Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Sunday, November 28, 2010

2012: NASA Menyangkal Kewujudan Planet Nibiru

4 comments
Temubual bersama David Morrison, seorang saintis veteran di NAI (sebuah agensi gabungan NASA).

2012 telah dianggap sebagai tahun keramat bagi dunia Barat sekarang. Tahun ini dikatakan akan berlaku bencana besar yang boleh membawa kepada kehancuran Planet Bumi. Namun begitu, kesemua persoalan dan anggapan mengenai tahun kiamat pada 2012 telah dijawab oleh jawapan saintifik Dr Morrison. Berikut adalah pertanyaan dan jawapan yang diberikan oleh beliau.

Apakah sebab yang membuatkan satu ramalan bahawasanya dunia akan kiamat pada tahun 2012?

-Ramalan ini bermula apabila satu planet yang bernama NIBIRU sedang menuju ke bumi. Zecharia Sitchin, seorang penulis buku fiksyen (pada tahun 1976) telah mendakwa dirinya mampu menterjemahkan dokumen purba orang Sumeria pada zaman Mesopotamia. Melalui penterjemahan dokumen terbabit, dia mendapati terdapat satu planet yang bernama Nibiru sedang mengelilingi matahari selama 3600 tahun.

-Salah satu cerita dongeng orang Sumeria dalam dokumen purba mereka adalah lawatan makhluk asing dari ketamadunan Anunnaki. Kemudian, Nancy Lieder yang MENDAKWA dirinya seorang ahli fizik menyatakan satu planet tidak berpenghuni sedang menuju ke bumi. Perlanggaran planet Nibiru dan Planet Bumi telah diramalkan pada tahun 2003. Tetapi, tiada apa pun yang berlaku. Kemudian, tarikh ramalan berpindah ke tahun 2012.

-Setelah itu, fakta dari orang Sumeria dan Nancy Lieder diputar belitkan bersama kalendar Kaum Maya, yang mengatakan dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012.

Orang Sumeria adalah di antara golongan terawal pencetus ketamadunan yang agung, mereka telah meramalkan dengan tepat kedudukan astronomi termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi kenapa kita tidak boleh mempercayai ramalan mereka?

-Sebenarnya nama Nibiru terdapat dalam kisah kisah dongeng dan puisi ketuhanan orang Sumeria. Kemudian, dengan tokok tambah dari Zecharia Sitchin, ramai mempercayai terdapat planet bernama Nibiru di luar sana. Zecharia Sitchin adalah seorang berpelajaran tinggi, disebabkan itulah ramai yang mempercayainya pada tahun 1976.

-Sememangnya Orang Sumeria pada zaman Mesopotamia telah mencipta ketamadunan yang agung. Dari amalan pertanian sehinggalah ke kehidupan 'urban', kita tidak boleh nafikan itu. Tetapi, mereka sebenarnya tidak tahu langsung mengenai astronomi dan kewujudan planet di luar sana. Ilmu astronomi sebenarnya berkembang 2 milenium selepas keagungan ketamadunan orang Sumeria. Jadi, sememangnya orang Sumeria tidak tahu langsung mengenai astronomi. Yang mengatakan orang Sumeria pakar dalam bidang astronomi adalah satu imaginasi dan teori Zecharia yang tiada asas.

Bagaimana Dr Morrison menyangkal kewujudan Nibiru yang telah ditemui pada tahun 1983? Ia telah menjadi tajuk popular akhbar ketika itu. Waktu itu, NASA menggelarkan planet itu sebagai Planet X, Xena, dan Eris. Tiga nama kesemuanya.

-Satelit NASA bernama IRAS sebenarnya mampu mencerap objek infra merah, tetapi setakat ini tiada maklumat mengenai kewujudan Planet Nibiru ataupun Planet X.

-Secara ringkasnya, IRAS mencerap 350000 objek infra merah, dan pada awalnya kesemua objek ini masih lagi tidak boleh dikenalpasti.

-Jadi, mengenai Planet X, ia hanyalah satu khabar angin yang dicetuskan oleh artikel saintifik yang diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters yang bertajuk “Unidentified point sources in the IRAS minisurvey” Ia membincangkan objek objek yang tidak dapat dikenalpasti dalam IRAS.

-Pada tahun 1987, secara sahihnya melalui kajian IRAS, tiada planet ke sepuluh di luar sana yang bernama Planet X ataupun Nibiru yang digembar gemburkan pada tahun 1983.

*Maklumat di atas berdasarkan perspektif saintifik.

