Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Monday, January 31, 2011

BeritaKini Merungkai Teori Evolusi Darwin

0 comments
Teori Evolusi Darwin bukan satu teori biasa. Ia bersangkutan asal-usul makhluk di bumi ini. Teori ini dipelopori oleh golongan ateis. Ateis bermaksud golongan manusia yang tidak percaya wujudnya Tuhan.Sesiapa yang menyokong teori ini bermakna dia telah menolak hakikat Tuhan adalah pencipta sekalian alam. Bagi yang beragama Islam, teori ini bermain dengan akidah dan tauhid.


Dengan ini, BeritaKini akan merungkai teori palsu yang diperkenalkan oleh Charles Robert Darwin. Teori beliau telah menipu dunia selama 129 tahun. Kini, bukan sahaja Islam yang menolak teori ini malahan sains moden pun turut menolak teori evolusi Darwin. Nantikan kemunculan fakta-fakta kukuh penolakan hukum hakam Darwin. Setiap Sabtu jam 9.00 malam.


*Pembaca diharap mempunyai ilmu asas sains untuk memahami penipuan teori ini.

Thursday, January 27, 2011

Lagu "The Gloomy Sunday" Lagu Bunuh Diri

0 comments
Rezso Seress
'The Gloomy Sunday' adalah sebuah lirik dan lagu yang dicipta oleh Rezso Seress dan Laszlo Javor, warganegara Hungary. Rezso bertanggungjawab mencipta melodi 'The Gloomy Sunday manakala Laszlo adalah pencipta liriknya. Lagu ini dicipta pada tahun 1933.

'The Gloomy Sunday' telah dikaitkan dengan jenayah bunuh diri yang meningkat di Hungary. Kemudian, lagu itu diharamkan diperdengarkan kepada umum di negara itu.

Berikut adalah fakta-fakta yang mengaitkan 'The Gloomy Sunday' terhadap peningkatan jenayah bunuh diri.

1) Lagu ini diharamkan bukan sahaja di Hungary, malahan di Amerika juga kerana jenayah bunuh diri semakin menjadi-jadi selepas ia diperdengarkan kepada umum.

2) Lirik lagu ini telah dicipta dalam keadaan emosi yang sedih oleh komposernya.

3) Lagu ini sebenarnya ditujukan kepada bekas kekasih salah seorang komposer ini. Bekas kekasih itu juga telah membunuh diri sendiri sejurus selepas lagu ini diterbitkan.
4) Komposernya juga telah membunuh diri.

5) Channel BBC dilarang keras untuk menyiarkan lagu ini.

6) Penyanyi semula lagu ini iaitu Billie Mackenzie turut membunuh diri.

 7) Lagu ini lebih menyayat hati pendengar apabila dinyanyikan tanpa muzik latar. Versi asal lagu ini sudah musnah akibat peperangan Adolf Hitler.

 8) Masyarakat Eropah ketika era 1930 menganggap lagu ini merupakan satu sumpahan.

Berikut adalah lirik lagu tersebut:

Sunday is gloomy,
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?

Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you

Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday

Thursday, January 20, 2011

"Saya peluk Islam sudah 5 tahun, baru sekarang saya faham apa itu Tauhid!"

2 comments
Kata-kata ini agak pelik apabila didengari. Masakan sudah lima tahun memeluk Islam, ilmu Tauhid asas pun tidak boleh difahami. Hakikatnya, inilah yang berlaku kepada para muallaf di Malaysia. Ramai yang menyangka muallaf hanya menerima cabaran dari keluarga dan rakan-rakan lama setelah mereka memeluk Islam. Tetapi, usah terkejut, mereka turut menyatakan masyarakat Islam yang tulen di Malaysia turut memberi tekanan kepada mereka termasuklah golongan ustaz. Berikut kata-kata dan kritikan mereka kepada orang ramai dan cendekiawan agama masa ini untuk menguruskan kefahaman agama Islam dalam golongan muallaf.

