Phineas Gage (1823-1860) adalah seorang penyelia pembinaan landasan keretapi pada tahun 1848. Peribadinya kemas, penuh dengan keyakinan diri dan mesra dengan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, bertempat di tapak pembinaan, Gage telah menghadirkan diri untuk menjalankan prosedur meletupkan batu batan yang begitu besar. Untuk membina landasan keretapi, batu batan tersebut perlu diletupkan terlebih dahulu. Para pekerja di bawah arahan Gage akan mengorek dahulu lubang di batu batan tersebut menggunakan gerudi untuk meletakkan serbuk letupan di dalamnya, kemudian serbuk letupan itu akan dilapisi dengan pasir untuk mengelakkan tindakbalas kimia berlaku apabila sebatang besi pengasak diletakkan di situ nanti (untuk membuat letupan lebih kuat). Akhir sekali, letupan akan dilakukan melalui pengawalan suis oleh salah seorang pekerja.
Setelah letupan berakhir dan batu berkecai, Gage kini pergi meneliti batu batan tersebut. Setelah puas meneliti batu batan tersebut, Gage mengambil sebatang besi pengasak dan meletakkannya di atas baki bserbuk letupan. Malangnya, Gage terlupa meletakkan lapisan pasir terlebih dahulu. Satu letupan kuat berlaku. Besi pengasak tersebut dengan lajunya menusuk bawah dagu sebelah kirinya dan menembusi tulang, otot dan otak dikepala Gage.
Gage terpelanting, tersungkur dan kemudian pengsan. Beberapa minit kemudian, dia sedar dan mampu berdiri (dengan bantuan) dengan besi pengasak masih menembusi kepalanya. Para pekerja di situ terkejut melihat keadaan itu. Dengan serta merta, Gage digegaskan ke rumah ahli fizik berdekatan dengan bandar. Nyawa Gage di hujung tanduk, otaknya membengkak dan jangkitan kuman telah berlaku. Namun, Gage berdepan dengan masalah itu hanya untuk beberapa bulan. Dia kembali sembuh selepas itu. (Besi pengasak tersebut telah disimpan dan menjadi bahan pameran di muzium kini).
Menariknya, selepas peristiwa itu, keperibadian Gage telah berubah serta merta. Dia kini panas baran orangnya, dan mudah bertumbuk dengan orang sekeliling walaupun hanya sedikit perselisihan faham yang berlaku. Suara dan gaya bahasanya juga kasar. Komitmen kepada tugasnya juga turut terjejas ekoran sikap Gage yang sudah tidak bertanggungjawab. Gage dipecat dari kerjanya sebagai seorang penyelia pembinaan landasan keretapi.
Bagi ahli fizik yang merawat Gage sebelum ini, Gage sekarang bukan lagi seperti Gage yang dahulu. Peristiwa besi pengasak menembusi bahagian kepala terutama sekali otaknya dipercayai menjadi punca sikap Gage berubah serta merta. Gage meninggal pada usia 37 tahun, 12 tahun selepas kemalangan itu. Tengkoraknya menjadi simpanan Harvard Medical School untuk bahan rujukan.
*Jaga kepala anda.