Wednesday, November 24, 2010

2012: Planet Nibiru

0 comments
Planet Nibiru dikatakan akan menghentam bumi pada penghujung 2012.

Planet ini juga dikatakan akan menamatkan riwayat kehidupan di muka bumi pada penghujung tahun 2012.

Ketika ini, banyak individu mengambil tempat dalam pengulasan Planet Nibiru.


Namun, segala perdebatan masih lagi tidak menemui titik kepastian kewujudan planet ini.


*Maklumat ini berdasarkan perspektif saintifik.


Tuesday, November 23, 2010

Pulau Aneh Di Lautan India

0 comments
Apakah nama pulau ini?
Pulau Socotra.

Di manakah ia terletak?
Ia terletak di Lautan India, di antara timur Afrika dan Selatan Semenanjung Tanah Arab.



Apa yang ada di pulau ini?
Spesies tumbuh tumbuhan yang pelik di sini. Terdapat 700 spesies kesemuanya.

Adakah pulau ini menerima pengiktirafan?
Ya, UNESCO telah menobatkan pulau ini sebagai tapak warisan dunia.

Bagaimana rupa tumbuh tumbuhan yang dikatakan pelik itu?








Monday, November 22, 2010

Fenomena 2 Alam: Dr Rozmey Menyeru Rakyat Malaysia Menonton 2 Alam

1 comments
Dato' Dr Rozmey masih lagi tidak putus semangat untuk menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyerang pawagam berdekatan untuk menonton 2 Alam. Berikut adalah kenyataan terbarunya bertarikh 21 November 2010 melalui Twitter beliau.

"Ayuh bangsa ku majukan diri kita semua ..terus sokong ddr dan 2 alam . Mai kota pecah panggung , pecah tradisi , cipta fenomena , cipta Tsunami , Cipta lagasi dR.ROZMEY yg mampu bersama ddr lakukan anjakan PARADIGMA utk majukan bangsa , majukan biz , majukan industri filem dan majukan negara . BErsatu kita HEBAT...ddr way"




Fenomena 2 Alam: Soal Selidik Orang Ramai

1 comments
BeritaKini telah melakukan beberapa soal selidik mengenai filem 2 Alam. Golongan yang terlibat dalam soal selidik ini adalah dari group Facebook "Kami Tak Suka Dr Rozmey Yang Angkuh" dan "Kami Kena Blocked Dengan Dr Rozmey".

Pihak BeritaKini bukanlah berniat untuk mengadu domba atau memburuk burukkan DDR dalam 'posting' kali ini. Tetapi, ia bertujuan untuk memaparkan luahan hati rakyat Malaysia yang digemparkan oleh fenomena 2 Alam.

Berikut adalah pertanyaan dari BeritaKini.

Soalan: Sampai bilakah anda semua ingin menyerang DDR?


























































Soalan: Pada ramalan anda, apakah yang akan dilakukan oleh DDR sehari dua lagi?












Soalan: Kesimpulannya, apakah moral di sebalik fenomena ini?







































BeritaKini cuba untuk melakukan Soal Selidik yang sama di Facebook 2 Alam dan Facebook DDR, namun segalanya berakhir dengan kekecewaan. Soal Selidik dari BeritaKini telah dibuang dengan pantas sekali. Mungkin pihak DDR akan membuat 'statement' di media massa nanti. Rakyat Malaysia sedang menanti.

Sunday, November 21, 2010

Fenomena 2 Alam: Dato' Dr. Rozmey Wajar Terima Hakikat

3 comments
Difahamkan semakin bertambah rakyat Malaysia menghentam Dato' Dr. Rozmey gara gara Filem 2 Alam yang sedang berusaha mengutip 'RM 40 juta' ketika ini.

Berdasarkan pemerhatian, bilangan pengguna Facebook di Malaysia sudah tertumpu ke 'Group' pengkritik 2 Alam. Lihat saja bilangan pengguna yang menekan butang 'Like' di Group terbabit, meningkat secara mendadak.

'Group Kami Tak Suka Dr. Rozmey yang angkuh' mendahului 'Group' yang lain ketika ini dengan mencatat hampir 11 ribu ahli dalam masa 2 hari. Tidak perlu menunggu untuk mereka menonton 2 Alam kerana mereka mampu berfikir  dan menganalisis secara logik senario perfileman negara, ditambah pula dengan komen komen negatif dari pihak wartawan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya mereka berupaya mengkritik 2 Alam. 

Sebenarnya, filem 2 Alam tidak ada ruang untuk dibela dan dipertahankan. Hendak dikatakan menepati ciri Islamik, jauh sama sekali. Aurat terdedah sana sini dan adegan ranjang yang dikatakan tidak sesuai untuk penonton bawah umur berlambak dalam jalan cerita yang dipaparkan.

