Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, May 20, 2013

Komuniti FB Saya Sayang Tun Mahathir Menjana Pemikiran Intelektual

7 comments

BeritaKini tidak menyangka, masih lagi terdapat insan ataupun golongan-golongan muda yang mempunyai pemikiran intelektual, pemikiran yang tidak mudah menggelabah, pemikiran yang logistik dan juga mempunyai pemikiran berwawasan. Kemunculan komuniti FB Saya Sayang Tun Mahathir banyak membuka mata BeritaKini dan pihak lain akan pemikiran intelektual yang ditonjolkan. Kenapa? Mari kita singkap kembali sejarah peperangan pendapat/kritikan dalam dunia siber.

Dunia siber semenjak tahun 2008 dan sebelumnya lagi dikuasai oleh pihak yang sering membangkang agenda kerajaan dan perkara berkaitan dengan kerajaan. Pendek kata, penyokong agenda kerajaan boleh dianggap tidak celik IT dan media sosial. Hanya sekadar menjadi pemerhati dan menyimpan kesabaran yang tinggi sahaja. 

Cuba perhatikan komuniti-komuniti media sosial yang dibawa oleh golongan yang membangkang, tahap pemikiran yang dibawa lebih kepada menaikkan emosi. Emosi itulah yang mereka cuba tonjolkan dahulu agar penyokong-penyokongnya akan mudah memperkembangkan sesuatu isu mengikut kaedah 'Like and Share'. Faktanya di sini, apabila isu yang tidak sahih muncul, penyokongnnya sepantas klik berkongsi dengan kawan-kawannya. Tetapi, apabila isu itu sudah sahih salah dan perlu diperbetulkan, mereka diam seribu bahasa. Dari situ, kita sudah boleh menilai sejauh mana prinsip mereka untuk mempertahankan kebenaran isu yang dibawa.

Komuniti FB Saya Sayang Tun Mahathir ketika PRU 13 sehinggalah sekarang menonjolkan satu prinsip yang menyenangkan hati BeritaKini. Satu prinsip yang bertepatan dengan ajaran Islam iaitu tidak menegakkan benang yang basah. Jujur dengan sesuatu isu boleh menghindarkan diri daripada pemikiran taksub. Kalau dilihat 'likers' yang komen di setiap status itupun menyenangkan hati. Semuanya berfikiran realistik. Realistik dengan persekitaran, perhubungan manusia dan pengalaman hidup. 

Di sini BeritaKini ingin senaraikan perkara yang BeritaKini nampak sepanjang bergelumang dengan dunia siber.


1) Kebenaran sesuatu isu itu tidak akan muncul serentak dengan isu yang tidak benar (a.k.a fitnah). Kadang-kadang ia akan mengambil masa yang lama untuk muncul.

2) Penyokong kerajaan kebanyakan bersikap Silent Majority. Mereka lebih pentingkan soal perhubungan sesama rakan dan risau untuk berkongsi perkara berkaitan politik walaupun perkara itu benar.

3) Penyokong yang sering membangkang kerap akan 'share' apa sahaja yang mereka anggap betul. Ini dinamakan 'keyboard warrior'. Namun, apabila isu yang mereka 'share' itu salah dan perlu diperbetulkan, mereka diam seribu bahasa tanpa rasa bertanggungjawab.

4) Ada lagi pecahan dua jenis golongan dalam peperangan siber. Golongan pertama adalah golongan sastera. Ini golongan terbanyak. Mereka mudah terpengaruh dengan bahan bacaan dan mudah mempercayainya tanpa mempersoal kredibiliti orang yang membawa isu tersebut. Prinsip mereka, 'share dahulu, yang lain-lain itu kemudian'.


Golongan kedua pula adalah golongan intelektual. Golongan ini adalah golongan paling sedikit. Kebanyakan mereka bersikap Silent Majority dan kurang mengamalkan sikap 'like and share' yang keterlaluan. Tetapi, sekiranya pemikiran intelektual mengemukakan pendapatnya secara logistik ia mampu mematahkan seluruh isu-isu fitnah dan tidak benar yang menguasai dunia siber sekian lama. 

5) Golongan yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hujah-hujah agama BeritaKini golongkan dalam golongan sastera. Adakalanya betul dan adakalanya tidak betul. Yang tidak betul itu jikalau berlaku memang merosakkan kesucian agama Islam itu sendiri.

6) Kebanyakan hujah-hujah agama yang membangkangi kerajaan tidak berpandukan fakta yang menyeluruh.

