Monday, May 17, 2010

Anda buta warna?

1 comments
Buta warna bukanlah keadaan dimana seseorang itu mempunyai penglihatan hitam putih, tetapi ianya
adalah penyakit yang menghilangkan keupayaan mata(retina dan bahagian mata yang lain rosak) untuk membezakan warna warna tertentu. Penyakit ini adalah penyakit genetik(berkaitan DNA). Ini bermakna ianya akan diwarisi secara turun temurun di dalam sesebuah keluarga. Setakat ini, masih lagi tiada ubat dan rawatan untuk menyembuhkan buta warna. Buta warna akan menjadi lebih teruk apabila usia semakin meningkat. Majoriti doktor mengesahkan pendedahan mata terhadap radiasi kimia atau cahaya seperti komputer, televisyen, telefon bimbit, dan lain lain bukanlah penyebab utama buta warna. Sebagaimana yang ditegaskan, buta warna adalah penyakit warisan. 

Bagi para pesakit buta warna, mereka selalunya tidak menyedari menghidapi penyakit itu. Selalunya apabila disuruh membuat ujian buta warna untuk tujuan tujuan tertentu (ketenteraan, lesen memandu, juruterbang dll), barulah mereka sedar tentang penyakit itu. Di bawah ini ada beberapa gambar yang boleh mengesan sama ada seseorang itu menghidapi buta warna atau tidak. Terdapat juga si buta warna dapat  mengenalpasti objek objek di bawah. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat persoalan dengan objek objek di bawah ini, individu terbabit haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



Sekiranya anda tidak nampak nombor 25, 
anda adalah buta.



Sekiranya anda tidak nampak nombor 6, 
anda adalah buta warna.


Penglihatan normal-45


Penglihatan normal-8


Penglihatan normal-56


Penglihatan normal-29
Buta warna-70


Jika anda tidak nampak bulatan di sebelah segiempat,
anda adalah buta warna.


Sekiranya anda tidak nampak segiempat di sebelah bulatan,
anda buta warna.


Sekiranya anda tidak nampak titik titik yang membentuk objek Boat,
anda buta warna.


Ujian PALING BERKESAN dan RINGKAS buta warna

Jika anda nampak 5, anda mempunyai penglihatan normal.
Jika anda nampak 2, anda buta warna.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009