Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Wednesday, March 25, 2009

Roswell Bawa Kontroversi UFO

Insiden UFO di Roswell, New Mexico,USA mengaitkan penemuan bahan-bahan logam berhampiran di kawasan tersebut pada 7 Julai 1947. Sejak dari itu sehinggalah ke awal 1980 an, ianya telah menjadi satu subjek yang hangat serta penuh kontroversi dan persoalan. Terdapat banyak pandangan yang berselerak tentang apa yang sebenarnya terjadi di Roswell dan keghairahan perdebatan menjadi agenda setiap hari berkenaan bukti-bukti yang hendak dipercayai. Tentera Amerika Syarikat ketika itu menyatakan bahawa penemuan tersebut itu adalah saki baki sisa logam atau sampah dari kajian mereka iaitu Belon Udara Pengawasan Altitude Tinggi( Experimental High-altitude surveillance balloon) di bawah program bernama "Mogul". Walaupun begitu, penyokong-penyokong kepercayaan UFO menyatakan insiden itu adalah kapal makhluk asing yang terhempas dan banyak tubuh badan yang tidak dikenalpasti ditemui di kawasan kejadian. Selepas hujah tentera Amerika Syarikat tidak tepat dan tidak diterima ramai, ramai beranggapan pihak tentera terus menyimpan kes ini tanpa memaklumkan kepada orang awam. Insiden itu telah menukarkan kes itu sebagai fenomena kejutan budaya, manakala untuk sesetengah pihak, Roswell sinonim dengan UFO. Publisiti insiden ini terus meningkat dan kontroversi kes itu masih lagi bernyawa sehingga kini. Malahan kajian tentang Peristiwa di Roswell tetap diteruskan memandangkan terdapat banyak laporan dari orang awam yang ternampak piring terbang di udara bukan sahaja di Roswell tetapi di kawasan lain juga.





(





Roswell Daily Report-8.7.1947-

melaporkan tentang peristiwa piring terbang)

1 comments:

Syed Azaharul said...

saya ada bincangkan topik Roswell di Forum Atasbawah..

anda boleh lihat di sini:
http://forum.atasbawah.com/viewthread.php?tid=376&page=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009