Yang pentingnya disini adalah pemikiran intelektual, pemikiran logistik dan pemikiran berwawasan. Kesemua pemikiran ini diajar dalam Agama Islam itu sendiri. Tidak perlu BeritaKini mengemukakan sumber-sumber rujukan yang spesifik. Anda boleh fikir sendiri  sirah kehidupan Nabi, Hadis-hadis dan Ayat Al-Quran yang anda temui setiap hari, kesemuanya mengajar hal-hal berkaitan pemikiran intelektual. Namun, kebanyakan orang tidak mengambil endah akan hal ini. Sedangkan pemikiran-pemikiran ini berpandukan kepada fakta-fakta. Fakta-fakta inilah yang menentukan kekuatan sesuatu hujah. Hanya copy paste dari Utusan, Berita Harian, MalaysiaKini, Harakah, dan Suara Keadilan masih lagi tidak cukup. Anda perlu keluar dari kepompong 'keyboard warrior' dan cari kebenaran di dunia realiti. Kemudian kembalilah ke dunia siber berkongsi cerita secara intelektual.

Kepada SSTDM, semoga maju jaya membentuk pemikiran intelektual dalam kalangan rakyat Malaysia di dunia siber. 

*BeritaKini juga selalu meneliti komuniti FB yang membangkangi kerajaan. Diucapkan terima kasih juga kepada mereka kerana 'alert' dengan sesuatu isu. Namun, ada banyak perkara perlu diperbetulkan.

Saturday, May 18, 2013

Ipad Malaysia : 7 kelebihan memilikinya

0 comments
Sumber gambar: Apple.com
Apa itu Ipad? 

Ipad adalah sejenis komputer berbentuk tablet (papan nipis) yang dicipta oleh Syarikat Apple Inc. Ipad yang pertama telah dilancarkan pada 3 April 2010. Penggunaannya adalah melalui sentuhan skrin (touch screen) termasuklah papan kekuncinya (Virtual Keyboard). Ipad turut disertakan dengan Wi-Fi (gelombang internet) dan pada sesetengah model Ipad.


Apakah fungsi Ipad?

Ipad boleh:
1) merakam video
2) fotografi
3) mendengar musik
4) melayari internet dengan mudah seperti email.
5) Permainan komputer boleh dimainkan dalam Ipad. Tidak perlu lagi duduk statik depan komputer kerana dengan Ipad, anda boleh bermain di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan perkara selain permainan komputer.
6) Perkhidmatan GPS.
7) Sosial (Facebook, Twitter, Skype dan lain-lain)
8) Software-software terbaru dapat dimuat turun dari App Store. Terdapat lebih 800 000 apps software disediakan oleh Apple untuk kepuasan penggunanya.

Apakah Ipad yang terbaru?

Ipad yang terbaru adalah Ipad Fourth Generation dan Ipad Mini. Ipad Fourth Generation telah di lancarkan pada November 2012. Sebanyak 3 juta unit Ipad Fourth Generation dan Ipad Mini telah terjual pada hujung minggu pertama!

Di manakah untuk membeli Ipad secara online?

Ipad boleh dibeli secara online dari laman web popular Lazada Malaysia.  Jumlah harga dan bayaran termasuk penghantaran adalah dalam lingkungan RM 1000-1400.

Apakah 6 manfaat memilikinya?

1) Berbentuk papan nipis dan ringan, boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

2) Bateri Ipad boleh bertahan selama 10 jam. Perkhidmatan Wi Fi internet, permainan komputer, internet, mendengar muzik dan menonton drama video dapat dilakukan dengan lancar.

3) Ipad sangat mesra alam kepada pelbagai peringkat usia dari kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Terdapat banyak perisian yang boleh dimuat turun mengikut kegemaran para pengguna. Contohnya, perisian (software) mengira ramalan berat badan dan kalori terbakar ketika berjoging.

4) Saiz skrinnya besar, Oleh itu, kepuasan ketika bermain permainan komputer, melakukan urusan perniagaan secara bertulis, mendengar muzik dan menonton video adalah tersangat memuaskan.

5) Boleh membuat urusan menulis dalam Ms Office Word, Powerpoint dan lain-lain dalam Ipad walaupun anda tersangkut di kesesakan trafik di kota raya.

6) Dapat bersosial dengan lancar. Facebook, twitter dan skype dapat diakses dengan baik dan sempurna. Ipad amat berguna bagi ahli perniagaan yang selalu bergerak bebas. Ini amat memudahkan perhubungan antara pelanggan atau rakan sekerja.

7) Urusan perniagaan, urusan pembelajaran dan urusan perhubungan dapat dijalankan secara efektif dan menjimatkan masa dan tenaga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009