Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, December 24, 2012

Trek Joging untuk Wawasan 2020

Gambar Hiasan
Psikologi umat manusia memang menarik. Jika kita uar-uarkan impian kita kepada orang-ramai, kita lebih cenderung untuk berusaha menggapai impian tersebut. Berbanding jika kita simpan impian kita dalam hati, disiplin untuk menggapai kejayaan pasti akan berselerak tabak. Begitulah analoginya terhadap Wawasan 2020. Ia satu impian yang tinggi yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Beritakini memerhati, perjalanan menuju Wawasan 2020 memang cerah. Beritakini selalu berdoa agar pada tahun 2020 semua orang dipanjangkan umur agar dapat menyaksikan pengisytiharan status Negara Maju Menjelang 2020.

"Harapan saya pada tahun 2020 nanti wang adalah bukan faktor semata-mata, tetapi saya berharap agar rakyat Malaysia disanjung tinggi oleh dunia", Hampir begitulah kata-kata Tun Dr. Mahathir. Disanjung tinggi bermaksud disanjung daripada pelbagai aspek seperti jasmani dan rohani.

BeritaKini sebenarnya ingin menyentuh soal amalan penjagaan kesihatan jika menjelangnya Tahun 2020. Contohnya seperti amalan bersenam masih lagi kurang dipraktikkan oleh golongan muda dan tua. Tidak seperti negara China, mereka aktif bersenam walaupun menjengah usia tua.

BeritaKini terfikir, apakah memang rakyat Malaysia malas bersenam? Jika mereka malas bersenam, mengapa tidak jika kita binakan satu kemudahan yang mesra alam untuk mereka bersenam? Ya, tidak dinafikan sudah ada, tetapi terlampau sedikit sangat. Kita sekarang sudah ada Kedai 1 Malaysia, BR1M, Klinik 1 Malaysia dan lain-lain entiti bantuan lagi. Tujuannya untuk memudahkan pengurusan dan kewangan masyarakat.

Mengapa tidak jika peneraju negara sekarang merancang untuk membina Trek Jogging Satu Malaysia? Mungkin boleh dibina setiap satu bagi setiap daerah ataupun setiap mukim satu trek jogging? Trek Jogging hanya perlukan turapan tar sahaja. Manfaatnya boleh dilihat untuk jangka masa panjang. Berjogging adalah satu amalan yang  murah kosnya. Kalau kita pergi ke gimnasium, perlu berebut dengan orang lain di atas Treadmill. Keadaan tidak mesra alam untuk aktiviti aerobik (aktiviti yang tidak menggunakan alat pengangkat berat). Ditambah dengan yuran bulanan yang melebihi RM50/sebulan, boleh menyesakkan dada.
Cuba lihat simbol ini. Mungkin Trek Jogging boleh dibina mengikut  bentuk simbol di atas. Tidak perlu ruang yang banyak untuk membina Trek Jogging. Bahagian '8' mungkin boleh dikhususkan untuk wanita manalaka yang bulatan itu untuk golongan lelaki berjogging. Yang selebihnya itu tanamlah pokok atau rumput bagi cantik-cantik. 

Alangkah bangganya nanti jika pada Tahun 2020 nanti, pabila negara diisytiharkan sebagai Negara Maju, amalan penjagaan seperti berjogging menjadi amalan kebiasaan masyarakat Malaysia setiap hari. Jika kita paparkan kepada seluruh dunia dengan amalan berjogging ini seiring dengan status negara maju, pasti kita akan lebih disanjung tinggi.

BeritaKini harap Trek Jogging Satu Malaysia boleh menjadi satu kenyataan. Tabiat bersenam boleh dipupuk jika kita sediakan kemudahan itu dekat jaraknya dengan mereka. Bagi BeritaKini, berjogging adalah satu amalan bersenam yang boleh dikatakan kosong kos untuk melakukan.

p/s: BeritaKini pernah ternampak budak sekolah berjogging tepi jalanraya yang sibuk dengan kereta dan lori di kampung BeritaKini.
----------------------
visit
Learn Simple English Grammar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009