Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Sunday, May 15, 2011

Pokoknya, Buah-buahan Itu Penting


Kita seringkali terlihat atau mendapat flier-flier iklan mengenai minuman-minuman dan makanan-makanan keluaran sekarang yang berasaskan makanan tradisional mahupun moden. Kebanyakannya mampu untuk merawat penyakit kronik seperti diabetes, bengkak-bengkak dan juga mampu mengekalkan kecantikan kulit. Contohnya, Jus Penawar Herba dan lain lain lagi.

Tidak kiralah apa jua jenama jus penawar penyakit, pokoknya, apa yang ingin diberikan oleh jus tersebut kepada badan kita adalah khasiatnya. Cuba anda lihat label di belakang minuman-minuman jus keluaran tradisional ataupun moden. Anda dapati jarang ada bahan kimia ciptaan terbaru pun yang terkandung dalam jus-jus sebegini, yang ada hanya campuran khasiat-khasiat semulajadi dari buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Contoh khasiat-khasiat buah-buahan ialah vitamin A, D, E, K, B, calcium, potassium, magnesium, sodium dan lain-lain lagi.

Limau terkenal dengan Vitamin C dalam
dunia sains pemakanan. Ia mampu meningkatkan
sistem imunisasi(sistem melawan penyakit)
paling terbaik dalam badan. Contohnya, mampu
melawan bakteria apabila selesema ingin terjadi.
Bukan untuk menghalang anda membeli jus-jus penawar penyakit, tetapi ingin dimaklumkan segala khasiat yang ada dalam kebanyakan jus-jus penawar penyakit ini boleh kita perolehi dari buah-buahan. Cuma kita perlulah makan buah-buahan selalu.Janganlah baru penyakit muncul, waktu itulah gelabah hendak makan buah-buahan. Buah-buahan jika diambil dalam keadaan berterusan maka tiadalah penyakit-penyakit muncul. Usah dirisau dengan khasiat Vitamin dan Mineral yang mungkin tertinggal. Ini kerana, sekiranya anda mempelbagaikan pengambilan buah-buahan, 99% anda akan menerima kesemua khasiat-khasiat tersebut.


*Lawati blog jangankalot.blogspot.com Sebuah blog rangkaian BeritaKini.

1 comments:

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

Saya begitu tertarik dengan pendekatan blog anda yang sentiasa memberi maklumat dan pengetahuan buat tatapan masyarakat.

Usaha ini sewajarnya dijadikan contoh buat blogger2 lain dan semestinya menjadi panduan untuk saya mempertingkatkan kualiti dalam pengendalian blog.

Semoga usaha ini diteruskan.

Saya juga tlh linkkan blog anda dalam senarai blog2 pilihan di blog saya.

Harap anda dapat turut berbuat demikian agar pengunjung juga dpt turut berkongsi sama sedikit maklumat dari blog saya.


Sekian,

Melayu CinDia
Blogger GELOMBANG RAKYAT
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009