Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, January 21, 2013

Pengunduran Tun Dr. Mahathir selari dengan konsep psikologi dan saintifik


Pengunduran Tun Dr. Mahathir daripada jawatan perdana menteri pada tahun 2002 adalah suatu yang menepati kehendak psikologi dan saintifik. Jarang kita dengar ulasan mengenai pengunduran seseorang pemimpin dari sudut psikologi dan saintifik. Sebenarnya, BeritaKini kali ini ingin menceritakan kepada anda kesan umur kepada tahap kualiti kepimpinan.

Dalam pembelajaran psikologi, golongan yang berumur dari 20 sehingga ke 80 tahun ke atas dibahagikan kepada beberapa kategori. Terdapat banyak kategori mengikut kajian-kajian yang dilakukan. Namun, mesej yang ingin disampaikan adalah sama iaitu setiap kategori umur mempunyai kesesuaian tersendiri dalam memimpin sesuatu organisasi.


Golongan manusia yang berumur 65 tahun ke bawah adalah golongan yang sesuai untuk menerajui sesuatu organisasi seperti ketua pengarah, pengurus pemasaran, dan jawatan yang memerlukan membuat keputusan yang analitikal. Tahap fizikal mereka masih lagi kuat. Kekuatan otot masih lagi cekal serta tisu-tisu saraf turut berada dalam keadaan normal. Pada masa yang sama, sistem imunisasi masih lagi kuat dan boleh terhindar dari segala pendedahan bakteria dan virus sekeliling yang boleh membawa kepada sakit-sakit.


Berbeza dengan golongan manusia yang berumur 65 tahun ke atas, pada masa ini sistem saraf mereka semakin berkurangan dari hari ke hari. Tahap pemikiran tidak sepantas waktu muda dahulu. Dan ada juga yang kerap lupa. Jisim-jisim otot pula semakin berkurangan dan mengecut. Jadi tubuh fizikal tidak sekuat. Andai dipaksa, tubuh badan mereka akan mudah diserang penyakit. Maka, jawatan yang sesuai untuk mereka ini adalah penasihat organisasi, sebagai sumber inspirasi dan pengalaman dan juga jawatan-jawatan yang tidak memerlukan memikirkan hal-hal yang kritikal ekoran pergerakan tubuh dan fikiran mereka yang agak terhad. 

Apa yang BeritaKini nukilkan di sini adalah pengetahuan am BeritaKini tentang psikologi. Kesimpulan yang ingin BeritaKini buat adalah, pastikan ada meneliti aspek-aspek ini juga ketika memilih seseorang ketua. Tidak kiralah ketua apa pun.

Sumber ilmu pengetahuan : Buku "Psychology Around Us".


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009