan masing-masing supaya ilmu yang kita dapat bermanfaat.

Berbagai Jenis Membaca


Terdapat 3 cara umum membaca di dalam kehidupan sehari-hari dilihat dari apa tujuan
proses membaca tersebut.
1. Membaca sebagai hiburan tanpa perlu memeras otak terlalu keras. Bacaan yang
mengandung unsur hiburan disini contohnya novel, cerpen, komik, majalah ringan
dll.
2. Membaca untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang tujuannya adalah mencari
dan memahami ilmu yang terkandung dalam bacaan tersebut.
3. Membaca kritis. Membaca disini sama dengan membaca untuk mencari ilmu.
Namun membaca disini diikuti oleh proses menelaah isi bacaan tersebut, misalnya
dengan pertanyaan-pertanyaan apa itu?, mengapa itu terjadi?, oleh siapa?,
bila?, dimana? dan bagaimana itu boleh terjadi? Dalam membaca kritis, kita
membuat bacaan sebagai lawan yang harus dikalahkan dengan cara mengetahui
dan memahami seluruh isinya.

Belajar dengan menggunakan kaedah membaca kritis akan menjadi menyenangkan dan
tidak membosankan. Kita tidak hanya diminta untuk memahami isi bacaan tapi juga
diajak berpikir kreatif mengenai isi tersebut. Tertarik dengan membaca kritis? Semak dulu aturan diperlukan dalam membaca kritis di bawah ini :
1. Melakukan survei isi buku. Langkah awal yang harus kita lakukan adalah
membaca terlebih dahulu bahan bacaan secara sepintas pada bagian-bagian
tertentu saja. Tujuannya adalah mendapatkan gambaran umum mengenai bacaan
tersebut.
Bahagian-bahagian yang perlu diperhatikan adalah :
· Paragraf awal, paragaraf akhir dan juga beberapa paragraph di tengah.
· Bahagian daftar isi, gambar-gambar, tabel dan grafik yang memiliki gambaran umum
mengenai bacaan tersebut.
· Soal-soal yang mungkin terdapat dalam bacaan tersebut.
2. Membuat pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan ini biasanya akan timbul pada saat
kita melakukan survei. Jika tidak terdapat pertanyaan, usahakan cari apa yang kita
tidak mengerti, minimal ada sebuah kata yang kita tidak tahu artinya dan beri
tanda pada bagian-bagian yang tidak dimengerti tersebut.
3. Membaca. Merupakan langkah dominan dalam kaedah ini. Membaca disini
sebagai langkah untuk mencari jawaban dari pertanyaan-pertanyaan yang timbul
dalam proses survei. Baca dengan teliti dan seksama paragraf demi paragraf,
bagian demi bagian untuk menangkap pokok-pokok pikiran dari tiap bagian.
Usahakan jangan pindah bahagian jika kita belum mengerti dan memahami bahagian
tersebut.
4. Evaluasi. Merupakan langkah dimana terdapat pertanyaan apakah kita sudah
menguasai bahan? Yakinkan bahwa kita sudah memahami bahan bacaan tersebut.
Jika belum, cuba cari apa yang anda tidak faham dan carikan jawapannya.
5. Meninjau ulang. Merupakan langkah terakhir kita dalam membaca kritis. Cubalah
kita tutup dulu bukunya, kemudian fikirkan apa yang sudah kita faham dari bacaan
tersebut. Tuliskan hasil fikiran tersebut dalam sekeping kertas, dan bandingkan
dengan apa yang terdapat pada buku bacaan.

Selesema..

0 comments

KALAU ada orang mendakwa tidak pernah dapat selesema, dia memang hebat. Selesema yang disebabkan jangkitan virus pada sistem respiratori atas (saluran pernafasan) adalah masalah paling lazim di seluruh dunia. Secara purata orang dewasa mengalami empat kali serangan selesema setahun dan sehingga 12 kali bagi kanak-kanak.

Di negara tropika seperti Malaysia, insiden selesema lebih tinggi kalau musim berubah, contohnya pada musim hujan atau selepas cuti sekolah. Namun, waktu paling ketara ialah dari November ke Januari dan Mac hingga Ogos.