Jadi, Dr. Rozmey harus bersikap professional. Tindakan beliau dan pihaknya membuang komen-komen yang dihantar oleh para penonton mengenai 2 Alam di Facebook rasminya amatlah dikesali. Kesemua ini berlaku bukan salah penonton, tetapi salah pihak Dr Rozmey sendiri yang terlalu 'over confident' ketika mempromosikan filem 2 Alam. Banyak kenyataan yang keluar dari mulutnya ketika itu berbaur keangkuhan. Wajahnya setiap hari berada di muka surat tengah akhbar Kosmo. Tidak hairanlah, keadaan jadi sebegini rupa.

Dalam hal ini, rasanya bukan penonton yang harus meminta maaf, tetapi pihak Dr. Rozmey sendiri. Filem 2 Alam hakikatnya juga telah melanggar sensitiviti agama, sama seperti filem Sepet dan Gubra arahan Allaryahamah Yasmin Ahmad. Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan seharusnya bekerjasama dengan pihak Jakim dan Para Mufti dalam membenarkan penayangan sebarang filem berunsurkan dakwah.


DR. ROZMEY KINI DISERANG BERTUBI TUBI DI FACEBOOK!

3 comments
Mungkin semua ini berlaku akibat promosi yang berlebihan. Promosi yang tidak masuk di akal dan visi yang terlampau tinggi. Baru 2 hari Filem 2 Alam ditayangkan di seluruh Malaysia secara serentak, hanya 1% anggaran pujian yang diberikan kepada filem tersebut.

Kritikan di alam siber semakin hangat sekarang. Beberapa 'Group' yang mengkritik 2 Alam di Facebook semakin meningkat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada sesetengahnya berhasrat ingin melancarkan kritikan secara serentak dan besar besaran di Facebook rasmi Dato. Dr Rozmey tepat jam 12 malam tadi (berdasarkan pemerhatian, agenda tersebut telah berjaya). 

Apa yang pasti, ramai beranggapan filem 2 Alam hanya setaraf dengan drama-drama moral di televisyen. Yang menarik mengenai filem ini adalah sinematografi dan kesan khas yang diciptanya sahaja. Selepas ini, diharap Dato Dr Rozmey lebih berhati hati dalam membuat keputusan untuk mempromosi perkara yang tidak pasti.

Antara Filem Filem Islamik Terbaik.

1) Ayat-Ayat Cinta

2) Ketika Cinta Bertasbih

3) Emak Ingin Naik Haji (Tayangan di TV AL HIJRAH/download di internet)


*TERKINI: Beberapa jam selepas menerima kritikan secara besar besaran, Facebook rasmi Dato' Dr Rozmey telahpun ditutup.

Saturday, November 20, 2010

HARI TANDAS SEDUNIA

2 comments
Bilakah ia disambut?
19 November Setiap Tahun

Mengapa ia disambut?
Untuk memberi kesedaran kepada 2.6 bilion manusia (separuh populasi manusia di bumi) mengenai sistem kebersihan awam.


Apakah fakta menarik mengenai Hari Tandas Sedunia?
1) Terdapat 2.6 bilion manusia di seluruh dunia tidak mampu memperolehi kemudahan tandas dengan sempurna.

2) Penyakit cirit birit menjadi pembunuh kanak kanak, 5000 kanak kanak mati setiap hari.

3) Penyakit ini berpunca daripada sistem tandas dan kumbahan yang tidak sempurna menyebabkan bakteria dan virus merbahaya bebas bergerak.

4) 1 gram najis manusia mengandungi 10 juta virus, 1 juta bakteria, 1100 parasit termasuk telur yang akan dibiak olehnya.

5) Jika kanak kanak boleh membuang najis dalam tandas yang sempurna, masalah cirit birit yang boleh membawa maut akan berkurang 40%.
Gambar: Ibu ini tahu suatu hari nanti
salah seorang daripada anak anaknya akan
dikebumikan sebelum ulangtahun kelahiran ke-5
kerana diserang penyakit cirit birit
yang boleh membawa maut.


DIDIK ANAK ANAK KECIL UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

0 comments
Hakikat sekarang, ramai di sekeliling kita menghadapi masalah kegemukan. Kegemukan yang dialami 98% datang dari sikap individu itu sendiri. Masyarakat harus sedar, kegemukan berlaku kerana lemak terkumpul dalam badan. Yang paling penting sekali dalam hal ini ialah keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin terbeban jantung anda untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi dengan lemak. Bermula dari situ, pelbagai penyakit berkaitan dengan jantung akan timbul.