"Ustaz-ustaz ramai yang tidak faham. Mereka suka menggunakan ayat-ayat berbunga dan Bahasa Arab dalam menyampaikan ilmu agama di masjid. Mereka syok sendiri. Sedangkan kami golongan muallaf yang baru masuk Islam masih lagi dalam keadaan terkapai-kapai untuk memahami Islam. Tolonglah guna bahasa yang mudah difahami. Di Malaysia, bahasa Melayu yang paling mudah,"

"Setelah saya peluk Islam, saya masih lagi tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Bukan niat saya untuk ambil mudah dalam hukum hakam agama, tetapi saya menerima cabaran hebat dari keluarga saya yang bukan Islam. Orang Islam yang lain pula tidak memahami masalah saya mengapa saya berbuat begitu. Mereka asyik mengutuk saya tanpa soal selidik dulu. Malahan, mereka sanggup berkata lebih baik tidak payah masuk Islam kalau hukum hakam agama tidak mahu ikut sepenuhnya,"


"Saya sudah peluk Islam selama 15 tahun. Tetapi, ramai yang menggelar saya muallaf atau orang baru peluk Islam. Ini memberi satu tekanan kepada saya. Agak-agaknya, bila saya akan menjadi Muslim sebenar sedangkan saya sudah melakukan amalan agama sepenuh hati saya. Rasa seperti tidak dihargai"


"Masyarakat Islam suka menghukum. Tetapi, langsung tidak menyelidik sesuatu perkara itu dahulu. Kami golongan muallaf turut menerima nasib yang sama,"

Dan yang menariknya, seorang muallaf berbangsa Cina telah menterjemah kitab tauhid kepada bahasa Mandarin, kemudian dia memberikan kitab Tauhid versi Mandarin kepada kawannya yang juga seorang muallaf berbangsa Cina. Dan kawannya berkata,

"Saya peluk Islam sudah 5 tahun, baru sekarang saya faham apa itu Tauhid!"


Kesimpulannya:

1) Orang Islam anggap memakaikan jubah dan serban kepada muallaf sudah mencukupi. Hakikatnya kefahaman muallaf tentang Islam begitu sedikit.

2) Orang Islam di Malaysia syok sendiri apabila mampu menyampaikan ceramah atau nasihat agama dalam Bahasa Arab dan bahasa berbunga-bunga. Sedangkan golongan muallaf tidak memahaminya dengan jelas.

3) Majoriti orang Islam di Malaysia tidak tahu berdakwah secara beransur-ansur.

Oleh itu, bersama-sama memahami keadaan muallaf.

*Petikan kata-kata ahli panel di Forum Cabaran Saudara Baru Kita di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan sempena Festival Kelestarian Islam 2011. Terdapat beberapa ayat yang ditulis di sini diolah sedikit tetapi maksudnya sama seperti mana yang disampaikan ketika forum.
Ahli Panel: 
1) Muhd Fitri Abdullah (agama asal: Hindu)
2) Lim Jooi Soon  (agama asal: Buddha dan Protestan)
3) Farah Syakirah (Kristian Katolik)

Tuesday, January 18, 2011

Cara-cara Untuk Mengubah Kehidupan Duduk Setempat (Sedentary Lifestyle)

3 comments
1) Meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dari destinasi. Kemudian, berjalanlah ke tempat tujuan anda.

2) Menggunakan tangga dari elevator ataupun lif dari tingkat satu ke tingkat dua atau tiga. Sekiranya anda ingin ke tingkat 10, gunakan juga tangga ke tingkat 2 atau 3 kemudian naiklah elevator ataupun lif.

3) Jika boleh, berjalan kaki atau berbasikal ke tempat kerja.

4) Berehat sementara ketika bekerja dengan berjalan kaki ke luar bangunan atau dalam bangunan.

5) Melakukan kerja kerja di lapangan seperti berkebun atau memotong rumput. Ia mampu menjimatkan kos anda juga.

6) Bermain dengan anak anak atau kanak kanak. Bawa kanak kanak bermain aktiviti luar rumah berbanding aktiviti dalam rumah seperti playstation dan komputer.

7) Menari atau aerobik.

8) Pilih untuk berjalan dari mengunakan telefon atau email jika ingin bertanya sesuatu kepada rakan rakan anda berdekatan.

9) Pilih hiburan Aktif dari hiburan Pasif. Hiburan aktif bermaksud satu hiburan yang melibatkan aktiviti fizikal seperti berjogging atau bersukan. Hiburan Pasif pula adalah hiburan duduk setempat seperti komputer dan playstation.

10) Memilih percutian yang ada aktiviti fizikal.

11) Orang sekeliling harus memahami. Elakkan mengejek atau memperli seseorang yang ingin mengubah kehidupan duduk setempat (sedentary lifestyle). Ini demi kesihatan mereka untuk jangka masa panjang.

*Selamat Beramal.

Monday, January 17, 2011

Kehidupan Duduk Setempat (Sedentary Lifestyle)

0 comments
Sedentary Lifestyle adalah salah satu istilah dalam dunia perubatan. Ia bermaksud satu kehidupan tanpa aktiviti fizikal yang berterusan (jogging, berlari, aerobik atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh) dan mengamalkan aktiviti duduk setempat dalam melakukan sesuatu kerja.