Kes selesema juga meningkat pada musim jerebu (yang berlaku hampir setiap tahun akibat kebakaran hutan di negara jiran) kerana ia melemahkan sistem pertahanan badan dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada jangkitan virus.


Virus punca selesema


Antara punca utama selesema ialah jangkitan rhinovirus. Namun, virus lain seperti coronavirus dan virus human parainfluenza. Sebenarnya ada lebih 200 jenis virus yang dikenal pasti boleh menyebabkan selesema dan kebanyakannya ada di keliling kita.

Oleh kerana terlalu banyak jenis virus boleh mengakibatkan selesema dan kemunculan jenis virus baru, badan kita tidak dapat membina pertahanan terhadap jangkitan. Ini sebabnya selesema menjadi penyakit paling lazim dan kerap berulang. Malah, virus ini boleh menjangkiti orang lain sebelum badan mangsa pertama sempat membunuhnya.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan selesema berlaku dari satu individu ke individu lain iaitu apabila individu sihat bernafas dalam persekitaran dicemari virus selesema yang terbang ke udara melalui batuk atau bersin.

Malah, rhinovirus boleh merebak jika seseorang itu menyentuh mulut atau hidungnya selepas menyentuh permukaan tercemar. Bersin adalah kaedah penyebaran paling berbahaya kerana apabila bersin, kita mengeluarkan banyak virus sekali gus.

Kumpulan virus yang terkandung dalam percikan air liur ini tidak kelihatan, akan terapung-apung di udara dan mengambil masa lama sehingga beberapa jam sebelum jatuh ke tanah atau lantai. Ini sebabnya kita disaran menutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali bersin atau batuk.

Virus ini memasuki saluran pernafasan dan menyerang sel dalam nasofarinks (bahagian antara hidung dan tekak). Apabila memasuki sel, virus ini membahagi dengan cepat untuk menghasilkan lebih banyak virus baru.

Rhinovirus ada tempoh inkubasi (waktu antara jangkitan dan mula menunjukkan gejala serangan) yang pendek iaitu antara satu hingga tiga hari. Namun, waktu virus paling mudah berjangkit ialah sehari sebelum seseorang itu mengalami gejala selesema dan berlanjutan selama lima hari. Ini bermakna sebelum kita tahu seseorang itu selesema, dia sudah boleh menjangkiti orang lain.

Virus paling mudah berjangkit dalam persekitaran yang padat dan ramai orang. Ini sebabnya kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian sangat mudah mendapat selesema dan mereka juga menjadi pembawa virus paling berkesan kepada ahli keluarga lain.

Selesema jarang menyebabkan sakit kepala dan demam. Jika ia berlaku, itu tandanya anda diserang virus influenza yang lebih berbahaya. Gejala biasanya lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan demam. Biasanya gejala selesema berlanjutan antara lima hingga tujuh hari, tetapi batuk mungkin berterusan sehingga 14 hari.

Rawatan

Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk selesema. Rawatan yang ada hanya untuk mereda atau melegakan gejala penyakit. Jangan minta antibiotik daripada doktor anda kerana antibiotik adalah untuk jangkitan bakteria.

Ada yang percaya, dengan meningkatkan sistem imun badan, kita boleh mengelak jangkitan virus selesema. Antara kaedah digunakan ialah mengambil produk herba seperti Thujae occidentalis (daun cedar putih), Radix Baptisiae tinctoriae (akar indigo liar) dan dua ektrak Echinacea iaitu Radix Echinaceae purpureae (akar coneflower ungu) dan Radix Echinaceae pallidae.

Thujae dan Baptisiae menjadi perangsang sistem imun, manakala Echinacae pula mempunyai sifat antivirus. Kombinasi unik ini membantu meningkatkan sistem imun badan dan menentang jangkitan virus.

Herba ini datang dalam bentuk pil, diakui sebagai perubatan fito yang boleh menentang selesema dan dibuktikan melalui lebih 20 ujian klinikal. Lebih penting, ia selamat diambil semua peringkat umur, termasuk bayi dan kanak-kanak, serta tiada kesan sampingan.