Pokoknya, untuk mengurangkan kegemukan hanyalah melalui bersenam seperti bermain bola sepak, badminton atau berjogging. Senaman akan membakar lemak lemak yang terkumpul dalam badan. Sekaligus akan mengubah bentuk badan serta menurunkan berat badan seseorang. Fenomena sekarang memperlihatkan betapa susahnya untuk mendidik masyarakat yang sudah berumur dewasa agar mengamalkan senaman atau sukan dalam kehidupan mereka. 


Sebenarnya, terdapat kaitan antara senaman dengan zaman kanak kanak dan zaman dewasa. Jika seseorang kanak kanak tidak dididik oleh ibu bapa atau persekitaran(rakan rakan, guru, etc) untuk mengamalkan gaya hidup seperti bersukan, sudah pasti di zaman dewasanya nanti  keadaan gaya hidupnya masih sama, iaitu tidak cenderung untuk bersenam. Ini adalah fakta, bukan rekaan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu memberi rangsangan kepada anak anak mereka agar berterusan mengamalkan senaman seperti bersukan di petang hari atau di pagi hari.

Beberapa tips untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:

1) Didik mereka agar memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat (mengeluarkan peluh). Sesetengah kanak kanak menganggap senaman adalah medan untuk menunjuk jaguh. Akibatnya, akan berlaku suasana tegang seperti pergaduhan sekiranya di antara mereka tidak berpuashati dek kerana orang lain 'tidak hebat' dalam bermain.

2) Paksa anak anak membeli barang di kedai jika mereka kerap menonton TV atau kerap bermain Playstation. Kalau boleh suruh anak anak berbasikal ke kedai. Sekurang kurangnya, peluh akan keluar.

3) Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka sekali sekiranya si ibu bapa menziarahi sahabat handai. Mungkin mereka dapat bertemu dengan kawan baharu di rumah yang diziarahi ibu bapa. Umumnya, kawan mempunyai pengaruh yang besar terhadap individu. Dengan itu, mereka mempunyai satu komuniti untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan seperti bersukan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mengawal sosial anak anak mereka juga.

4) Jangan didik kanak kanak dengan makanan ringan. Patuhi pemakanan seimbang yang melibatkan sayur sayuran dan buahan buahan.

5) Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit secara minima.

6) Jika kanak kanak tersebut tidak minat sukan seperti bola sepak dan acara padang yang lain, ajak mereka untuk berjogging selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jogging adalah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Tetapi, menguasai kemahiran bersukan yang lain merupakan satu nilai tambah dalam diri seseorang.



*Akal yang sihat datang dari badan yang sihat.

Friday, November 19, 2010

Lipan, Karen dan Suaminya.

3 comments
Sedutan maklumat dari DISCOVERY CHANNEL: The Lost Tape-Death Crawler.

Lipan adalah sejenis serangga paling merbahaya. Ia memiliki tubuh yang panjang, dibahagikan kepada beberapa bahagian abdomen dan memiliki lebih kurang 100 hingga 300 pasang kaki. Secara amnya, lipan mampu mencapai 12 inchi kaki panjangnya.

Antara 8000 spesis yang direkodkan, kesemua daripadanya memiliki kepanjangan yang dinyatakan tadi iaitu 12 inci. Lipan bukan sejenis serangga yang menyerang manusia, melainkan manusia atau haiwan lain mengganggu habitat dan diri mereka.

Kisah di luar dugaan Karen dan Suaminya
Fakta inilah yang membuatkan para saintis tidak mampu menjawab persoalan yang terdapat di dalam rakaman video spontan yang dibuat oleh Karen dan suaminya ketika mereka melakukan kajian tentang serangga di sebuah pulau. Pada hari pertama, Karen dan suaminya masuk ke dalam hutan untuk memulakan kajian. Tanpa diduga, sepasang suami isteri ini telah menjumpai sekumpulan mayat manusia yang sudah reput. Keadaan mayat tersebut agak pelik kerana badan badan mereka mempunyai luka yang berlubang terlalu besar. Di tempat yang sama, terdapat video kamera terselit bersama mayat mayat tadi. Karen mengambilnya, tetapi belum membuka lagi rakaman yang terdapat dalam video tersebut.