Antara contoh-contoh kehidupan duduk setempat:

1) Menonton televisyen.

2) Penggunaan komputer.

3) Menaiki motosikal atau kereta ke tempat yang dekat.

4) Membaca.

5) Kesibukan di tempat kerja.


6) Menaiki lif untuk ke tingkat atas bangunan yang berdekatan.

Sedentary Lifestyle bukanlah satu amalan negatif. Tetapi, jika anda mengamalkannya secara berlebihan tanpa sebarang aktiviti fizikal seperti berjogging ataupun bersukan, ia mungkin mengundang padah kepada anda.

Antara penyakit-penyakit dan masalah kesihatan yang akan terhasil dari kehidupan duduk setempat (sedentary lifestyle):

1) Kegemukan (obesiti). Penyumbang kepada penyakit jantung.

2) Berat berlebihan mengikut ukuran Body Mass Index (BMI). Penyumbang kepada penyakit jantung.

3) Tekanan darah tinggi. Penyumbang kepada penyakit jantung.

4) Tinggi lemak dalam saluran darah. Penyumbang kepada penyakit jantung.

5) Sakit sendi.

6) Sakit tulang belakang.

7) Sakit otot akibat duduk terlalu lama di hadapan komputer atau televisyen.








Sunday, January 16, 2011

Petanda-petanda Awal Anda Diserang Penyakit Jantung

1 comments
Pemergian pelakon Faizal Yusup, 33 tahun tempohari amat mengejutkan ramai pihak. Pada usia muda, beliau sudah diserang PENYAKIT JANTUNG. Jika dulu kita menganggap PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit wargamas, tetapi kini ia sudah sinonim dengan orang-orang muda. Hal ini disebabkan oleh gaya hidup orang orang muda seperti malas bersenam dan mengamalkan kehidupan pasif (sedentary life).

INGAT! PENYAKIT JANTUNG adalah penyakit yang serius. Tetapi, rawatan awal boleh memperbaiki otot jantung yang rosak sekaligus menyihatkan jantung anda secara perlahan-lahan. Setiap minit begitu berharga. Sekiranya anda mengesyaki ketidakselesaan pada jantung anda pada saat ini, terus dapatkan pemeriksaan doktor.

Secara amnya, untuk pemeriksaan jantung, doktor akan:

1) Mengimbas kembali dokumen pesakit untuk melihat samaada sejarah penyakit jantung pernah wujud atau tidak dalam sesebuah keluarga. Jika ada, anda mungkin berisiko untuk mengidapi penyakit ini.

2) Melakukan ujian fizikal (berlari/aktiviti mengeluarkan peluh) ke atas pesakit. Ini bertujuan untuk melihat tindakbalas mengepam darah oleh jantung pesakit.

3) Menggunakan mesin ELECKTROCARDIOGRAM untuk mengesan keadaan luar biasa jantung. Mesin ini akan memaparkan graf pada skrin, kemudian dianalisis oleh doktor.

4) Melakukan ujian darah untuk mengesan aras enzim dalam saluran darah. Kaedah ini tidak selalu dilakukan oleh doktor.
Gambaran illustrasi seorang doktor/jururawat sedang
mengimbas keadaan jantung pesakit oleh mesin Electrocardiogram.

Petanda -petanda awal anda diserang penyakit jantung:


* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.


* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.


* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat


* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada


* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.


* Kepala berpusing


* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Tuesday, January 4, 2011

Spesies Baru Ditemui

2 comments
Tempat Penemuan: Papua New Guinea.

Info: Kedua dua spesies dalam gambar di atas adalah di antara 200 spesies yang jarang ditemui di muka bumi.

Sumber: National Geographic

Monday, January 3, 2011

5 Gambar Terbaik National Geographic 2010

0 comments
Ribut Petir 'super'
Lokasi: Montana, Amerika Syarikat

Senyuman
Lokasi: Jim Combat National Park, Banjaran Himalaya

Awan Bercahaya
Lokasi: North Face of Matterhorn

Letupan Gunung Berapi Rinjani
Lokasi: Indonesia

Bayangan Singa
Lokasi: Indonesia

Saturday, January 1, 2011

Peristiwa Tragik Rusuhan Perkauman Di Eropah

0 comments
Gambar terkenal yang diambil pada tahun 1930.

Seorang individu berkulit hitam telah dituduh merogol seorang wanita Caucasian (berkulit putih) dan membunuh teman lelaki wanita terbabit. Beliau kemudian digantung oleh 10000 perusuh orang berkulit putih. Pada masa yang sama,  masyarakat berkulit hitam yang lain digantung tanpa bicara oleh pihak mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009