Formulasi ini boleh diambil sehingga dua bulan, tetapi biasanya pengambilan untuk dua atau tiga hari berjaya menghentikan serangan virus selesema jika diambil sebaik gejala pertama selesema muncul.

Bagaimanapun, untuk kes selesema berulang, terutama di kalangan kanak-kanak, disaran mengambil herba ini selama dua hingga tiga minggu.

Namun, perlu berhati-hati kerana kanak-kanak memerlukan dos tepat dan lebih rendah berbanding orang dewasa. Justeru, lebih baik jika berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum mengambilnya supaya anak anda mendapat manfaat terbaik.

Antara kaedah lain untuk melegakan selesema ialah pengambilan ubat tahan sakit seperti parasetamol dan aspirin, semburan hidung (fenileprin) bagi melegakan hidung tersumbat, ubat batuk dan antihistamin.

Ummat Islam kurang bernas.

0 comments
Saban hari, kita lihat teknologi masakini sudah berpihak kepada orang Kristian atau lebih senang kita khususkan Yahudi. Contohnya, telefon bimbit. Penciptaan telefon bimbit seperti NOKIA sudah mempengaruhi masyarakat dunia untuk membelinya, termasuklah masyarakat ISLAM.






****************************************************************************







(Walaupun ketinggalan zaman namun
kemurahannya lebih menarik perhatian ummat
Islam untuk membelinya
)


Walaupun begitu, ummat Islam tidak berdiam diri malah mereka sendiri pun sudah mula mencipta dan memasarkan telefon bimbit ciptaan Ummat Islam untuk menyedarkan masyarakat Islam yang setiap wang pembelian telefon bimbit atau teknologi lain sebenarnya disalurkan kepada Tentera Israel untuk menakluki Baitulmaqdis.

Namun sejauh mana kecerdikan strategi Ummat Islam dari sudut teknologi, khususnya telefon bimbit. Syarikat-syarikat yang mencipta dan memasarkan telefon bimbit islamik ini lebih mementingkan keuntungan. Lihatlah, telefon bimbit islamik berharga lebih RM 300. Persoalannya, untuk siapakah telefon bimbit ini dijual? Agaknyalah, siapa yang ingin membelinya? sudah tentu orang berada. Orang miskin ynag kumpulan majoriti pula masih membeli NOKIA 3310, 3315 kerana ianya murah 2 kali ganda dan sesuai dengan kemampuan mereka. Salahkah jikalau mencipta telefon bimbit islamik yang fungsinya ringkas seperti Nokia 3310 dan 3315? Pastinya, ramai yang akan membelinya didorong pula dengan sikap sayangkan penjanaan kewangan bagi UMMAT ISLAM itu sendiri. Tak semestinya telefon islamik mesti ada aplikasi 30 juzuk Ayat Quran, Aplikasi Azan, mp3 dan video. Aplikasi rin
gkas pun tidak mengapa asalkan ummat Islam yang miskin secara majoritinya mampu membeli telefon bimbit tersebut. Barulah ada sokongan terhadap barangan buatan orang Islam dan pada masa yang sama dapat menyaingi telefon bimbit keluaran Yahudi.

Ini tidak, letak harga yang melambung tinggi, orang Islam pun terpaksa berfikir 2 kali. Bila terpaksa berfikir 2 kali, ada pula orang berkata "Demi umat, mahal pun tidak apa".

Mahal itu yang sebenarnya bermasalah. Fahami status Umat Islam masakini yang majoritinya seluruh dunia ini miskin. Hendak orang Islam membeli telefon bimbit islamik, tapi letak harga melambung yang melampaui kemampuan kewangan umat Islam yang semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi sekarang ini. Situasi di atas dikhususkan kepada strategi umat Islam di Malaysia.

Artikel ini bukan untuk menghina usaha usaha orang Islam untuk menyaingi sains dan teknologi orang Yahudi, tetapi tidak berpuas hati dengan cara atau kaedah yang digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009