Friday, November 19, 2010

Lipan, Karen dan Suaminya.

Sedutan maklumat dari DISCOVERY CHANNEL: The Lost Tape-Death Crawler.

Lipan adalah sejenis serangga paling merbahaya. Ia memiliki tubuh yang panjang, dibahagikan kepada beberapa bahagian abdomen dan memiliki lebih kurang 100 hingga 300 pasang kaki. Secara amnya, lipan mampu mencapai 12 inchi kaki panjangnya.

Antara 8000 spesis yang direkodkan, kesemua daripadanya memiliki kepanjangan yang dinyatakan tadi iaitu 12 inci. Lipan bukan sejenis serangga yang menyerang manusia, melainkan manusia atau haiwan lain mengganggu habitat dan diri mereka.

Kisah di luar dugaan Karen dan Suaminya
Fakta inilah yang membuatkan para saintis tidak mampu menjawab persoalan yang terdapat di dalam rakaman video spontan yang dibuat oleh Karen dan suaminya ketika mereka melakukan kajian tentang serangga di sebuah pulau. Pada hari pertama, Karen dan suaminya masuk ke dalam hutan untuk memulakan kajian. Tanpa diduga, sepasang suami isteri ini telah menjumpai sekumpulan mayat manusia yang sudah reput. Keadaan mayat tersebut agak pelik kerana badan badan mereka mempunyai luka yang berlubang terlalu besar. Di tempat yang sama, terdapat video kamera terselit bersama mayat mayat tadi. Karen mengambilnya, tetapi belum membuka lagi rakaman yang terdapat dalam video tersebut.

Karen dan suaminya meneruskan perjalanan. Tiba tiba, suaminya menjerit, "Ada sesuatu di dalam kasut saya!" keadaan kamera yang dipegang oleh mereka menjadi tidak menentu ekoran kejadian yang kelam kabut itu. Sepintas lalu, video tadi dapat merakam sebahagian badan binatang yang menyerang kaki suami Jonah ketika itu. Ternyata sekali, itu adalah lipan. Anda ingin tahu betapa besarnya lipan tersebut? Video tersebut secara kebetulan dapat menangkap saiz lipan tersebut dengan jelas. Lebarnya mencapai hampir 30 inchi!

Mereka berdua dapat melarikan diri dengan kelam kabut ke tepi pantai, tapak perkhemahan mereka. Suami Karen mengalami cedera teruk akibat disengat lipan tersebut. Dia demam selepas itu. Karen mencapai video yang diambil dari kawasan penemuan mayat mayat tadi. Video itu bertarikh pada tahun 1999, di mana sekumpulan pengkaji haiwan sedang membuat penggambaran dalam hutan mengenai biodiversiti di situ. Babak yang tidak disangka ialah babak beberapa ekor lipan gergasi sebesar anak anjing menyerang mereka. Ada di antaranya telah merayap separuh badan beberapa individu di situ. Karen berasa panik setelah melihat video tersebut.

Oleh kerana situasi suaminya semakin teruk, Karen dengan beraninya kembali ke kawasan mayat mayat bergelimpangan tadi. Kawasan itu sebenarnya berhampiran kawasan tinggalan tapak perkhemahan mereka. Dia berjaya mencari Peti Kecemasan yang masih tertinggal di situ. Peti tersebut dibuka, dan mengambil ubat-ubatan dan sebilah pisau dari situ. Karen bernasib baik, sepanjang perjalanan pulang ke tapak perkhemahan , dia tidak ditemukan dengan lipan gergasi tersebut. Waktu siang sudah berlalu pergi ketika itu. Pada masa yang sama, kilat dan ribut kecil melanda pulau tersebut.

Ketika Karen merawat suaminya, keadaan ngeri mula berlaku. Kilat yang memancar dari luar dapat menunjukkan bayangan seekor lipan yang lebarnya bersaiz 2 kali ganda tapak tangan sedang merayap di atas khemah mereka! Karen panik melihat lipan sebesar itu. Dia dengan beraninya keluar dari khemah dan mencantas badan lipan tersebut (keadaan ini dirakam secara spontan oleh video kamera). Karen berjaya membunuhnya. Ekoran kejadian itu, Karen terpaksa mengheret suaminya ke perahu. Sedikit peralatan dan video kamera tadi diletakkan dahulu ke perahu terbabit. Kemudian, dia meluru semula ke suaminya bersama pisau di genggamannya. Lagi sekali, pasangan suami isteri tersebut diserang 3 atau 4 ekor lipan gergasi. Pergelutan Karen dan lipan-lipan tersebut berlaku dengan dahsyat. Karen menyerang lipan-lipan tersebut sambil dalam keadaan terduduk melindungi suaminya menggunakan pisau tadi. Situasi ini dirakam oleh kamera yang diletakkan dalam perahu tadi.

Akhirnya Karen berjaya, lipan-lipan tadi berjaya dibunuh. Karen kembali memapah suaminya masuk ke dalam perahu. Perahu ditolak ke laut. Keadaan sudah tenang. Beberapa perbualan berlaku antara Karen dan suaminya. Kemudian, bunyi "sssssssssssssssss" menyapa mereka. Itulah babak terakhir dalam rakaman video tersebut. Beberapa minggu kemudian, mayat mereka dijumpai terdampar di sebuah pantai. Mayat mereka dalam keadaan reput serta berlubang.

*Berhati-hati ketika di hutan.

(Nama suami dan nama tempat boleh boleh didapati dari video LOST TAPE di DISCOVERY CHANNEL, kesulitan amatlah dikesali)

3 comments:

ziaf said...

salam,
dari pengetahuan saya,
siri lost tape tu bukan video tulen. ia cuma video buatan berdasarkan kisah2 legend.

Naim Jr said...

mungkin itu pandangan saudara. Bagi saya, lain plak pandangan.

pada season 1, lost tape memaparkan video2 yang gagal merakam 'makhluk lagenda'. tetapi situasi panik berjaya dirakam.

pada season 2, lost tape memaparkan video2 yang berjaya memaparkan separuh bentuk makhluk lagenda yang didakwa wujud di eropah.

sya tak rasa sangsi dengan hal ini, pada zaman awal di Barat, ilmu sihir banyak diamalkan. Mungkin hal itu menyebabkan wujudnya pelbagai makhluk, mungkin dalam kalangan Jin.

Anonymous said...

Hello my loved one! I wish to say that this article is amazing,
nice written and come with almost all important infos.
I'd like to see extra posts like this .

My weblog: laser cellulite treatment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009