Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Saturday, February 5, 2011

Teori Darwin Runtuh: Darwin Bukan Ahli Biologi

Darwin adalah pencetus kepada teori evolusi pada tahun 1880. Dia berpendapat manusia berasal daripada beruk. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga mengemukakan teori kesemua binatang moden yang hidup pada hari ini mengalami evolusi berjuta-juta tahun dahulu. Erti kata lain, binatang zaman dahulu berbeza dari zaman sekarang. Teorinya kini disanggah oleh sains moden. Namun, pengaruhnya masih ada sehinggakan dalam buku teks pelajar sekolah menengah dan matrikulasi di seluruh dunia, topik evolusi dipelajari masih dimasukkan.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan makhluk-makhluk hidup. Pada suatu ketika, Darwin belayar sebagai sukarelawan. Beliau menaiki kapal layar bernama HMS Beagle. Menerusi pelayarannya, dia dapat melihat kehidupan binatang-binatang di tebing tebing sungai dan hutan terutamanya burung ciak-ciak di Kepulauan Galapagos. Dia ternampak paruh burung burung di situ berbeza. Dengan khayalan Darwin ketika itu, dia menyimpulkan keadaan paruh burung yang berbeza antara satu sama lain disebabkan ‘evolusi’ yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu. Bermulalah dari situ dia cuba mempopularkan Teori Evolusi. Dia tidak mempercayai perbezaan bentuk paruh tersebut adalah perbezaan spesis burung yang dicipta oleh Tuhan.  Tetapi dia membuat kesimpulan, burung burung di situ berasal dari satu jenis burung kemudian mengalami evolusi selama berjuta-juta tahun.Maka muncullah kepelbagaian spesis haiwan yang wujud sekarang.

Jelas di sini, teori Darwin pada awalnya pun tidak berasaskan fakta saintifik. Malahan ketika itu pun sains moden seperti teknologi DNA masih belum wujud. Sepatutnya teori Darwin disanggah pada awal kemunculan teknologi DNA berdekad-dekad sebelum ini. Namun, teorinya masih kekal sehingga kini. Kenapa?

Adakah gajah-gajah yang wujud berjuta juta tahun dahulu berbeza dari gajah-gajah yang wujud kini?

2 comments:

Anonymous said...

teorinya masih kekal sehingga kini adalah kerana secara peribadi saya berpendapat ada pihak(orang kafir) yang bertanggungjawab memastikan agar teori ini terus kekal dan diguna pakai,atas dua tujuan:
1 menenggelamkan sejarah,tujuan asal mereka cuba mengalihkan pandangan masyarakat dunia termasuk diri kita daripada terus menyanjung tokoh-tokoh ilmuan islam seperti ibn sina,ar razi,alfarabi,al kindi,ibn annafis dan ramai lagi yang kita yang kita sendiri tidak kenali,kerana sejarah mereka telah dan sedang ditenggelamkan golongan kuffar.
2 mereka mencuba sedaya mungkin memesongkan aqidah ummat islam sepanjang zaman secara liberalisme sama ada kita sedar atau tidak dan di mana jua kita berada.waspada!apa yang perlu kita lakukan adalah tanya pada diri adakah kita sudah terpengaruh dari sudut:
yang pertama dan utama adalah aqidah
1 ibadah.
2 permakanan(diet seharian)
3 hiburan
4 perhubungan(sosial)
5 ideologi dan fikrah (politik)

JANGAN LUPA



TANYA DIRI SENDIRI ADAKAH AKU SUDAH TERPENGARUH..dont worry..SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT HAMBA-HAMBANYA YANG INGIN KEMBALI DEKAT DENGANNYA:
mscotrue.

BeritaKini said...

Nantikan episod akan datang. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009