Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, January 17, 2011

Kehidupan Duduk Setempat (Sedentary Lifestyle)

Sedentary Lifestyle adalah salah satu istilah dalam dunia perubatan. Ia bermaksud satu kehidupan tanpa aktiviti fizikal yang berterusan (jogging, berlari, aerobik atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh) dan mengamalkan aktiviti duduk setempat dalam melakukan sesuatu kerja.

Antara contoh-contoh kehidupan duduk setempat:

1) Menonton televisyen.

2) Penggunaan komputer.

3) Menaiki motosikal atau kereta ke tempat yang dekat.

4) Membaca.

5) Kesibukan di tempat kerja.


6) Menaiki lif untuk ke tingkat atas bangunan yang berdekatan.

Sedentary Lifestyle bukanlah satu amalan negatif. Tetapi, jika anda mengamalkannya secara berlebihan tanpa sebarang aktiviti fizikal seperti berjogging ataupun bersukan, ia mungkin mengundang padah kepada anda.

Antara penyakit-penyakit dan masalah kesihatan yang akan terhasil dari kehidupan duduk setempat (sedentary lifestyle):

1) Kegemukan (obesiti). Penyumbang kepada penyakit jantung.

2) Berat berlebihan mengikut ukuran Body Mass Index (BMI). Penyumbang kepada penyakit jantung.

3) Tekanan darah tinggi. Penyumbang kepada penyakit jantung.

4) Tinggi lemak dalam saluran darah. Penyumbang kepada penyakit jantung.

5) Sakit sendi.

6) Sakit tulang belakang.

7) Sakit otot akibat duduk terlalu lama di hadapan komputer atau televisyen.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009