Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Sunday, January 16, 2011

Petanda-petanda Awal Anda Diserang Penyakit Jantung

Pemergian pelakon Faizal Yusup, 33 tahun tempohari amat mengejutkan ramai pihak. Pada usia muda, beliau sudah diserang PENYAKIT JANTUNG. Jika dulu kita menganggap PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit wargamas, tetapi kini ia sudah sinonim dengan orang-orang muda. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup orang orang muda seperti malas bersenam dan mengamalkan kehidupan pasif (sedentary life).

INGAT! PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit yang serius. Tetapi, rawatan awal boleh memperbaiki otot jantung yang rosak sekaligus menyihatkan jantung anda secara perlahan-lahan. Setiap minit begitu berharga. Sekiranya anda mengesyaki ketidakselesaan pada jantung anda pada saat ini, terus dapatkan pemeriksaan doktor.

Secara amnya, untuk pemeriksaan jantung, doktor akan:

1) Mengimbas kembali dokumen pesakit untuk melihat samaada sejarah penyakit jantung pernah wujud atau tidak dalam sesebuah keluarga. Jika ada, anda mungkin berisiko untuk mengidapi penyakit ini.

2) Melakukan ujian fizikal (berlari/aktiviti mengeluarkan peluh) ke atas pesakit. Ini bertujuan untuk melihat tindakbalas mengepam darah oleh jantung pesakit.

3) Menggunakan mesin ELECKTROCARDIOGRAM untuk mengesan keadaan luar biasa jantung. Mesin ini akan memaparkan graf pada skrin, kemudian dianalisis oleh doktor.

4) Melakukan ujian darah untuk mengesan aras enzim dalam saluran darah. Kaedah ini tidak selalu dilakukan oleh doktor.
Gambaran illustrasi seorang doktor/jururawat sedang
mengimbas keadaan jantung pesakit oleh mesin Electrocardiogram.

Petanda -petanda awal anda diserang penyakit jantung:


* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.


* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.


* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat


* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada


* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.


* Kepala berpusing


* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009