Sunday, April 24, 2011

Nasi Lemak Memang Penyebab Obesiti

0 comments
 Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana mereka mendakwa langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Jangan tersalah faham apa yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Nasi lemak yang disebutkan dalam sidang media itu hanyalah salah satu contoh kepada penyebab obesiti.

Obesiti adalah kegemukan yang mampu membawa kepada kemunculan penyakit lain-lain pada masa yang sama. Contohnya, saluran darah tersumbat, sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dalam hal ini, masyarakat harus tahu maksud obesiti. Maksud obesiti tidak boleh dinilai melalui sudut fizikal badan seseorang itu sahaja. Ada sesetengah orang menganggap diri mereka mempunyai berat dan saiz badan yang ideal, tetapi hakikatnya mereka adalah golongan obesiti. Jadi, untuk menilai samaada kita obesiti ataupun tidak, kita perlulah menggunakan kaedah Body Mass Index (BMI).
Orang zaman dahulu sinonim dengan amalan
pertanian. Anak-anak pun dikerah untuk
membantu ibu bapa di situ. Aktiviti fizikal
di situ menyihatkan anak-anak.

Berbalik kepada isu nasi lemak, nasi lemak sebenarnya tergolong dalam makanan-makanan penyebab obesiti. Nasi yang kita makan setiap hari pun boleh membawa kepada obesiti juga. Masalahnya pada alaf ini, pemakanan nasi (lemak) kini tidak sama dengan pemakanan yang di ambil oleh orang-orang dahulu sekitar tahun 1990 an dan juga sebelum itu. Pada zaman itu, seseorang individu mengambil nasi lemak sewaktu sarapan. Selepas makan, mereka melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan bagi golongan ibu bapa pula mereka akan membajak sawah, menuai padi dan menoreh getah di mana penggunaan tenaga yang disumbangkan oleh nasi lemak tadi digunakan sepenuhnya. Penghasilan lemak dalam badan pun akan berkurang. Berbeza dengan sekarang, terutamanya golongan kanak-kanak, selepas sarapan atau makan besar mereka akan terduduk di hadapan televisyen dan juga komputer selama berjam-jam. Jadi, tenaga yang mereka dapat dari nasi lemak tadi akan berubah menjadi lemak di bahagian bahagian-bahagian badan (dalam erti saintifik, glukosa berlebihan yang tidak digunakan dalam badan akan ditukarkan kepada glukagon dan fat) kerana tidak digunakan.

Berikutan dengan fakta yang dinyatakan, langkah menghadkan pengambilan nasi (lemak) atau lain-lain makanan (tradisional) sememangnya boleh mengurangkan obesiti. Ini kerana, akan terdapat kesan psikologi yang pelajar akan terima terhadap pengambilan makanan. Apabila anak-anak terdidik dengan budaya sebegitu, secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ibu bapa mereka di rumah melalui interaksi antara satu sama lain. Semuanya bermula dari sekolah.
Zaman sudah berubah, anak-anak dikelilingi dengan kemajuan
teknologi. Aktiviti fizikal mereka tidak lagi seperti anak-anak
zaman dahulu.

Tindakan Kementerian memulakan langkah ini bukan untuk menghilangkan makanan tradisional, tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat terutamanya anak anak generasi masa depan agar prihatin terhadap pengambilan makanan pada alaf yang penuh kemajuan ini. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu. Zaman sekarang masyarakat lebih gemar duduk di hadapan TV dan komputer. Sekaligus keadaannya sudah berubah dalam hal pemakanan. Nasi lemak memang murah dan mengenyangkan, tetapi tidak semestinya murah dan mengenyangkan itu menjamin kesihatan sekiranya kita tidak pandai mengawal pengambilannya. Bak kata Hippocrates, tokoh Eropah tersohor, "Mari kita anggap makanan sebagai ubat, dan ubat sebagai makanan".

Berikutan penggunaan BMI dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah yang gagal memberi kesedaran kepada ibu bapa, ini perlulah difikirkan secara mendalam. Pertama, ibu bapa tidak mendapat kesedaran kerana guru-guru tidak menerangkan hal ini kepada mereka. Masalah kedua, guru-guru sendiri pun tidak memahami apa itu BMI dan kepentingannya dalam kesihatan murid-murid. Masalah ketiga, apabila guru-guru gagal memahami dan memberi kesedaran mengenai BMI, mereka menganggapnya hanya perkara remeh. Kementerian pasti sedar mengenai masalah ini kerana golongan guru-guru pun tidak berapa mahir dalam aspek makanan. Hendak meletakkan pegawai dietetik dan pemakanan di setiap sekolah pula menelan kos perbelanjaan yang tinggi malahan untuk menghasilkan professionalisme ini bukanlah satu perkara mudah dan mengambil masa yang amat panjang.

Ukuran untuk mengukur berat badan

Formula pengiraan
BMI =
( kg/m² )
Berat badan (kg)
————————————
Tinggi (meter²)
Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) berkata, pihak sekolah tidak boleh memaksa pemakanan kanak-kanak. Jika ibu bapa sudah gagal dalam kesedaran pengambilan makanan di rumah, mengapa pula pihak sekolah tidak mahu 'memaksa' pelajar-pelajar sekolah dalam pengaturan pemakanan?

Kesimpulannya, nasi lemak, bihun, mee, mamee monster, sotong kering, nasi kerabu atau apa sahaja boleh menyebabkan obesiti. Langkah Kementerian Kesihatan untuk melakukan agenda pemakanan ini kerana faktor waktu dan budaya pemakanan dan aktiviti fizikal (senaman) masyarakat kini tidak lagi sama seperti zaman dahulu. Obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal. Walaupun begitu, langkah awal perlu diambil.




















*Sabda Nabi Muhammad S.A.W : Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca penyakit.


Friday, April 1, 2011

Awas! Kondominium Sedang Bergerak.

0 comments












Hakikatnya, ia sebuah bas sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009