Thursday, December 16, 2010

Lelaki Korea: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kepada perempuan perempuan Asia yang bermimpi untuk menjadi isteri kepada lelaki Korea, sila baca 5 perkara ini dulu.

1) Lelaki Korea lebih berminat kepada bangsa mereka sendiri
Kenyataan ini agak menyakitkan anda. Inilah hakikatnya. Ibu bapa mertua akan memberi tekanan kepada menantu yang berbeza keturunan dan bangsa. Mereka begitu menitikberatkan perwarisan keluarga mereka.

2) Lelaki Korea yang bujang terlajak lebih terbuka dalam perhubungan
Jika anda didekati lelaki Korea yang berumur lingkungan 30-40an, hendaklah berhati hati (sekiranya sasaran anda lelaki muda). Mereka mungkin menghadapi tekanan sosial atau menghadapi masalah perhubungan di usia muda mereka menyebabkan mereka menjadi bujang terlajak.

3) Lelaki Korea manis dan 'gentleman'
Mereka manis dan 'gentlemen' untuk bangsa mereka sahaja. Sebenarnya, majoriti lelaki Korea agak memilih dalam mencari pasangan (prejudis). Contoh yang mudah adalah dari sudut warna kulit. Wanita Asia yang berkulit gelap sedikitpun tidak ada harapan untuk mereka.

4) Lelaki Korea bangga dengan diri sendiri dan sensitif dengan wanita
Jika Lelaki Korea marah, si wanita perlu memberi 200% penjelasan.

5) Jika anda mengahwini lelaki Korea, anda perlu mengahwini keluarga mereka.
Mereka berpegang teguh kepada budaya tradisi mereka. Keluarga Korea memuliakan ibu lebih daripada bapa. Semakin baik hubungan wanita dengan keluarga Lelaki Korea, semakin baik hubungan pasangan terbabit.

*Walau apa pun, jodoh di tangan Tuhan.




9 comments:

Anonymous said...

sya nk perempuan korea.mcm mna plak?..mscotrue

Anonymous said...

amboi, gatalnya. haha. nanti aku try research lain. hak2.-badrul

Belle with Aien said...
This comment has been removed by the author.
Belle with Aien said...

haha, takde harapan aku nak kawin Taec, nak share dekat kengkawan ye. nnt saya kredit~ hehe

Naim Jr said...

kpd Belle, salam kenal, haha itu fakta.

Miss O said...

wahh..menarik!!
nak reblog boleh?? hehe

Anonymous said...

mcm ne klo lelakitu sebtang kare.. mude.. kacak... dok plk jauh dri family... peluang tu ade la... hahha
(girl kolea ade x)

Anonymous said...

fakta no satu aku rasa mcm nak sangkal pasal banyak2 pompuan cantik seantero dunia dlm cerita chit chat of beautiful ladies tu,gadis melayu jugaklah yang diidam2kan jejaka korea sampai jadi secret admirer 5 tahun .paling penting,dalam satu epised tu,ada audiens tu ckp muka si sophia ada iras2 jessica alba.....aku xde video nak tunjuk....semua da kena tarik KBS kat youtube

Naim Jr said...

Mungkin keadaan dah berubah. Biar saya check balik. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009