Karen dan suaminya meneruskan perjalanan. Tiba tiba, suaminya menjerit, "Ada sesuatu di dalam kasut saya!" keadaan kamera yang dipegang oleh mereka menjadi tidak menentu ekoran kejadian yang kelam kabut itu. Sepintas lalu, video tadi dapat merakam sebahagian badan binatang yang menyerang kaki suami Jonah ketika itu. Ternyata sekali, itu adalah lipan. Anda ingin tahu betapa besarnya lipan tersebut? Video tersebut secara kebetulan dapat menangkap saiz lipan tersebut dengan jelas. Lebarnya mencapai hampir 30 inchi!

Mereka berdua dapat melarikan diri dengan kelam kabut ke tepi pantai, tapak perkhemahan mereka. Suami Karen mengalami cedera teruk akibat disengat lipan tersebut. Dia demam selepas itu. Karen mencapai video yang diambil dari kawasan penemuan mayat mayat tadi. Video itu bertarikh pada tahun 1999, di mana sekumpulan pengkaji haiwan sedang membuat penggambaran dalam hutan mengenai biodiversiti di situ. Babak yang tidak disangka ialah babak beberapa ekor lipan gergasi sebesar anak anjing menyerang mereka. Ada di antaranya telah merayap separuh badan beberapa individu di situ. Karen berasa panik setelah melihat video tersebut.

Oleh kerana situasi suaminya semakin teruk, Karen dengan beraninya kembali ke kawasan mayat mayat bergelimpangan tadi. Kawasan itu sebenarnya berhampiran kawasan tinggalan tapak perkhemahan mereka. Dia berjaya mencari Peti Kecemasan yang masih tertinggal di situ. Peti tersebut dibuka, dan mengambil ubat-ubatan dan sebilah pisau dari situ. Karen bernasib baik, sepanjang perjalanan pulang ke tapak perkhemahan , dia tidak ditemukan dengan lipan gergasi tersebut. Waktu siang sudah berlalu pergi ketika itu. Pada masa yang sama, kilat dan ribut kecil melanda pulau tersebut.

Ketika Karen merawat suaminya, keadaan ngeri mula berlaku. Kilat yang memancar dari luar dapat menunjukkan bayangan seekor lipan yang lebarnya bersaiz 2 kali ganda tapak tangan sedang merayap di atas khemah mereka! Karen panik melihat lipan sebesar itu. Dia dengan beraninya keluar dari khemah dan mencantas badan lipan tersebut (keadaan ini dirakam secara spontan oleh video kamera). Karen berjaya membunuhnya. Ekoran kejadian itu, Karen terpaksa mengheret suaminya ke perahu. Sedikit peralatan dan video kamera tadi diletakkan dahulu ke perahu terbabit. Kemudian, dia meluru semula ke suaminya bersama pisau di genggamannya. Lagi sekali, pasangan suami isteri tersebut diserang 3 atau 4 ekor lipan gergasi. Pergelutan Karen dan lipan-lipan tersebut berlaku dengan dahsyat. Karen menyerang lipan-lipan tersebut sambil dalam keadaan terduduk melindungi suaminya menggunakan pisau tadi. Situasi ini dirakam oleh kamera yang diletakkan dalam perahu tadi.

Akhirnya Karen berjaya, lipan-lipan tadi berjaya dibunuh. Karen kembali memapah suaminya masuk ke dalam perahu. Perahu ditolak ke laut. Keadaan sudah tenang. Beberapa perbualan berlaku antara Karen dan suaminya. Kemudian, bunyi "sssssssssssssssss" menyapa mereka. Itulah babak terakhir dalam rakaman video tersebut. Beberapa minggu kemudian, mayat mereka dijumpai terdampar di sebuah pantai. Mayat mereka dalam keadaan reput serta berlubang.

*Berhati-hati ketika di hutan.

(Nama suami dan nama tempat boleh boleh didapati dari video LOST TAPE di DISCOVERY CHANNEL, kesulitan amatlah dikesali)

Sunday, November 14, 2010

Ganjil Tapi Benar (Bahagian 1)

0 comments
1) Sebanyak 11 Billion Dollar akan dibelanjakan untuk makanan kucing dan anjing setiap tahun di seluruh dunia.

2) Cap jari bayi sebenarnya terbentuk pada minggu ke 18 dalam kandungan.

3) Epal lebih baik dari kafein (contoh: kopi) untuk membuatkan seseorang berjaga dari malam hingga ke pagi.

4) 1 galon minyak motor mampu merosakkan dan mengotorkan 1 juta galon air bersih.

5) Dalam satu minit, 50 buah Kitab Injil akan terjual di seluruh dunia.

Tuesday, November 9, 2010

Penukaran Alamat Blog

0 comments
Atas sebab sebab tertentu, 
telah bertukar ke alamat yang baharu iaitu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009