Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Wednesday, January 18, 2012

Politik 'Video Oley' : Kenapa Kerajaan Kelantan tidak pernah melampirkan secara umum Rang Undang-undang Hudud Kelantan 1993?

Video milik blogger pro-kerajaan iaitu Kawasaki dikritik hebat kerana melakonkan skrip-skrip yang dikatakan menghina hukum Allah. Lantas daripada itu, muncul pula satu video yang bertujuan membalas balik video milik Kawasaki. Video itu mengandungi penerangan-penerangan yang 'DIANGGAP' lengkap mengenai Hudud. Namun, jauh panggang daripada api.

Kenapa BeritaKini berkata demikian? 

BeritaKini kesian melihat Bob Lokman. Dalam video tersebut beliau bertanya soalan yang begitu am. Beliau tidak bertanya pun kenapa boleh wujud perubahan dalam Rang Undang-undang Hudud 1993 Kelantan. Sedangkan perubahan-perubahan itu bercanggah dengan Al-Quran. Dan atas dasar apa kandungan dalam Rang Undang-undang Hudud 1993 boleh berubah? Dan wajarkah ia dilaksanakan? Bob Lokman terlupa hendak tanya soalan itu.

Sehingga sekarang, apabila ada ceramah mengenai Hudud dalam konteks Malaysia, Rang Undang-undang Kelantan langsung tidak dibahaskan dan tidak dilampirkan. Huraian dalam bentuk buku pun tiada. Sedangkan Rang Undang-undang Hukum Hudud Kelantan itulah yang jelas menghina hukum Allah. HUKUM ALLAH TELAH DIUBAH OLEH TANGAN-TANGAN MANUSIA yang tidak bertanggungjawab. Menambah teruk lagi keadaan, sudahlah mengubah hukum Allah, menuduh orang lain (Tun Dr. Mahathir) menolak hukum Allah secara 'total'. Sedangkan Tun Mahathir melarang Kelantan melaksanakannya kerana untuk menjaga kesucian hukum hudud yang disebut dalam Al Quran.

Mengapa kita tidak boleh melaksanakan hukum Hudud Allah yang tidak sama dengan Al Quran?

Banyak negara-negara Islam di Asia Timur mengamalkan hukum hudud Allah yang tidak tulen. Bermaksud, hukum Hudud yang berubah. Kesannya, Hukum Hudud itu terus berubah dan berubah mengikut perkembangan politik negara tersebut. Ini bermakna, hukum hudud telah dicemari. Disebabkan itulah, kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan dahulu penangguhan pelaksanaan Hudud berdasarkan situasi semasa, di samping menggerakkan cabang-cabang tuntutan Islam lain. Soal hukum hudud perlu difahami sepenuhnya, bukan sekerat-kerat.

BeritaKini tertarik dengan pelaksanaan Hukum Hudud dalam kalangan orang Islam yang ditimbulkan dalam video Oley. Hukum Hudud boleh dilaksana pada orang Islam sahaja? Pada zaman Nabi, terdapat seorang lelaki bukan Islam yang mengakui berzina di hadapan Rasulullah. Rasulullah mengarahkan hukuman mengikut kitab ajaran agama lelaki itu. Namun, apabila diteliti, hukuman yang terdapat dalam kitab tersebut adalah sama dengan dalam Al Quran. Lantas, dihukumnya lelaki itu mengikut hukum tersebut. Adakah kitab ajaran lelaki bukan Islam itu sama dengan kitab ajaran yang wujud masa kini? BeritaKini tidak menyuruh anda berfikir secara logik akal. Tetapi fahamilah situasi ini berdasarkan penerangan lengkap dalam buku:

'SIAPA TOLAK HUDUD? UMNO ATAU PAS?' 
Karangan Ustaz Kamal Saidin.

Buku ini diedarkan secara percuma kepada seluruh ahli UMNO sekitar tahun 2000. Namun, BeritaKini tidak pernah jumpa buku huraian dari pihak Kerajaan Kelantan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan. Sebaliknya, hanyalah ceramah yang bermain kata-kata 'hudud' sahaja. Tidak menyentuh kepada kandungan Rang Undang-undang Hudud di Kelantan itu.

Alangkah baiknya kalau buku itu di'scan' dan di'upload' ke internet. Barulah kita tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Rang Undang-undang Kelantan. Bukan SATU perubahan, tetapi LIMA perubahan telah berlaku. Nilailah, sama ada ia bermotifkan politik ataupun tidak.

Sila Klik!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009