Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Sunday, August 26, 2012

Lelaki 78 tahun, komputer dan remaja zaman milenium

Gambar hiasan
Adakalanya, BeritaKini terfikir. Apakah inspirasi yang boleh diberi oleh seorang wargaemas 78 tahun yang buta IT kepada remaja pada zaman milenium ini. Selain daripada ilmu agama (kalau tinggi) dan pengalaman hidup, apa lagi yang mampu mereka rangsangkan kepada anak-anak remaja ini agar dapat mengharungi kehidupan yang sarat dengan cabaran, terutamanya dalam pendidikan.

Sebagai pemerhati keadaan, kita kena bersikap adil dalam menilai. Memang wargaemas sukar hendak faham perkara-perkara baru dalam dunia milennium ini. Namun, ada sesetengah wargaemas terpaksa memikul tanggungjawab untuk mendidik remaja zaman teknologi canggih ini. Ini adalah pengalaman BeritaKini. Melihat seorang lelaki berumur 78 tahun mendidik remaja-remaja dengan gaya tersendiri. Bekas askar pencen, dengan gaya tersendiri pula, faham-fahamlah bagaimana keadaannya. Sampaikan para remaja di bawah didikannya pun tidak menggemari beliau. Apa tidaknya, sudahlah buta IT, berfahaman 'game komputer adalah perosak' pula.

Tiada anak muda pada zaman ini yang tidak akan pernah sentuh komputer. Hatta yang berada di pedalaman atau tidak berkemampuan pun dalam seminggu pasti ada menggunakan komputer dan internet. Jadi, fahaman sesetengah wargaemas yang 'anti-game' adalah ketinggalan zaman. Kita boleh didik para remaja untuk mengawal keinginan mereka untuk bermain 'game'. Bukan menghalang sepenuhnya mereka bermain 'game'. Janganlah sampai remaja-remaja ini mengalami 'culture shock' selepas berumur 18 tahun. Orang lain sibuk nak ke kolej dan universiti, mereka pula tengah sibuk hendak bermain 'game' di kafe siber semata-mata untuk memenuhkan keinginan disekat penggunaan.

Pendapat BeritaKini, remaja-remaja ini tidak salah. Tetapi, yang salahnya adalah golongan wargaemas seperti ini. Sudah tidak pandai beradaptasi dalam didikan remaja zaman milenium. Namun itulah hakikat, wargaemas sudah tidak berdaya untuk memimpin ketika usia begini.

*Analisis di atas berdasarkan pengalaman BeritaKini di sebuah pusat kebajikan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009