Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, November 7, 2011

Pujian melambung untuk MasterChef Malaysia

0 comments
Bab-bab dunia makanan memang BeritaKini prihatin sebab BeritaKini memang terlibat dalam dunia pemakanan. Artikel sebelum ini lebih mengkritik/menegur Chef Johari, janggut dan jambangnya itu. Tapi, kali ini BeritaKini ingin memuji MasterChef Malaysia dalam mengendalikan program itu.

Perhatikan setiap episod MasterChef Malaysia, semua tutur kata peserta dan juri dilafazkan dalam Bahasa Melayu. BeritaKini rasa ringan kepala dan terasa ada identiti Masyarakat Malaysia dalam program tersebut. Berbeza dengan program realiti lain, yang selalunya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantara. Habis segala budaya barat dan keseksian terlampau pula sengaja ditonjolkan (untuk program realiti TV nyanyian) lantas merosakkan agama, budaya bangsa dan negara.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekadar meminati program MasterChef Malaysia.

*Apabila anda makan satay, pastikan anda memakan timunnya sekali. Satay yang dipanggang terdapat bahan kimia CARBON. Ia boleh meningkatkan risiko untuk tumbesaran kanser. Timun adalah antikanser. Ia meneutralkan kesan CARBON terhadap sel-sel dalam badan. (Agak am penerangan ini dari sudut biokimia, tetapi hal ini sudah terbukti secara saintifik)

Sunday, November 6, 2011

Janggut dan jambang Chef Johari dalam Masterchef Malaysia perlu di'teliti' semula

2 comments
Masterchef Malaysia sudah mula bersiaran beberapa minggu lepas. Program realiti yang berformatkan Masterchef US dan Masterchef Australia sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia. Sekarang, bagi BeritaKini, tahap penyampaian cerita para peserta dan info makanan dari Masterchef Malaysia adalah baik.

Namun, ada sesuatu yang tidak kena pada seorang Juri MasterChef Malaysia iaitu Chef Johari. Mungkin ini pandangan peribadi BeritaKini. Ketika kamera mengfokuskan wajah Chef Johari menjamah makanan untuk sesi penilaian, BeritaKini rasa agak tidak selesa dengan janggut dan jambangnya itu. Secara ringkasnya, selera makan hilang. Tidak dapat dinafikan janggut dan jambangnya kemas tapi jika dipendekkan lagi mungkin akan menyelerakan BeritaKini. Lagi sekali, ini hanyalah pandangan peribadi BeritaKini sahaja. Jika anda tidak menyokong BeritaKini, tidak mengapa.

Tujuan BeritaKini menegur Chef Johari ini bukannya suka-suka ataupun membenci beliau. Ini kerana, di dalam garis panduan Penyediaan Makanan, kekemasan tukang masak dan staff masakan lain adalah penting. Ia mempengaruhi kebersihan makanan dan tahap selera si penjamah makanan itu nanti. Cuba fikirkan bagaimana sehelai janggut dan jambang jatuh ketika proses penyediaan makanan. Bakteria akan mencemari makanan. Sehelai bulu boleh membawa lebih 1000 jenis bakteria asing ke dalam makanan. Sebagai seorang Chef, hal ini patut dititikberatkan. Mungkin Chef Johari tidak memasak dalam MasterChef Malaysia, tetapi memberi contoh kekemasan adalah perlu. Di Korea dan Jepun, tukang masak akan memakai penutup mulut ketika menyediakan makanan. Di Malaysia, walaupun di hotel, amalan memakai penutup mulut jarang kita jumpai.

Harap MasterChef Malaysia menitikberatkan soal kekemasan. Kepada Chef Johari, janganlah marah di atas artikel ini. BeritaKini ada dua tujuan, satu untuk menegur Chef Johari, dan lagi satu untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kebersihan dan kekemasan ketika penyediaan makanan. Terimalah ini dengan fikiran positif.

*Jika diletakkan slot bersama pakar pemakanan, MasterChef Malaysia pasti akan jadi lebih hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009