Friday, March 20, 2020

Apa Itu Kerja Swasta?

Bagi sesiapa yang baru sahaja lepas belajar, anda mahu bekerja bukan? Anda perlu tahu 2 sektor bidang pekerjaan. Iaitu sektor kerajaan dan sektor swasta. Perbezaannya adalah ketara dari sudut tempoh pekerjaan, kestabilan gaji dan persekitaran.

Bagaimana untuk kita mengenali samaada itu adalah sektor swasta?
Tersangat mudah. Mana-mana nama syarikat yang memiliki SDN BHD, ENTERPRISE, TRADING, CO, INC, CORPORATION adalah syarikat-syarikat di bawah sektor swasta.

Namun, ada juga syarikat swasta yang bekerjasama dengan kerajaan. Faedah/elaun bekerja tidaklah sama dengan penjawat awam. 

Kenapa syarikat swasta sangat berbeza dari kerja kerajaan?
Sektor kerajaan membolehkan anda bekerja sehingga umur pencen. Jika untuk mendapatkan faedah pencen, terdapat tahun minimum yang wajib anda habiskan dahulu. Bagi sektor swasta, tempoh pekerjaan mengikut sistem kontrak kebanyakannya. Contohnya, kontrak 1 tahun. Bila anda habis bekerja 1 tahun, terpulang kepada anda/budi bicara syarikat untuk menamatkan perkhidmatan. Kemudian anda harus kembali ke lapangan untuk bersaing mencari kerja baru di syarikat lain pula demi sesuap nasi.


Berapa minimum gaji untuk sektor swasta?

Majikan sekarang mengikuti undang-undang yang telah digazettekan. Iaitu RM 1050/sebulan gaji minimum. Gaji-gaji OT, bonus jualan dan lain-lain belum termasuk.

Boleh lepas ke kalau nak buat pinjaman?
Boleh. Asalkan anda ada slip gaji paling minimum 6 bulan - 1 tahun. Pada masa yang sama, harga kereta dan rumah haruslah bersesuaian dengan kadar gaji anda. Begitu juga dengan komitmen (hutang bank) yang belum langsai haruslah tidak membebankan. Itulah faktor-faktor untuk mudah lulus pinjaman.

--------------------------------------------
Jika anda berimpian untuk kerja di sektor kerajaan, pastikan anda dapatkan panduan terbaru di sini.KLIK SINI.



---------------------------------------------

Boleh ke kerja lama-lama di syarikat swasta?
Baik. Jika anda mula kerja di syarikat swasta pada umur 18 tahun, kestabilan bekerja untuk tahun pertama kebiasaannya ada. Apabila anda masuk tahun ke-2, pihak syarikat akan menilai prestasi anda dengan pekerja baharu masuk. Persaingan ada di situ. Cabaran ada di situ. Samaada anda mahu meneruskan cabaran atau melompat masuk ke syarikat lain, terpulang pada anda.

Ada orang bekerja sehingga 5 tahun. Ada juga sehingga 10 tahun. Mengikut tahap prestasi, sosial dan politik sesebuah syarikat swasta.

Bolehkah solat ketika bekerja di sektor swasta?
Boleh. Kebanyakan sektor swasta non muslim membenarkan solat kepada para pekerja muslim. Malahan, anda boleh membuat aduan jika syarikat tidak membenarkan anda menutup aurat & bersolat.

Kesimpulannya, bekerja sahaja di sektor swasta. Boleh juga dapat gaji bulanan untuk menyara kehidupan keluarga. Jangan duduk rumah & kurangkan obses terhadap kerja kerajaan. Khuatir, anda terlepas banyak peluang walaupun anda belum bergelar penjawat awam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009